Sabtu, 3 Mei 2014

Apabila dunia dah akhir zaman, Islam pasti gemilang

Assalamu'alaikum..wbt.

lama tak menulis. macam-macam telah berlaku dihari ini.. dengan isu2 hangat seperti misteri MH370,  GST.. isu HUDUD.. .. kedatangan OBAMA.. perhimpunan.. CATUAN AIR.. isu2 politik.. KERAJAAN@UMNO vs PAKATAN.. dan pelbagai lagi..

apakah reaksi dan tindakan anda sebagai yang bergelar khalifah di muka bumi ini dalam setiap isu2 ini iaitu:

1. misteri kehilangan MH370
2. perlaksanaan HUDUD
3. perlaksanaan GST
4. kedatangan OBAMA
5. catuan AIR
6. politik isu KERAJAAN@UMNO vs PAKATAN

situasi yang dh berlaku itu dikira takdir... yang perlu diterima dengan redha.. dan setiap ape yg dah berlaku itu dengan IZIN ALLAH.. walaupun ianya berlaku dengan kadar sesaat yg lampau.. ia sudah dikira takdir yang ditetapkan oleh Allah. manusia kene cari hikmahnya. hikmah itu subjektif.. ade yg pada mata kasarnya bermula dengan kesedihan, dugaan yang menghibakan..akan tetapi pelbagai kebaikan yang diperolehi dari berlakunya sesuatu itu... disini mendidik diri dalam menjadi SABAR dan PASRAH..

islam agama yang lengkap.. HUDUD adalah hukum Allah.. sesungguhnya menyokongnya ialah berlandaskan dengan ape yang Allah tuntut.. maka wajib membantu dalam menjayakan perlaksaan undang-undang ini..dan ternyata undang-undang yang sedia ade masih tak mampu membendung pelbagai gejala jenayah.. perjanjian Allah itu adalah benar... orang bukan islam itu sememang nya akan menolak sekeras-kerasnya kerana tak faham dan tiada penerangan mengenai perlaksanaan undang-undang ini. bahkan sememang ade yang kafir yang kuat agama tau akan kekuatan agama ALLAH ini..dan menolak ini adalah sebagai salah satu halangan bagi menutup KEBENARAN AGAMA ALLAH ITU. walaubagaimanapun.. berhati-hati dengan campur tangan kafir yang bersetuju untuk mencampuri perihal perlaksanaan hudud ini..kerana ALLAH dah nyatakan kafir itu sifatnya munafik...

dunia hari ini telah pun menuju ke akhir zaman... hati manusia itu Allah yang pegang.. di akhir zaman.. ISLAM akan menang.. dan ALLAH boleh saja memalingkan hati "kafir2" itu bersetuju dengan setiap perlaksanaan ajaran ISLAM yg dengan tujuan asal persetujuan itu ade niat jahat dalam hati mereka..sesungguhnya... ALLAH itu berkuasa.. AGAMA ALLAH itu terpelihara...

air itu adalah rezki daripada Allah. ditarik nikmat kurniaan air itu pasti pelbagai kesukaran dalam hidup dihadapi.. pada saat ini..berapa org yg muhasabah diri merasakan adenya melakukan kesalahan sehingga Allah menduga sebegini.. berapa kerat yang bersikap menuding jari dan xde rasa sekelumit kesalahan dalam diri..

GST... sy ni x arif sgt dengan perihal dan syarat2 flow gst ni.. tapi jika dipandang secara mata kasar.. GST ni xdinyatakan berlaku bagaimana..sedangkan dalam bidang perniagaan..barangan itu akan diagihkan.. dari kilang..kepada pengedar.. kepada kedai.. jadi.. dari kilang dh 6%... tambah lagi pemborong 6% tambah lagi big supermarket 6%...sehingga ke kedai terakhir berapa % GST yang nak dibayar.,... kalu kedai runcit yang dikampung2 dan ceruk tokkon..ofcourse berapa lapis GST dikenakan..silap2 modal nak rolling kedai yg sedia ade pun xboleh... itu hanya pandangan secara kasar.. dan jika sememangnya inilah yang berlaku... ia adalah sesuatu yang membebankan...dengan kadar getah yg jatuh sekarang..yang rata2 penoreh getah adalah org yg kais pagi makan pagi...kais petang , makan petang...

minyak rm2.10, tol dikenakana..GST dikenakan... pendapatan negara tetap defisit dan defisit... defisit yg semakin bertambah... walau belum dilaksanakan GST... ade pasaraya yang sudahkan meletakkan GST..ade pusat servis kereta yang dh pun meletakkan GST..dan astro..apetah lagi... syarikat beso yang meletakkan GST... makin beso untung...sedagkan selenggarakan mereka pada paras yg sama.. berlipat kali ganda keuntungan...

kenapa orang nampak wah.. OBAMA datang malaysia... untungla malaysia... siapa OBAMA? agama apa?   ape yang dilakukan pada PALESTIN?.. maaf.. pijakkan kaki org yg kejam akan membawa bersamanya angin kemusnahan...  semoga Allah pelihara Malaysia dari pelbagai jenis bencana...

sebagai individu..perlu aware dengan isu politik..sbb mmg tggugjwb setiap individu kn pilih pemimpin yg amanah.. baik dari segi agama.. jika dah suara biasa tak dilayan... surat asyik di KIV .. pelbagai cara lagi boleh dilakukan.. cuma sikap STUBBORN dengan kesalahan diri itu yng mengundang kpd situasi pd hari ini... salah tetap salah..perlu menerima dan perbaiki..bukan menegak benang yg basah..

action is better dan just talking bla..bla..bla..the most powerful action yang kita boleh ambil ialah DOA... hati manusia ALLAH yang pegang..

niat manusia itu tidak diketahui...nampak baik tapi xsemestinya itu niatnya..nampak jahat sudah semestinya jahat..tp xsemestinya jahat selama-lamanya.. sentiasala bermohon drpd Allah agar dihindari dari tipu daya syaitan... bykkan hadiri kelas2 ilmu.. bykkan solat istikharah.. mohon jika melakukan sesuatu itu baik untuk agama Allah..pasti Allah izinkan..begitulah sebaliknya...setiap ape yg berlaku itu..yg mengguris hati..sudah pasti kesalahan ade dari kedua-dua belah pihak.. nak mengaku atau tak je...


wallahu'alam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan