Kuasa mata. Perasan tak. Mata ni memang punyai kuasa yang luar biasa. Mata adalah deria penglihatan. Disebabkan mata manusia boleh melihat, memandang, merenung, menjeling, menjegil. Adapaun mata itu boleh ditutup untuk tidur. Mata juga boleh mengeluarkan air mata iaitu menangis. Mata juga boleh melahirkan macam2 isyarat, tanda marah, geram, sedih, pilu, .. itulah mata..mata oh mata.. kuasa mata. Dari mata yg melihat, mendetikkan hati, membuat otak berfikir dan kadangkala membuahkan reaksi muka, perbuatan dan melahirkan perkataan dari mulut.
Adapun, mata, dalam Islam, di arahkan menundukkan “pandangan” iaitu mata. Sebabnyer, kerana kuasa luar biasa mata ni la yg dah diberitahu tadi. Bak kata lagu nasyid “pandangan MATA selalu menipu, pandangan AKAL selalu tersalah, pandangan NAFSU selalu melulu, , pandangan HATI itu yang hakiki, KALAU HATI ITU BERSIH”. Kalu hati itu kotor? Erk…
Dalam islam mata ini adalah untuk memandang keindahan alam semulajadi, bunga, pokok, haiwan, laut, langit, matahari dan banyak lagi. Menikmati keindahan ciptaan Allah bagi membangkitkan rasa kesyukuran dan rasa bertuhan. Betapa berkuasanya Allah. Boleh menambah keimanan dan tawadduk.
Mata ini juga untuk melihat perkara yang berlaku disekeliling, bagi mengambil iktibar pada yang kurang elok dengan beristighfar pada Allah. Dan menjadikan tauladan pada yang baik. Sebagai contoh, terlihat wanita berpakaian mendedah aurat, sekali pandang itu xper, tapi kali kedua sudah dikira berdosa. Dengan sekali pandang itu , hendaknye beristighfar dan berdoa agar kita dan keluarga dan keturunan agar tidak menjadi sedemikian. Adapun, melihat tangan yang menghulur sedekah kepada orang kurang upaya adalah elok diambil sebagai iktibar. Yg mana, 3 perkara yg xkan putus bila meninggal dunia, 1. Doa anak yg soleh, 2. Sedekah. 3….. walaubagaimanapun, AWAS, mata juga punca manusia asyik nampak kesalahan orang lain sehingga lupa yang diri itu juga banyak kelemahan dan kesilapan.
Itula kuasa mata. Bahkan, jika kita merenung orang lama2 dari jauh pun boleh menyebabkan orang direnung menoleh kea rah kita. Itulah kuasa mata. Mata dipinjamkan untuk membaca ajaran Allah. Buku2 bacaan, alquran dan menimba ilmu. Itulah mata.
Walaubagaimanapun.lahir dizaman cyber, mata begitu banyak dugaannya. Dengan fesyen terkini yang mendedahkan aurat, dengan lama social yang menyiarkan gambar lucah dan wanita separuh bogel. Mata oh mata. Bagaimana mengawal mata di zaman cyber.
Masuk pusat membeli belah, Nampak “pusat” dulu..erk.. dah terlalu banyak “pusat”..dah beberapa kali nampak pusat berbeza dilihat. Dah xjadi sekali pandang dah…erk.. sudah nyer nak menjaga pandangan di masa kini.. hmmm…
Jadinya.. mata ini..masih ade peluang, dengan meng’cover’ dengan dosa-dosa mata dengan membaca Al-quran dan menelaahnya, pegi seminar, ceramah, dan bertaubat sehingga menitiskan air mata taubat sepenuh hati.. semoga Allah menerima atas kesalahan mata itu yang suka memandang..semua nak pandang.. “jangan pandang-pandang”. Huhuhuhhuhuhu…
..wallahualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan