Ahad, 7 Disember 2014

“Adalah balasannya esok untuk dia pulak!!!”

Assalamu’alaikum.

Tajuk di atas tu adalah satu doa yang menginginkan seseorang itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Dan selalunya perkataan ini terkeluar  dari mulut seseorang adalah kerana keadilan tidak terbela di atas sesuatu kezaliman yang telah dilakukan.

Baru-baru ni perkataan ini menerobos semula ke gegendang telinga saya. Lafaz ayat itu penuh dengan kemarahan dan sangatla menginginkan orang yang dimaksudkan itu ditimpa balasan daripada Allah. Saya yang mengenali kedua-duanya insan ini (Ismah dan Zaharah:bukan nama sebenar) beristighfar banyak kali. Dan ini pengajaran yang sangat besar dalam hidup saya. Ingin saya kongsi di sini akan lintasan fikiran saya ketika saat terucapnya lafaz di atas oleh Ismah yang merujuk kepada Zaharah. Ketika perkataan ini dilafaz, saya hanya mampu menyebut dua kali jer seperti ini “dia dah ditimpa balasan dah pun tu”.

Ketika saya melafazkan perkataan “dia dah ditimpa balasan dah pun tu” ape yang terlintas difikiran saya ialah kehidupan dan kisah perjalanan Zaharah itu tersangat tinggi dugaannya, yang mana jika diletakkan saya di tempat dia, belum tentu saya setabah dia. Sesungguhnya ape yang Allah takdirkan untuk perjalanan seseorang itu setimpal dengan ilmu, dan kejahilan seseorang. Pada saya takdir dan kisah hidup zaharah itu sudah cukup sebagai pengajaran akan kesilapan yang dilakukan, sesungguhnya takdir dan percaturan Allah itukan adalah yang terbaik. Kekurangan yang dilalui oleh zaharah adalah detik dugaan yang perlu zaharah lalui. Begitu juga dengan saya ataupun ismah, kekurangan yang saya dan ismah miliki itulah detik dugaan yang perlu diterima dan lalui. Setiap orang ade kelemahan dan kelebihan. pada saya kelemahan itu termasuklah berlaku zalim kepada orang kerana kejahilan diri. dan kelebihan pula ialah kemampuan untuk berlaku adil kepada hak manusia.

Sesungguhnya tidak perlu saya kira melafazkan perkataan itu kerna Allah tau tugasan Dia. Manusia ini sifatnya memang tak pernah cukup dan menginginkan sesuatu yang berlebih lebihan.

Dan sesungguhnya menjaga redha itu sememangnya sangat sukar pada saya. Terutama apabila kita dizalimi berkali2.. selalunya perkataan seperti tajuk ini dan perkataan yang saya kira biasa terlafaz apabila terluka ialah “semoga kau rasa ape yang aku rasa”, sememang sangat mudah terlafaz apabila hati terluka.. apabila redha itu sudah tercarik.. jika tidak terlafaz, lintasan dalam fikiran pasti ade.. dan sememangnya Allah itu  maha adil. Kadangkala dugaan itu ditimpa seperti yang kita inginkan dan kadangkala dalam bentuk lain yang kesengsaraannya juga sama dan setimpal dengan ape yang telah dilakukan..

Sesungguhnya jalanan yang terbaik ialah memelihara rasa redha.. meredha atas semua perlakuan zalim kepada kita. Kerana bukan atas manusia itu kita letakkan tanda aras untuk redha, tapi kerana Allah. Setiap perlakuan dan insiden itu tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.. maka sentiasalah pujuk diri untuk meredha akan tindakan yang menzalimi kita.. sebab bukan manusia yang menjaga kita, tapi Allah. Setiap nasib itu akan lebih bermakna apabila Allah itu sendri yang memelihara kita atas sebab kita redha akan semua yg terjadi itu adalah trials daripada Allah dan semuanya untuk penambahbaikan iman kita kepadaNya. ingatkan lah diri selalu untuk memujuk diri redha dengan "aku sendri pun banyak kelemahan. marah itu adalah pakaian orang yang sombong, dan apabila sukar mengaku kesilapan diri dan sukar meredha, itu tanda hati dah terpalit rasa sombong"..

Senang untuk dilahirkan dalam bentuk tulisan. Tetapi sukar apabila detik itu berlaku.sesungguhnya belajarlah memberi redha pada semua orang.. memberi redha akan kelemahan manusia adalah penjemput redha dan kasih Allah.. itulah matlamat utama didunia ini.. meraih redha Allah. sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pada diri sendiri atau sekeliling adalah memberi pelbagai pengajaran dan iktibar untuk di ambil. bukan untuk dijadikan bahan cerita, jenaka, tawa dan umpatan.. nauzubillah.. semoga Allah pelihara kita semua daripa sifat mazmumah.. aamiin


Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan