NOTA 4 – SEJARAH PENULISAN ILMU TAJWID DAN QIRAAT
1.
Pengenalan
Ilmu tajwid yang diulaskan dalam laman web ini berdasarkan fahaman
menerusi buku yang bertajuk “Ilmu Tajwid Menurut RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM Melalui
TORIQ ASY-SYATIBIYYAH” (Oleh Surur Shihabuddin An-Nadawi) dan “Al-Quran dan Terjemahannya” (oleh
Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quran Indonesia).
2.
Sejarah
Penulisan Ilmu Tajwid dan Qiraat
·
Ilmu Tajwid
bermula sejak Al-Quran diturunkan dan pembacaan Al-Quran ini diriwayat terus
dari sumber asal iaitu bacaan Rasulullah s.a.w. itu sendiri.
·
Para sahabat
ialah orang-orang yang amanah bagi mewariskan bacaan ini kepada generasi umat
Islam selepasnya.
·
Permulaan
penulisan ilmu Tajwid ialah pada zaman Saidina Uthman. Mushaf Uthmaniah yang
pertama telah disiapkan oleh Saidina Uthman. Kesedaran perlunya Mushaf ini
apabila umat Islam mula melakukan kesalahan bacaan.
·
Mushaf yang
pertama ini dibiarkan tanpa titik-titik dan baris-barisnya bagi memberi
keluasan kepada para sahabat untuk membacanya sepertimana yang mereka ambil
dari Rasulullah s.a.w. yang bersesuai dengan Lahjah (dialek) mereka.
·
Walaubagaimanapun,
berkembang luasnya agama Islam ke seluruh tanah Arab serta Rom dan Parsi
menyebabkan Bahasa Arab bercampur dengan Bahasa penduduk-penduduk dan
menyebabkan banyaknya berlaku kesilapan dan kesalahan bacaan Al-Quran, maka
Al-Quran Mushaf Uthmaniah dinaiktaraf dengan penambahan baris dan titik
huruf-hurufnya.
·
Salah silah karangan
ilmu Qiraat (cara bacaan) ialah:
o
Yang terawal
ialah Abu ‘Ubaid Al-Qasim Ibnu Salam – wafat 224H – kitabnya berjudul “Al-Qiraat”
– kurun ke 3H.
o
Ada juga yang
mengatakan ilmu Qiraat yang disusun oleh Abu ‘Umar Hafs Ad-Duri – wafat 246H
adalah lebih awal.
o
Ibnu Mujahid Al-Baghdadi – wafat 324H – “Kitabus
Sabh’ah” – beliau adalah orang pertama yang mengasingkan qiraat kepada 7 imam
dengan 7 perbezaan dan Mushaf Uthmaniah yang berjumlah 7 naskhah pada masa itu.
o
Abu Mazahim
Al-Haqani – wafat 325H – dalam bentuk Qasidah (puisi) – kurun ke 3H.
o
Abu ‘Amr
Ad-Dani – wafat 444H – Kitab At-Taysir
o
Imam
Asy-Syatibi – wafat 590H – Kitab Hirzul Amani wa Wajhut Tahani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan