Ahad, 2 Disember 2018

BERSEDIAKAH AKU MENJADI SEORANG IBU?


Zaman negara yang membangun situasi kehidupan pun sudah berubah. Zaman negara yang membangun ini lebih mempromosikan wanita untuk turut berkecimpung dan berbakti kepada ekonomi negara terbuka semakin luas. Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat juga mendesak para wanita untuk turut menggalas ekonomi sesebuah keluarga kerana ketidak mampuan pihak suami memenuhi tuntutan keperluan hidup.

Situasi dan desakan keperluan kehidupan telah menyebabkan suami dan isteri untuk keluar rumah bagi mencari rezki. Bagaimana dengan anak? Ye, bagaimana dengan anak? Cabaran seorang wanita yang perlu difikirkan bagi kesediaan diri menjadi seorang IBU di zaman negara yang tengah pesat membangun. Dunia yang penuh dengan teknologi yang canggih. Kereta, pelbagai jenis pengangkutan yang unik, pelbagai jenis bentuk kediaman, makanan, dan macam-macam lagi keperluan bagi memenuhi tuntutan fitrah dan keperluan manusia. Yang pasti semua ini memerlukan tenaga, ilmu , pengorbanan dan wang.

Seorang wanita itu perlulah membina kesediaan diri sebelum melangkah ke alam kehidupan sebelum bergelar isteri dan juga IBU. Bagaimana nak tau yang diri telahpun bersedia, sedangkan setiap hari pasti ade sesuatu yang baru perlu dipelajari? Semestinya sentiasa mendalami ilmu untuk menjadi seorang IBU yang QANAAH. Dengan membaca sirah-sirah wanita-wanita contoh dalam islam.
Yang pasti, perbaiki diri dalam aspek QANAAH dalam diri. Sentiasa merasa cukup. Sentiasa merasa bersyukur dengan ape yang ade dan dialami. Qanaah dalam diri in shaa Allah dapat disalurkan kepada zuriat mendatang. Sifat Qanaah menutup pintu takabbur, tamak haloba, mencaci maki, tidak redha dan sifat pemarah dan sifat yang sentiasa tidak berpuas hati.

Hakikatnya bukanlah senang untuk mencapai tahap QANAAH dalam diri apatah lagi di saat diuji dengan pelbagai dugaan dan kesempitan hidup. Cuma apa yang wanita perlu fahami ialah, HANYA DENGAN MELALUI LIKU-LIKU KEHIDUPAN YANG SEMPIT DAN SUKAR ITULAH JALAN UNTUK KITA MENGERTI APE ITU RASA QANAAH DALAM DIRI. Tinggi kan martabat yang Allah nak bagi pada wanita. Pahit untuk dilalui tapi di hujungnya dapat mencapai QANAAH.

Cuma tidak ramai yang dapat mencapai QANAAH. Rata-rata terputus ditengah jalan dengan rasa tidak berpuas hati, tidak redha, rasa tidak cukup yang meluap-luap. saya akui, saya sendiri pun masih dalam perjalanan yang masih jauh bagi mencapai QANAAH yang sudah tahap beristiqamah. Cuma selagi ade nyawa, kita mesti didik diri. Kita mesti mencapai QANAAH. Barulah dapat menjadi IBU yang melahirkan Daie2 iaitu Anak-anak yang berkualiti dari segi akademik, akhlak, aqidah dan syariat hidupnya.     

Kemudian, untuk menjadi IBU, diri perlulah mempunyai sifat yang hidupnya dengan “MODE” yang sentiasa MEMAAFKAN dan MEREDHAI. Memaafkan dan meredhai adalah dua perkara yang sangat sukar untuk dibentuk dalam diri. Terutama apabila kecederaan perasaan yang berlampauan. Tetapi nabi kita telah menyatakan memaafkan dan meredhai itu lebih baik. Sebab sebagai IBU, sudah pasti kita cuba utk mengikuti saranan Allah dan firmanNya dalam Al-Quran, iaitu membawa keluarga menjauhi api neraka dan membawa keluarga ke syurga.

SABAR, dan IKHLAS juga sifat utama yang perlu ada dalam diri seorang IBU. Juga dua sifat yang sangat sukar untuk didik diri. Tapi inilah punca keluarga yang sakinah. Mawaddah warohmah.


***
Seringkali aku bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?

1.      Ibu yang Qanaah
2.      Ibu yang sabar
3.      Ibu yang ikhlas
4.      Ibu yang memaafkan dan penuh redha
5.      Ibu yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang
6.      Ibu yang tegas dalam mendidik

Allahu, tiapkali aku memikir semua ini, memang terasa sangat kerdil… tersangat kerdil.. sungguh aku masih banyak sahsiah diri ini yang perlu diperbaiki. Aku masih sebuah kapal yang perlu diperbaiki. Kapal yang penuh dengan lubang disana sini yang masih perlu ditampal bagi melayari sebuah bahtera seorang IBU.

Betullah, ilmu itu boleh dituntut dengan guru, dan lebih kukuh disulami dengan pemerhatian dan pengalaman orang disekeliling. Tauladan dan pengajaran dengan pelbagai situasi kehidupan yang Allah telahpun bina untuk makhluknya, sebagai panduan hidup didunia, bahkan Allah dah supply sekali dengan ilmu dan gambaran di masa akan datang iaitu kiamat, syurga dan neraka.
Pengalaman aku bersama ibu2 ini akan aku jadikan panduan dalam membina hidupku sebagai IBU yang Allah redhai dan rahmati di hari mendatang.

1.      Ibuku

Setiapkali memandang ibuku, dalam hatiku sungguh mengaguminya, dia seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Makan, dan kemewahan, tempat tinggal sangat ibuku titik beratkan. Dan dia ibu yang telah berjaya membesarkan aku dan adik beradikku seramai 10 orang.
Memandang diriku dan membandingkan diriku dengan ibuku? Ibuku sudah pasti berjaya, seorang ibu yang berjaya bersama 10 org anak. Aku dan diriku, Satu anak pun aku belum lahirkan, apetahlagi besarkan. Aku belum pasti, apakah jenis IBU yang aku akan corakkan. Walau dalam diri ini sangat ingin mendidik anak sebagaimana syariat yang Allah telah berikan sebagai panduan kehidupan. Itu azam aku. Tetapi ilmu teori mudah untuk dipelajari. Ilmu praktikal itu baru tahu reputasi sebenar seorang IBU itu.

Itulah pengorbanan ibuku, seorang yang telah menyediakan tubuh fizikal untuk mengendong aku selama 9 bulan 10 hari dan 9 orang adik beradikku yang lain. Menyusukan aku dan memberi kemewahan material dalam hidupku. Bersabar denganku dan dengan 9 jenis karektor anak2 yang semuanya berbeza. Allahuakbar, terimakasih ibuku.  semoga Allah masukkan ibuku ke syurga FirdausMu ya Allah. Semangat dan asuhan yang baik2 pasti akan aku duplicate dikehidupanku mendatang.

2.      Emakku

Emak, tiapkali menyebut perkataan emak, pasti air mata aku akan berada di tubir mata. Betapa aku berterimakasih kepada emak. Alfatihah tidak pernah lekang buatmu emakku. Kaulah wanita yang sangat aku sanjungi di dunia ini. Perkara utama yang aku sangat mahu lakukan hasil dari didikan emakku ialah pesanannya iaitu “anak mak, sebelum masuk tingkatan satu, wajib khatam alquran. Awak nak jadi ape kalu alquran pun xkenal?” ayat ni memang aku simpan dalam otak. Dan aku pun belajar alif ba ta sampai nangis2 nak mengenal. Mak tak pernah putus asa sehingga darjah 3 aku dah khatam alquran dan dh mula mengajar rakan sekelas mengenai ilmu tajwid. Alhamdulillah terimakasih mak. Mengenal alquran itulah perkara yang paling indah dalam hidup aku. Point utk mnjadi IBU dalam memberikan HAK ilmu agama kepada anakku kelak.

Emak, seorang yang tidak pernah merungut dan mengungkit setiap pengorbanannya. Aku tak pernah dengar mak mengeluh penat, sakit apatah lagi malas. Mak sangat kuat. Aku hanya tgk mak rehat bila dia solat, mengaji alquran dan tdo mlm. Selainnya mak pasti ade aktiviti. Dan setiap aktivitinya semua berjasa samada pada manusia atau makhluk Allah yang lain. Setiapkali anak2 bercuti sekolah atau cuti semester, mak dah bercagar, ade ayam2 nya yang dh  sesuai untuk di sembelih. Mak seorang ibu yang sentiasa memasak untuk anak2nya, banyak sangat lauk pauk stiap kali masak, mak akan sentiasa didapur tak henti memasak bagi meraikan kepulangan dari belajar. “anak-anak tengah membesar dan belajar, mesti kene cukup makan. Mesti ade teringin nak makan yang sedap” yang pasti mak ikhlas dalam berbakti dan ianya meresap masuk tanda kasih mak terhadap aku dan yang lain2. Dan Allah balas dengan anak2 mak semuanya berjaya. Alhamdulillah. Point ikhlas dan sabar dalam menyediakan makanan untuk anak2 dan dengan penuh rasa kasih sayang ini akan aku cuba bawa kelak ketika aku menjadi seorang IBU.

Ketika aku seusia 10 tahun, mak bagi aku “pa duit” istilah keluarga aku yang merujuk kepada wallet, tempat untuk isi duit. “pa duit” ni berat, penuh dengan duit syiling. Mak aku ckp “bawak pa duit  ni, awok kenal budok skoloh yang keluarganya orang susohkan, awok bagi 50posen setiap sorg.” Adelah beberapa nama keluarga yang mak aku sebutkan. Aku masa saat tu, hanya ikut sahaja apa yang mak aku suruh. Bila balik mak aku akan tanya, berapa orang rini yang dah bagi. Dan aku akan pulangkan semula pada mak pa duit tu. Biasanya hari jumaatla, sekali seminggu. Bila aku besar, aku dah terbiasa untuk “bersedekah”. Didikan membentuk akhlak ini akan aku aplikasi kelak in shaa Allah bila aku jadi ibu. Mak juga berpesan, bila dah kerja, berbaktilah kepada ibu bapa. Bagi duit bulanan kepada ibu bapa, baru hidup berkat. Dan nasihat ini juga akan aku aplikasi ketika menjadi ibu kelak.
Beberapa adab dan akhlak yang mak ajarkan seperti, menunduk ketika berjalan di hadapan orang. Menyalami orang tua. Melayan tetamu sebaiknya. Masih aku ingat, mak ni dia ade kawan2 yang sebaya. Biasala orang tua2 ni dah tak bekerja, masing2 pun suami dah meninggal dan anak2 pun dah besar semuanya, atas faktor kesunyian, mereka ni ni sering bertandang ke rumah mak. Mak akan arahkan aku “jerang air” maksudnye, masak air, buat air kopi o, goring pisang ke, keledek ke, atau rebus ubi kayu ke, ubi keledek atau ape2 shj yg mak dh siap sediakan tggl aku nak kene masak n hidang. Dari sini mak ajar aku cara melayan tetamu ketika bertandang. Dan mak xbagi aku menyampuk bila mereka berborak kecuali ade yang menanya. Adab dengan orang tua. Sesungguhnya, mak tak ajar pun semua ni, tapi perbuatan mak itu telah mengajar dan mengasuhkan aku sehingga aku terbiasa apa yang perlu aku lakukan. Alhamdulillah, akan aku bawa sebagai bekalan hidup, In shaa Allah.

Rasa risau dan ambil berat mak terhadap aku pun sebagai satu support dan semangat dalam menjalani hidup. “balik jangan lambat, jangan tunggu sampai malam”. Dan last yang aku ingat “ awak pegi mana ni, lama sangat, jangan tggl mak lama2 kat umah”. Itu kata2 yang keluar bila mak dh sakit. Aku keluar mencari keperluan harian rumah sekejp. Penunjuk kasih sayang ialah rasa risau dan ambil berat pada anak2. Dan juga lahirkan rasa ibu itu perlukan anak2. Baru anak rasa dihargai. Dan dapat rasa diri disayangi. Ini adalah penarik anak2 untuk mendekati ibu tanpa disuruh.

Ya Allah. Bentuklah diri aku untuk menjadi seorang IBU yng ikhlas dalam memberi kasih sayang pada anaknye, Seorang ibu yang penuh kasih pada anaknya, seorang ibu yang pandai menunjukkan dan memberikan kasih itu melalui rasa ambil berat pada anak2, pandai meluahkan dari segi kata2 dan juga perbuatan pada anak2.

3.      Makcik Ma

Seorang ibu yang sangat lembut dan penuh kasih sayang kepada anak2nya. Dia ibu yang memberi kasih sayang secara sentuhan, penuh dgn pelukan dan kasih sayang. Cemburu aku melihat anak2nya. Setiap anak2nya diberikan dan pelukan. Dan pelukan, sentuhan dan ciuman seorang ibu itu sangat membina kebahgiaan dan tumbesaran emosi anak2. Dan aku masih teringat satu masa dulu. Masa tu di rumah mak. Rumah mak ni ade ruang dapur basah dan ade beranda yang menghadap ke sungai, rumah kampong yang bertiang, biasanya mak memang letak tikar. Sementara menunggu masakan masak, mak akan duduk atas tikar tu. Masa tu aku 10 tahun. Penat sgt agaknye aku ritu aku baring atas tikar tu lalu terlelap. Masa tu aku pakai seluar sehelai je, xpakai baju. Budak kecik lg kan. Tetiba tersedar aku rasa mak belai belakang aku, aku ngiring masa tu. Mak gosok mungkin Nampak aku bergerak2 mcm nk terjaga. Aku dengar mak aku tgh berborak dengan mak sedara aku. Aku pejam je mata, sbb kalu aku bangun, mesti mak aku benti gosok belakang aku. Nak dikatakan betapa aku merindui belaian mak itu. dan perasaan aku sangat gembira bila aku tersedar mak tgh belai aku.
In shaa Allah akan aku cuba menjadi ibu yang memberi kasih sayang pada anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Sentuhan itu sangat besar kesannya kepada pembentukan sahsiah anak2 kelak.

Dan makcik ma, memang sangat penuh dengan sentuhan dan kasih sayang keluarga ini.
Masih aku ingat satu perkara makcik ma ni, pernah dulu aku bertandang ke rumahnya. Kebetulan sampai dah waktu maghrib. Masa tu anak2nya kecik lg. yang sulong masih skolah rendah. Masuk je maghrib, mereka sekeluarga akan solat berjemaah sekeluarga. Kemudian makcik ma akan dengar anaknya yang sulong mengaji. Ketika makcik ma pergi ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam, pakcik man atau suaminya akan take over, dan dengar dan betulkan bacaan anaknye tadi. Sungguh aku sangat suka dengan situasi keluarga ini.

In shaa Allah akan aku cuba untuk menjadikan contoh untuk kehidupanku mendatang. Makcik ma juga sangat menghormati suaminya. Tidak pernah aku Nampak dia berkasar dengan suaminya. Pernah aku menginap selama 4 bulan di rumah mereka. Kalu anak2 mereka bergaduh, pakcik man akan pggl anak2 bercakap dan menasihati. Dan peranan makcikma akan duduk diseblh suami dn diam dan bersetuju di dpn anak2. Jika mereka ade perselisihan. Mereka akan brckp berdua dan tidak di depan anak2.

Mereka juga turut membina wassup keluarga. Sentiasa berkomunikasi. Membuat rules, anak2 kene selalu menghubungi mak ayah. Dan aku seronok mereka bervideo call dlm wassup.
Ya Allah, aku masih belum ade peluang untuk melalui detik itu. moga detik itu sampai suatu hari nanti.

