Memaparkan catatan dengan label saja2 nak shout out pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saja2 nak shout out pendapat. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

Adab dan akhlak sesama manusia

datang seorang perempuan bercerita tentang permasalahan hidupnya.. yang mana ia seperti mengadu dan memceritakan sesuatu yg juga termasuk memperkatakan tentang manusia yg ade terbuka aib nya...
dalam keadaan ini sy mendengar perbualannya, tetapi dalam masa yang sama saya memikirkan..apekah tindakan yang aku perlu lakukan bagi perempuan ini mendapat jawapan kpd permasalahannya dan aku terselamat dari mendengar perkara yang tak sepatutnya.
ade beberapa cara yg aku fikirkan yg perlu aku lakukan:


1. terus cuba mengubah topik perbualan agar perempuan itu tidak menceritakan permasalahnya dan cuba mengelak perempuan itu dari suka mengadu permasalahan

2. mendengar sehingga perempuan itu berhenti meluahkan
3. mendengar dan memberi nasihat jika perlu
4. mendengar, memberi nasihat dan mendoakan perempuan itu
5. mendoakan agar perempuan itu dapat penyelesaiannya
6. menceramahkan bahawa mengadu itu tak baik
dalam 6 perkara itu.. tak semua aku lakukan... dan aku juga kadangkala confius .. cuma yang pasti sejauh mana kita kasih dan ingin membantu kawan kita itu... yang paling utama apabila ade orang mengalami permasalahan ialah mendoakan agar dia mendapat jalan keluar, mendapat taufik dan hidayah...jika perlukan tenaga dan kewangan..maka hulurkanlah...
kemudian jika perlu dengar..dengar .. supaya dia tidak mencari tempat lain yang mencenderungkan dia mendapat nasihat yg tidak sepatutnya..
dan jika ade kekuatan.. luahkan bahawa.. byk2la beristighfar.. kerana sesuatu permsalahan itu boleh selesai jika adenya sikap "suka beralah" dan "mencari kelemahan diri-sendiri"...(toleransi kelemahan orang lain kerana kita ade kelemahan diri kita sendiri..sememangnya kita juga mau orang lain bertoleransi dengan kelemahan diri kita dalam keadaan kita dalam mengubah diri dan membina kelemahan diri itu....

ade beberapa perkara yg perlu dititik beratkan dalam hal perbualan ini..jika dirasakan perlu untuk memberi nasihat:

1. faktor usia
2. faktor hubungkait tali persaudaraan

jagalah adab dan akhlak dalam menasihati, atau tindakan atau ape shj perlakuan...
jangan sekali-kali bertindak kasar, meninggikan suara, memotong terus kata2 orang.. kerana itu sikap orang yang kurang adab...


banyaknya ilmu itu sepatutnya meninggikan lagi akhlak dan budi pekerti.....jika berlaku sebaliknya... banyak2la istighfar... mungkin sudah ade percambahan ego sombong dan angkuh... nauzubillah..

wallahu'alam

Sabtu, 10 Mei 2014

Peringatan buat diri

kita didik diri kita buat yang baik-baik. tapi jangan pernah sekali-kali merasakan yang kita baik... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH AGAR TAK MERASAKAN DIRI BAIK DAN PERFECT ATAU ERTI KATA LAIN DAH MASUK KE BIBIT ANGKUH...


jauhi "assumption" banyakkan bertanya dan verbal communication di dlm sesuatu perhubungan. baru dapat jawapan yang sahih.... sbb "assumption" atau anggapan hanyalah anggapan... anggapan anda tak sama dengan anggapan orang lain...mungkin tepat mungkin tak betul pun... bertanya secara face-to-face baru anda tau jawapan yang sahih... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH DIBERIKAN KELEBIHAN DALAM KOMUNIKASI


"ego" itu juga perlu dikikis.. setiap orang ade egonya tersendiri.. tetapi kene pandai tundukkan sifat ini ... jangan sampai diperkudakan oleh keegoan yang membabi buta... kelak akan terpakai sifat sombong dan angkuh pula.. MAKA BERDOALAH PADA ALLAH JANGAN MENJADI ORANG YANG EGONYA MELAMPAU


lidah tu walau tak de bilah yang yang tajam.. tapi... simbolik perkataan yang keluar hasil dari gerakan lidah dan suara.. boleh beraksi menoreh si hati... sehingga luka dan berdarah.. jika disapu ubat..maka berparut lah ia... jika ditoreh sentiasa maka patah atau putusla ia... maka berhati-hatilah dalam menyusun kata-kata.... MAKA BERDOALAH PADA ALLAH AGAR MEMELIHARA LIDAH, SUARA DARI PERBUATAN MUNGKAR DAN MENGGURIS JIWA-JIWA...

jiwa dan otak yang saling bekerjasama... otak kata sedih..hati pun pilu .. mata pun mengeluarkan titisan air mata... fikiran marah..hati mengbengkak... kawalan fikiran dan jiwa itu perlu selari... ade juga yang hati lain..fikiran lain...itu ade kelebihan dan sesuai membawa watak sebagai pelakon... erk... selalunya mendidik fikiran itu bersyukur  maka hati akan rasa tenang dan damai.. kerana syukur itu punca berasa kebercukupan... ssudah pasti hati akan damai dan tenang.. syukur..sememang nya takde sebab untuk tak berasa bersyukur... kerana kita semua makhluk yang tinggal di atas bumi yang Allah tumpangkan sahaja.. penumpang yang diberi menumpang secara FREE... cukup lengkap terutama oksigen, air, dan pelbagai lagi kesenangan... bekalkan pula dengan ilmu dan tatacara kehidupan.. Subhanallah... bersyukur la .. pujuk la untuk sentiasa bersyukur... jangan sampai kesenangan yang Allah bagi itu menghumban kita ke dalam dunia yang tamak haloba dan takkabbur... MAKA SENTIASA LA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DIRI INI SENTIASA BERFIKIR AKAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN...AGAR ALLAH SENTIASA MEMBUKA MATA DAN FIKIRAN INI AGAR MENSYUKURI NIKMATNYA..

WALLAHUALAM



Sabtu, 3 Mei 2014

Apabila dunia dah akhir zaman, Islam pasti gemilang

Assalamu'alaikum..wbt.

lama tak menulis. macam-macam telah berlaku dihari ini.. dengan isu2 hangat seperti misteri MH370,  GST.. isu HUDUD.. .. kedatangan OBAMA.. perhimpunan.. CATUAN AIR.. isu2 politik.. KERAJAAN@UMNO vs PAKATAN.. dan pelbagai lagi..

apakah reaksi dan tindakan anda sebagai yang bergelar khalifah di muka bumi ini dalam setiap isu2 ini iaitu:

1. misteri kehilangan MH370
2. perlaksanaan HUDUD
3. perlaksanaan GST
4. kedatangan OBAMA
5. catuan AIR
6. politik isu KERAJAAN@UMNO vs PAKATAN

situasi yang dh berlaku itu dikira takdir... yang perlu diterima dengan redha.. dan setiap ape yg dah berlaku itu dengan IZIN ALLAH.. walaupun ianya berlaku dengan kadar sesaat yg lampau.. ia sudah dikira takdir yang ditetapkan oleh Allah. manusia kene cari hikmahnya. hikmah itu subjektif.. ade yg pada mata kasarnya bermula dengan kesedihan, dugaan yang menghibakan..akan tetapi pelbagai kebaikan yang diperolehi dari berlakunya sesuatu itu... disini mendidik diri dalam menjadi SABAR dan PASRAH..

islam agama yang lengkap.. HUDUD adalah hukum Allah.. sesungguhnya menyokongnya ialah berlandaskan dengan ape yang Allah tuntut.. maka wajib membantu dalam menjayakan perlaksaan undang-undang ini..dan ternyata undang-undang yang sedia ade masih tak mampu membendung pelbagai gejala jenayah.. perjanjian Allah itu adalah benar... orang bukan islam itu sememang nya akan menolak sekeras-kerasnya kerana tak faham dan tiada penerangan mengenai perlaksanaan undang-undang ini. bahkan sememang ade yang kafir yang kuat agama tau akan kekuatan agama ALLAH ini..dan menolak ini adalah sebagai salah satu halangan bagi menutup KEBENARAN AGAMA ALLAH ITU. walaubagaimanapun.. berhati-hati dengan campur tangan kafir yang bersetuju untuk mencampuri perihal perlaksanaan hudud ini..kerana ALLAH dah nyatakan kafir itu sifatnya munafik...

dunia hari ini telah pun menuju ke akhir zaman... hati manusia itu Allah yang pegang.. di akhir zaman.. ISLAM akan menang.. dan ALLAH boleh saja memalingkan hati "kafir2" itu bersetuju dengan setiap perlaksanaan ajaran ISLAM yg dengan tujuan asal persetujuan itu ade niat jahat dalam hati mereka..sesungguhnya... ALLAH itu berkuasa.. AGAMA ALLAH itu terpelihara...

air itu adalah rezki daripada Allah. ditarik nikmat kurniaan air itu pasti pelbagai kesukaran dalam hidup dihadapi.. pada saat ini..berapa org yg muhasabah diri merasakan adenya melakukan kesalahan sehingga Allah menduga sebegini.. berapa kerat yang bersikap menuding jari dan xde rasa sekelumit kesalahan dalam diri..

GST... sy ni x arif sgt dengan perihal dan syarat2 flow gst ni.. tapi jika dipandang secara mata kasar.. GST ni xdinyatakan berlaku bagaimana..sedangkan dalam bidang perniagaan..barangan itu akan diagihkan.. dari kilang..kepada pengedar.. kepada kedai.. jadi.. dari kilang dh 6%... tambah lagi pemborong 6% tambah lagi big supermarket 6%...sehingga ke kedai terakhir berapa % GST yang nak dibayar.,... kalu kedai runcit yang dikampung2 dan ceruk tokkon..ofcourse berapa lapis GST dikenakan..silap2 modal nak rolling kedai yg sedia ade pun xboleh... itu hanya pandangan secara kasar.. dan jika sememangnya inilah yang berlaku... ia adalah sesuatu yang membebankan...dengan kadar getah yg jatuh sekarang..yang rata2 penoreh getah adalah org yg kais pagi makan pagi...kais petang , makan petang...

minyak rm2.10, tol dikenakana..GST dikenakan... pendapatan negara tetap defisit dan defisit... defisit yg semakin bertambah... walau belum dilaksanakan GST... ade pasaraya yang sudahkan meletakkan GST..ade pusat servis kereta yang dh pun meletakkan GST..dan astro..apetah lagi... syarikat beso yang meletakkan GST... makin beso untung...sedagkan selenggarakan mereka pada paras yg sama.. berlipat kali ganda keuntungan...

kenapa orang nampak wah.. OBAMA datang malaysia... untungla malaysia... siapa OBAMA? agama apa?   ape yang dilakukan pada PALESTIN?.. maaf.. pijakkan kaki org yg kejam akan membawa bersamanya angin kemusnahan...  semoga Allah pelihara Malaysia dari pelbagai jenis bencana...

sebagai individu..perlu aware dengan isu politik..sbb mmg tggugjwb setiap individu kn pilih pemimpin yg amanah.. baik dari segi agama.. jika dah suara biasa tak dilayan... surat asyik di KIV .. pelbagai cara lagi boleh dilakukan.. cuma sikap STUBBORN dengan kesalahan diri itu yng mengundang kpd situasi pd hari ini... salah tetap salah..perlu menerima dan perbaiki..bukan menegak benang yg basah..

action is better dan just talking bla..bla..bla..the most powerful action yang kita boleh ambil ialah DOA... hati manusia ALLAH yang pegang..

niat manusia itu tidak diketahui...nampak baik tapi xsemestinya itu niatnya..nampak jahat sudah semestinya jahat..tp xsemestinya jahat selama-lamanya.. sentiasala bermohon drpd Allah agar dihindari dari tipu daya syaitan... bykkan hadiri kelas2 ilmu.. bykkan solat istikharah.. mohon jika melakukan sesuatu itu baik untuk agama Allah..pasti Allah izinkan..begitulah sebaliknya...setiap ape yg berlaku itu..yg mengguris hati..sudah pasti kesalahan ade dari kedua-dua belah pihak.. nak mengaku atau tak je...


wallahu'alam...


Ahad, 30 Mac 2014

minda dijajah sehingga mengagungkan penjajah, sedihkan?

Assalamu'alaikum w.h.t

semoga sihat semua hendaknya. didoakan agar semua terselamat dari bahaya dan tipu daya syaitan. coretan di hari ini adalah berdasarkan ilmu+pengamatan+observation+experience+time factor+bi iznillah.

semoga ia memberi manfaat kepada semua. dan pada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya.maaf saya dahulukan.

Malaysia atau Malayan Union adalah sebuah negara yang pernah dijajah oleh British (inggeris), belanda, portugis, jepun dan komunis. antara banyak2 negara itu BRITISH adalah satu-satunya negara yang menjajah Malaysia dalam bilangan masa yang paling lama, 133 tahun. dan sehingga menyebabkan jiwa anak-anak jati Malaysia terpecah kepada dua fahaman. fahaman yang inginkan memerdekakan tanah melayu ini dengan menentang habis-habisan (tumpah darah) dan fahaman yang mahu memerdekakan tanah air secara mudah melalui perjanjian atau memorandum dengan BRITISH. jadi bukak minda dan fikir-fikirkanlah dan carilah info daripada tempat yang patut dicari bagi mendapat maklumat dengan cara yang mana satukah MALAYSIA ini mendapat KEMERDEKAAN. dan adakah MALAYSIA sememangnya MERDEKA???

Pada tanggal 30 Ogos 1957, jam 6.30 ptg di Bandar Hilir Melaka, Union Jack telah menurunkan bendera mereka dan Malaysia di isytiharkan Merdeka. Bagaimanakah cara Malaysia merdeka??? teori mendapat kemerdekaan ini sebenarnya berlaku pada banyak negara di seluruh dunia cuma ade satu negara sahaja yang menentang secara keras kerasan. iaitu, lihat ape yang berlaku di Mesir, Palestin... Apekah yang HAMAS perjuangkan??? 

