Rabu, 19 Disember 2018

LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO; KELUARGA YANG BERJAYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH

Sudah lama tiada coretan di ruangan ini. Alhamdulillah terpanggil rasanya hari ini untuk berbicara mengenai keluarga. hanya sekadar pemerhatian dan pengalaman yang seciput cuma.

senang untuk diterjemahkan, keluarga yang berjaya ialah keluarga yang mencapai mawaddah sakinah. ape itu mawaddah sakinah? sebagai makhluk ciptaan Allah, Allah telah menciptakan manusia yang sungguh unik ini, bukan sahaja manusia itu sendiri unik tetapi betapa Allah itu Maha Besar, Allah turunkan sekali manusia itu dengan syariat iaitu panduan hidup bagi makhluk yang beraqal seperti manusia ini boleh menjalani kehidupan di dunia ini. sama di aplikasi dalam penciptaan barangan eletrik dan elektronik, sudah pasti akan ade buku panduan manual untuk menggunakan peralatan itu, jika tidak disediakan, maka hanya pereka barangan itu sahajalah yang boleh menggunakan barangan rekaan orang itu.

maka manusia itu kene pahami hidup di dunia kene ade panduan. dan jika gagal mengikuti panduan yang telah disediakan, itu yang memanggil kepada kondisi-kondisi yang tidak sepatutnya iaitu terjebak dalam gejala tidak sihat, jenayah dan pelbagai lagi. sama juga dengan barangan rekaan td, jika kita salah mengikuti arahan buku panduan manual boleh jadi kecelakaan berlaku atau kita tidak dapat pun untuk menggunakan barangan itu sama sekali.

begitu jugalah dalam rukun rumah tangga. Allah telah turunkan syariat dalam bab munakahat mengenai tanggungjawab suami isteri. hak suami dan hak isteri untuk diikuti oleh pasangan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan yang dipanggil keluarga. dan juga mendatang jika dikurniakan rezki ialah tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak dan hak2 anak yang perlu diberikan. dan juga tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan hak ibu bapa terhadap anak. sungguh semua ini telah ada dalam panduan yang Allah telahpun sediakan. cuma samada kita mahu menimba ilmu panduan itu ataupun sebaliknya iaitu menjalani kehidupan tanpa panduan, ibarat hentam keromo sahaja.

Sekecil-kecil perkara islam telah memperincikan panduan dalam menjalaninya. sebagai umat islam, Al-Quran, hadis, pendapat ulama adalah yang utama perlu dirujuk. sudah ade kupasan-kupasan drpd ulama akan menyatakan apa itu tanggungjawab suami kepada isteri, tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab ibu bapa kepada anak, dan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. semua sudah ade. nah, adekah kita mahu mengikutinya. atau sudah sampai sahaja seru bernikah, semua bernikah. sudahkah persiapkan diri dengan ilmu2 munakahat itu? tggu jawab suami pada isteri bukan sekadar memberi makan minum dan tempat tggl sahaja. bahkan semua kebajikan dan ilmu agamanya adalah tanggungjawab suami. sebab itu keutamaan lelaki adalah bersolat dimasjid bagi mendalami ilmu dan dibawa pulang utk seisi keluarga. begitulah isteri juga. bukan mudah untuk memastikan layanan yang dapat membuka redha dalam hati suami.

yang utama sebuah keluarga bahagia itu adalah keluarga yang mengikut panduan yang Allah telah tetapkan. diri setiap individu itu mestilah taat pada perintah Allah.

1. solat 5 waktu
2. puasa di bulan ramadhan
3. memperbanyakkan solat malam dan sunat
4. setiap hari membaca alquran dan mentadabbur isinya
5. mengambil ibrah dari cerita2 di dalam alquran dan sirah2
6. memperbanyakkan puasa2 sunat
7. membiasakan diri bersedekah
8. rajin dan mencari rezki yang halal
9. memndidik diri untuk sabar dan ikhlas dalam setiap perbuatan terutama ketika diduga
10. mendidik diri bersabar
11. sentiasa menaikkan maqam ikhlas
12. sentiasa berlapang dada dan bermaafan
13. sentiasa bersedia untuk membuang ego/tidak keras hati dalam apa jua keadaan
14. sentiasa muhasabah diri
15. bagi suami bersolat di masjid
16. ilmu sentiasa perlu dicari, jadi sentiasa ke majlis2 ilmu
17. sentiasa terbuka dengan teguran pasangan, perangai pasangan. bila tgk pasangan buat sesuatu yang buruk, jangan cepat menghukum. tengok pada diri kita, adekah kita sebagai punca pasangan bertindak sedemikian. kene terima la hakikat keburukan diri.
18. hak-hak masing2 sangat perlu dititikberatkan bagi menjaga keharmonian, jika ade sudut yang belum berkemampuan, perlu ade perbincangan bagi memberitahu keadaan dan target capaian. ataupun target bagi sesebuah keluarga.
19. jangan suka membuat sangkaan-sangkaan sendiri, lebih elok bertanya dan berbincang face to face
20. tidak berdengki dalam menjaga dan mendidik anak. anak adalah tanggungjawab suami dan isteri dan tidak boleh hanya dijalankan oleh satu pihak sahaja.
21. saling bantu membantu dalam setiap pekerjaan di rumah.
22. isteri jangan sekali2 menengking suami atau tidak menghormati suami di hadapan anak2 ini akan memberi contoh yang buruk pada anak2. anak2 akan hilang hormat pada ayah atau ibunya. keharmonian anak juga terjejas.
23. suami juga perlulah tunjukan contoh yang baik pada anak2 dalam melayani isteri. kerana perbuatan si ayah ke pada ibunya, dan perbuatan ibunya kepada si ayahnya adalah didikan secara perbuatan pada anak2. anak akan mengikuti secara tidak disedari. keadaan ini sangatlah penting dalam melahirkan anak yang menjalankan tggjwb dan layanan yg sepatutnye utk pasangan masing2 kelak.
24. jika ade persengketaan, cubalah menahan diri dgn berdiam. beredar jika tidak mampu menahan diri. pergi ke masjid bertafakur. solat hajat 2 rakaat, mohon Allah tunjukkan jalan. tanya pendapat2 ulama dalam menangani masalah.
26. kasih sayang itu lahir daripada sentuhan, belaian, biasakanlah menyntuh pasangan masing2. dan anak2. kasih dan sayang itu akan menimbulkan rasa tautan antara satu sama lain. bercambah kepada perasaan saling mengambil berat, saling merindui bila berjauhan, rasa diri tu "belong" pada keluarga. kasih sayang lahir daripada tertunai hak masing2. jadi menjaga kebajikan dan hak masing2 dalam sebuah keluarga sangat penting. lagipun ianya adalah amanat Allah. terutama ilmu2 agama yang seorang ayah dan ibu perlu berikan pada anak2. suami pula pada isteri dan anak2. jika tak mampu, sediakan pembiayaan supaya anak dan isteri dpt mndlami ilmu terutama ilmu fardu ain.
27. hidupkan suasana solat berjamaah di rumah. menjadualkan hari untuk berusrah keluarga, membuat baacn al kahfi sekeluarga pada malam jumaat dan sebagainya.
28. membuat makan2 utk berkumpul ahli keluarga. bagi yang berkemampuan, boleh buat percutian2 beramai2 di mana2 pusat pelancongan.

banyak lagilah cara melahirkan keluarga bahagia. kehidupan berkeluarga ini adalah penting ketika saat rumahtangga itu dilanda dugaan. itu adalah saat meruncing bagi setiap ahli memainkan peranan. kerana sedang lidah yang dalam mulut sendiri pun boleh tergigit. ni pulak masing2 adalah individu yang berlainan yang mempunyai perangai yang macam2. jadi setting otak sebagai suami mcm mn bila isteri buat hal. setting otak isteri mcm mn bila suami buat hal. dan setting otak suami isteri pulak mcm mn bila anak buat hal. dan ade kondisi setting otak anak pulak bila mak ayah buat hal. semua itu akan ade geloranya sepanjang mendirikan sebuah keluarga. apabila Allah yang kita ingati, Apabila jalan Allah yang kita ikuti.. perdamaian adalah setting otak yang sentiasa kene "standby mode".

Ingat Allah. Taat Allah. matlamatkan diri utk mencari redha Allah. ikhlaskan hati. didik diri menjadi seorang sabar. inshaa Allah Allah akan buka ruang pada kita dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

Ahad, 2 Disember 2018

BERSEDIAKAH AKU MENJADI SEORANG IBU?


Zaman negara yang membangun situasi kehidupan pun sudah berubah. Zaman negara yang membangun ini lebih mempromosikan wanita untuk turut berkecimpung dan berbakti kepada ekonomi negara terbuka semakin luas. Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat juga mendesak para wanita untuk turut menggalas ekonomi sesebuah keluarga kerana ketidak mampuan pihak suami memenuhi tuntutan keperluan hidup.

Situasi dan desakan keperluan kehidupan telah menyebabkan suami dan isteri untuk keluar rumah bagi mencari rezki. Bagaimana dengan anak? Ye, bagaimana dengan anak? Cabaran seorang wanita yang perlu difikirkan bagi kesediaan diri menjadi seorang IBU di zaman negara yang tengah pesat membangun. Dunia yang penuh dengan teknologi yang canggih. Kereta, pelbagai jenis pengangkutan yang unik, pelbagai jenis bentuk kediaman, makanan, dan macam-macam lagi keperluan bagi memenuhi tuntutan fitrah dan keperluan manusia. Yang pasti semua ini memerlukan tenaga, ilmu , pengorbanan dan wang.

Seorang wanita itu perlulah membina kesediaan diri sebelum melangkah ke alam kehidupan sebelum bergelar isteri dan juga IBU. Bagaimana nak tau yang diri telahpun bersedia, sedangkan setiap hari pasti ade sesuatu yang baru perlu dipelajari? Semestinya sentiasa mendalami ilmu untuk menjadi seorang IBU yang QANAAH. Dengan membaca sirah-sirah wanita-wanita contoh dalam islam.
Yang pasti, perbaiki diri dalam aspek QANAAH dalam diri. Sentiasa merasa cukup. Sentiasa merasa bersyukur dengan ape yang ade dan dialami. Qanaah dalam diri in shaa Allah dapat disalurkan kepada zuriat mendatang. Sifat Qanaah menutup pintu takabbur, tamak haloba, mencaci maki, tidak redha dan sifat pemarah dan sifat yang sentiasa tidak berpuas hati.

Hakikatnya bukanlah senang untuk mencapai tahap QANAAH dalam diri apatah lagi di saat diuji dengan pelbagai dugaan dan kesempitan hidup. Cuma apa yang wanita perlu fahami ialah, HANYA DENGAN MELALUI LIKU-LIKU KEHIDUPAN YANG SEMPIT DAN SUKAR ITULAH JALAN UNTUK KITA MENGERTI APE ITU RASA QANAAH DALAM DIRI. Tinggi kan martabat yang Allah nak bagi pada wanita. Pahit untuk dilalui tapi di hujungnya dapat mencapai QANAAH.

Cuma tidak ramai yang dapat mencapai QANAAH. Rata-rata terputus ditengah jalan dengan rasa tidak berpuas hati, tidak redha, rasa tidak cukup yang meluap-luap. saya akui, saya sendiri pun masih dalam perjalanan yang masih jauh bagi mencapai QANAAH yang sudah tahap beristiqamah. Cuma selagi ade nyawa, kita mesti didik diri. Kita mesti mencapai QANAAH. Barulah dapat menjadi IBU yang melahirkan Daie2 iaitu Anak-anak yang berkualiti dari segi akademik, akhlak, aqidah dan syariat hidupnya.     

Kemudian, untuk menjadi IBU, diri perlulah mempunyai sifat yang hidupnya dengan “MODE” yang sentiasa MEMAAFKAN dan MEREDHAI. Memaafkan dan meredhai adalah dua perkara yang sangat sukar untuk dibentuk dalam diri. Terutama apabila kecederaan perasaan yang berlampauan. Tetapi nabi kita telah menyatakan memaafkan dan meredhai itu lebih baik. Sebab sebagai IBU, sudah pasti kita cuba utk mengikuti saranan Allah dan firmanNya dalam Al-Quran, iaitu membawa keluarga menjauhi api neraka dan membawa keluarga ke syurga.

SABAR, dan IKHLAS juga sifat utama yang perlu ada dalam diri seorang IBU. Juga dua sifat yang sangat sukar untuk didik diri. Tapi inilah punca keluarga yang sakinah. Mawaddah warohmah.


***
Seringkali aku bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?

1.      Ibu yang Qanaah
2.      Ibu yang sabar
3.      Ibu yang ikhlas
4.      Ibu yang memaafkan dan penuh redha
5.      Ibu yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang
6.      Ibu yang tegas dalam mendidik

Allahu, tiapkali aku memikir semua ini, memang terasa sangat kerdil… tersangat kerdil.. sungguh aku masih banyak sahsiah diri ini yang perlu diperbaiki. Aku masih sebuah kapal yang perlu diperbaiki. Kapal yang penuh dengan lubang disana sini yang masih perlu ditampal bagi melayari sebuah bahtera seorang IBU.

Betullah, ilmu itu boleh dituntut dengan guru, dan lebih kukuh disulami dengan pemerhatian dan pengalaman orang disekeliling. Tauladan dan pengajaran dengan pelbagai situasi kehidupan yang Allah telahpun bina untuk makhluknya, sebagai panduan hidup didunia, bahkan Allah dah supply sekali dengan ilmu dan gambaran di masa akan datang iaitu kiamat, syurga dan neraka.
Pengalaman aku bersama ibu2 ini akan aku jadikan panduan dalam membina hidupku sebagai IBU yang Allah redhai dan rahmati di hari mendatang.

1.      Ibuku

Setiapkali memandang ibuku, dalam hatiku sungguh mengaguminya, dia seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Makan, dan kemewahan, tempat tinggal sangat ibuku titik beratkan. Dan dia ibu yang telah berjaya membesarkan aku dan adik beradikku seramai 10 orang.
Memandang diriku dan membandingkan diriku dengan ibuku? Ibuku sudah pasti berjaya, seorang ibu yang berjaya bersama 10 org anak. Aku dan diriku, Satu anak pun aku belum lahirkan, apetahlagi besarkan. Aku belum pasti, apakah jenis IBU yang aku akan corakkan. Walau dalam diri ini sangat ingin mendidik anak sebagaimana syariat yang Allah telah berikan sebagai panduan kehidupan. Itu azam aku. Tetapi ilmu teori mudah untuk dipelajari. Ilmu praktikal itu baru tahu reputasi sebenar seorang IBU itu.

Itulah pengorbanan ibuku, seorang yang telah menyediakan tubuh fizikal untuk mengendong aku selama 9 bulan 10 hari dan 9 orang adik beradikku yang lain. Menyusukan aku dan memberi kemewahan material dalam hidupku. Bersabar denganku dan dengan 9 jenis karektor anak2 yang semuanya berbeza. Allahuakbar, terimakasih ibuku.  semoga Allah masukkan ibuku ke syurga FirdausMu ya Allah. Semangat dan asuhan yang baik2 pasti akan aku duplicate dikehidupanku mendatang.

2.      Emakku

Emak, tiapkali menyebut perkataan emak, pasti air mata aku akan berada di tubir mata. Betapa aku berterimakasih kepada emak. Alfatihah tidak pernah lekang buatmu emakku. Kaulah wanita yang sangat aku sanjungi di dunia ini. Perkara utama yang aku sangat mahu lakukan hasil dari didikan emakku ialah pesanannya iaitu “anak mak, sebelum masuk tingkatan satu, wajib khatam alquran. Awak nak jadi ape kalu alquran pun xkenal?” ayat ni memang aku simpan dalam otak. Dan aku pun belajar alif ba ta sampai nangis2 nak mengenal. Mak tak pernah putus asa sehingga darjah 3 aku dah khatam alquran dan dh mula mengajar rakan sekelas mengenai ilmu tajwid. Alhamdulillah terimakasih mak. Mengenal alquran itulah perkara yang paling indah dalam hidup aku. Point utk mnjadi IBU dalam memberikan HAK ilmu agama kepada anakku kelak.

Emak, seorang yang tidak pernah merungut dan mengungkit setiap pengorbanannya. Aku tak pernah dengar mak mengeluh penat, sakit apatah lagi malas. Mak sangat kuat. Aku hanya tgk mak rehat bila dia solat, mengaji alquran dan tdo mlm. Selainnya mak pasti ade aktiviti. Dan setiap aktivitinya semua berjasa samada pada manusia atau makhluk Allah yang lain. Setiapkali anak2 bercuti sekolah atau cuti semester, mak dah bercagar, ade ayam2 nya yang dh  sesuai untuk di sembelih. Mak seorang ibu yang sentiasa memasak untuk anak2nya, banyak sangat lauk pauk stiap kali masak, mak akan sentiasa didapur tak henti memasak bagi meraikan kepulangan dari belajar. “anak-anak tengah membesar dan belajar, mesti kene cukup makan. Mesti ade teringin nak makan yang sedap” yang pasti mak ikhlas dalam berbakti dan ianya meresap masuk tanda kasih mak terhadap aku dan yang lain2. Dan Allah balas dengan anak2 mak semuanya berjaya. Alhamdulillah. Point ikhlas dan sabar dalam menyediakan makanan untuk anak2 dan dengan penuh rasa kasih sayang ini akan aku cuba bawa kelak ketika aku menjadi seorang IBU.

Ketika aku seusia 10 tahun, mak bagi aku “pa duit” istilah keluarga aku yang merujuk kepada wallet, tempat untuk isi duit. “pa duit” ni berat, penuh dengan duit syiling. Mak aku ckp “bawak pa duit  ni, awok kenal budok skoloh yang keluarganya orang susohkan, awok bagi 50posen setiap sorg.” Adelah beberapa nama keluarga yang mak aku sebutkan. Aku masa saat tu, hanya ikut sahaja apa yang mak aku suruh. Bila balik mak aku akan tanya, berapa orang rini yang dah bagi. Dan aku akan pulangkan semula pada mak pa duit tu. Biasanya hari jumaatla, sekali seminggu. Bila aku besar, aku dah terbiasa untuk “bersedekah”. Didikan membentuk akhlak ini akan aku aplikasi kelak in shaa Allah bila aku jadi ibu. Mak juga berpesan, bila dah kerja, berbaktilah kepada ibu bapa. Bagi duit bulanan kepada ibu bapa, baru hidup berkat. Dan nasihat ini juga akan aku aplikasi ketika menjadi ibu kelak.
Beberapa adab dan akhlak yang mak ajarkan seperti, menunduk ketika berjalan di hadapan orang. Menyalami orang tua. Melayan tetamu sebaiknya. Masih aku ingat, mak ni dia ade kawan2 yang sebaya. Biasala orang tua2 ni dah tak bekerja, masing2 pun suami dah meninggal dan anak2 pun dah besar semuanya, atas faktor kesunyian, mereka ni ni sering bertandang ke rumah mak. Mak akan arahkan aku “jerang air” maksudnye, masak air, buat air kopi o, goring pisang ke, keledek ke, atau rebus ubi kayu ke, ubi keledek atau ape2 shj yg mak dh siap sediakan tggl aku nak kene masak n hidang. Dari sini mak ajar aku cara melayan tetamu ketika bertandang. Dan mak xbagi aku menyampuk bila mereka berborak kecuali ade yang menanya. Adab dengan orang tua. Sesungguhnya, mak tak ajar pun semua ni, tapi perbuatan mak itu telah mengajar dan mengasuhkan aku sehingga aku terbiasa apa yang perlu aku lakukan. Alhamdulillah, akan aku bawa sebagai bekalan hidup, In shaa Allah.

Rasa risau dan ambil berat mak terhadap aku pun sebagai satu support dan semangat dalam menjalani hidup. “balik jangan lambat, jangan tunggu sampai malam”. Dan last yang aku ingat “ awak pegi mana ni, lama sangat, jangan tggl mak lama2 kat umah”. Itu kata2 yang keluar bila mak dh sakit. Aku keluar mencari keperluan harian rumah sekejp. Penunjuk kasih sayang ialah rasa risau dan ambil berat pada anak2. Dan juga lahirkan rasa ibu itu perlukan anak2. Baru anak rasa dihargai. Dan dapat rasa diri disayangi. Ini adalah penarik anak2 untuk mendekati ibu tanpa disuruh.

Ya Allah. Bentuklah diri aku untuk menjadi seorang IBU yng ikhlas dalam memberi kasih sayang pada anaknye, Seorang ibu yang penuh kasih pada anaknya, seorang ibu yang pandai menunjukkan dan memberikan kasih itu melalui rasa ambil berat pada anak2, pandai meluahkan dari segi kata2 dan juga perbuatan pada anak2.

3.      Makcik Ma

Seorang ibu yang sangat lembut dan penuh kasih sayang kepada anak2nya. Dia ibu yang memberi kasih sayang secara sentuhan, penuh dgn pelukan dan kasih sayang. Cemburu aku melihat anak2nya. Setiap anak2nya diberikan dan pelukan. Dan pelukan, sentuhan dan ciuman seorang ibu itu sangat membina kebahgiaan dan tumbesaran emosi anak2. Dan aku masih teringat satu masa dulu. Masa tu di rumah mak. Rumah mak ni ade ruang dapur basah dan ade beranda yang menghadap ke sungai, rumah kampong yang bertiang, biasanya mak memang letak tikar. Sementara menunggu masakan masak, mak akan duduk atas tikar tu. Masa tu aku 10 tahun. Penat sgt agaknye aku ritu aku baring atas tikar tu lalu terlelap. Masa tu aku pakai seluar sehelai je, xpakai baju. Budak kecik lg kan. Tetiba tersedar aku rasa mak belai belakang aku, aku ngiring masa tu. Mak gosok mungkin Nampak aku bergerak2 mcm nk terjaga. Aku dengar mak aku tgh berborak dengan mak sedara aku. Aku pejam je mata, sbb kalu aku bangun, mesti mak aku benti gosok belakang aku. Nak dikatakan betapa aku merindui belaian mak itu. dan perasaan aku sangat gembira bila aku tersedar mak tgh belai aku.
In shaa Allah akan aku cuba menjadi ibu yang memberi kasih sayang pada anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Sentuhan itu sangat besar kesannya kepada pembentukan sahsiah anak2 kelak.

Dan makcik ma, memang sangat penuh dengan sentuhan dan kasih sayang keluarga ini.
Masih aku ingat satu perkara makcik ma ni, pernah dulu aku bertandang ke rumahnya. Kebetulan sampai dah waktu maghrib. Masa tu anak2nya kecik lg. yang sulong masih skolah rendah. Masuk je maghrib, mereka sekeluarga akan solat berjemaah sekeluarga. Kemudian makcik ma akan dengar anaknya yang sulong mengaji. Ketika makcik ma pergi ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam, pakcik man atau suaminya akan take over, dan dengar dan betulkan bacaan anaknye tadi. Sungguh aku sangat suka dengan situasi keluarga ini.

In shaa Allah akan aku cuba untuk menjadikan contoh untuk kehidupanku mendatang. Makcik ma juga sangat menghormati suaminya. Tidak pernah aku Nampak dia berkasar dengan suaminya. Pernah aku menginap selama 4 bulan di rumah mereka. Kalu anak2 mereka bergaduh, pakcik man akan pggl anak2 bercakap dan menasihati. Dan peranan makcikma akan duduk diseblh suami dn diam dan bersetuju di dpn anak2. Jika mereka ade perselisihan. Mereka akan brckp berdua dan tidak di depan anak2.

Mereka juga turut membina wassup keluarga. Sentiasa berkomunikasi. Membuat rules, anak2 kene selalu menghubungi mak ayah. Dan aku seronok mereka bervideo call dlm wassup.
Ya Allah, aku masih belum ade peluang untuk melalui detik itu. moga detik itu sampai suatu hari nanti.

4.      Mak kawanku 1

Makcik ini Nampak garang, tegas. Tapi penuh concern dan menjalankan tanggungjawab dengan spenuh tenaganya. Kelihatan ikhlas. Walau anak2 ini bukan anak2 kandungnya, tetapi, dia tetap melayani seperti anak2nya sendiri. Menyediakan kelengkapan perkahwinan anak2nya. Menyediakan makanan. Memasak, mengajar, memandu. Kuat tenaganya. Baktinya itu Allah. Aku juga ingin menjadi ibu sepertinya.

5.      Mak kawanku 2

Ma sya Allah. Kemas dan bersih serta teratur rumahnya. Sangat selesa. Ibu ini juga cantik orangnya. Putih, Chinese look, tinggi lampai dan bermata coklat. Ma syaa Allah. Anak2 nya semua berjaya dan cemerlang dalam akademik. Allahuakbar. Ibu ini mampu mendidik anak dalam masa yang sama bekerja sebagai pengetua dan dalam masa yang sama sambung belajar. Ibu ini memang gagah. Ibu ini berjaya. Dan aku dpt rasakan keikhlasannya. Kedatanganku dilayan dengan baik, balik dengan perut yang penuh. Memang cara melayan tetamu itu aku perlu contohi. Dan cara ibu ini mengendalikan perut suami dan anak2 ketika dia keluar menuntut ilmu juga sangat aku perlu contohi. Ibu ini akan memasak makanan dan dilabelkan mengikut hari lalu di frozenkan di dlm peti. Anak2nya dan suaminya hanya perlu panaskan tiap kali nak makan. Allahu. Sempat nak masak. Kendalikan suami dan anak2. Sempat nak study dan bertanggungjawab utk sekolah. Aku mmg perlu contohi ibu ini. Cemerlang dan sahsiah anak2nya akhlaknya baik2. Anak2 penuh dgn concern pada kawn2. Concern itu tanda sayang.

Banyak lagi ibu2 yang aku jumpa. Xterkira kalu nak menaip. Tetapi yang aku nyatakan ini merupakan inspirasi utama dalam hidupku.

Sehingga kini aku masih belum mempunyai anak. Masih belum ade peluang lagi untuk menjadi IBU. Walau bagaimanapun persoalan ini memang menjadi tanda aras dalam hidup aku “bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?” bukan ibu sebarang ibu. Tapi IBU yang Allah redhai dan rahmati. Sesungguhnya aku memang masih kapal yang bocor, yang perlu ditampal di sana sini. Sementara menunggu untuk sampai ke perlabuhan seorang IBU, kapalku perlu dibaiki untuk berlayar dan dimantapkan lagi enjinnya bagi menuju ke perlabuhan iitu.
Tanyalah diri, bila berkeinginan utk mnjadi IBU.
1.      Saat melihat anak2 sekeliling menangis, meraung, disiang dan malam hari, bersabar dan redhakah diri utk menghadapi?
2.      Saat kesempitan kewangan QAnaah ke dengan rezki yang ade?
3.      Saat anak terjebak dengan gejala maksiat, bagaimanakah peranan IBU?
4.      Apakah corak kepimpinan IBU?
5.      Apakata syariat, bagaimana nak aplikasi dalam kehidupan sebagai IBU

Seringkali aku bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?
6.      Ibu yang Qanaah
7.      Ibu yang sabar
8.      Ibu yang ikhlas
9.      Ibu yang memaafkan dan penuh redha
10.  Ibu yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang
11.  Ibu yang tegas dalam mendidik

Hakikatnya tanggungjawab ibu itu tersangatlah berat. Anak2 adalah amanah daripada Allah. Anak2 boleh membawa ke syurga tapi jika tak betul didikan boleh juga menyeret IBu ke neraka.
Sungguh setiap wanita mesti mahu menjadi ibu. Aku pun. Moga kita menjadi ibu yang diredhai Allah. Pada yang belum bergelar ibu. Bolehlah perbaiki diri mengenai perkara2 diatas. Kepada yang dah menjadi ibu, semoga dapat menjadi ibu yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ahad, 3 Jun 2018

Tafaqquh 0

Perkataan tafaqquh adalah daripada perkataan fiqh yang bermaksud pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu. Dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 122, Allah ada menyebut liyatafaqqahu fiddin, iaitu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama.

A122
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

“Barang siapa dikehendaki baik oleh Allah maka Allah akan memahamkannya dalam masalah agama” 

Hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhori, Imam Muslim, At-Tirmidzi dan yang lain.

 Hadits ini memberikan isyarat bahwa ketika Allah menghendaki kebaikan pada diri seseorang maka digerakkan hatinya oleh Allah untuk dengan sungguh-sungguh mempelajari dan memahami Agama. Hal ini karena ruh dari agama itu ada dalam ajaran-ajarannya, jika ajaran-ajarannya tidak dipahami dengan benar maka kebaikan agama itupun juga tidak akan pernah dirasakan. 

Dalam hadits yang lain Rasululloh ﷺ bersabda: 

تَجِدُونَ النَّاسَ مَعَادِنَ خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الْإِسْلَامِ إِذَا فَقِهُوا 

Kalian mendapati manusia adalah (seperti) Sumber-sumber. Sebaik-sebaik mereka pada masa jahiliyah adalah sebaik-baik mereka dalam Islam jika mereka memahami (agamanya) 

Hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhori, Muslim dan yang lain-lain.

https://tafaqquh.com/fikrah/tafaqquh-bukan-sekedar-nama/


Tafakkur 0

Perkataan tafakkur adalah daripada perkataan bahasa arab yang membawa maksud berfikir, memikirkan akan sesuatu, pertimbangan, memberi perhatian, mengkaji, mengingati, yakni merenung dan memikirkan ciptaan Allah. Tafakkur merupakan satu perbuatan ibadah dalam islam. Allah telah menyatakan mengenai tafakkur dalam surah ali imran ayat 191 yang berbunyi:


A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Jelas sekali bertafakkur adalah sesuatu yang disarankan oleh Allah.Mengapa tafakkur ini amat dianjurkan? Ini kerana terdapat banyak firman Allah SWT yang menyatakan tentang anjuran tafakkur ini. Antaranya seperti berikut;

#1 – Surah Yunus Ayat 101

“Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi.”

#2 – Surah Ad-Dzariyat Ayat 20-21

“Dan, di bumi terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. maka, apakah kamu tidak memerhatikannya?”

#3 – Surah Fushilat ayat 53

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di setiap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar.”

#4 – Surah Al-A’raf ayat 69

“… maka, ingatlah akan nikmat-nikmat Allah, agar kamu sekalian beruntung.”

#5 – Surah An-Nahl ayat 18

“Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

#6 – Surah Al-Mujadalah ayat 7

“Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia-lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia-lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian, Ia memberitahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

#7 – Surah Al-Baqarah ayat 219

“Demikianlah, Allah SWT menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, supaya kamu berfikir tentang dunia dan akhirat.”

#8 – Surah Al-Ankabut ayat 64

“Dan, tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan senda gurau dan main-main. Dan, sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”

#9 – Surah Al-Munafiqun ayat 9

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”
Tahukah kita, tafakkur ini selain dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, ia juga merupakan ibadah yang boleh melahirkan rasa tauhid, menambah kemakrifatan kepada Allah SWT, melahirkan kecintaan serta syukur kepada-Nya, berfikir tentang janji-janji-Nya, juga menimbulkan rasa kasih dan cinta pada hari akhirat.
Adapun, bertafakkur atau berfikir tentang ancaman mahupun amaran Allah SWT secara tidak langsung akan menimbulkan semangat untuk kita terus beribadah dan beramal, melahirkan rasa takut untuk berbuat maksiat serta menjauhi perkara yang ditegah.
Semoga perkongsian ini dapat menambahkan kecintaan kita untuk menghayati ayat-ayat suci-Nya seterusnya, memikirkan tentang kebesaran penciptaan Allah SWT. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 1

RAMADAN al-Mubarak kembali lagi. Orang-orang yang beriman pasti bergembira manakala golongan munafik dan fasik agak suram menyambut bulan yang penuh barakah ini. Sempena Ramadan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu sebagai tatapan seluruh pembaca di media sosial khasnya.
Tazkirah setiap hari Ramadan yang saya namakan sebagai Tadabbur dan Tafaqquh ini lebih menjurus kepada pemerhatian terhadap ciptaan Allah untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Dalam juz pertama, Allah telah membawakan perumpamaan seekor nyamuk untuk ditadabbur serta dikaji perkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Firman Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, seperti nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Maka adapun orang-orang yang beriman, maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang yang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik."
[al-Baqarah: 26]
Nyamuk adalah sejenis serangga yang terlalu kecil dan penghisap darah. Sekali lihat, ia adalah suatu makhluk yang hina dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Namun, jika ditadabbur serta dikaji, nyamuk boleh mendengar melalui antenanya sama dengan fungsi telinga manusia. Melalui kajian tentang indera pendengaran nyamuk sahaja, manusia boleh mencipta mikrofon yang terbaik dan mampu menangkap suara yang sangat perlahan.
Mengikut Saintis, jika dibuat penelitian melalui mikroskop dan diperbesarkan 400 kali, kita akan dapat menyaksikan di kepala nyamuk terdapat 100 mata, ada sekitar 48 gigi di mulutnya dan memiliki 3 jantung. Ini bermakna, daripada seekor nyamuk sahaja, kita dapat menyaksikan betapa lemahnya manusia dan tiada kemampuan untuk mencipta sesuatu yang lebih kecil daripada nyamuk. Jadi, apa sebab manusia ingin menyombong diri dan berlagak seolah-olah dialah yang berkuasa di muka bumi. Tadabburlah ayat Allah, nescaya ianya menginsafkan kita. Ramadhan Karim!.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN 
Menteri Besar Kelantan 
01 Ramadhan 1439H - HARAKAHDAILY 17/5/2018

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 2

TAFAKKUR hari ini memfokuskan keagungan serta kuasa Allah S.W.T dalam membangkitkan semula orang mati. Dalam juz kedua ada dinyatakan melalui sepotong ayat berkenaan kisah penduduk sebuah kampung yang lari daripada penyakit taun kerana bimbangkan kematian.
Lalu setelah berhijrah ke perkampungan lain, Allah mematikan mereka. Seorang Nabi yang melalui kawasan berkenaan dikatakan namanya adalah Nabi Syam'un telah berdoa agar Allah menghidupkan mereka semula. Kisah ini dirakamkan melalui firman Allah:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَهُمْ أُلُوفٌ حَذَرَ الْمَوْتِ فَقَالَ لَهُمُ اللَّهُ مُوتُوا ثُمَّ أَحْيَاهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ
"Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka: 'Matilah kamu' kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
[Al-Baqarah:243]
Setengah riwayat menyatakan jumlah mereka mencecah 30 ribu orang dan ada pendapat jumlah mereka 4 ribu dan 8 ribu orang. Mereka enggan keluar berjihad kerana takutkan mati lantas Allah mematikan mereka dan menghidupkan semula agar mereka melihat kekuasaan Allah dan menjadi hamba yang bersyukur.
Sangat mudah bagi Allah menghidupkan semula orang mati walaupun jasad manusia sudah hancur. Kita semua maklum, apabila seseorang manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit.
Setelah manusia yang mati dikebumikan, jasadnya semakin hari akan hancur dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Apa yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. Akhirnya tulang juga akan hancur.
Dengan kuasa-Nya, manusia boleh hidup semula dan kekal di alam akhirat sama ada berada di Syurga atau di kediaman menakutkan Neraka. Marilah kita memohon kepada Allah S.W.T agar membebaskan kita daripada ancaman Neraka sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua tenang berhadapan dengan kematian dan ketika hidup setelah kematian kelak.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
02 Ramadhan 1439H - HARAKAHDAILY 18/5/2018

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 3

AL-QURAN telah menerangkan berkaitan proses kejadian manusia sebagai satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Demikian itu, Allah menempelak sikap manusia yang sering alpa asal-usul kejadian mereka sehinggalah sanggup membantah dan mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah secara mutlak.
Manusia perlu menyelidiki semula hakikat kewujudannya yang hanya bermula daripada setitis mani dan Allah yang menentu pertumbuhannya semasa dalam rahim ibu. Firman Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ (٥) هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٦)
"Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (6)"
[ali-'Imran: 5-6]
Proses kejadian manusia terjadi melalui percantuman benih lelaki dan perempuan yang dikenali sebagai Nutfah. Kemudiannya menjadi segumpal darah atau Alaqah kemudiannya seketul daging atau Mudghah. Setelah itu ia menjadi beberapa tulang atau Izham lalu tulang itu dibaluti dengan daging seterusnya terjadilah lembaga yang ditiupkan roh oleh Allah.
Menurut kajian sains, proses kewujudan manusia itu terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih seorang ayah dan ibu akan membentuk janin dalam rahim ibu yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna, maka baharulah lahir seorang bayi.
Allah S.W.T dengan kuasa-Nya telah mengizinkan pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain pada minggu keempat. Selain itu, sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Jantung bayi pula mula berdegup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke bahagian jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Para Ulama sepakat mengatakan bahawa peniupan roh berlaku selepas terbentuknya organ-organ tubuh iaitu pada hari ke-120. Ketika di alam rahim, perkembangan manusia bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T melalui ikatan kesaksian dan perjanjian.
Marilah sama-sama kita melapangkan masa tafakkur ayat-ayat Allah sempena Ramadan ini. Perbanyakkan bacaan al-Quran beserta mempelajari hukum tajwid dan mentadabbur rahsia ayat-ayat Allah yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan tinggi.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
03 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 19/5/2018

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 4

TAFAKKUR hari ini memfokuskan satu ayat dalam Juz 4 yang membicarakan peranan tidur kepada tubuh badan manusia. Islam mengajar umatnya agar turut mementingkan jadual tidur dan kerehatan badan agar ibadah dan aktiviti harian dapat dilakukan dengan baik.
Tentera Rasulullah S.A.W pernah dibantu oleh Allah dengan bantuan tidur yang dapat mengumpulkan tenaga ketika berperang. Firman Allah S.W.T:
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَىٰ طَائِفَةً مِنْكُمْ ۖ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَلْ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ مِنْ شَيْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَاهُنَا ۗ قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
"Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan daripada kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang Jahiliyah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah. Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan Perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala yang ada di dalam dada."
 [Ali-'Imran: 154]
Tidur mengikut amalan Sunnah akan mendapat tenaga untuk beribadah. Di dalam Kitab 'Misykatul Mashabih' disebutkan tentang salah satu amalan Sunnah baik untuk kesihatan ialah tidur yang sedikit di waktu tengahari atau Qailulah. Mengikut kajian para Saintis, didapati bahawa tidur pada malam hari sahaja tidak mencukupi untuk manusia tetapi perlu ada sedikit tidur di siang hari dalam masa yang singkat.
Mereka mendapati bahawa otak manusia sebenarnya terdedah kepada keletihan di siang hari kerana berfungsi mengumpul pelbagai maklumat yang sampai kepadanya. Dengan demikian, otak memerlukan sedikit rehat. Rehat ini membolehkan otak menyusun semula maklumat dan mengatur gelombang-gelombang sel ke arah memantapkan semua maklumat yang diterima. Para Saintis juga mendapati prestasi otak dan kemampuan mengingati sesuatu bagi orang yang tidur sekejap di siang hari adalah lebih baik.
Sekiranya penumpuan kepada ibadat banyak diberikan pada waktu malam sempena Ramadan ini, maka sangat wajar ada sedikit kerehatan pada siang hari. Kekurangan tidur sebenarnya juga boleh mengakibatkan prestasi kerja menurun.
Di Amerika Syarikat, terdapat satu Suruhanjaya Khas untuk mengkaji tentang permasalahan yang timbul akibat tidur dan mereka melaporkan bahawa masalah akibat tidur telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian USD 100 hingga 150 billion setahun.
Saintis-saintis dari Universiti Chicago mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan dan mewujudkan masalah seperti penyakit kencing manis.
Kajian juga mendapati seseorang yang tidur kurang daripada 3 jam akan mudah mengalami tekanan perasaan dan akan mudah dijangkiti kuman kerana sistem pertahanan badannya juga turut menjadi lemah.  
Umat Islam perlu sedar bahawa Ramadan merupakan bulan yang datang untuk menjaga kesihatan mereka dan puasa itu sendiri adalah vitamin kesihatan yang sangat mujarab. Baki lagi kita perlu menyusun jadual tidur dengan baik supaya ibadah semasa Ramadan tidak terganggu.
Ramadan Karim!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
04 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 20/5/2018

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 5

KITAB al-Quran merupakan mukjizat paling besar bagi Rasulullah S.A.W. Banyak ilmu-ilmu yang sukar untuk difahami pada zaman lampau akhirnya dapat dirungkai secara mendalam pada zaman kini melalui pemahaman kandungan al-Quran.
Allah S.W.T tidak menurunkan al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia akan tetapi terdapat pelbagai ilmu dan jawapan bagi segala permasalahan. Sekiranya al-Quran hanya rekaan manusia dan tidak datang daripada Allah, nescaya banyak berlaku percanggahan. Firman Allah S.W.T:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan daripada sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."
[al-Nisa': 82]
Tidak ada sebuah kitab pun yang dapat menandingi kitab suci al-Quran, sama ada mengenai ketinggian isinya, kejelasan keterangannya dan kesannya yang amat mendalam terpahat di jiwa. Allah S.W.T telah berjanji untuk memelihara dan melindungi al-Quran sehingga Hari Kiamat. Oleh itu, tiada kuasa dan sesiapa pun dapat merubahnya serta memalsukan ayat-ayatnya.
Terdapat golongan yang ingin mencipta sendiri kandungan ayat seumpama al-Quran seperti Musailamah al-Kazzab dan lain-lain pada zaman lampau. Sekitar tahun 1999, keluar kitab yang dikatakan al-Quran dinamakan al-Furqon al-Haq yang diterbitkan dalam Bahasa Arab yang mempunyai 77 Surah dan 366 halaman disebar di Iraq dan Kuwait. Namun, akhirnya kitab palsu yang dicetak di Amerika ini berjaya dilenyapkan oleh para Ulama Islam dan ditolak oleh seluruh umat Islam.
Sempena Ramadan al-Mubarak ini, al-Quran hendaklah diberi keutamaan serta dijadikan rujukan utama dalam semua aspek kehidupan. Ramadan adalah bulan al-Quran. Sangat memalukan sekiranya umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai bahan perhiasan dan pendinding dalam kenderaan.
Ittaqillah!
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
05 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 21/5/2018

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 6

RENUNGAN hari ini sekitar perbincangan ayat berkaitan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan perkara lain yang memudaratkan manusia.
Allah S.W.T melarang keras daripada memakan perkara yang memudaratkan dan menamakan perkara tersebut sebagaimana dalam firman-Nya:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣)
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah, daging babi, binatang-binatang yang disembelih kerana yang selain daripada Allah, haiwan yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) serta yang disembelih atas nama berhala. Dan diharamkan juga kamu merenung nasib dengan undian anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu. Oleh itu, janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu serta Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[al-Ma'idah: 3]
Islam sangat mementingkan pegambilan makanan yang halal dan bersih. Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan dalam kitab beliau; Halal dan Haram Dalam Islam bahawa terdapat hikmah terlalu besar kenapa Allah mengharamkan kepada manusia bangkai, darah dan daging babi.
Bangkai disifatkan sebagai binatang yang kematiannya tidak disebabkan oleh sembelihan manusia. Secara naluri, bangkai dipandang sebagai sesuatu yang kotor dan tidak sesuai dengan kehormatan manusia memakannya.
Islam mengharamkan pemakanan darah kerana ia boleh memudaratkan. Saintis Islam terkenal, Prof Dr Zaghlul Al-Najjar menyebut bahawa darah dapat menularkan penyakit serius seperti HIV yang masih dianggap sebagai penyakit yang terlalu sukar diubati.
Dalam kandungan darah yang telah terdedah, terdapat pelbagai jenis gas bebas dan terlarut yang terkandung dalam plasma darah serta berkemungkinan tinggi terdapat virus yang hidup atau mati, bakteria dan parasit. Pemakanan darah ini sudah pasti akan memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan manusia.
Begitu juga dengan daging babi, pegambilannya sebagai makanan boleh menjejaskan kesihatan. Dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang Pakar Sains yang dipimpin oleh Dr Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin, menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel yang mampu merubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya.
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya dan boleh menjangkiti serta membunuh manusia selepas melalui perubahan di dalam tubuh babi. Jika manusia turut memakan babi, maka virus ini boleh menjangkiti pemakan tersebut dan boleh membahayakan kesihatannya.
Pilihlah makanan yang halal, thoyyibat dan tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan. Ia sangat penting di bulan Ramadan ini, supaya ibadah kita tidak terjejas dan puasa yang ditaklifkan dapat disempurnakan dengan turut memperolehi kadar kesihatan yang baik kepada tubuh badan.
Selamat berpuasa, semoga beroleh ketakwaan.
USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
06 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 22/5/2018