4.      Mak kawanku 1

Makcik ini Nampak garang, tegas. Tapi penuh concern dan menjalankan tanggungjawab dengan spenuh tenaganya. Kelihatan ikhlas. Walau anak2 ini bukan anak2 kandungnya, tetapi, dia tetap melayani seperti anak2nya sendiri. Menyediakan kelengkapan perkahwinan anak2nya. Menyediakan makanan. Memasak, mengajar, memandu. Kuat tenaganya. Baktinya itu Allah. Aku juga ingin menjadi ibu sepertinya.

5.      Mak kawanku 2

Ma sya Allah. Kemas dan bersih serta teratur rumahnya. Sangat selesa. Ibu ini juga cantik orangnya. Putih, Chinese look, tinggi lampai dan bermata coklat. Ma syaa Allah. Anak2 nya semua berjaya dan cemerlang dalam akademik. Allahuakbar. Ibu ini mampu mendidik anak dalam masa yang sama bekerja sebagai pengetua dan dalam masa yang sama sambung belajar. Ibu ini memang gagah. Ibu ini berjaya. Dan aku dpt rasakan keikhlasannya. Kedatanganku dilayan dengan baik, balik dengan perut yang penuh. Memang cara melayan tetamu itu aku perlu contohi. Dan cara ibu ini mengendalikan perut suami dan anak2 ketika dia keluar menuntut ilmu juga sangat aku perlu contohi. Ibu ini akan memasak makanan dan dilabelkan mengikut hari lalu di frozenkan di dlm peti. Anak2nya dan suaminya hanya perlu panaskan tiap kali nak makan. Allahu. Sempat nak masak. Kendalikan suami dan anak2. Sempat nak study dan bertanggungjawab utk sekolah. Aku mmg perlu contohi ibu ini. Cemerlang dan sahsiah anak2nya akhlaknya baik2. Anak2 penuh dgn concern pada kawn2. Concern itu tanda sayang.

Banyak lagi ibu2 yang aku jumpa. Xterkira kalu nak menaip. Tetapi yang aku nyatakan ini merupakan inspirasi utama dalam hidupku.

Sehingga kini aku masih belum mempunyai anak. Masih belum ade peluang lagi untuk menjadi IBU. Walau bagaimanapun persoalan ini memang menjadi tanda aras dalam hidup aku “bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?” bukan ibu sebarang ibu. Tapi IBU yang Allah redhai dan rahmati. Sesungguhnya aku memang masih kapal yang bocor, yang perlu ditampal di sana sini. Sementara menunggu untuk sampai ke perlabuhan seorang IBU, kapalku perlu dibaiki untuk berlayar dan dimantapkan lagi enjinnya bagi menuju ke perlabuhan iitu.
Tanyalah diri, bila berkeinginan utk mnjadi IBU.
1.      Saat melihat anak2 sekeliling menangis, meraung, disiang dan malam hari, bersabar dan redhakah diri utk menghadapi?
2.      Saat kesempitan kewangan QAnaah ke dengan rezki yang ade?
3.      Saat anak terjebak dengan gejala maksiat, bagaimanakah peranan IBU?
4.      Apakah corak kepimpinan IBU?
5.      Apakata syariat, bagaimana nak aplikasi dalam kehidupan sebagai IBU

Seringkali aku bertanya pada diri, bersediakah aku untuk menjadi seorang ibu?
6.      Ibu yang Qanaah
7.      Ibu yang sabar
8.      Ibu yang ikhlas
9.      Ibu yang memaafkan dan penuh redha
10.  Ibu yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang
11.  Ibu yang tegas dalam mendidik

Hakikatnya tanggungjawab ibu itu tersangatlah berat. Anak2 adalah amanah daripada Allah. Anak2 boleh membawa ke syurga tapi jika tak betul didikan boleh juga menyeret IBu ke neraka.
Sungguh setiap wanita mesti mahu menjadi ibu. Aku pun. Moga kita menjadi ibu yang diredhai Allah. Pada yang belum bergelar ibu. Bolehlah perbaiki diri mengenai perkara2 diatas. Kepada yang dah menjadi ibu, semoga dapat menjadi ibu yang cemerlang di dunia dan akhirat.

1 ulasan: