Selasa, 7 April 2020

Latihan untuk kanak-kanak mengenai huruf-huruf Al-Quran

HURUF ALIF

boleh email: atikahrazali@gmail.com untuk dapatkan softcopy untuk kesemua huruf hijaiyyah

Isnin, 6 April 2020

MCO serta berita COVID-19 #stay@home

Dah sekian lama tidak menjenguk ruangan ni. Setahun iaitu sepanjang 2019 tiada entry. disebabkan Covid-19 ni terpanggil semula untuk menghiasi ruangan ini. Tidak pernah terfikir pun akan berlakunya apa itu yang dipanggil "Perintah Kawalan Pergerakan" (PKP) ataupun dalam bahasa inggerisnya "Movement Control Order" (MCO) yang telah diisyhtiharkan oleh Perdana Menteri pada 16/3/2020 iaitu PKP yang akan bermula 18/3/2020 - 31/3/2020. ini adalah sebagai salah satu langkah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pada asalnya virus ini dipanggil NCov-19, Novel Coronavirus 2019. kemudian WHO telah mengisyhtiharkan namanya sebagai COVID-19. Virus yang tergolong dari keluarga "Corona". Sehingga ke hari ini masih tiada kata putus kepada punca asal berlakunya wabak covid-19 ni. yang pasti ia mula tercetus di Wuhan, China. Ada yang menyatakan ia berpunca dari cara pemakanan, ade juga yang menyatakan ia berpunca dari kegagalan kajian dari makmal yang telah tersebar keluar ade yang claim sebagai sabotaj 'hybid war'. apapun sebagai umat islam, kita kene percaya semua tu dengan IZIN ALLAH. setiap KEIZINAN ALLAH itu membawa beribu hikmah. kita nampak ia dugaan tetapi disebalik dugaan itulah biasanya kita akan pelajari pelbagai hikmah. 

berbalik kepada PKP ni td. disebabkan tujuan untuk menurunkan bilangan rantaian jangkitan covid-19 ini tidak berjaya pada tempoh PKP yang pertama, maka PM telah mengumumkan lanjutan masa bagi PKP-2 bermula 1/4/2020 - 14/4/2020. dan pada hari ini 6/4/2020, kelihatan bilangan jangkitan pesakit covid-19 masih tiada penurunan. walaubagaimanapun bilangan pesakit yang pulih, alhamdulillah bertambah. itu bermakna, walau tiada vaksin yang khas, once telah dijangkiti, masih ade peluang untuk diubati. jadi adakah akan dilanjutkan lagi PKP-2 ini, wallahualam, tertakluk kepada situasi terkini nanti dan atas nasihat tuan pengarah kesihatan kita DR Noor Hisham, yang kelihatan penat setiap hari iaitu tanggungjawab memikirkan kesihatan dan keselamatan pekerja frontliners dan juga bagi merawat pesakit COVID-19 dan juga perlunya kerjasama serata rakyat untuk berada di rumah masing-masing. 

Ketika saya menetap di rumah selama tempoh PKP 1 dan dalam PKP 2 ni, pelbagai hikmah yang saya dapat. betapa nikmatnya rasa keluar pergi bekerja. dan betapa nikmatnya juga bekerja dari rumah. jika di pejabat, sebagai seorang wanita itu dia terdedah kepada pelbagai maksiat dan pandangan-pandangan mata yang tiada kenal erti dosa. tetapi di rumah, situasi tersebut tidak berlaku. suami senang isteri di depan mata, anak2 gembira mak ayah ada bersama mereka. Ma syaa Allah. bahagiakan. rugi jika masa ini tidak dinikmati. 

bagi muslimah, duduk di rumah pula, untuk menjaga wuduk lebih mudah. bila ke bilik air je xperlu fikir nak pakai semula tudung, nak jaga aurat. xperlu fikir. sbb dh dlm umah. jadi setiap kali batal je wuduk, boleh ambil semula. Allahuakbar. besarkan hikmahnya. bila di rumah ni la, ade masa nak belek seluruh ruang rumah. yang sebelum ni xsempat pun nak belek semua tempat. ni dalam masa sehari semua tempat dah dibelek. haha. 

satu bende yang Allah nak kita belajar ialah, disaat kita ada duit, ade kuasa, hingga lupakan kuasa ALLAH, maka ALLAH tunjukkan walau duit berjuta, teknologi paling advance pun kalu Allah nak tunjuk kuasaNYa, xperlukan nuklear, hanya sekecil virus seperti covid-19, dah berjuta manusia mati. jadi, ini satu kejadian yang mengajar semula diri untuk berfikir sejenak. Niat kita mencari harta. Niat kita bekerja. Lalai tak kita selama ini. Solatkah yang kita dahulukan atau pekerjaan demi sesuap nasi kita? saya terpempan dan istighfar banyak kali. Adakah Allah akan bagi peluang kita untuk bebas dari COVID-19? kita tidak tahu masa mendatang, yang pasti kene sentiasa husnuzon. tapi, dalam keadaan yang kita tidak tahu ini, insafilah diri, sbb kita mungkin ade peluang untuk hidup lagi dan mungkin dunia sudah ke klimat akhir zaman. istighfarlah dengan kelangsungan hidup yang berbaki. 

tadi saya terpaksa keluar, kerana bekalan beras dah habis. melihat suasana bandar kecil berhampiran taman ini, daun-daun kering berterbangan, gerai yang tutup, sunyi, hanya ade kenderaan 2-3buah yang lalu. kedai yang kebiasaaan saya pergi pun telah tutup. berpusing mencari kedai runcit yang masih buka. saya tidak memilih ke pasaraya yang besar untuk mengurangkan pertembungan dengan orang ramai. dalam hati ade rasa riang, sbb dah lama tak keluar rumah. Nikmat yang dikecapi, Alhamdulillah, dengan nyanyian brek kereta yang dah lama tak bergerak. dalam berpusing saya nampak sebuah kedai yang buka. tengok hanya ade pemilik di kaunter, saya cepat2 masuk ke dalam kedai. banyak juga rak sudah mulai kosong. telur pun tinggal yang packaging 6 biji. yg sepapan dah abis. saya terus ke rak beras. juga beberapa jenama dan beras yang mahal2 je yg masih ade. seterusnya ke rak roti. kosong. saya tanya pada cashier, dia ckp stok blum sampai. sayapun ke rak biskut. Alhamdulillah. terdapat makanan yang sebelum ni sentiasa dapat dinikmati arini tidak dapat dinikmati lagi. ini satu lagi hikmah yang Allah nak tunjuk. Bersyukurlah dengan setiap rezki yang kita dapat. berqanaahlah dalam membeli. Allah nak didik rasa bersyukur dengan apa yang kita ade. berqanaah dengan rezki yang kita dapat. dan menginsafi diri yang mungkin sebelum ini kitalah orang nya yang suka membazir. atau sebelum ni level syukur dan qanaah kita level 1. maka kini Allah nak didik supaya level kita tu meningkat ke tingkat 2,3 dan seterusnya. aamiin. in syaa Allah. Maka bersabarlah. bersabarlah. bersabarlah.

#stay@home
#istighfarselalu
#banyakmasauntukmuhasabahdiri
#banyakpeluangberibadat

antara ihsan dan kualiti

menjadi pendidik bukanlah satu kerjaya yang mudah. cikgu dan pensyarah ditugaskan untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar. kebiasaannya dlm jiwa cikgu dan pensyarah ni dh built in jiwa pendidik, mendidik pelajar2 dari pelbagai sudut. seorang pendidik perlulah mempunyai ciri2 seorang yang penyabar, ikhlas, mudah redha, ihsan yang tinggi, toleransi, kasih sayang dan pemurah. bukanlah mudah untuk seorang pendidik itu dalam menjaga dirinya dan membentuk sifat mahmudah dalam diri.