'Aisyah bersiap dengan penuh semangat. seperti mendapat satu anjakan paradigma untuk perjalanan hari ini. setelah melalui fasa yang tak pernah terlintas difikiran untuk melaluinya. kini panggilan ini memang membuat 'Aisyah bersemangat dan menaruh harapan. semua dokumen keperluan sudah siap dikemaskini. file pun dah cantik disusun.
jam sudah menunjukkan 8.40pg. seperti biasa, sebelum turun rumah 'Aisyah akan pastikan solat dhuha, solat hajat, solat istkharah dan berwuduk. ape jua yang terjadi utk hari itu maka mudah utk 'Aisyah meredhai dan menerima hakikat bahawa manusia hanya plan, tapi plan dari Allah adalah yang hakiki dan pasti terbaik dan penuh hikmah.
memandangkan minyak sudah tinggal 2 bar dan kad touch n go pun xtau nilai yg ade. maka 'Aisyah kene pergi ke petrol station terlebih dahulu. kemudian google map di hidupkan dan perjalanan diteruskan. temujanji jam 10pagi. setibanya di highway duke, ade makluman dari google map, ade kemalangan dan perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Alhamdulillah.selamat sampai dengan selamatnya ke lingkungan budi.. jeng jeng.. jeng.. "tak nampak pulak mercu alam".. jam sudah menunjukkan 9.40pg. hanya ada 20minit. google map hanya petakan ke lingkungan budi, puas set utk mercu alam, xjuga dapat. tetap ke lingkungan budi. "aku ni yang tak expert guna kecanggihan ni" gerutu 'Aisyah dan mengambil keputusan utk mencari mercu alam. ta..raa... ter"exit" pulak dari lingkungan UM... ahahha... u got 20 min.. suddenly sesat... fine... cepat2 'Aisyah berhenti since ade bustop. buka semula google map. tetap di hantar ke lingkungan budi. walaubagaimanapun.kali ni 'Aisyah dah nampak signboard mercu alam. sedang drive sambil mengusha, suddenly xkunjung juga mercu alam, kebetulan di hadapan canseleri building dan ade parking provided for visitors. Alhamdulillah ade satu parking kosong yg agak sempit, alhamdulillah ade uncle tolong kasi instruction untk masuk parking. fine its already 9.55pg. harapan semakin kabur, semangat semakin nipis.ikut hati balik je terus.
'Aisyah keluar dari kereta dan ramai pelajar yang pakai jubah konvokesyen. "adik, nak tanya bangunan mercu alam di mana ye". tanya aisyah. "maaf, kami bukan student sini, tapi konvo je kat sini"... brzzz... 'Aisyah terus berjalan disekitar canseleri building dan nampak bangunan mercu alam. tanpa berfikir panjang walau dalam hati dh terdetik, jauhnya... 'Aisyah decide jalan kaki.. wahahhaha.... decision yang memang mengundang ke"mengah"an...
tanpa belengah 'aisyah call no person incharge since dah lambat. tapi tak berjawab. no number hp. ok. fine. just walking... merentas sungai melalui bridge.. and bangunan mercu alam hilang dari pandangan... "fine, i lost." dalam hati aisyah mmg dh xde meletak ape2 harapan.. suddenly "beep!!".. telepon berbunyi. no name... 'Aisyah dah boleh agak.. mesti person tu yang call.. setelah jawab.. memang betul.. definitely.. and i have to seek apologize sbb memang diri kantoi lewat.. Alhamdulillah, mereka menungguku sampai. malu. orang dah panggil interview, tapi lewat, memang haprakla.. bad impression!!...
setelah selesai perbualan, kebetulan ade student perempuan naik motor, 'Aisyah dengan cepat panggil, "dik, mane bangunan mercu alam"?.. budak tu pun bagi tau la... rupanya bukit yang 'Aisyah panjat tu kolej/asrama student... kweng...kweng.. xjauh pun simpang yang diperkatakan... ok.. 'Aisyah bajet lambat 15minit, dengan penuh kesabaran, 'Aisyah terus mendaki bukit. dan nampak bangunan mercu alam yang atas bukit lagi tinggi. mata 'Aisyah memandang ke kiri dan ke kanan. where is the nearest access utk cepat sampai ke bangunan mercu Alam. left side ade building yg mungkin ade lift. right side ade tangga yang daki separuh bukit. ade separuh bukit yang tak nampak pulak mane tangga utk ke mercu alam. tanpa berlengah, 'Aisyah pilih climb tangga.. sbb dh nampak ade tnagga rather than pegi ke bangunan yang dalam fikiran aisyah belum tentu ade lift. itulah kalu dah buat keputusan dalam keadaan rushing.. panjatla tangga yang macam batu caves... dalam hati 'Aisyah. ade yang sampai ke pusat temuduga tapak kasut tertanggai... sebenarnya harapan memang dah dipadamkan. still meneruskan ke pusat temuduga utk dptkn pengalaman je dah ni. dan memang dalam fikiran, memang dh pesimis dengan situasi temuduga nanti.
ta..ra... sampai je ke anak tangga yang terakhir dipuncak bukit. xnampak anak tangga pun nak ke mercu alam... uwaaa..... its already 10.15am. kaki dah menggeletak.. baju dah lencun.. berdiri sebentar,... nak turun tangga semula dan pegi ke bangunan tadi..atau.. dalm hati 'Aisyah mesti ade tangga.. mesti ade punya... "aisyah terus berlegar di situ, bangunan bengkel2 student kejuruteraan rupanya. sunyi.. kebetulan ade student perempuan sorg. 'Aisyah pun tanya, mcm mane nak ke bangunan atas smbil menunjuk ke bangunan mercu alam. student tu pun menuding ke satu arah yang buat 'Aisyah semangat aisyah berada di tahap 0 dan harapan di tahap - 10, level minus.. fine.. kene jalan ke tangga tu jauh, dan tangga tu tangga mirip batu caves lagi... hahah... sampai ke anak tangga yang last, memang ibarat dah ditimpa hujan dah kebasahannya dan pandangan pun dah pudar sbb peluh masuk dalam mata dan rasa nak pitam... dari tangga tu pun kene jalan masuk ke bangunan...
akhirnya sampai ke dalam bangunan mercu alam dan jumpa lift. 3 lift. tekan untuk naik. about 5 min, ketiga2 lift masih di aras tadi, aras G. xnaik2. rosakke?.. rupanya memang jenis yang lambat.. satu je yg function dan bila bukak pintu lift, penuh dengan students... euw... xkira masuk jugakla... alhamdulillah xoverload..
alhamdulillah sudah sampai ke level 10, at 10.31am... late 31minit satu masa yang sangat lama.. kalu mengajar pun student la cabut balik... tapi "aku kene harungi juga" kata aisyah dalam hati. "aisyah pun call Dr A, dan since 'aisyah dah lambat, ade candidate lain yang dah masuk. and kene tunggu dalam 30minit. alhamdulillah atleast dpt cooldown dulu, dapat kasi baju kering skit, dapat stabilkan pernafasan, dapat tenangkan kelenjar peluh yang paling hebat merembeskan peluh. 'Aisyah dah rasa tak selesa sbb takut bau masam peluh... haha...
dalam perjalanan tadi, aisyah teringat hadis nabi, untuk beristighfar bila dalam kesusahan dan baca surah insyirah bila dada rasa berdebar dan dalam keadaan sempit dan cemas. alhamdulillah dengan izin Allah perbuatan inilah yang mendorong aisyah untuk terus juga menghadiri temuduga ini, jika ikut fikiran logik, dah lewat 31 minit, memang xde harapan. balik je.
"Alhamdulillah, 45minit interviews, semua melayan dengan baik sekali walau lambat 31minit. mereka melayan sangat baik, semakin rasa bersalah sebab kelemahan diri yang lewat dan telah mungkir janji selama 31minit masa mereka dicuri atas kecuaian dan kelewatan diriku. semoga permohonan kemaafanku diterima mereka. dan Allah dari perjalanan ini aku belajar pelbagai hikmah...." aisyah berepilog sendrian. muhasabah diri dan menyedari beberapa kesilapan diri yang harus di perbaiki.
1. kene 2jam awal bergerak sebelum tiba masa interview. biar sampai awai, biar kita tunggu org, jgn org tggu kita. sbb kita dah la nak mintak keje dengan org, terhegeh2 plak lambat. berdosa sbb mungkir janji. redha orang atas masa org yg dh dicuri kita xtau samada boleh ditoleransi, kerana tak semua org boleh menerima kelewatan.
2. jangan ade syak wasangka pada orang memandang dan melayan kita at the state kita dh melakukan kesalahan... jangan pesimis bila diri dah melakukan kesilapan.. perlu rasa bersalah untuk diri tapi jangan kerana diri sendri bersalah ditempek syak pulak pada org lain dengan menempelak atau memarahi kita...
hikmah dari Allah yang perlu dilihat dari kondisi ini:
1. besarnya kuasa zikir dari Allah melahirkan semangat dan menjauhkan rasa putus asa, bila dah penyeluk pekasam, biar sampai ke bahu terus. susah mcm mane pun kene tempuhi dan ingat. kesukaran, kesempitan itu hanya dapat di alami dengan dapat menjaga akhlak diri dengan baik ialah dengan berzikir iaitu megingati Allah. bersikap merendah diri. kuasa istighfar, surah al insyirah dan feedback dari doa dan bersolat. semuanya dengan izin Allah. atas usaha mengingati Allah dalam keadaan susah tadi. dan usaha mengakui kesilapan diri yag sebabkan banyak trouble dalam sesuatu urusan. banyakkan sedarkan diri. maka Allah buka jalan. jalan yang paling berharga ialah redha dengan ketentuan Allah bahawa perjalannya itu banyak liku. berjaya atau tidak itu akan mudah untuk meredhai dan mensyukuri ketentuan.
2. bende yang paling berharga ialah dapat optimis dan redha dengan cepat di atas satu ketentuan Allah. redha adalah level yang tinggi untuk dicapai. redha menjauhi dari pelbagai kemudharatan seperti menyalahkan diri sndiri hgga xlalu makan. menangis xhenti. putus semnagat.depression. marah dan emosi tak stabil, jadi hopeless.. nauzubillahiminzalik..
3. dapat satu pengalaman dan tips untuk interview yg akan datang.
4. lebih mendalam dalam memahami dan menghayati erti takdir dari Allah, ketentuan dari Allah, rasa redha, rasa tawakkal, rasa ikhlas, rasa sabar...
5. lebih optimis kepada setiap ketentuan itu ternyata banyak hikmah dari sudut pembuktian janji2 kpd impact stiap amalan yang Allah galakkan untuk buat yang membina ketenangan jiwa dan kesabaran dalam menghadapi cabaran.
6. mendidik diri untuk sentiasa bermuhasabah, melihat kelemahan diri yang membuka kepada pembaikan diri dari satu tingkat ke tingkat lagi. in shaa Allah lubang kelemahan akan dapat di atasi dan ditutupi. lama2 kualiti diri akan bertambah.
7. dapat menghayati hikmah apabila dari awal kita dah mintak petunjuk dari Allah, xkiralah solat istikharah ke, solat hajat ke,... Allah jelaskan dalam fikiran dengan perbuatan itulah, Allah hadirkan rasa redha, rasa sabar dalam diri. yang menjadikan diri berfikir.. ooo.. aku dah mintak dengan Allah.. maka inilah dia perjalanan yang terbaik utkku.. dan keadaan ini akan menjauhi diri dari rasa tertekan dan boleh tenang dan sabar meneruskan hidup dan befikir ke hadapan untuk survive dalam dunia yang menjemput penyakit wahan.. kesenangan materialistik.. nauzubillahiminzaalik.. untuk survive kita perlukan bende tapi jangan kerana keinginan itu berlampauan....
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
disetiap kesulitan mesti ade kelapangan. kelapangan yang paling best ialah bila hati dan fikiran menjadi tenang.
saya sayang Allah. saya sayang Allah. saya sayang Allah.
dugaan itulah tanda sayang Allah. memang betullah dugaan itu tanda sayang Allah. bukan senang untuk mendapat hati yang redha, jiwa yang tenang saat dilanda dugaan jiwa yang berkeinginan duniawi tapi xberjaya..
sepanjang perjalanan balik, 'Aisyah asyik tersenyum, kadangkala terlepas suara gelak tawa.. sambil menyebut canseleri building, bangunan mercu alam.. dapat exercise free..
but the topic, grant topic, memang interesting, re-engineered affordable housing. they go for IBS untuk rumah PR1MA. yeah can cut cost..
Memaparkan catatan dengan label cabaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabaran. Papar semua catatan
Rabu, 26 Oktober 2016
Khamis, 10 Disember 2015
Khamis, 22 Januari 2015
Jumaat, 2 Januari 2015
Selasa, 30 Disember 2014
Sabtu, 20 Disember 2014
Khamis, 11 Disember 2014
Ahad, 7 Disember 2014
“Adalah balasannya esok untuk dia pulak!!!”
Assalamu’alaikum.
Tajuk di atas tu adalah satu doa yang menginginkan seseorang
itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Dan selalunya perkataan
ini terkeluar dari mulut seseorang adalah kerana keadilan tidak terbela
di atas sesuatu kezaliman yang telah dilakukan.
Baru-baru ni perkataan ini menerobos semula ke gegendang
telinga saya. Lafaz ayat itu penuh dengan kemarahan dan sangatla menginginkan
orang yang dimaksudkan itu ditimpa balasan daripada Allah. Saya yang mengenali
kedua-duanya insan ini (Ismah dan Zaharah:bukan nama sebenar) beristighfar
banyak kali. Dan ini pengajaran yang sangat besar dalam hidup saya. Ingin saya
kongsi di sini akan lintasan fikiran saya ketika saat terucapnya lafaz di atas
oleh Ismah yang merujuk kepada Zaharah. Ketika perkataan ini dilafaz, saya
hanya mampu menyebut dua kali jer seperti ini “dia dah ditimpa balasan dah
pun tu”.
Ketika saya melafazkan perkataan “dia dah ditimpa balasan dah pun tu”
ape yang terlintas difikiran saya ialah kehidupan dan kisah perjalanan Zaharah
itu tersangat tinggi dugaannya, yang mana jika diletakkan saya di tempat dia,
belum tentu saya setabah dia. Sesungguhnya ape yang Allah takdirkan untuk
perjalanan seseorang itu setimpal dengan ilmu, dan kejahilan seseorang. Pada
saya takdir dan kisah hidup zaharah itu sudah cukup sebagai pengajaran akan
kesilapan yang dilakukan, sesungguhnya takdir dan percaturan Allah itukan
adalah yang terbaik. Kekurangan yang dilalui oleh zaharah adalah detik dugaan
yang perlu zaharah lalui. Begitu juga dengan saya ataupun ismah, kekurangan
yang saya dan ismah miliki itulah detik dugaan yang perlu diterima dan lalui. Setiap
orang ade kelemahan dan kelebihan. pada saya kelemahan itu termasuklah berlaku zalim kepada orang kerana kejahilan diri. dan kelebihan pula ialah kemampuan untuk berlaku adil kepada hak manusia.
Sesungguhnya tidak perlu saya kira melafazkan perkataan itu
kerna Allah tau tugasan Dia. Manusia ini sifatnya memang tak pernah cukup dan
menginginkan sesuatu yang berlebih lebihan.
Dan sesungguhnya menjaga redha itu sememangnya sangat sukar
pada saya. Terutama apabila kita dizalimi berkali2.. selalunya perkataan
seperti tajuk ini dan perkataan yang saya kira biasa terlafaz apabila terluka
ialah “semoga kau rasa ape yang aku rasa”, sememang sangat mudah terlafaz
apabila hati terluka.. apabila redha itu sudah tercarik.. jika tidak terlafaz,
lintasan dalam fikiran pasti ade.. dan sememangnya Allah itu maha adil. Kadangkala dugaan itu ditimpa seperti
yang kita inginkan dan kadangkala dalam bentuk lain yang kesengsaraannya juga
sama dan setimpal dengan ape yang telah dilakukan..
Sesungguhnya jalanan yang terbaik ialah memelihara rasa
redha.. meredha atas semua perlakuan zalim kepada kita. Kerana bukan atas
manusia itu kita letakkan tanda aras untuk redha, tapi kerana Allah. Setiap perlakuan
dan insiden itu tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.. maka sentiasalah
pujuk diri untuk meredha akan tindakan yang menzalimi kita.. sebab bukan manusia
yang menjaga kita, tapi Allah. Setiap nasib itu akan lebih bermakna apabila
Allah itu sendri yang memelihara kita atas sebab kita redha akan semua yg
terjadi itu adalah trials daripada Allah dan semuanya untuk penambahbaikan iman
kita kepadaNya. ingatkan lah diri selalu untuk memujuk diri redha dengan "aku sendri pun banyak kelemahan. marah itu adalah pakaian orang yang sombong, dan apabila sukar mengaku kesilapan diri dan sukar meredha, itu tanda hati dah terpalit rasa sombong"..
Senang untuk dilahirkan dalam bentuk tulisan. Tetapi sukar
apabila detik itu berlaku.sesungguhnya belajarlah memberi redha pada semua
orang.. memberi redha akan kelemahan manusia adalah penjemput redha dan kasih
Allah.. itulah matlamat utama didunia ini.. meraih redha Allah. sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pada diri sendiri atau sekeliling adalah memberi pelbagai pengajaran dan iktibar untuk di ambil. bukan untuk dijadikan bahan cerita, jenaka, tawa dan umpatan.. nauzubillah.. semoga Allah pelihara kita semua daripa sifat mazmumah.. aamiin
Wallahu’alam.
Label:
azam,
cabaran,
Cerita dan Iktibar,
LOOK,
WHAT ALLAH WANTS US TO DO
Sabtu, 22 November 2014
Jumaat, 21 November 2014
Khamis, 23 Oktober 2014
Akibat terpakai sifat sombong.. adekah kita bebas dari sifat sombong???
sombong, angkuh, ujub, riak..itu semua adalah sifat yang Allah larang manusia daripada memilikinya. kesombongan itu selalunya akan diikuti dengan keangkuhan, berasa ujub dan riak...
perkara utama yang nak mengetahui bahawa sifat sombong itu ade pada diri ialah apabila sukar untuk mengakui kesilapan diri. kadangkala ade yang memang rasa diri sendiri sentiasa betul.. ade yang memang sedar bahawa diri dah pun melakukan kesilapan tapi masih EGO nak mengakui dan mengubah diri... itulah betapa buruknya terpakai sifat sombong... bukan sahaja menjengkelkan bahkan membawa sekali sifat pentingkan diri sendiri.. pentingkan diri sendiri dengan memaksa orang lain terkesan dgn sifat diri sendiri yang sombong...
sombong banyak kali Allah sebut dalam Al-Quran.. dan sesungguhnya setiap pembalasan yang disediakan Allah untuk orang yang bersikap sombong teramatlah dahsyat.. jadi tidak hairanlah jika Allah memberi peluang untuk kaffarah dosa.. dosa kesombongan ini selalunya dapat diubati dengan dugaan yang amat tinggi dan hebat.. itulah kasih Allah agar terhakis sifat sombong dalam diri manusia.. dugaan yang ditimpakan itu selalu bertimpa-timpa..seperti pepatah melayu.. "sudah jatuh ditimpa tangga".. jadinya itulah hikmah disetiap dugaan yang menimpa diri manusia.. sifat manusia kebiasaannya sudah jatuh baru tengadah... ade satu kisah yang sy ingin kongsikan yng juga membuat saya sedar dan sentap akan sangat tingginya dugaan bagi orang yang telah memakai sifat sombong ini..
kisahnya ialah sebuah keluarga (xperlu sy sebutkan) yang pada ketika itu di kawasan perumahannya, keluarga ini memang antara yang berduit dan dalam kaum kerabat pun, keluarga ini jugalah yang paling berduit. asal usul keluarga ini adalah dari kehidupan yang kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. oleh kerana dalam keadaan ketika susah, suami isteri keluarga ini selalu dikeji, dicaci dan dimaki oleh kaum kerabat.. akhirnya doa suami isteri itu Allah kurniakan duit yang banyak melalui bisnes yang dijalankan... maka dari situ.. bermulalah sifat sombong dalam keluarga ini.. satu sifat yang Allah paling benci.. iaitu sombong.. jalan yang diambil oleh keluarga ini ternyata salah.. kesenangan dan duit tidak boleh membeli adab sopan, rasa hormat kepada diri kita jika akhlak diri dah diracuni sifat sombong yang mendidik diri dalam hidup yang penuh dengan keangkuhan...
akhirnya.. hanya beberapa tahun memiliki duit yg bertimbun... sekelip mata Allah sentap kesenangan iitu.. bermulalah episod yang mengimbas kembali perilaku diri ketika sombong dahulu yang semuanya hanya menyajikan sifat diri yg jelek dan jengkel.. akhirnya malu pada diri sendri akibat perbuatan diri..
sombong ialah satu perasaan yg berasal dari dalam hati.. iaitu hati yang sudah rosak, beracun, busuk, keras dan hitam ..
sesungguhnya sifat sombong ini ade pelbagai bentuk dan situasi yang perlu kita berhati-hati dengannya...
