Memaparkan catatan dengan label Kisah-Kisah Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah-Kisah Nabi. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

Aku suka dari dunia ini 3 perkara

Pada suatu hari. Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yang kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalh saidina Abu Bakar ra.

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. duduk-duduk bersama Rasulullah saw
2. melihat wajahmu ya Rasulullah saw
3. aku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah saw"

lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula denganmu ya Umar?"

jawab saidina umar ra. "ade 3 perkara juga yang aku suka:

1. membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahui
2. mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang terangan
3. berkata yg benar walaupun pahit

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?'

berkata saidina uthman ra. "ada 3 perkara yang aku suka:

1. memberi makan
2. memberi salam
3. bersolat malam  di waktu manusia tidur

"bagaimana pula dengan kamu Ali ra?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang

kemudian bertanya rasulullah saw pada abu dzar ra.

"apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata saidina abu dzar ra. "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. lapar
2. sakit
3. mati

kemudian Rasulullah saw bertanya, "kenapa wahai abu dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra, "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku. aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku."

kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.solat menjadi penyejuk mataku

kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw dan para sahabat.

kemudian malaikat jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.menyampaikan risalah
2. menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin

kemudian malaikat jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata "sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua dan Alllah swt berkata:

"sesungguhnya Aku suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian

copy drpd grup wassup.
moga bermanfaat.

Isnin, 16 Jun 2014

Pengajaran dan tauladan dari kisah nabi yaaqub dan nabi yusuf

dah dua hari menonton kisah nabi yusuf. ade terdapat di laman youtube.com. kisah betapa besarnya dugaan nabi yaaqub membesarkan nabi yusuf. dan juga dugaan buat nabi yusuf akibat hasad dengki dan iri hati oleh adik beradik sendiri.

pengajaran yang diamati daripada kisah nabi yusuf ini ialah:

1. nabi yusuf sangat menyayangi saudara-saudaranya meskipun baginda mengetahui akan perasaan saudara2nya. bahkan baginda telah dibelasah dan dilemparkan ke dalam telaga di sumur.

2. sungguhpun begitu, ape yg dikhuatiri oleh nabi yusuf bukan menginginkan pembalasan kpd saudara2nya.. akan tetapi khuatir saudara2nya dimarahi ayahnya nabi yaaqub dan tidak diampuni Allah atas perilaku mereka.. nabi yusuf tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat mereka.

3. keberadaan orang yang disayangi Allah itu, seperti nabi yusuf, dibawa bersamanya berkah dan rahmat dari Allah, daripada telaga yang airnya payau menjadi begitu segar, daripada tanpa hujan Allah turunkan hujan, dan daripada sakit Allah sembuhkan dengan sentuhan tangan nabi Yusuf.. sesungguhnya.. ulama itu pewaris para nabi.. hendaknya dihormati , disegani dan di inginkan untuk tggl berdekatan..agar dapat bersama menikmati keberkahan Allah..

4. daripada sikap iri hati dan hasad dengki yang dipakai oleh anak2 muda yaaqub yang mengkhianati nabi yusuf.. mereka hidup di dalam laknat.. ternakan kambing di musnahkan serigala buas, hidup sentiasa dalam penipuan, merebut takhta untuk mengganti nabi yaaqub, dan hilangnya redha nabi yaaqub kepada mereka.. hidup mereka tanpa kasih sayang..bahkan penuh penyesalan, cemuhan dan kesusahan.. nauzubillah.. mereka merasakan nabi yaaqub terlalu berlebihan melayan nabi yusuf.. sedangkan ketika mereka seusia nabi yusuf, mereka juga dilayan sebegitu.. bahkan nabi yusuf ibunya telah pergi di usia nya masih kecil.. kurangnya zat ibu disitu berbanding mereka.. bahkan mereka tetap iri hati dan hasad dengki.. peranan ibu masing2 juga memberi impak kepada anak ini.. isteri2 nabi yaaqub juga saling iri hati dan hasad dengki dan menghasut anak2 sendiri supaya membenci nabi yusuf.. akibatnya mendapat kemurkaan dari nabi Allah Yaaqub.. dan hilangnya keberkahan selama keberadaan nabi yusuf bersama mereka..

5. berkat kesabaran nabi yusuf yang dibekalkan Allah.. baginda telah dipelihara oleh orang kedua terkemuka di mesir.. hidup di dalam istana, dan disayangi oleh setiap orang yg mengenalinya di istana. kata nabi yusuf.."perjalanan hidup seorang nabi itu dipenuhi kesukaran dan kesabaran yang tinggi...di hujungnya Allah kurniakan nikmat yang tak terhingga"..

6. nabi yaaqub tetap memberi peluang dan memohon keampuan terhadap anak2 dan isteri2nya.. meskipun mereka begitu hasad dan iri hati..

7. nabi yaaqub sangat mengasihi anak2 kecik bahkan sehingga dewasa, baginda tetap memeluk, mencium, menyelimuti anak di kala malam hari dan sentiasa bersama2 anak2 teruna mereka mengembala kambing.. anak2 nya sahaja yang tidak mengerti.. bahkan mendustai bapa mereka..

8. kuasa Allah itu boleh menghendaki ape sahaja berlaku.. dijaga yusuf di dalam perigi itu, di datangkan kafilah yg tersesat dengan badai ribut pasir yg Allah jadikan, di detikkan hati raja mesir mengambil yusuf sebagai anak angkat.. semua itu adalah kuasa Allah berkat dari nabi yusuf itu tawakal dan sentiasa berdoa dan berhubung meminta dari Allah... sesungguhnya jelas sekali perhubungan dengan Allah itu perlu dipelihara.. dan memberi kepercayaan sepenuh hati.. sungguhpun berat dugaan yang di alami.. sudah pasti akan mampu dihadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.. doa itu senjata setiap mukmin sejati...

malu pada diri.. sekecil nabi yusuf yg seusia 10 tahun boleh berfikir sedemikian..

sesungguhnya ape yang berlaku dalam hidup ini sudah ade contoh dan cara untuk kita hadapi.. kita je nak atau tidak membaca kisah2 dahulu... dan dijadikan tauladan.. dihayati keperitan yg para nabi lalui..dan jalan penyelesaian yang nabi utarakan..

marilah..dekati Al-Kitab Al-Quran, buku sirah nabi2.. hadis.. agar hidup ini lebih berpijak di bumi yg nyata.. dugaan kita hanya sebesar kuman jika nak dibandingkan dengan nabi..sudah bising satu dunia..

wallahualam..

https://www.youtube.com/watch?v=kkzOq-lXnFI