Selasa, 10 April 2012

tak puas hati sokmo..ngape...

la tahzan..seringkali aku memujuk diri dengan perkataan itu..pelbagai doa juga aku amalkan menjauhi rasa sedih, tertekan dan nafsu amarah.. semua itu masih kunjung tiba..solat sudah..yang wajib maupun yang sunat..al-quran sudah dibaca..aurat sudah ditutup..semua soal agama sudah di fikirkan..kira..aku nilai dah mencukupi..tapi kenapa aku masih tak tenang..kenapa masih dirundung "malang" bak kata org melayu ni...malangla sial la..macam2 perkataan yang direka...(huhuhu)..

astaghfirullah..baru aku sedar..kata2 aku itu seolah2 mempertikaikan takdir Allah...aku hanya memandang kepada amalan aku ja..tapi aku tak pernah nilai dan muhasabah adakah amalan2ku dan amal ibadahku betul2 lengkap dan memenuhi suruhan Allah.. seringkali..menilai kebaikan diri..sehingga nampak kelemahan orang lain..tapi xpernah check keburukan diri..mata itu buta utk meletak kesalahan dan kelemahan pada diri..bahkan kesalahan dan kelemahan itu diletakkan pada yang lain..bahkan Allah pun pernah diletakkan kelemahan dan kesalahan itu..nauzubillah..astaghfirullah...jahilnya aku..begitu mudah dipengaruhi fikiran "syaitan"..

baru beribadat sedikit sudah rasa bergunung dan dah rasa diri cukup baik..ya Allah..riak tu..aku sudah riak..erk..astaghfirullah..Allah..ya Allah..jahilnya aku.. tanggungjawab aku sebagai khalifah kat bumi pun tak terlaksana..nak mintak yang lebih2..xmalu ke aku..ape sgt aku berbakti pada Allah..mintak jek lebih2..dengan amal sedikit dah judge deserve yang lebih2....astaghfirullah...jahilnya aku..sesungguhnya aku takut dengan hati aku ni..seketul darah dalam tubuh ini..yang begitu keras untuk redha..sedangkan siapalah aku utk tidak redha dengan takdir Allah..

ya Allah..itu kerana hati ini sentiasa dirundung sedih, gelisah, marah, memberontak..tertekan, ...kerana menidakkan takdir Mu ..pencipta aku..tak malukah aku?..bangunla wahai diriku..bangunla wahai diri..oh HATI..tidakkah tersentuh ..oh HATI.dengarla bisikan suci..oh HATI cair la dikau..oh MATA kenapa kau buta walau kau nampak..kenapa kau nampak kelemahan dan kesalahan orang jek..sedangkan kau tu pun pencipta Masalah...mata..bukalah mata.. FIKIRAN..kau pun sama..fikir yang negative2 jek.. xsuka tau...badan ni stress.sakit2, lenguh... hati ni tertekan..mengepam darah pun dah tak berirama..rosak dah "pitching...

akal, hati, mata, telinga...kau semua ni tak bersatu...sebab kaulah HATI..kau kotor..suka suruh mata tengok bende2 lagho..suruh telinga dengar muzik jek..suruh mulut makan makanan kotor n haram..suruh lidah berkata2 kesat..suruh kaki gi shopping mall jek..masjid xmo pulak...panas la..ngantukla..bosan..malas.. ape ni????? menyampah la korang..ni xbersatu..ini lah jadinya..

sesungguhnya..hidup ini masih tidak istiqamah..sesungguhnya hidup ini masih belum redha dan iklhas  dengan erti sebenar redha dan ikhlas ..yang mana hanya Allah yang lebih berhak menilainya..siapalah aku utk mengatakan aku sudah redho..jika aku masih rasakan luka berdarah kembali...

sesungguhnya ya Allah..diri ini begitu risau dengan performance diri ini..HATI, MATA, TELINGA, AKAL, LIDAH, MULUT, KAKI, PERUT, TANGAN, DAN LAIN-LAIN..sentiasa mencuba..hari2 mencuba..hari mencuba..terkadang dirasakan tiada perubahan..sedangkan Kau ade kurniakan kelebihan itu..tapi aku ini suka menutupnya dengan rasa tidak puas hati..dan akhirnya..sakit sendiri..resah sendiri..betullah...Engkau memang tidak mengubah nasib diri kami,, tapi kami sendiri yang mencipta masalah..

oh Ya Allah..jauh dalam hati ini..sujud aku pdaMU..tersgt mendambakan ketenangan dariMu..kasih sayang Mu..ya Allah, Kau bantulah aku dalam mencari mardhatillah MU..sedih hati ini kerana terlalu banyak kealpaan pdaMU..sedih hati dan malu sendiri kerana Kau masih memberi peluang pdaku ynag tak terkira melakukan kesalahan..ya Allah.. bantulah aku membentuk diriku..menjauhi riak..ego.. dendam..hasad..dengki..keluh kesah...angkuh..sombong..Allah..Allah...Allah..

semua ini..dugaan ini...aku tau ya Allah aku mampu menanggungnya..kerana Kau kurniaankannya, bermakna aku mampu menampungnya,,dan aku tau..kejatuhan..kesedihan inilah yang merundukkan ego ku,, riakkku,,, angkuhku,,sombongku..semoga ya Allah aku tabah dan semakin redha,..dan berharap padaMU..dan akhirnya berjaya membina kekuatan diri..menjadi redha..ikhlas..dan tenang...amin..beristiqamah dalam serba serbi..aminnn..

Allah..Allah...Allah

Jumaat, 6 April 2012

Menangani Sikap Suka Bertangguh

Thursday, March 10, 2011

Menangani Sikap Suka Bertangguh

Menangani Sikap Suka Bertangguh. Merungkai 8 Punca dan Penyelesaian.
Suka bertangguh, tabiat menangguhkan atau menunda suatu kerja atau tugasan sehingga saat-saat akhir, boleh menjadi satu masalah besar dalam kerjaya dan hidup anda. Kesan sampingan sikap ini adalah anda mungkin terlepas sesuatu atau banyak peluang, waktu kerja jadi tidak menentu, tekanan atau stres, rasa kecewa dan bersalah. Tulisan ini akan meneliti punca-punca sikap suka bertangguh dan memberi anda beberapa kaedah praktikal untuk mengatasinya.

Pola perlakuan sikap suka bertangguh boleh tercetus dalam banyak cara, jadi anda tidak akan selalu bertangguh kerana sebab-sebab yang sama. Adakalanya anda bertangguh kerana anda terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, dan penangguhan memberi anda ruang untuk melarikan diri. Adakalanya pula anda bertangguh kerana rasa penat dan malas, dan anda sudah tidak boleh lakukan kerja lagi.

Jadi mari kita lihat pelbagai sebab sikap bertangguh dan cuba mencari jalan yang bijaksana untuk bertindak balas ke atasnya.

1. Stres atau Tekanan

Apabila anda rasa stres, tertekan, runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif. Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh menjadi satu mekanisma untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan anda berada dalam kawalan. Penyelesaian yang bijaksana adalah dengan mengurangkan tekanan dalam hidup anda apabila mungkin, agar anda boleh memberi masa bekerja kerana anda mahu, bukan kerana anda terpaksa. Satu daripada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stres ialah dengan mengambil lebih sedikit masa untuk bermain.

Dr. Neil Fiore, dalam bukunya The Now Habit mencadangkan memberi masa untuk keseronokan yang dijamin boleh menjadi satu cara yang efektif untuk mengatasi sikap suka bertangguh. Tentukan terlebih dahulu blok masa yang anda akan peruntukkan setiap minggu untuk masa keluarga, hiburan, senaman, aktiviti sosial dan hobi anda. Kemudian jadualkan masa kerja anda menggunakan blok masa yang masih ada. Ini akan mengurangkan rasa untuk bertangguh kerana kerja anda tidak akan menceroboh masa lapang anda, jadi anda tidak perlu untuk menangguhkan kerja demi untuk rehat, relaks dan menikmati hidup. Kerja anda sepatutnya memberi kepuasan dan keseronokan kepada anda, jika anda selalu bertangguh kerana tidak seronok dengan kerja anda, sehingga menjejaskan masa depan anda, mungkin anda pertukaran kerjaya boleh menangani masalah anda, namun berhati-hatilah.

Ilmuwan Islam memberikan cadangan membahagikan hari kita kepada tiga bahagian; iaitu satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk beriadah dan rehat dan satu pertiga lagi untuk beribadah. Ini serupa dengan saranan Benjamin Franklin; beliau menasihatkan bahawa strategi optima untuk produktiviti yang tinggi ialah dengan membahagikan hari anda kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk bekerja, satu pertiga untuk bermain dan satu pertiga lagi untuk rehat. Berpeganglah bahawa masa kerja dan masa bermain anda adalah sama pentingnya, agar satu tidak menceroboh yang lain. Ini akan menjamin masa lapang anda.

Saya sendiri pun menyedari bahawa diri saya adalah paling produktif dan berkesan apabila saya memberi masa untuk bermain dan beriadah. Ia membantu saya meluahkan tekanan/stres yang berlebihan dan lebih lagi menikmati hidup, dan hasil kerja saya lebih baik apabila saya rasa gembira. Tempat kerja saya juga memberi suasana yang mendamaikan, oleh kerana saya suka berada di situ, saya boleh bekerja sepanjang hari tanpa rasa terlalu tertekan (tekanan memang sentiasa wujud). Anda pun mesti pernah rasa begini bukan?

2. Terlampau Banyak Kerja

Adakalanya anda ada terlampau banyak tugasan atau kerja yang perlu anda selesaikan daripada apa yang anda boleh buat. Ini akan menyebabkan anda rasa terlalu banyak kerja, terlampau banyak sehingga melimpah-limpah, dan yang peliknya anda akan lebih berkemungkinan untuk bertangguh apabila anda rasa sudah tidak mampu melakukannya. Bayangkannya ianya seperti otak anda menolak untuk bekerjasama dengan kerja-kerja anda yang ternanti yang anda tahu memang tidak munasabah. Dalam kes ini, anda perlu berhenti, menilai semula keutamaan-keutamaan anda, dan permudahkan segala tugasan.

Alternatif yang ada untuk mengurangkan jadual yang terlampau padat dan melimpah-limpah seperti ini adalah penghapusan tugasan-tugasan tertentu, delegasi dan bekerjasama. Pertama, lihat semula senarai kerja untuk dibuat dan buang sebanyak mungkin tugasan-tugasan. Buang semuanya yang tidak benar-benar penting. Ini sebenarnya tidak susah, tetapi ramai orang tidak melakukannya dengan baik. Ramai yang membuang perkara-perkara seperti bersenam dan bermain tetapi pada masa yang sama mereka memberi banyak masa untuk menonton TV, walaupun bersenam menyegarkan mereka dan menonton TV mengeringkan tenaga mereka.

Apabila anda membuang tugasan-tugasan tertentu, anda perlu berlaku jujur dengan membuang yang paling tidak berharga atau tidak bermakna terlebih dahulu, dan kekalkan yang memberi anda nilai yang nyata dan berharga. Kedua, lakukan delegasi iaitu perturunkan atau serahkan atau bahagikan tugas-tugas kepada mereka yang lain sebanyak mungkin. Minta lebih bantuan jika anda memerlukannya.

Dan ketiga, bekerjasama dan berbincang dengan mereka yang lain untuk membebaskan lagi masa anda untuk apa yang benar-benar penting. Jika anda mempunyai kerja yang terlampau melimpah-limpah banyaknya daripada apa yang anda rasa boleh terima, terserahlah kepada anda untuk memutuskan sama ada ianya berbaloi untuk terus berada dalam keadaan tersebut. Saya secara peribadinya tidak bertolak ansur dengan kerja yang terus menerus memaksa saya bekerja berlebihan sehingga saya rasa melampau, ianya sudah menjadi tidak produktif untuk kedua-dua majikan dan pekerja.

Anda perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang berprestasi tinggi dalam sebarang bidang mengambil banyak masa bercuti dan masa bekerja mereka lebih pendek dari mereka yang kaki kerja. Pekerja prestasi tinggi ini menyiapkan lebih tugasan dalam masa yang lebih singkat dengan mengekalkan diri mereka segar, tenang dan kreatif. Dengan meletakkan masa bekerja anda sebagai satu sumber yang terhad berbanding sebagai hantu yang sentiasa mengejar dan mengacau anda dalam setiap ruang hidup anda, anda akan jadi lebih seimbang, fokus dan efektif.

Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, telah terbukti jumlah masa bekerja optima bagi kebanyakan orang ialah 40 hingga 45 jam seminggu. Bekerja lebih dari masa ini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap produktiviti dan motivasi dan menyebabkan kurang kerja sebenar yang disiapkan. Ini amat benar terutamanya bagi kerja-kerja alaf teknologi maklumat dan memerlukan kreativiti.

Anda cubalah konsep ini untuk diri anda, untuk mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Jangan terima sahaja bulat-bulat apa yang ditulis. Terokailahnya sendiri.

3. Rasa Malas

Kerap kali kita bertangguh kerana kita merasakan kita terlalu penat secara emosinya atau fizikalnya untuk membuat sesuatu kerja. Apabila kita terjatuh ke dalam keadaan ini, ianya senang untuk kita terus begini kerana tiadanya lonjakan atau inertia. Mengikut ilmu fizik, inertia adalah sifat satu jisim untuk mengekalkan gerakannya, jika objek itu bergerak ia akan terus bergerak dan jika ia pegun, ia akan terus mahu mengekalkan kedudukannya. Apabila anda rasa malas, tugas yang mudah pun seakan menjadi kerja yang berat kerana tenaga anda terlalu sedikit berbanding dengan tenaga yang diperlukan oleh tugas itu. Jika anda menyalahkan tugas itu kerana ia terlalu payah atau sukar, anda akan bertangguh untuk menyimpan tenaga anda.

Akan tetapi lebih lama anda berbuat begini, lebih lemah jadi kemahuan anda, dan tabiat bertangguh anda mungkin mula menjadikan diri anda menuju ke arah kemurungan. Berasa lemah dan tidak bersemangat tidak sepatutnya menjadi kebiasaan diri anda, jadi adalah penting untuk menghentikan corak atau pola ini sebaik sahaja anda menyedarinya.

Penyelesaiannya mudah: bangun dan gerakkan tubuh anda. Bersenam membantu meningkatkan tahap tenaga anda. Apabila tenaga anda tinggi, tugas-tugas tampak lebih mudah, dan anda menjadi kurang menolak untuk melakukannya. Seorang yang cergas boleh mengendalikan lebih aktiviti daripada mereka yang tidak cergas, walaupun tahap kesukaran tugas tersebut adalah sama.

Melalui percubaan, anda akan dapati apabila anda makan dan bersenam dengan baik, anda rasa lebih betenaga sepanjang hari. Anda jarang bertangguh kerana rasa malas kerana anda bertenaga dan mempunyai kejelasan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja yang datang pada anda. Tugas-tugas rasa lebih mudah untuk disiapkan berbanding dengan semasa tabiat pemakanan dan senaman anda tidak baik. Tugas-tugasnya sama sahaja, tetapi anda yang jadi lebih kuat. Kesan lain yang mungkin anda rasa menakjubkan ialah tidur anda jadi tidak banyak. Enam atau tujuh jam tidur sudah buat anda tidak mampu tidur lagi kerana ia sudah cukup. Anda juga rasa lebih mudah untuk tidur. Itulah yang saya rasa. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Anda bersenamlah, memang seronok dan menyegarkan. Tenaga pun bertambah, dan anda jadi lebih rajin.

4. Kurang Motivasi

Kita semua pernah rasa malas (malas sekejap, bukan malas seorang yang pemalas) kadang-kadang, tetapi jika anda rasa amat kurang bersemangat dan tidak boleh melakukan apa-apa, maka mungkin inilah masa untuk anda melepaskan corak berfikir yang tidak matang, menerima kehidupan sebagai seorang dewasa yang matang, dan untuk meneroka matlamat hidup anda yang sebenar. Selagi anda tidak menemui tujuan hidup anda yang memberikan inspirasi, anda tidak akan mencapai potensi diri anda yang sebenar, dan motivasi dan semangat anda akan sentiasa lemah.

Sebagai contohnya seorang doktor atau jururawat, jika beliau memang gemar membantu mereka yang sakit mendapat hidup yang lebih baik, segala kepenatan dan kekangan masa yang beliau hadapi tidak akan melemahkan mereka, sebaliknya mereka akan jadi begitu menikmati kerja itu, kerana ianya memberi mereka kepuasan dan inspirasi buat mereka. Selain ganjaran berbentuk kebendaan, mereka rasa puas memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dan rasa diri mereka berharga. Begitulah juga dengan ahli bomba, polis, guru, tentera dan apa saja kerja. Andai suatu kerja itu memberi inspirasi dan memenuhi matlamat hidup, peluangnya anda akan terus memajukan diri dalam pekerjaan itu.

Tumpukan kerja anda terhadap apa yang memberi anda matlamat, dan anda akan menjauhkan diri anda dari tabiat suka bertangguh. Anda akan rasa lebih bersemangat dan tidak sabar untuk terus melakukan kerja anda. Mencari matlamat anda adalah cara yang sangat berkuasa untuk mengalahkan tabiat suka bertangguh kerana anda tidak akan bertangguh untuk melakukan perkara yang anda suka lakukan. Jika anda bertangguh kerana tiada motivasi langsung, ianya isyarat besar yang anda mungkin telah memilih jalan yang salah. Carilah matlamat sebenar diri anda, perkara yang anda suka, yang anda akan terus buat dan buat tanpa jemu.

5. Kurang Disiplin

Walau ketika semangat anda sedang tinggi, anda mungkin masih berdepan dengan tugas yang anda tidak mahu lakukan. Dalam situasi ini disiplin diri bertindak sebagai sistem sokongan hidup motivasi. Apabila anda rasa bersemangat, anda tidak memerlukan sangat disiplin, tetapi disiplin diri menjadi berguna apabila anda perlu menyiapkan sesuatu tetapi tidak mahu atau tidak suka kerja tersebut. Jika disiplin diri anda lemah, sebaliknya, menangguhkan kerja itu menjadi sesuatu yang sukar untuk ditolak.

Anda perlu meningkatkan disiplin diri anda. Anda perlu ada peraturan yang perlu anda ikuti agar diri anda sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas atau menbuat apa saja kerja. Anda perlu ada kemahuan yang tinggi. Sebagaimana seorang atlit yang ingin menjadi juara, atlet tersebut akan terus berlatih hari demi hari membina kekuatan, walaupun keletihan dan rasa malas, atlet tetap terus mengikut peraturan dan disiplin diri untuk terus bertahan untuk membawa dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.

Membina disiplin diri memerlukan latihan. Pengulangan dan pemahaman tentang peri pentingnya tugas tersebut terhadap diri dan orang lain akan membantu anda membina disiplin diri.

6. Tabiat Pengurusan Masa Yang Tidak Baik

Pernahkah anda terasa ketinggalan kerana anda selalu terlajak tidur, kerana anda begitu tidak terurus, atau kerana tugas-tugas tertentu yang tidak terlaksana dan terbiar begitu sahaja? Tabiat-tabiat buruk seperti ini biasanya akan menjurus ke arah sikap bertangguh, biasanya tanpa sengaja.

Penyelesaiannya dalam kes ini ialah untuk mengenalpasti tabiat yang menjejaskan anda dan menggantikannya dengan satu tabiat baru. Contohnya, jika anda bermasalah selalu terlajak tidur, sahutlah cabaran untuk menjadi orang yang bangun awal. Untuk menyahkan tabiat lama anda dan memasukkan yang baru, anda perlukan lakukan tabiat baru menggantikan tabiat lama itu selama sebulan. Pakar menyarankan melakukannya selama 40 hari untuk menjadikannya satu tabiat yang melekat dalam diri.

Untuk tugas yang sudah lama anda tangguhkan (atas pelbagai sebab, contohnya sukar, atau anda tidak suka), anda dicadangkan gunakan kaedah kotak masa sebagai permulaan. Begini caranya: Pertama, pilih sebahagian kecil dari tugas tersebut yang boleh anda kerjakan untuk hanya 30 minit. Kemudian pilih satu ganjaran yang anda akan berikan pada diri anda sejurus sahaja selepas itu. Ganjaran tersebut adalah dijamin dan diberi jika anda lakukannya hanya selama 30 minit; dan ia tidak bergantung kepada setakat mana hasil atau pencapaian kerja itu.

Contoh yang anda boleh beri sebagai ganjaran buat diri anda ialah menonton rancangan TV kegemaran anda, menonton wayang, makan makanan kegemaran, keluar bersama rakan, bersiar-siar, atau apa sahaja yang anda rasa menyeronokkan. Oleh kerana jumlah masa yang anda gunakan untuk bekerja bagi tugasan itu adalah begitu singkat, tumpuan anda akan beralih kepada mahukan ganjaran yang ternanti berbanding dengan kesukaran tugas tersebut. Tidak kira betapa tidak menyeronokkan kerja itu, hampir tiada yang tidak boleh anda tempuhi untuk hanya tempoh 30 minit jika anda ada ganjaran yang cukup besar menanti anda.

Jika anda masukkan tugas anda dalam kotak masa, anda akan dapati sesuatu yang amat menarik berlaku. Anda mungkin mendapati bahawa anda boleh terus bekerja dengan lebih lama dari setengah jam. Anda akan jadi begitu terlibat dan tertumpu dengan suatu tugasan itu, walaupun sukar, sehinggakan anda mahu terus mengerjakannya. Tanpa anda sedari, anda sudah melakukannya sejam atau lebih. Kepastian ganjaran anda masih ada menanti anda dan anda tahu anda boleh menikmatinya bila-bila sahaja anda bersedia berhenti melakukannya. Apabila anda mula bertindak, tumpuan anda beralih daripada risau tentang kesukaran tugasan itu kepada menyudahkan cebisan dari tugasan yang anda ambil tadi, yang kini mendapat tumpuan penuh anda.

Apabila anda sudah membuat keputusan mahu berhenti bekerja, dapatkan dan nikmatilah ganjaran anda. Kemudian jadualkan lagi tempoh 30 minit untuk mengerjakan tugas tersebut dengan satu lagi ganjaran. Ini akan membantu anda menghubungkan lebih dan lebih lagi keseronokan dengan tugasan itu, dengan mengetahui bahawa anda akan sentiasa mendapat segera ganjaran untuk usaha anda. Bekerja untuk ganjaran yang jauh jangka masanya dan tidak pasti tidak memberi semangat sebagai mana ganjaran jangka pendek. Dengan memberi ganjaran kepada diri anda hanya untuk memberi masa untuk mengerjakannya, berbanding kerana sebarang pencapaian khusus, anda akan berasa teruja untuk kembali mengerjakan tugas anda itu lagi dan lagi, sehingga akhirnya anda menyudahkannya.

7. Kurang Kemahiran

Jika anda kurang kemahiran untuk menyiapkan suatu tugas pada tahap kualiti tertentu, anda mungkin bertangguh untuk mengelakkan diri dari mengalami kegagalan. Anda ada tiga pilihan yang mungkin untuk mengatasi masalah ini: belajar, membuat delegasi, atau hapuskan tugas tersebut.

Pertama, anda boleh mendapatkan tahap kemahiran yang diperlukan dengan latihan. Hanya kerana anda tidak boleh buat sesuatu hari tidak bermakna anda tidak akan mampu melakukannya. Suatu hari nanti anda mungkin malah menguasai kemahiran tersebut. Contohnya dalam pembinaan laman web. Anda mungkin tidak tahu apa-apa tentang bahasa HTML, php, javascript dan sebagainya. Tetapi melalui eksperimentasi, lama kelamaan anda akan memahaminya dan mungkin menguasainya. Lama kelamaan anda sudah mampu membina laman web yang berfungsi dengan baik. Teruslah belajar dan tingkatkan kemahiran. Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu, jangan mengeluh tentangnya. Ajar diri anda untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu sehinggalah anda menjadi cekap.

Pilihan kedua yang ada ialah untuk menurunkan atau menyerahkan tugas-tugas yang anda kurang mahir. Terdapat terlalu banyak kemahiran-kemahiran yang menarik hari ini untuk anda kuasai, jadi hendak atau tidak anda mestilah bergantung kepada bantuan orang lain. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi anda sudahpun menguasai konsep penyerahan tugas ini. Ada tidak anda tanam sendiri semua makanan anda? Ada tidak anda menjahit sendiri pakaian anda? Ada anda bina rumah anda sendiri? Jawapannya tidak, kita memang bergantung kepada orang lain untuk keterusan hidup kita. Jika anda mahu suatu hasil tetapi tidak mahu mendapatkan sesuatu kemahiran (mungkin kerana anda terlalu sibuk dan tidak cukup masa), anda boleh mengambil orang untuk membantu anda. Contohnya jika anda tidak mahu menghabiskan masa cuba memahami perincian dalam boring cukai pendapatan anda atau syarikat anda, anda boleh dapatkan khidmat seorang akauntan. Ini mengosongkan masa anda dan boleh anda gunakannya untuk perkara lain.

Ketiganya, anda mendapat kesimpulan bahawa suatu hasil tidaklah diperlukan sangat sehinggakan anda terpaksa belajar suatu kemahiran atau membuat delegasi tugas tersebut. Dalam hal ini pilihan yang bijak adalah menghapuskan sahaja tugas itu. Adakalanya bertangguh itu adalah suatu petanda bahawa suatu tugasan itu tidak diperlukan pun.

Sebagai contoh, seorang pelajar memang banyak tugasan dan tutorial yang perlu disiapkan. Adakala tutorial dan tugasan ini penting dan adakalanya ianya tidaklah begitu penting. Anda boleh bezakannya semasa pensyarah anda menyuruh anda membuatnya. Sekiranya beliau menyatakan ia akan dimasukkan ke dalam markah akhir anda, maka anda mesti siapkannya. Andai beliau kata ia menjadi pembantu meningkatkan markah anda, mungkin anda boleh tidak membuat tugasan tersebut, andai anda terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting. Ini seakan menjadi satu kesibukan yang tidak perlu. Jika kesannya pada PNG anda tidak terlalu besar, anda tidak buat pun tutorial atau kertas kerja tersebut. Tiada siapa pun yang peduli yang anda dapat A- dari A kerana satu kertas kerja yang anda tidak buat. Jika bakal majikan cukup endah untuk bertanya pun, anda boleh gunakan keadaan ini untuk menunjukkan bahawa anda boleh memberi keutamaan. Tetapi jika anda tidak buat kerana anda malas, dan mahu berpoya-poya, anda sendirilah yang tanggung akibatnya.

8. Terlalu Mahukan Kesempurnaan

Satu bentuk biasa kesilapan pemikiran yang membawa kepada sikap suka bertangguh ialah terlalu mahukan kesempurnaan. Percaya bahawa anda perlu membuat sesuatu dengan sempurna adalah satu resepi untuk tekanan, dan anda akan mengaitkan tekanan dengan tugas itu dan ini membuatkan diri anda mengelak dari melakukannya. Maka anda pun tangguhkan dulu tugasan itu sehinggalah ke saat-saat akhir sehingga anda akhirnya mendapat cara yang sesuai untuk melakukan tugas ini. Anda pun buat tugas tersebut tetapi anda sudah tidak cukup masa pula untuk membuatnya dengan sempurna. Anda kemudian melepaskan diri dengan menyatakan pada diri anda bahawa anda boleh melakukan tugas itu dengan sempurna andai anda ada cukup masa. Akan tetapi jika anda tiada tarikh akhir khusus bagi menyiapkan sesuatu tugasan, sikap terlalu mementingkan kesempurnaan boleh menyebabkan anda bertangguh dengan selama lamanya.

Penyelesaian bagi sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini adalah dengan mengizinkan diri anda menjadi manusia. Pernahkah anda menggunakan perisian atau peralatan atau komputer yang anda boleh katakan sempurna dari setiap sudut? Saya tidak pernah. Itu mesin, inikan pula kita manusia. Menyedari bahawa suatu tugas atau kerja yang tidak sempurna tetapi siap adalah sentiasa lebih hebat dari kerja sempurna (kononnya) yang ditangguhkan tanpa tahu bila akan siap, boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Sikap terlalu mahukan kesempurnaan ini juga timbul apabila anda menganggap suatu projek atau kerja itu secara keseluruhannya besar. Anda jadi kaku. Anda mahu semuanya berjalan dengan lancar. Cara mengatasinya ialah gantikan projek ‘mesti sempurna’ dalam minda anda ini dengan satu langkah kecil yang tidak begitu sempurna. Anda boleh buat satu lakaran kasar. Anda sentiasa boleh mengubahsuainya kemudian nanti mengikut kehendak dan kesesuaian. Contohnya dalam pembinaan rumah dan sebagainya.


Sebahagian dari penyelesaian-penyelesaian ini adalah sememangnya mencabar untuk dilakukan, tetapi ianya berkesan. Jika anda benar-benar mahu menjinakkan sikap suka bertangguh ini, anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat dari sekadar menyertai seminar motivasi. Masalah ini tidak akan pergi dengan sendirinya. Anda perlu berbuat sesuatu.

Kelebihan mengatasi masalah ini ialah ia akan menghasilkan satu pengembangan dan pembinaan diri yang hebat. Anda akan menjadi lebih kuat, berani, lebih berdisiplin, lebih terarah dan lebih fokus. Manfaatnya akan menjadi semakin jelas sepanjang perjalanan hidup anda, jadi ketahuilah cabaran untuk mengatasi sikap suka bertangguh ini adalah satu perkara yang amat baik. Matlamat keseluruhannya ialah agar kita berkembang menjadi orang yang lebih hebat

Khamis, 5 April 2012

Mudahnya Menjadi Seorang Suami



Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Seorang abang dan adiknya berbual-bual panjang setelah begitu lama tidak bertemu. Maklumlah, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing.
Dikesempatan ini mereka berbincang sesuatu yang bernada serius tetapi penuh dengan suasana harmoni.
"Abang rasakan, mudah sahaja untuk menjadi seorang suami," kata abangnya.
"Eh, kenapa abang cakap macam tu?," soal adiknya sedikit gusar.
"Mudahnya menjadi suami, jika kita buat persiapan dan persediaan," lanjut abangnya.
"Dan, yang menjadikan ia sesuatu yang sukar, payah dan membebankan apabila kita tidak bersedia dan bersiap dari segala perkara," tambah abangnya lagi.
"Ooo.. kalau kita bersedia memanglah abang, macam kita masuk exam la. Bagi saya bang, sebenarnya hendak melakukan persiapan dan persediaan itu yang susah. Ramai di kalangan kita hari ini melangkah ke alam rumah tangga tanpa persediaan dan persiapan yang rapi," adiknya berbual panjang mengulas seakan-akan berminat dengan tajuk yang diperbincangkan.
"Tapi, apa yang sebenarnya yang perlu kita persiapkan?," persoalan itu bermain-main di fikiran abangnya.
"Ha'a la, apa yang penting, segera dan utama?," tambah adiknya.
Saya yakin, setiap daripada kita mempunyai hasrat, keinginan dan berhajat untuk menjadi suami. Suami kepada seorang wanita dan gadis yang bergelar isteri.
Begitu juga bagi yang wanita – baik puteri-puteri manis, siswi-siswi dan nisa'-nisa' sekalian – menyimpan impian untuk memegang takhta sebagai seorang permaisuri di hati seorang insan yang bergelar lelaki. Ya, menjadi seorang isteri kepada seorang suami.
"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." [1]
Suami
Menjadi seorang suami adalah satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat dan sangat-sangat penting. Saya teringat kata-kata seorang doktor perubatan dalam ceramahnya :
"Jatuh bangun sebuah keluarga, terletak sepenuhnya di atas pundak (bahu) seorang lelaki, suami dan ayah!." [2]
Apabila mendengar ungkapan ini, seram sejuk saya dibuatnya. Beratnya, menjadi seorang suami. Harus mengalas dan memikul amanah yang tersangat berat. Perlu mendidik, membimbing dan menunjuk ajar isterinya. Dan, sekiranya dizinkan Allah S.W.T suami juga akan menjadi ayah yang akan membesarkan, memberi nafkah dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.
Sinisnya, ramai yang bersegera ingin menjadi suami dan ingin secepat yang mungkin untuk melangsungkan perkahwinannya, tetapi ramai yang tidak pernah terfikir untuk mempersiapkan diri untuk menjadi suami. Suami yang baik, terbaik dan bersiap sedia!
Saya tiada apa sangat yang ingin dikongsikan, cuma ingin mengajak sama-sama kita semak dan menilai apakah sebenarnya persiapan untuk menjadi seorang suami. Anda ingin menjadi suami atau tidak? Jika berhajat, ayuh sama-sama kita lihat dan semak diri kita. Bersedia atau belum?
3 Perkara Asas
Semasa bermusafir dengan murabbi saya, saya bertanyakan kepadanya apakah persediaan dan persiapan yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Beliau, memetik panduan yang diberikan oleh Hisyam al- Awadi bahawa kita perlu bersiapkan kepada 3 perkara asas sebelum mendirikan rumah tangga.[3]
01. Pertamanya, ialah mengenal dan mendalami ilmu Deen. Kita benar-benar mendalami aspek keagamaan kita meliputi semua aspek seperti keimanan, ketaqwaan, akhlak, muamalat dan perkara-perkara yang akan menjadikan kita sebagai seorang muslim muslimah yang sejati.
02. Keduanya, ialah mengenali dan mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan. Mengetahui dengan jelas, siapakah sebenar lelaki dan siapakah sebenarnya perempuan. Memahami dan mengetahui secara umum mengenai perbezaan antara kedua-dua psikologinya dan corak kehidupannya.
03. Ketiganya, mengetahui apa itu Baitul Muslim daripada pelbagai sudut dan aspek. Menuntut banyak buku dan kitab berkaitan baitul muslim bermula daripada proses pemilihan calon isteri sehingga belajar bagaimanakah kehidupan baitul muslim yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Persiapan, persediaan dan perapian
Saya kongsikan beberapa panduan, tips dan ilmu berkaitan hal ini berdasarkan perkongsian saya bersama mereka yang lebih arif, berilmu, pakar dan berpengalaman. Semoga Allah merahmati mereka. Insya-Allah.
Bakal-bakal suami harus bersiap sedia, meletakan mind setting dan perlu paksa diri untuk menjadi suami yang :
01. Mampu menjadi Imam kepada isteri dan rumahtangganya.
(a) Pemimpin keluarga iaitu kepada isteri dan anak-anaknya. Ia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka.
Mampu membuat pemilihan dalam soal kehidupan, mempunyai kemahiran untuk berbincang dan membuat keputusan dan sanggup berkorban. Eh, bagaimana hendak belajar ini jika belum berkahwin? Murabbi saya sebut, kita sudah boleh belajar soal ini dalam kita menjalinkan persaudaraan dan persahabatan. Di dalamnya, begitu banyak ibrah dan iktibar yang kita boleh belajar.
(b) Mampu menjadi Imam solat berjemaah di dalam rumah tangganya. Ini penting, kerana rumah tangga yang diberkat oleh Allah S.W.T adalah rumah tangga yang di dalamnya ada nilai-nilai keagamaan antaranya ialah selalu mendirikan Solat bersama dan berjemaah. Harus selesai dalam soal bacaan al-Quran sebelum berkahwin. Surah al-Fatihah telah diperdengarkan bacaannya di hadapan ustaz-ustaz yang berkelayakan dan lulus bacaannya.
Banyak menghafal al-Quran sebagai pedoman dan kekuatan untuk jiwa dan hati. Semua ini harus diselesaikan sebelum mendirikan rumah tangga. Anda bagaimana?
(c) Pembimbing isteri yang bijak, lemah lembut dan bertoleransi. Mendidik isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Suami perlu tahu secara teori teknik-teknik mendidik, keseniaannya, kaedah-kaedahnya, cara-cara perlaksanaannya, menegur dan menasihatinya dengan mencontohi Rasulullah S.A.W.
(d) Seorang lelaki yang kuat tarbiyah ruhaniyahnya. Ini kerana seorang lelaki yang akan mengemudi rumah tangga sangat-sangat berhajatkan kepada kekuatan roh yang tinggi untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan menimpanya dalam bentuk ujian dan cabaran. Al-Quran, al-Mathurat, Zikrullah dan solat sunatnya harus dilakukan secara konsisten.
Hal agama ini juga harus menjadi perkara asas dan agenda utama kepada kaum lelaki untuk memperdalaminya. Ia ibarat maruah kita. Jangan sehingga satu tahap, kita yang menolak isteri kita ke depan untuk mengimami solat kita!
Tanya diri anda, sebelum berkahwin. Adakah aku ini sudah biasa menjadi imam dalam solat? Perhatikan betul-betul perkataan saya, sudah biasa. Bukannya – pernah ya.
Saya pernah jadi Imam. Bukan yang itu, TETAPI saya biasa menjadi Imam.
Ya, itulah maksud saya. Kita sudah membiasakan diri kita mengimamkan solat berjemaah dan perkara ini tidak akan berlaku kecuali kita ini adalah mereka yang mementingkan solat berjemaah, merupakan ahli surau atau masjid dan sangat-sangat mencintai amal ibadah.
02. Mampu menjadi manager atau pengurus rumahtangga
Suami harus berkemampuan mengurus rumah tangga dengan bijak, cermat dan berhemah. Kemahiran pengurusan harus digilap dan dikembangkan dari semasa ke semasa. Antara kemahiran yang perlu dipelajari ialah kemahiran pengurusan kewangan, pengurusan tekanan, pendidikan kejiwaan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbincang, mampu menghadapi konflik, mampu menjaga perhubungan, mengetahui perundangan institusi kekeluargaan, tahu untuk hidup berkeluarga secara sihat dan berkemahiran dalam membuat keputusan.
Perkara ini tersangat penting. Saya lihat ramai yang ingin berkahwin, tetapi gagal dalam soal mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dan pengurus. Inilah antara kepincangan dan dilemma yang berlaku kepada para pengantin baru.
Sehinggakan, ada dikalangan kita (siapa?) begitu kekok untuk mengurus hal-hal yang mudah seperti membayar bil elektrik, mengurus hal berkaitan urusan kehidupan di kaunter bank dan sebagainya. Kerana apa? Kerana semasa muda tidak pernah cuba untuk belajar dan melakukanya. Ayuh, kita ringankan diri menerokai perkara-perkara ini di awal usia peringkat keremajaan kita. Anda mampu mengubahnya.
03. Menjadikan rumahtangga sebagai daya motivasi, pendorong dan kekuatan untuk menggapai kejayaan di dalam kehidupan.
Hal ini harus bermula dengan visi serta misi yang ditetapkan secara bersama oleh suami dan isteri. Perkara ini boleh dibincangkan secara serius apabila berumah tangga kelak, cuma saya pernah diingatkan oleh seorang murabbi bahawa rumah tangga ini adalah anak tangga kedua untuk sama-sama mencapai cita-cita pembangunan Islam dalam kehidupan ini.
Perkara terpenting juga ialah, mendirikan rumah tangga ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Inilah asas yang utama dan terpenting. Bersama pasangan mengharungi arus kehidupan dengan ketabahan, kesabaran dan keazaman yang tinggi. InsyaAllah.
04. menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah.
Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ayahnya. Lantas ayahnya bertanya :
"Sebelum berkahwin ini, ayah hendak tanya. Dah habis baca buku Tarbiyatul Aulad ( Pendidikan anak-anak)?"
Terkedu sahabat saya. Ke situ pula ayahnya bertanya. Kenapa ayahnya bertanyakan soalan sedemikian? Ia adalah berkaitan persoalan persediaan, persiapan dan mind setting untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil.
Untuk yang berhajat berkahwin, kita harus melihat ke hadapan dan berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwa yang bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya.
Mereka yang berjiwa besar, akan melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah...
Jika ayat ini yang terpacul keluar dari mulut kita, berwaspadalah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Dalam soal ini, ramai yang mengesyorkan kepada saya agar banyak membaca buku-buku yang berkaitan, antaranya :
(1) Buku Pemantapan Jatidiri Muslim, tulisan ulama muktabar seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Oleh Fathi Yakan, Keperibadian Mukmin oleh Ali al- Hashimi, Menuju Ketakwaan oleh Mustafa Masyhur dan banyak lagi.
(2) Perkongsian pengalaman dalam mendirikan rumah tangga boleh kita kutip dan timba daripada mereka yang lebih arif, berpengalaman dan telah lama mendirikan rumah tangga. Banyakan sesi perbincangan, sembang-sembang dan kutiplah rahsia pengalaman mereka. Mungkin kita jadikan ibu bapa kita sebagai tempat rujuk dalam soal sebegini. Perbincangan yang terbuka sangat diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran berkaitan pembinaan bahtera rumahtangga. Buku yang baik, saya cadangan tulisan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil, Buku Aku Terima Nikahnya dan sebagainya.
(3) – Buku yang baik untuk mengetahui perbezaan psikologi antara lelaki dan wanita tulisan John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus. Selain itu boleh harmonikannya dengan ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang disampaikan oleh ulama muktabar yang anda kenali. Insya-Allah
(4)- Buku berkaitan pendidikan anak-anak. Harus baca dan dapatkan gambaran awal ialah Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku yang sangat bagus untuk ditelaahi. Insya-Allah.
Penutup – Komentar seorang hamba
(1)- Persiapan, persediaan dan perapian sebelum melangkah ke alam perkahwinan harus dilihat secara serius, menyeluruh dan penting. Ini yang utama, persiapannya. Jika anda telah bersiap, insyaAllah kita akan melangkah dengan langkahan penuh keyakinan, kebergantungan dan kepasrahan kepada Allah SWT.
(2)- "We get married, to increase our Iman," : Slogan ini harus dibumikan. Perkahwinan adalah sebuah perjalanan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kayu ukur yang diletakan dalam sebuah perkahwinan yang barakah, mawadah dan rahmah.
(3)- Menjadi suami begitu sukar, jika kita menempuhinya tanpa apa-apa persediaan dan persiapan. Seharusnya, kita sudah meletakan diri dalam lingkungan bersedia dengan ilmu, proses pendidikan diri dan berusaha meningkatkan amalan harian tanpa jemu dan bosan.
(4)- Bagi saya, menjadi seorang suami itu amat sukar jika kita tidak punyai hasrat, tekad dan usaha untuk memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Bak kata orang, perkahwinan ini adalah turning point berubah dalam hidup. Ayuh kita lakukan perubahan dengan berkahwin!
___________________________
[1] Surah An Nur (24) : 32
[2] Dr Hafidzah Haji Mustakim, Klinik Perdana Cawangan Islah, Kursus Pra Perkahwinan Balai Islam Lundang, 21-22 Disember 2010
[3] Abu Munzir, Musafir Tarbawi Utara, 1 Oktober 2010


Biodata Penulis

Bekerja di Kolej Tekologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai seorang pensyarah. Turut terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan diri, motivasi dan jati diri remaja bersama badan-badan NGO, dan syarikat-syarikat consultant training seperti RMC Training Centre, Puncak Himmah Consultant dan sebagainya. Aktif menjalankan kem-kem motivasi untuk sekolah-sekolah, IPT, Badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan NGO di samping dijemput untuk ceramah-ceramah motivasi dan ceramah-ceramah bersempena (Maal hijrah, Israk mikraj, Penghayatan Ramadhan, kepimpinan dan lain-lain). Blogger Islamik yang bergiat aktif dalam penulisan di blognya iaitu BroHamzah. Boleh layari di http://brohamzah.blogspot.com.

Selasa, 3 April 2012

the power of "kemarahan"

kemarahan itu pembunuh ikatan
kemarahan itu pemudar kasih sayang
kemarahan itu mencabar kesabaran
kemarahan itu punca segala penyakit
kemarahan itu meracun diri
kemarahan itu punca hati terluka
kemarahan..demi kemarahan..
kemarahan itu hilang akal
kemarahan itu punca stress
kemarahan itu punca bermusuhan
kemarahan..oh..kemarahan..
kemarahan itu tiupan syaitan..

Isnin, 2 April 2012

hopeless broken heart?

pernah rasa terluka.? pernah rasa tiada pengharapan hidup ni? pernah tak rasa putus asa? pernah tak rasa putus harapan..hampa..xpun bahasa inggerisnye hopeless...broken heart, hati terluka...

selalunya semua perasaan ni berlaku antara manusia dengan manusia. sebagai contoh, ibu bapa dengan anak2, suami dengan isteri, kawan2..bos dengan pekerja..sedara mara.. manusia sentiasa menanam harapan dan kasih sayang. apabila gagal, itula datangnyer putus harapan, hati terluka...

AWAS. hopeless dan broken heart. sangat perlu dittitik beratkan.terutama HOPELESS. chek balance diri. adakah kita hopeless?..hopeless ni pada pandangan aku sendiri apabila berlaku perasaan2 atau perilaku2, atau pemikiran seperti di bawah:-

1. rasa macam, aku ni akan macam ni la sampai bila2. tiada matlamat atau matlamat dah jadi kabur.tiada motivasi diri.
2. xpun, nape la aku ni susah sgt ek, byk sgt halangan ek..orang lain senang jek.dapat jek semua. xdek la baik sgt pun org tu?.
3. rasa macam jadi baik pun aku macam ni juga..
4. .rasa x adil la hidup ni...suka mengeluh dan merungut
5...bila dapat tau penyakit x baik2 dan dlm masa yg sama dtg lak penyakit lain..rasa stress and rasa mcm aku xkan dapat pulih..
5.  rasa macam orang tu jahat sgt..dia patut dapat balasan?..
6.anda yg menghukum orang kerana anda rasa dia layak dihukum sebegitu?..
7. ape nak jadi jadila..
8. hidup untuk makan..
10. malas, lesu, tak bersemangat
11. pergerakan slow, tak active
12. mudah sakit kepala, belakang, sesak nafas
13. tidur berdengkur
14. emosi mudah berubah
15.takdir aku ni, macam ni la kot sampai mati.
16. low self esteem
17.tidak redha
18. menyalahkan takdir
19. menjadi hasad, dengki


kalu anda orang Islam, tiada istilah HOPELESS dan BROKEN HEART dalam hidup yang menyebabkan anda rasa seperti 16 ciri2 di atas.

sebab ape..bak kata maher zain,

dont despair and never loose hope,
cause Allah is always by your side.

 we are given akal, to think, so use it, we are given energy, so, use it to develop strength, spiritual, motivate. the closer u to Allah, the stronger ur spiritual, emotional, and physical. dont put blame on TAKDIR. takdir itu dari Allah. You are the one yang decide to become HOPELESS or BROKEN HEART or else.sebab, what Allah gives, means  u r able and capable to go through because He Knows better than u. when u give up and loose hope, then the satan getting bigger and happy.  and u r the one to choose during hardest time whether to get closer to Allah or to fade away from Him. sentiasa OPTIMIS dengan ALLAH. walau besar mane DOSA dilakukan, sentiasa berdoa untuk pengampunan. walau doa tak pernah diMAKBUL, sentisa berdoa... never pesimis with ALLAH. ALLAH provides us the best life.

Mata oh mata..


Kuasa mata. Perasan tak. Mata ni memang punyai kuasa yang luar biasa. Mata adalah deria penglihatan. Disebabkan mata manusia boleh melihat, memandang, merenung, menjeling, menjegil. Adapaun mata itu boleh ditutup untuk tidur. Mata juga boleh mengeluarkan air mata iaitu menangis. Mata juga boleh melahirkan macam2 isyarat, tanda marah, geram, sedih, pilu, .. itulah mata..mata oh mata.. kuasa mata. Dari mata yg melihat, mendetikkan hati, membuat otak berfikir dan kadangkala membuahkan reaksi muka, perbuatan dan melahirkan perkataan dari mulut.
Adapun, mata, dalam Islam, di arahkan menundukkan “pandangan” iaitu mata. Sebabnyer, kerana kuasa luar biasa mata ni la yg dah diberitahu tadi. Bak kata lagu nasyid “pandangan MATA selalu menipu, pandangan AKAL selalu tersalah, pandangan NAFSU selalu melulu, , pandangan HATI itu yang hakiki, KALAU HATI ITU BERSIH”. Kalu hati itu kotor? Erk…
Dalam islam mata ini adalah untuk memandang keindahan alam semulajadi, bunga, pokok, haiwan, laut, langit, matahari dan banyak lagi. Menikmati keindahan ciptaan Allah bagi membangkitkan rasa kesyukuran dan rasa bertuhan. Betapa berkuasanya Allah. Boleh menambah keimanan dan tawadduk.
Mata ini juga untuk melihat perkara yang berlaku disekeliling, bagi mengambil iktibar pada yang kurang elok dengan beristighfar pada Allah. Dan menjadikan tauladan pada yang baik. Sebagai contoh, terlihat wanita berpakaian mendedah aurat, sekali pandang itu xper, tapi kali kedua sudah dikira berdosa.  Dengan sekali pandang itu , hendaknye beristighfar dan berdoa agar kita dan keluarga dan keturunan agar tidak menjadi sedemikian. Adapun, melihat tangan yang menghulur sedekah kepada orang kurang upaya adalah elok diambil sebagai iktibar. Yg mana, 3 perkara yg xkan putus bila meninggal dunia, 1. Doa anak yg soleh, 2. Sedekah. 3….. walaubagaimanapun, AWAS, mata juga punca manusia asyik nampak kesalahan orang lain sehingga lupa yang diri itu juga banyak kelemahan dan kesilapan.
Itula kuasa mata. Bahkan, jika kita merenung orang lama2 dari jauh pun boleh menyebabkan orang direnung menoleh kea rah kita. Itulah kuasa mata. Mata dipinjamkan untuk membaca ajaran Allah. Buku2 bacaan, alquran dan menimba ilmu. Itulah mata.
Walaubagaimanapun.lahir dizaman cyber, mata begitu banyak dugaannya. Dengan fesyen terkini yang mendedahkan aurat, dengan lama social yang menyiarkan gambar lucah dan wanita separuh bogel. Mata oh mata. Bagaimana mengawal mata di zaman cyber.
Masuk pusat membeli belah, Nampak “pusat” dulu..erk.. dah terlalu banyak “pusat”..dah beberapa kali nampak pusat berbeza dilihat. Dah xjadi sekali pandang dah…erk.. sudah nyer nak menjaga pandangan di masa kini.. hmmm…  
Jadinya.. mata ini..masih ade peluang, dengan meng’cover’ dengan dosa-dosa mata dengan membaca Al-quran dan menelaahnya, pegi seminar, ceramah, dan bertaubat sehingga menitiskan air mata taubat sepenuh hati.. semoga Allah menerima atas kesalahan mata itu yang suka memandang..semua nak pandang.. “jangan pandang-pandang”. Huhuhuhhuhuhu…
..wallahualam…