"perjanjian" itu adalah mengikat antara dua buah negara dengan sesuatu yang dipersetujui oleh dua pihak. secara tak langsung kerjasama perlu diadakan antara kedua pihak dan tertakluk kepada ape yang termaktub dalam perjanjian... masih maukah bekerjasama dengan PENJAJAH negara sendiri??

tak banyak yang boleh saya perkatakan kerana saya juga dilahirkan dalam keadaan negara telahpun merdeka tapi "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR". bahkan british itu bukan sahaja mengorek semua harta negara tanah melayu tetapi meng"colognise" jiwa, minda dan pemikiran semua rakyat Malaysia, sehinggakan menjadi buta dengan mengenali erti PENJAJAH bahkan mengagungkan pula budaya dan kehidupan SI PENJAJAH...sedih bukan??.. BUDAYA, PEMAKANAN, CARA BERPAKAIAN, sampaikan cara BERJALAN pun nak di gahkan?? itulah yang dinamakan "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR". apekah kehidupan sebenar yang saya maksudkan???

bicara saya ni memang akan men"sentap"kan orang yang "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR" yang hidupnya merasakan budaya hidup penjajah itu adalah mesti di agungkan. contoh orang-orang yang menunjukkan "TAK MERDEKA DARI SEGI PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR" ialah:

1. suka menonton cerita inggeris, suka dengar lagu inggeris, suka meniru gaya pakaian orang inggeris
2. suka kehidupan orang-orang inggeris
3. suka mengagungkan teknologi canggih
4. open minded sangat sehingga tercicir hukum Allah dalam pergaulan, pemakaian, akhlak
5. memikirkan sekular itu bagus 
6. membuka aurat, trendy, adalah amalan hidup dan cantik dirasakan dimata dan menginginkan selesa dipertonton orang ramai
7. lupa dan tidak mengapa jika nak berubah itu kene tunggu "SERU"
8. mengagungkan pangkat, darjat, panggilan ... Dato', prof, dan lain2...(nabi kita ade DATO" SERI KA??... nabi kita Prof Dr... ka?..) 

mesti orang rasa saya ni kolot... tak best langsung la dia ni..semua tak boleh dalam hidup.. tak sporting langsung. macam katak bawah tempurung...saya berani cakap...ayat-ayat tadi tu memang kebiasaan keluar dari bibir muda mudi sekarang..terutama di kawasan metropolitan... agak2 kenapa ye keadaan ORANG ISLAM di MALAYSIA ini BERFIKIRAN sebegini...?? 

tempoh 133 tahun..adalah tempoh yang sangat lama untuk mengkolonise sesuatu masyarakat dari aktiviti bangun tidur hingga ke masa untuk tidur semula..bayangkan selama 133 tahun...berapa keturunan dah hidup di dalam jiwa yang dijajah?? sehari tersedar dari lamunan jiwa yang dijajah ini..anda akan bingung dan merasakan betapa BODOHNYA diri selama ini ... buta pada ideology dan maksud tersirat dari PENJAJAH itu... tetapi masakan anda seorang boleh MENGKOLONISE semula JIWA RAKYAT MALAYSIA ISLAM ini dalam MASA YANG SEKEJAP.. dan BERSEORANGAN... 

di sini jika tersedar maka, kembalilah ke zaman kegemilangan TANAH MELAYU SEMASA BANDAR MELAKA MENJADI GEMILANG. Mari kita imbas kembali zaman kegemilangan MELAKA, apekah budaya dan agama yang menerajui zaman kegemilangan TANAH MELAYU??? Arab dan Islam bukan??...AGAMA itu didahulukan... dimekah dan madinah...siapakah yang memiliki gaji tertinggi?? dihormati,,disegani..dan ekonomi dijana dari hasil yang mengimarahkan ISLAM.. itulah semua para ulama..imam masjidil haram..pendapat mereka menjadi keutamaan..suara nasihat mereka yang dicari terlebih dahulu... lihat bandar mereka???.,..lihat pakaian mereka... ADAKAH MEREKA MUNDUR??? adakah mereka KOLOT DAN MISKIN...dengan mempertahankan agama ALLAH...bahkan berpusu-pusu orang pergi ke sana...

SEKULAR....mungkin ramai yang tak faham maksud sekular ni... wahai orang ISLAM anda WAJIB paham maksud SEKULAR... ialah MEMISAHKAN PERIHAL KEAGAMAAN DENGAN KERAJAAN PEMERINTAH. kalu agama dah ditolak tepi???.. nak ikut ape???  sedangkan dalam Al-QURAN dan HADIS dah termaktub:
Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (103, Ali-Imran).
".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Muslim)

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa".. (Al-Baqarah;2)
 
SECULARISM,  The term was initially coined by George Jacob Hollyake in 1851, and is “the great invention of the West.” (Charles Taylor). the target to implement secularism based on "MODERNIZATION"... 
MALAYSIA SEKULAR KE??? mesti ade yang kata "xlah..demokrasi..." erk... demokrasi adalah cara dalam berpolitik sedangkan sekular adalah fahaman pemisahan agama dengan pemerintahan. jadi...dalam DEMOKRASI boleh diserapkan SEKULARISMA ini. mari kita lihat MALAYSIA. DEMOKRASI YANG SEKULAR ataupun TIDAK....
1. lihat kepada pucuk pimpinan negara MALAYSIA... KERAJAAN nya. adakah mengamalkan undang-undang, jual-beli, pergaulan atau semua la, musyawarah yang berlandaskan   ajaran ISLAM... jawapannya, ade sebahagian dah mula diterapkan keislamannya... alhamdulillah..tapi masih banyak yang tidak..dah dikolonigse 133 tahun...bukan senang nak berubah bukan...
2. lihat kepada ILMU AGAMA SETIAP INDIVIDU DALAM INSTITUSI PEMERINTAHAN ni yg beragama ISLAM la... lihat bagaimana pemilihan seorang pemerintah di zaman kegemilangan ISLAM... mesti hafaz alquran, mesti tau hadis, tahajud xtinggal... MALAYSIA camne ek???...
3. lihat kepada DASAR EKONOMI negara...APA DAGANGAN UTAMA EKONOMI NEGARA...HALAL ke HARAM ke???....
4. lihat DASAR PEMBELAJARAN di sekolah, universiti dan sebagainya... CINA ade skolah khas..maknenye ade OPTION...india ade skolah KHAS...ade option...MELAYU ISLAM??... ape yang kerajaan sediakan itulah yang orang MELAYU ISLAM dapat...adekah silibus KAFA itu mencukupi untuk cover semua bab kehidupan???? kecuali kepada IBUBAPA ynag berkemampuan..mereka boleh pegi masuk SKOLAH PRIVATE mcm ADNI, AL AMIN yang menyediakan both (KBSR & PSRA-aliran agama) yang xde dalam silibus sekolah KERAJAAN...yang mana..SILIBUS PEMBELAJARAN SEKOLAH SWASTA INI adalah KOMBINASI SILIBUS SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH PONDOK, MAAHAD dengan KBSR.. sudahla tidak menerapkan agama..BAHKAN TENGOK NASIB SEKOLAH AGAMA PONDOK DI MALAYSIA??
5. lihat layanan terhadap ILMUAN agama, para USTAZ, GURU-GURU,...semasa ade ISA dulu..siapakah yang selalu disumbat ke dalam ISA??... bukankah orang AGAMA??.. dulu Ade hal ehwal ISLAM... ade sehingga USTAZ ini di "GAM"..sebab menegur yang tak betul dalam institusi pemerintahan...wallahu'alam...
6. lihat kepada undang-undang... mahkamah syariah...undang-undang syariah..mahkamah civil..undang-undang civil...siapa yang buat undang-undang civil?????...undang-undang yang manusia buat ni lebih kepada ketidak adilan dan menzalimi...dan menerukkan lagi keadaan dengan membuka keaiban..Allahuakbar... undang-undang civil yang lebih dominan di malaysia bukan??... tengok kepada kes yang memang HOT...kes ANWAR IBRAHIM..... yg dipertuduh ialah ISLAM dan yang menuduh juga ISLAM..jadi takde masalah untuk bawa kes ini dibicara dibawah MAHKAMAH SYARIAH..... di mana INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA dalam bab ini..diam membisu??... untuk bacaan tambahan perihal undang-undang ini sila layari http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/liwat.htm.....
jadinya, banyak yang kene "OVERHAUL" kalu nak MENG"KOLONISE"KAN semula  PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN di hari ini. MENG"KOLONISE"KAN dAri MODERN OR WESTERN CIVILIZATION OR IDEOLOGY OR LIFESTYLE kepada ISLAMIC CIVILISATION< IDEOLOGY AND LIFESTYLE....
ILMU ITU KUNCI kepada membuka fikiran itu...carilah ilmu..rajinlah membaca..2 bende je yang nabi pesan..Al-QURAN dan ASSUNNAH.. cari ILMU dari 2 bende ni...barulah...boleh melahirkan semula...para ilmuan seperti Ibnu Sina, khalifah zaman tamadun Islam, ..iaitu...ILMU AGAMANYA TINGGI yang merangkumi bidang bidang seperti sains... mereka lah Ahli ibadah..merekalh juga ahli sains..
di sini, ape yang saya nak katakan ialah.... peranan kita di zaman ini sangat besar...tergalas dibahu setiap individu untuk mengembalikan jiwa orang yang dijajah tapi mengagungkan penjajah...ideology penjajah tak lain tak bukan UNTUK MELEMAHKAN FAHAMAN ORANG ISLAM, UNTUK MELUNTURKAN SIKAP TOLONG MENOLONG SESAMA ISLAM SUPAYA TAK BERSATU PADU...supaya SENANG DERANG NAK CONQUER FIKIRAN DAN NAMPAK DERANG YANG BENAR...ISLAM ITU KOLOT...
tak guna menuding jadi tanpa ade tindakan... jadi... setiap individu wajib mulai hari ini...
1. hantar anak2 ke sekolah yang provide ilmu yang cukup sebgai orang ISLAM..jangan risaukan SIJIL..kerana REZKI itu dari ALLAH..sebab generasi ini boleh dipulihkan semula mungkin juga mengambil masa 133 tahun seperti BRITISH merobek minda MELAYU ISLAM....tapi perlu bermula dari sekarang....
2. kepada para ilmuan...wajib...mengeluarkan kata hati anda menerusi pena dengan menulis ape yang patut pada setiap kepincangan AGAMA ISLAM... jangan takut bersuara kerana takut diberhentikan kerja...jangan takut bersuara kerana takut dikecam, ugut, dibenci dan dihumban dalam penjara... KERANA..REZKI ITU DARI ALLAH, BUKAN MANUSIA.. KERANA YANG MENJAGA ANDA JUGA ALLAH, BUKAN MANUSIA.. jika anda takut dan membisu dari menegakkan kebenaran...anda ingat pendapatan anda hari2 tu berkat ke???... selidik TAWAKAL dan KEPERCAYAAN kita kepada KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH.
3. kepada yang berilmu dan bertaraf ustaz..wajib turun berceramah dan share ilmu yang ade...dan bukak lagi banyak sekolah INTEGRASI... macam MAAHAD TAHFIZ SAINS...
4. kepada orang yang dalam bidang professional terutama muslim... wajib kembali kepada ISLAMIC WAY...terutama MEDICINE...i believe...ade inisiatif selain DRUGS... and please...buku dari barat boleh dijadikan bahan rujukan..tapi bukan sebagai bahan utama....sebab...kemudahan dan kecangghihan itu semua perlu...cuma jangan sampai lupa itu semua dari Allah..jika tak buat guna jalan Allah...pasti akan LUPAKAN... akal anda Allah yang kurniakan...bukan untuk di megah-megahkan...

1957-2014...57 tahun sudah kita merdeka....MERDEKA KAH KITA???? AYUH...BANGUNKAN KESEDARAN DALAM DIRI AGAR GENERASI BARU ITU MANTAP DARI ILMU AKHIRAT DAN ILMU DUNIA...yang dapat menilai APE ITU DOSA APE ITU PAHALA APE ITU HALAL APE ITU HARAM dan cekal dan berani dalam AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...
 jangan ade lagi generasi yang "alah..xrock r..." sbb xpegi ke pusat hiburan..sbb xdgr radio omputih mcm hitz.fm..sbb meluahkan rasa tak puas hati dengan movie dan iklan yang dipertontonkan di kaca television sekarang...
Allahuakbar...AYUH KELUAR CEPAT DARI DUNIA INI yang PENUH DISAJIKAN dengan DOSA MATA, DOSA TELINGA..DOSA PERUT...macam mane tak banyak BALA....bukak radio "muzik"... bukak tv..."cerita bukak aurat"... bukak internet "..lagi hebat"... masuk pusat membeli belah...memang nampak "pusat orang"... duduk memandu dalam kereta "kene pandang kiri kanan hadapan...trnampak pulak orang naik motor pakai seluar pendek"...ASTAGHFIRULLAH...dosa yg memang pernah dibuat ketika jahil dah ade...tambah lagi dengan dosa yang tak sengaja pada perkara yang sama...
memang betul ape yang Allah dan nabi kata...orang yang memang dijalannya hanya sedikit dan dilihat masyarakat sekeliling sebagai orang-orang yang ganjil. 
apabila ramai berpakaian terdedah..tak ke ganjil kalu tetiba berpurdah...
apabila hidup mewah jadi kebiasaan tak ke ganjil orang yg susah tapi tak berhutang keliling pinggang
apabila uptodate dengan artis barat gossip...bila ade yang tak kenal dan tak pernah amik pot pasal barat..xke jadi ganjil...
apabila ramai yang xjadikan alquran bacaan harian...memang ganjil golongan yang membwa alquran ke sana sini..
apabila ramai yang tak solat...memang jadi ganjil la orang yang solat dan pegi ke masjid..
memang benar hidup dalam hutan tu lebih baik....tanpa dunia luar.. telinga dengar unggas (xberdosa)... makan (fresh, halal, xde bahan kimia yg memudaratkan)...mata..pandang hutan belantara.. (xberdosa).... tapi berbekalkan AL-QURAN DAN ASSUNNAH..ALQURAN DI MULUT DAN DIDADA.. memang ganjilkan...mesti dalam fikiran merasakan...ish...guane ke nak hidup dalam hutan..tanpa ape2 kecanggihan langsung...jadi katak bawah tempurung la...GANJILKAN...
duduk kat bandar ...rumah selesa bayo guna loan (interest=dosa), naik kete bayo guna loan (interest=dosa), mata, telinga, mulut, perut..(expose pada DOSA)...TV..GADGET... (expose pada DOSA)... kalu tengok skang ... DOSA-DOSA TU TAK GANJILKAN...bahkan xde rasa BERDOSA kan>??? TAK GANJILKANN>>>
itu hanya diibaratkan....ape yang ade semua dari Allah..cuma ADE BENDE YANG PERLU DIUBAH MENGIKUT CARA PEMIKIRAN, PEMBUATAN, PERLAKSANAAN BERTERASKAN ISLAM...

di sini ingin saya mengajak semua orang ISLAM membawa doa ini dalam setiap SOLAT. kerana doa ini termasuk dalam 10 ayat terawal surah alkahfi.. semoga kita semua terselamat dari tipu DAYA SYAITAN dan DAJJAL..ideology barat itu tanpa cara ISLAM..tanpa ISLAM..ITULA CARA SYAITAN.. dan DAJJAL itu pasti akan muncul...berusahalah dari sekarang..berdoa agar kita tak tergolong dalam orang yang mengagongkan DAJJAL..nauzubillahiminzaalik...
WALLAHU'ALAM..




Rabu, 26 Mac 2014

logik akal manusia yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup

seringkali manusia berfikiran ikut logik sendiri. dengan membuat pelbagai spekulasi dalam semua perkara. itu semua adalah anggaran atau perancangan atau juga dipanggil ramalan untuk dimasa hadapan berdasarkan fikiran logik akal manusia. ade ramalan yang memberi gambaran positif dan ade ramalan yang memberi gambaran negatif.

"ramalan", "assumption", "logik", "perancangan", atau "anggaran" atau ape sahaja perkataan yang berkaitan... dan saya lebih selesa kepada perkataan "ramalan".

apabila perkataan "ramalan" ia berkaitan dengan masa yang akan datang...yang masih tidak diketahui lagi ape yang akan berlaku. dan ia boleh jadi ramalan itu betul-betul berlaku ataupun sebaliknya.

bicara saya yang seterusnya, mungkin akan ade yang merasakan ianya tidak munasabah dan tak bersetuju. disini saya ingin mengetengahkan kepada orang islam terutamanya.. kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedari pun...

"ramalan" ini memang dah jadi kebiasaan pada zaman sekarang. ramalan kaji cuaca, bahkan ramalan bila dunia nak kiamat pun ade...

ape yang saya nak ketengahkan ialah... kadangkala "ramalan", "perancangan" yang mengikut logik akal manusia ni boleh menyebabkan manusia itu terjerumus kepada kehidupan yang penuh depresi, murung, tertekan, dan expose kepada perasaan atau emosi yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup.

kenapa saya menyatakan sedemikian, adalah kerana dalam tak sedar manusia itu sendiri terlalu taksub kepada "ramalan" yang direncanakan berdasarkan logik akal manusia....dan paling parah...dalam tak sedar merasakan yang Allah juga berfikiran seperti manusia... walhal,... kuasa Allah itu tak memerlukan ape2 teori sandaran pun seperti firman Allah, "kun faya kun"... maka ape jua boleh terjadi...jikalau hari ini anda kais pagi dan makan pagi..tiada duit simpanan pun...dan sudah pasti ikut logik akal..anda akan sentiasa bersedih kerana tak mampu menunaikan rukun islam iaitu menunaikan haji...akan tetapi, jika Allah menjemput anda ke tanah suci..boleh saja sekelip mata Allah datangkan orang kaya menderma kepada anda untuk menunaikan haji...

inilah bahayanya ilmu yang bersifat ramalan hari ini....maka sebab itu Allah menyuruh menyebut bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu...mengingatkan kita kepada nawaitu kita..dan mengakhiri dengan In shaa Allah...juga mengingatkan Allah...agar tidak taksub dengan keduniaan...

bahkan, badan-badan insurans, juga ditubuhkan berdasarkan kebarangkalian jika berlakunya sesuatu kemalangan di masa yang akan datang atau sekarang.. disini juga perlu diingatkan...semua itu adalah IKHTIAR....jgn sekali-kali menyebut "tak perlu risau, insuran kan ade kalu pape berlaku...insuran akan cover'.. Allahlah yang mengizinkan anda masuk insuran tu...jika Allah tak menginginkan anda dicover oleh syarikat insuran..nescaya Allah boleh bankrup kan syarikat insuran itu...atau nama anda tetiba tak tersenarai dalam rangkaian insuran itu dan sebagainya...

banyak lagi ape yang berlaku hari ini yang merenggut sedikit sebanyak kebahgiaan dan ketenangan hidup... contoh..keadaan hari ini yang penuh dengan jenayah...pelbagai inisiatif digunakan bagi menyelamatkan diri...sebagai contoh...alarm sistem, pagar, grill, padlock, laser yang bersensor... dan pelbagai lagi.... ingat manusia sekalian...itu semua IKHTIAR anda semata-mata...jangan sampai jika sesuatu berlaku anda menyebut.. "nasib baik aku pasang grill....nasib baik umah aku ade alarm system"... sesungguhnya itu semua perlu disulami dengan Alhamdulillah ataupun innalillah...agar kita ingat pada Allah setiap masa... kerana Allah la yang membenarkan semua kejadian itu berlaku..jika Allah menginginkan anda mati dibunuh oleh perompak...boleh saja Allah takdirkan anda terlupa utk menghidupkan sistem penggera itu..bahkan boleh saja Allah menggerakkan hati anda untuk keluar rumah untuk mengambil barang yang tertinggal...

ape yang paling penting ingin saya kongsikan ialah... kadangkala manusia itu terlalu memfokus pada akal fikiran manusia dan beranggapan yang Allah juga berfikiran seperti manusia...astaghfirullah..jika pernah anda merasakan sebegitu...beristighfarlah..kerana menyamakan Allah dengan makhluk itu adalah BERDOSA...

dan secara tak sedar semua kegiatan ini lama kelamaan menghakis rahsia TAWAKKAL kepada Allah..... disini saya ingin kongsi pada zaman Maryam..ibu nabi Isa a.s... dalam masa mengandung dan sarat untuk melahirkan nabi Isa a.s Allah menyuruh Maryam pergi ke kawasan yang lapang yang ade pokok kurma yang mati...tidak pula Maryam berfikiran ade orang akan membunuhnya, merogolnya dan sebagainya....sedangkan kawasan itu sunyi..sepi... boleh juga dimakan binatang buas... KENAPA????... ketika Nabi Ibrahim nak menyembelih nabi Ismail... tekad untuk menyembelih anaknya sendiri...dan Nabi Ismail juga merelakan ayahnya menyembelihnya... dan ketika nabi Ibrahim meninggalkan siti hajar dan nabi ismail sendirian di padang yang tiada air dan tiada makanan....tidak pula ade dalam fikiran mereka.....pasti siti hajar dan ismail akan mati kelaparan atau dimakan binatang buas...tidak pula nabi ibrahim memikirkan menukarkan awal2 lagi korban nabi ismail kepada seekor kibas... KENAPA???? pernahkah kita fikir rasa TAWAKKAL kita itu paras mana????

inilah yang saya katakan logik akal manusia itu membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup...
hidup akan hanya diburu dengan ramalan2 negatif... yang secara tak sedar meragut iman dan akidah sebagai orang islam..istighfarlah ... istighfarlah... hidupkanlah kalimah BISMILLAH dalam setiap perbuatan agar nawaitu itu terjaga kerana Allah....hidupkanlah setiap IKHTIAR dan USAHA itu dengan ucapan IN SHAA ALLAH dan semilah rasa TAWAKKAL dalam usaha dan IHKTIAR itu agar yakin dan percaya akan bantuan Allah itu akan tiba cuma pada ketika bila masanya itu adalah HAK MILIK ALLAH dan sambutlah sesuatu kejadian gembira dengan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur dan meng'imarahkan pemberian Allah dan sambutlah kejadian yang buruk dan menyedihkan dengan kalimah INNALILLAH agar  redha dan percaya akan hikmah mendatang dengan ape yang berlaku itu.

wallahualam...

Jumaat, 7 Februari 2014

Late mental development - lambat matang

rata-rata aku melawat, berhijrah dan memerhatikan anak di zaman ini. bahkan boleh dikatakan dari tahun 1995 lagi. perilaku, perangai, budi bahasa dan perangai anak-anak itu tidak sama. pergerakan dari tahun ke tahun semakin melambangkan yang anak-anak ini mengalami proses lambat matang dari segi pemikiran terutamanya.

jika dilihat zaman nabi pun, orang-orang yang beriman selalunya pemikiran mereka matang sejak dari usia kanak2 lagi. aku faham hidayah itu milik Allah. tapi pada pemikiranku lebih baik membentuk diri sebgai mukmin sejati dari mengotori diri kemudian baru menginsafi.

lama aku memikirkan punca anak-anak ini lambat matang pemikirannya. anak-anak ini seperti ade dunia khayalan mereka sendiri. adakah faktor pemakanan? adekah faktor didikan? adakah faktor lahir dalam dunia serba ade? adakah faktor kesenangan hidup?

aku rasa takut untuk memegang amanah Allah jika dikurniakan zuriat nanti. terlalu besar cabarannya dihari ini bagi melahirkan seorang "mukmin sejati". aku sendiri pun tercalar imannya. duduk di pusat bandar. dosa mata dan dosa telinga sememangnya sangat sukar untuk dielakkan. jika memandu, anda akan terlihat pelbagai jenis pakaian yg membuka aurat. jika ke shopping mall, radio dengan dendangan lalu yang jauh dari batas syariat sudah kebiasaannya dipasang... Allahuakbar... sememangnyaaku ibaratkan setiap detik dan waktu perlu aku sunat taubat, istighfar dengan dosa-dosa ini..yang aku tak mampu menghalangnya...

sememangnya lambat matang terlalu besar impaknya. keadaan ini melalaikan anak-anak dan usianya akan rugi..kerana kematangan pemikiran dalam kehidupan inilah akan mencorakkan hidup anak-anak ini....ade yang aku lihat..usia sudah mencecah belasan tahun..tapi perangai, keinginan dan pemikiran seperti budak 5 tahun.6 tahun.

kematangan inilah yang membantu anak-anak ini memahami konsep tanggungjawab diri pd Allah, manusia...(hablumminallah dan hablumminannas)... bahkan hidayah itu juga pernah dibahaskan bergerak dengan tahap kematangan seseorg...

walaubgaimanapun, tidak semua, masih ade anak-anak yang matang dihari ini, cuma nampak sangat segelintir sahaja. dan kajian aku perlu dijalankan bagi mengetengahkan masalah lambat matang di usia anak-anak dihari ini.

wallahualam.

Sabtu, 13 April 2013

kesedaran

kdg2 masa trlalu stress, akal akan kalah..
hatiakan control wat ape saje,..
tp itu semua mcm pantai, gelora akan pegi 
dnakan dtg..
kekuatan tembok itu dr amalan dan keikhlasan hati kita..
jika kuat..bila tergelincir pasti mampu kembali pd keadaan asal atau
bertambah baik..

Isnin, 17 September 2012

Manusia deserve dugaan

hidup ini penuh dengan pelbagai dugaan dariNya. dugaan itu sebenarnya tanda kasih dariNya. Dia memberi peluang kepada manusia untuk menebus semula setiap kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. jadi rebutlah peluang ini. Kenapa perlu bersedih dan menderita!? sepatutnya kita patut BAHAGIA bukan??!!!.

kalu hati kita sebagai makhluk merasa sedih dan terluka kerana perilaku sesama makhluk.. bayangkan ..betapa sedihnya Allah dengan kesalahan dan keingkaran manusia sebagai ummatnye, makhluk ciptaanNya yang dilimpah ruahkan dengan pelbagai kenikmatan di dunia ini..

perlu juga diingati..manusia itu diciptakan tidak sempurna.selalu dan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan.. jadi.. MANUSIA DESERVE DUGAAN BUKAN???!!???

Kenapa perlu bersedih dan menderita!? sepatutnya kita patut BAHAGIA bukan??!!!.

Ahad, 16 September 2012

Mencari tanpa kepastian

mencari sesuatu yang tidak pasti itu sukar. tiada kepastian itu boleh dipastikan melalui ilmu.cuma kadangkala atas kehendak inginnya mencari atau tidak sahaja. bak kata orang-orang tua, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". adekale kehendak atau keinginan untuk mencari dan mendalami itu sudah ade, tetapi, akhirnya dilenyapkan oleh sikap suka bertangguh.  sifat bertangguh ini yang puncanya berlaku kerana hati tidak sepenuhnye atau tidak nekad untuk melakukan bersungguh-sungguh.hati tak tetap.kurang berminat. dan merasakan perkara itu kurang penting atau tidak penting. maka, sebenarnya.duduklah dalam kerugian orang-orang sebegini. sedihkan jadi begitu?.... jom!.. jangan tergolong dalam orang sebegini...

Selasa, 3 April 2012

the power of "kemarahan"

kemarahan itu pembunuh ikatan
kemarahan itu pemudar kasih sayang
kemarahan itu mencabar kesabaran
kemarahan itu punca segala penyakit
kemarahan itu meracun diri
kemarahan itu punca hati terluka
kemarahan..demi kemarahan..
kemarahan itu hilang akal
kemarahan itu punca stress
kemarahan itu punca bermusuhan
kemarahan..oh..kemarahan..
kemarahan itu tiupan syaitan..

Isnin, 1 November 2010

kesedaran

kdg2 masa trlalu stress, akal akan kalah..hati
akan control wat ape saje,..tp itu semua mcm pantai, gelora akan pegi dn
akan dtg..kekuatan tembok itu dr amalan dan keikhlasan hati kita..jika
kuat..bila tergelincir pasti mampu kembali pd keadaan asal atau
bertambah baik..

Rabu, 12 Mei 2010

Gelora

hidup ni macam lautan.. kadang2 tenang, kadang bergelora.. bila masa
tenang alhamdulillah.. sesukar macam manepun pasti dpt ditempuhi dgn
tenang... tapi bila laut bergelora.. dapt jugak ditempuhi insyaAllah
tetapi kesukarannya agak luar biasa dirasakan.. cuma iman
penentu..mengajar hidup menghargai erti kesyukuran, ketabahan, dan keredhaan.. dan berserah (tawakkal) padaNya semata-mata..wallahualam..

Jumaat, 30 April 2010

Kecewa, Murung, Kehilangan, Kesunyian, Kesedihan

Kadang-kadang kita rasa kecewa, murung, kehilangan, kesunyian, kesedihan, tak berpuas hati, terasa tiada keadilan.

selalunye semua perasaan tu kerana perkara dunia.. kerana perbuatan manusia..

tapi adakah kita merasakan perasaan yang sama seperti itu di dalam perkara agama?.

Adakah kita merasa kecewa, murung, kehilangan, kesunyian, kesedihan jika kita gagal menunaikan tanggungjawab kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

adakah kita sedih dan kecewa jika diri tak mampu solat di awal waktu.. selalunya kita resah dan kecewa terlewat meeting.. terlewat masuk kelas... solat di awal waktu itu mendidik kita punctual dlm ape jua perkara dalm hidup kita..

adakah kita kecewa dan sedih jika tak mampu mengerjakan solat-solat sunat walau masa yg diperuntukkan telah terlebih cukup... kita selalu kecewa mengenai siaran television... masa lapang kita pun telah dicuri dgn perkara lagha.. iaitu television, internet , radio.. didikan yang mantap dari kecil amat penting didalam mengisi masa utk mana yg lebih berfaedah..

adakah kita kecewa jika tak mampu nak berpuasa hanya 2 kali seminggu (iaitu puasa sunat isnin dan khamis).. puasa mendidik kita jadi sabar, tenang, menundukkan nafsu... dan juga utk kesihatan tubuh badan...

adakah kita kecewa, sedih, dan malu kerana pengetahuan kita sebgai ummat Islam terlalu cetek. cetek tentang selok belok agama, salah silah khulafak-khulafak, sahabat-sahabat Rasulullah, Kisah Para Nabi... Hari-Hari istimewa dalam Islam dan sejarahnya,...?

Adakah kita kecewa jika tak mampu menghafal dan memahami Ayat-Ayat suci Allah.. (Al-Quran).. bahasa syurga itu??....


Renung-renungkanla...


sesungguhnya, manusia di akhir zaman ini.:

seringkali kecewa kerana meminta sesuatu balasan dari manusia .. bukan keredhaan Allah..
seringkali manusia kecewa kerana tiada kepujian di atas usaha yg dilakukan... tiada kenaikan pangkat..

seringkali juga kecewa, murung dan sedih atas kerana urusan duniawii seperti result exam yang tak mencapai target.. padahal itulah yang Allah suratkan., itulah yang terbaik.. REDHA la..

seringkali manusia kecewa kerana perbuatan manusia.. seperti kecewa bercinta.. kecewa dengan diskriminasi,,. pilih kasih.. dan sebagainyer..

seringkali manusia kecewa dgn kesusahan yang di alamii.. sbg cth dari segi kewangan

sesungghnya,

suatu kegembiraan dan keindahan itu terjadi kerana keberkatan dan keredhaan dari Allah...
ya itulah.. REDHA ALLAH yang kita patut cari....

selalula pujuk hati,

kadang-kadang suatu perkara berlaku adalah satu dugaan untuk menghapuskan kafarah dosa kita yang lampau..

kadang-kadang kesulitan dan bencana yang dihadapi adalah sebagai titik kasih Allah pada ummatnyer.. supaya ummatnya semakin erti dan paham sesuatu ketentuan itu adalah hak Allah.. manusia perlu pasrah dan redha.. ya menitipkan sifat redha..

sebagi contoh, kehilangan barang dan wang, ini mungkin kerana suatu masa dahulu kita pernah terguna, atau terambil barang org yg kita sendiri tak sedar dan tak perasan... mungkin kita membayar zakat dgn hati yg was-was..

terdetik sedih dihati, mungkin tanpa sedar kita pernah sedihkan hati org lain...

bersabarlah..

pujukla hati utk bersabar.. redha .... selalulah berfikiran positif... Ambilla penyelesaian positif... belajarla menjadi seorang yang REDHA...

ya Allah... perlunya bimbinganMu ya Allah ....

Jumaat, 29 Januari 2010

tak sampai 3 bulan penentu nasibku....

ku renung ke luar jendela..
sunyi suasana... malam yang gelap
tanpa cahaya..tanpa bintang-bintang..
angin malam tenang...
tersandar aku lesu.. memikirkan masa depanku..
masa makin hampir.. masa itu makin tiba..
aku tau.. aku tak mampu lagi..
puas ku tenangkan jiwaku..
tapi .. kadangkala aku tewas..
x tau ape jadi.. hanya Allah yang tau..
tersekat aku.. terumbang ambing aku..
ketahuan melanggar perjanjian.
tapi apalah dayaku..
masa itu akan tiba..
masa itu sudah hampir..
disaat itu.. siapa aku.. dimana aku..
akan aku kehilangan segalanyer..
kehilangan..
kehilangan..
tiada ape2..
kembali ..
Ya Allah.. tenangkanla aku menghadapinya..
kepadaMu aku berserah.. aku dah tak berdaya lagi..
tak sampai 3 bulan tempohku..
tak sampai 3 bulan.. ya..
Aku perlu cekal..
aku perlu tabah
menerima kehidupan baruku..
usah dikira itu sedih.. usah dikira itu sedih
usah... merenung kosong, jauh, sunyi sepi..
itulah akan jadi..'
lagi dan lagi..
sudah terbiasakah aku????
entah.. tak sampai 3 bln..
dpt ku bayangkan..
suasana itu.
lesu aku pergi melangkah..
menerima hakikat..aku tiada punya apa2..
semuanya harus ku lepaskan..
aku tiada kuasa mempertahan..
aku ..Ya Allah..

Khamis, 28 Januari 2010

diari aku 3

Kitab[11] (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],(al-baqarah:2)


Surah Taha, Ayat 132 Dan perintahkanlah keluargamu serta umat mu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (MIRACLE)


tak semua yang kita nak kita akan dpt...kekadg kita perlu juga lalui ape yg kita xnak demi untuk keperluan hidup...cuma bila sekadar memenuhi keperluan hidup ia akan jadi sukar berbanding melakukan sesuatu yg disukai...disitulah membina ke arah pemikiran yg matang...


duk sorg2.. tersenyum sorg2.. tidur pun senyum.. makan pun senyum.. semua senyum... keje pun senyum.. makan tak terasa.. mandi tak terasa... tidur macam tak tidur.. asyik tersenyum jek... ini yang beh ni..


macam mane nak berkesederhanaan dlm smua bende ek.. terutama bab perasaan ni... susah tul ....


tiupan angin kejahatan membisikkan keresahan, kegelisahan dan keraguan di hati akan ku sangkal dengan ketabahan dari Allah.. Allahuakbar!!!!!!!.... mara.. mara.. mara.. tanpa menoleh.. come on.. go.. go.. go...


cepat .. masa tu memburu aku.. cepat..... lari.. maju ke depan..


ingin di luah tak terkata... ingin di simpan tak terdaya...tapi hati memendam rasa...jadi luahkan jek.. xguna dah nak pendam2 zaman skang ni...


kadang2 rasa stress sgt.. terutama bila banyak keje tp daya fokus xdek.. memang stress.. terasa sgt nikmat ditarik... tapi Alhamdulillah.. itu.. cuma sementara.. ade on off la.. cuma sebenarnye Allah duga kita.. supaya bila daya fokus dh mantap kita lebih bersyukur dengan nikmat pemberianNya..

Diari aku 2

dipagi ini aku memohon kepada Allah semoga dptla suatu perkembangan dlm hidup untuk hari ini dan hari seterusnyer... yang penting intelligent level aku ni ... hope makin mantop...aku nak grad on time... ....nak..nak..nak.. grad....

may Allah grants me with a strong heart...

jgn menyatakan sesuatu jika tak mampu maju ke depan... jgn menyatakan sesuatu jika tiada keberanian... jgn menyatakan sesuatu jika tiada kepastian.. jgn menyatakan sesuatu tanpa hati tekad.. jgn sesekali... jgn sesekali... hargailah sekeping hati...

jauh di mata dekat di hati.. jauh xbermakna lupa.. jauh xbermakna xsyg.. jauh xbermakna x care.. i do care.. i do love.. i do miss u... oh my love

A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
T : Anda memiliki sikap canggih, amat canggih.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
K : Suka melakukan sesuatu yang baru.
A : Anda men...jadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.

nasib manusia x sama... ya Allah kau tabahkanlah aku dengan keputusanku ini....

i never ever give up..... im gonna fight.. fight til the end.. fight to death.... wakkakakka...

tiada ape yang mustahil... Allah MAHA KUASA..

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar".


"wahai Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, tutupilah aibku, tinggikanlah darjatku, berikanlah aku rezki, tunjukilah aku, sejahterakanlah aku, dan maafkanlah aku."


Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang yang ragu-ragu.(Al-Imran:60)


Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Imran:29)


(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (Al-Imran:8)

Diari Aku 1

Ingat la bahawa,

"Bila kau letih & hilang semangt,Allah tahu betapa kau tlh mencuba sedaya upaya.Bl tangisnmu brpnjgn & hatimu kedukaan,Allah tlh mengira titisan air matamu.Bl kau rs ketinggalan & masa meninggalknmu,Allah sentiasa disisimu.Bl kau tlh mncuba segalanya tp tdk tahu tujuannya,Allah ada jln penyelesaiannya.Bl tdk ada yg bererti buatmu, keliru & kecewa,Allah adlh jwpnnya.Smga dirimu tabah dlm menghadapi ujian Allah.."

tanamla dlm diri,

"ingin hati ini hanya mengasihi dan menyayangi Allah... cinta yang hakiki..."


bila tension terus berdoa,

"Ya Allah ku pohon petunjuk dan ketentuan yang terbaik untukku dan bantulah aku menjadi hambaMu yang tabah, sabar, ikhlas dan redha dlm menerima takdir kurniaanMu untukku..."

muhasabahla diri seperti,

"ntah kenapa.. terasa terlalu kecil aku.. terlalu daif aku sbg umat Allah... aku menangis krn duniawi..tapi x pula aku menangis krn aku tak mampu mempertahankan diri dari melakukan dosa.. rasa bersalah ku lebih jika terlambat temujanji dgn kawan tp.. aku kurang rasa bersalah kalu solat di akhir waktu...ya Allah.. kerdil..."

"hati dicalari rasa bersalah padaNye.. selalu menyimpan niat ingin berubah..membetulkan keadaan...menyusur perlahan2 ke jalan keredhaan Allah, dengan hati yang tanpa keluh kesah tanpa syak...tanpa bentakan amarah...sekaligus melenyapkan pertikaian dan andaian yg sering berlegar dlm pikiran.. berani aku keranaMu..utuh be...rdiri aku keranaMU..keranaMu Ya Allah... Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan yang Maha Esa.."

"terdetik rasa bersalah dalam diri, makin diselami semakin rasa bersalah, terlalu byk kesilapan dilakukan..masihkah aku diberi peluang?..mengeluh kesal xguna lagi kerana sudah tercipta kesilapan...Ya Allah sungguh aku kesal atas segala kelalaian ku pada Mu.. Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan yang Maha Esa...."
peliharalah percakapan sbb,
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau DIAM."

belajarla bersyukur contohnyer,

"behnye pagi ni.. cerah tapi sejuk...angin yang kuat bertiup.. menghirup udara segar... menghayati ayunan daun pokok2 hijau ciptaan Allah.. Alhamdulillah aku masih bernafas..masih diberi peluang memperbaiki dosa n kesilapan hari2 semlm.. semoga hari ini aku ciptakan pahala walau sekecil zarah...amin.. aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa.. ameen..."
"behnyer.. pagi2 duduk di pesisiran pantai.. angin pantai... aman damai.. alhamdulillah.. alam ciptaan Allah..."
"Pujukla hati bersyukur dgn apa yg ada, pujukla hati menerima sesuatu kejadian akan ade hikmah disebaliknye, kerna Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk aku. cuma aku selalu kalah dengan perasaan sendiri, hati membentak pada tempat yang salah dan yang semestinya aku belum cukup tabah...aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Maha Esa..."
"Tiada yang berharga selain ketenangan, tiada yang berharga selain ketabahan hati, tiada yang berharga selain satu senyuman ikhlas, tiada yang berharga selain mendapat keredhaan Allah.. tiada yang berharga.. tidak terasa HARGA jika tiada terasa kehilangan kenikmatan... never forget and never stop to say Alhamdulillah..."

kerana sesungguhnyer,

"sabar itu indah..."


sesungguhnya ape yg kita minta kita sendiri pun kurang pasti kebaikannya pada kita so,

"Ya Allah ssungguhnya hambaMu ini bntu utk mminta ape yg trbaik utk drnya,Ya Allah Kau berila dia ptnjk dlm mminta ape yg trbaik utk drnya,Ya Allah ssungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg trbaik utk drku & Ya Allah bntulh drku mmbina ktabahn hati dlm ape jua yg trjd..bntulh aku mnjd redha, sabar & ikhlas dlm menerima ...ketentuanMu.. aku mmhn keampunn kpdMu ya Allah Tuhan yg Maha Esa amin ya rabbal 'alamin"

walau apapun... sentiasala tersenyum.. senyum tu kan ker sedekah,

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama impian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."