1. sifat sombong antara manusia dengan manusia
2. sifat sombong antara manusia dengan Allah
3. sifat sombong antara manusia dengan haiwan
sombong itu ialah sifat yg ditunjukkan oleh syaitan yang tak mau akur pd perintah Allah yang disuruh sujud kepada nabi Adam.. selain tidak akur itu.. kesombongan yang dipakai syaitan itu membentuk syaitan itu satu jenis makhluk yang penuh dengan dendam, hasad, dengki dan punyai hasrat untuk merosakkan nabi adam dan seluruh keturunan nabi adam as. itulah betapa bahayanya sifat sombong ini.. ianya bunga-bunga api neraka,...
sifat sombong antara manusia dengan manusia itu ialah apabila seseorg itu masih melakukan ibadah seperti solat, puasa, dan sebagainya. akan tetapi kesombongan itu membentuk sifat takabbur.. sifat ini boleh dilihat dengan perbuatan dan kata-kata.. orang yang bersifat sombong ini.. akan rasa gembira jika dia dapat menyakitkan hati orang lain.. apabila melihat orang itu sedih, terpempan, terpaku.. orang sombong ini akan merasakan kemenangan pd dirinya.. walhal dia telahpun menzalimi dirinya.. kebiasaaannya.. pendekatan diri orang yang sombong ni, apabila menegur dia seorg yang sangat kasar, menegur di khalayak ramai iaitu tak reti nak jaga aib orang,bahkan bergembira pula jika lagi ramai yang tau dan tengok akan perilakunya itu.. orang yang sombong in tak pandai jaga air muka dan keaiban seseorg..
sombong antara manusia ni.. bila bertelagah.. dia susah nak mengalah.. bila tersalah.. dia xmengaku salah.. rasa dia saja betul..
sombong antara manusia ini juga apabila saling bercerita kemegahan masing2.. menceritakan semua kehebatan dan kekayaan yang dimiliki dan berbangga dengan setiap pencapaian dan ape yg dimiliki.. dan ini selalunya menjemput perasaan riak iaitu ingin dipuji dan digahkan..
sifat sombong antara manusia ini, menghalang seseorg utk saling memberi kemaafan bahkan melahirkan banyak permusuhan, dan persengkataan yg menyusutkan bilangan org yg sentiasa boleh mendoakan kebaikan untuk dia. rugikan bersifat sombong ini.. lama kelamaan orang akan mula menjauh dengan org yg sebegini..
sifat sombong itu kalu dh terpakai pada diri manusia.. ia akan disalurkan dengan didikan kesombongan kkepada keturunannya sekali.. tak tau hormati org.. bersifat kurang ajar.. kerana kadangkala orang sombong ini merasakan dia boleh hdup keseorangan tanpa bantuan orang lain.. walhal.. Allah dah kata kene berkomunikasi dan bersilaturrahim..
orang yang bersifat sombong.. suka mmperlekehkan orang..mempersendakan orang.. menjadikan kesilapan orang sebagai bahan tawa mereka.. kadangkala kemiskinan itu jadi bahan tawa mereka.. kejahilan orang diketawakan.. itu semua pakaian sifat sombong di zaman masyarakat jahiliyah.. kemiskinan itu dikeji, geli dan dipulau daripada kehidupan dia.. contoh2 ayat2 kesombongan:
"aku tak mainla makan kat gerai2.. kat hotel la baru ade kelas" (takabbur)
"e..eeh.. tengok kereta orang tu...buruknya..." (menghina)
"anak aku semuanya lulusan universiti, sorg doktor, sorg engineer.." (menunjuk2)
"alah.. baru pakai kereta myvi..dah berlagak" (berkata yang kasar seperti memaki, menengking, walau berada disituasi yg betul)
nabi tak ajar kita menegur dengan caci maki, penuh amarah, .. bukan kegarangan wajah dan kehebatan tengkingan itu yg kita nakkan utk mengubah seseorg, islam tidak mengajar berdkwah melalui rasa takut dengan kegarangan/kekasaran manusia dan memalukan/mengaibkan org.....nabi berdakwah dengan penuh kelembutan dan ketegasan.. keperibadian itu yg membina hormat orang kepada kita utk terkesan dengan teguran kita.. .. teguran itu masuk dalam jiwa yg membawa penuh kesedaran.. bukan mencalar hati manusia dengan tindakan kekasaran kita.. berhati2 lah.. apabila kita pernah caci maki org.. tengking orang.. kita sememangnya sudah ade sifat sombong itu.. yang memupuk baja diri agar dipenuhi api amarah.. iaitu pintu kemenangan syaitan..
adekah kita tidak pernah memiliki sifat sombong??? tepuk dada tanya selera..
kesombongan antara manusia dengan Allah itu jelas sekali apabila orang itu tidak solat... itu memang kesombongan yang nyata lagi jelas... tinggal puasa.. tak bayar zakat... buat maksiat.. bahkan sifat yang sombong antara manusia dengan manusia itu juga dikira sombong terhadap Allah.. kerana tidak meninggalkan perkara yang Allah tak suruh lakukan bahkan perlu ditinggalkan... balasan orang sebegini jelas sekali.. masuk neraka terus.. jika tak sempat bertaubat.. daripada fasik boleh jd murtad.
sifat sombong antara manusia dan haiwan ialah mengasari haiwan.. seperti menyepak.. menyakiti haiwn,, meludah haiwan.. sombong itu membina sifat kejam dan ketidak perimanusiaan dalam diri..
walaubagaimanapun.. apa yg paling penting ialah jujur dalam diri.. selami jiwa.. muhasabah diri.. sifat sombong itu tak perlu kita fikir ianya datang apabila kita dalam kekayaan.. kejayaan.. jangan silap.. sifat sombong itu boleh lahir pada orang fakir miskin..
cuma kebiasaannya kesombongan itu timbul stelah manusia itu punya kelebihan dalam diri.. tak kiralah kekuasaan ke,, kekayaan ke,, kejayaan ke.. dan sifat sombong itu tersembunyi pada diri.. ia lahir secara halus tanpa disedari... dan kesemuanya berpunca dari HATI.. maka selalukan lah membuat amalan yang boleh terapi hati sendiri... hati yang mati ialah hati yang melupakan ALLAH..
apabila lupa ALLAH.. semua yang buruk itu akan datang menyerbu...
pernah sy lihat sebuah keluarga.. sombong dengan sedara mara sendiri..bahkan sombong dgn ibu bapa sendiri. apabila Allah ajarkan keluarga ini dengan pelbagai musibah.. mula timbul rasa malu nak memohon pertolongan dari sedara mara sendiri.. sbab ape.. sbb dl masa senang.. angkuh.. anak2 semua diajar angkuh dengan sedara mara.. bila dah ditimpa musibah..bukan sahaja malu nak mohon pertolongan.. bahkan malu dengan jenis2 musibah yang penuh dengan keaiban.. terasa rasa yang sedara mara akan menempelak dengan sifat2 ketika sombong itu...walhal kebiasaannya orang lain akan lebih kepada melihat dan mengambil iktibar dan mendoakan kebaikan buat org yg ditimpa musibah itu dan kebiasannya org ini akan ikhlas membantu dan membina semula semnagat org yg lemah dan ditimpa musibah.... bila sedar drpd kesombongan.. hidup mendatang akan disajikan dengan rasa malu pd diri sendiri, segan, terasa-rasa ditempelak walhal xpun, kekesalan memanjang...itulah dia juga stu jenis cabran dan kaffarah dosa... itulah dia bala yang Allah timpakan jika dah terpakai sifat sombong yg menjemput full packga sifat mazmumah sperti, angkuh, takabbur, ujub, riak, dengki, hasad, dendam... betullah Allah dah kata.. manusia itu sendirilah yang menzalimi dirinya... berlaku sombong sama la menzalimi diri sendiri...
akhirnya orang yang sombong ni.. jika Allah masih sayangkan dia.. Allah akan timpakan dugaan dengan melenyapkan sekelip mata akan punca yg menjadikan dia sombong..jika kaya.. maka Allah mufliskan.. jika kejayaan, Allah lenyapkan... sehingga dia rasa jatuh terhenyak.. terhentak.. terlentang.. dan duduk menadah tangan pada Allah dan akhirnya belajar menerima yang diri dah pun terpakai sifat sombong.. dan jika Allah menghendaki dia mati dalam keadaan bersih dari dosa2 yg lalu.. Allah akan berikan hdayah degan memupuk keinsafan, kesabaran, kesediaan diri dia dlm menghadapi pelbagai dugaan demi menerima ia adalah satu cara menyucikan semula kesilapan lalu.. iaitu menjadi orang yang SOMBONG...
betul ke kita xsombong>???? betul ke kita tak pernah sombong?? sombong pada mak.. pada ayah... pada adik beradik.. pada sedara mara... pada rakan taulan..
fikirlah kenapa timbul rasa marah.. dan rasa menyalahkan orang dan lupa utk melihat kelemahan diri???
fikirlah bila diri suka marah2.. maki2, sebelum selidik kelemahan diri...
bantulah diri sendiri untuk menjauhi sifat sombong...
hidup biar papa jika kepapaan itu boleh menjauhkan sifat sombong...
sombong itu pintu kepada segala jenis macam kejahatan, kemaksiatan... kehancuran hidup...
jagalah hati.. jagalah kondisi hati....
jadinya apabila ditimpakan musibah... hikmah yang utama ialah dapat menjauhkan sifat sombong...
sebab itu musibah itu perlu disyukuri.. ia membuka jalan memohon ampun drpd Allah.. memohon Allah tunjukkan kesalahan diri sehingga Allah duga diri sebegitu... makin bersujud.. mkin berkurangan sifat sombong..
makin banyak baca tafsir dan dalami ilmu alquran.. makin memahami akan balasan orang terdahulu yang Allah telah sajikan buat mereka.. terutama sifat sombong..

Jumaat, 17 Oktober 2014
Rabu, 15 Oktober 2014
Selasa, 14 Oktober 2014
Rabu, 24 September 2014
Jika benar aku cinta Allah
Jika Benar aku cinta Allah,
betahkah aku tanpa perhatian daripadaNya?
Jika benar aku cinta Allah,
Adakah Allah yang aku cari sebagai tempat pertama untukku berkongsi setiap kegembiraan dan kedukaanku?
Jika benar aku cinta Allah,
adakah aku sudah bersedia dengan wuduk dan berteleku di atas sejadah sebelum masuknya waktu solat?
jika benar aku cinta Allah,
adakah setiap hari aku mengalunkan firman-firman Allah?
adakah firman-firman itu terkesan dalam sanubari ku?
atau sekadar alunan semata-mata?
jika benar aku cinta Allah,
adakah aku menyayangi kekasih Allah sebagaimana Allah menyayangi beliau?
jika benar aku cinta Allah,
tidakkah aku berasa takut dan gentar akan melakukan perkara yang menyebabkan tergurisnya dan murkanya Allah?
jika benar aku cinta Allah,
tidak rindukah aku pada Allah?
Jika rindu,
mengapa kurangnya aku bersujud kepadaNya?
kenapa kurangnya amalan-amalan solat sunatku?
sedangkan itulah waktu yang aku paling dekat denganNya?
jika rindu,
mengapa jarang-jarang sekali aku menelaah dan mengalunkan firman-firmanNya?
Jika rindu,
mengapa aku masih solat di akhir waktu?
Rindukah aku?
jika benar aku cinta Allah,
berzikirkah aku di waktu lapang?
jika benar aku cinta Allah,
tidakkah aku ingin berwangi wangian, bercantik dan ingin berjumpaNya dalam keadaan diri yang indah?
jika cinta,
bersyukurkah aku di atas setiap pemberianNya?
atau sentiasa mempertikai takdir untukku?
wahai diriku,
muhasabahlah diri,
tanyalah hati, selamilah jiwa,
adekah aku benar cinta Allah?
Adakah cintaku ikhlas dan tulus kepada Allah?
atau adakah ibadah sekadar ibadah...
sekadar melengkapkan rukun..
tanpa perasaan halus meresap,
kecintaan dan kerinduan seorang hamba kepada Penciptanya...
jika benar aku cinta Allah...
sudah pasti akan ku rasakan keberadaan Allah itu sentiasa bersamaku..
melihat setiap perlakuan dan perbuatanku....
Label:
azam,
cabaran,
hasil Karya aku,
Kata-kata Hikmah
Langgan:
Catatan (Atom)