Khamis, 30 Januari 2014

Adakah Aku MencintaiMu?



Sungguh hati ini sangat mengingini mencintaiMu sepenuh hati. 

Puas sudah ku memupuk rasa kecintaanku padaMU. 

Jika benar aku mencintaiMu, kenapa kerinduan padaMu masih belum bertaut di hati ini?

Sungguh aku tidak mahu mencintai selain Mu.

Bantulah aku mencintai dan merinduiMu sepenuh hatiku.

Sungguh aku mahu mencintaiMu sepenuh hati

Sungguh aku mahu merinduMu setiap detik waktu

Sungguh aku ingin setiap rentak jantungku hanya untukMu

Biar jiwa ini segar dan dipenuhi oleh cinta dan rindu kepadaMu

Ku serah seluruh jiwa dan ragaku padaMu

Ku pohon, agar DIKAU menjemput rindu dan cintaku padaMu

Agar aku bisa sentiasa memburu cintaiMu setiap waktu

Agar aku orang yang terawal menyahut seruanMu 5 kali sehari

Agar aku orang yang tak pernah kenal erti jemu, penat dan putus asa dalam memburu cinta dan perhatianMu

Sungguh aku menagih dari Mu agar menerbitkan rasa Cintaku dan Rinduku yang mendalam padaMu

Oh Allah,

I want to love You every minutes, every second..everytime

I want to miss You every time…everywhere…

Please choose Me oh Allah, please, please, please,…


Ya Allah, aku mohon termasuk dalam golongan mukmin yang sentiasa menangisi dan mengisafi diri, yang sentiasa mencintaiMu, yang setiasa merinduiMu, yang sentiasa mensyukuri nikmatmu...yang beriman kepadaMu...
 
Aamiin…

contoh-contoh hukum ikhfa' haqiqi dalam surah albaqarah ayat 56-80






contoh-contoh hukum iqlab dalam surah albaqarah ayat 56-80





Contoh-contoh idgham bila ghunnah dalam surah albaqarah ayat 56-80





Contoh-contoh hukum idgham ma'al ghunnah dalam surah albaqarah ayat 56-80






Jumaat, 24 Januari 2014

La illa ha illa anta kuntuminazzholimin

Tepat jam 10.00 pg seperti biasa rutin harian 'aishah...'aishah akan ke pusat sumber di tempat dia belajar. Alhamdulillah rezki dari Allah, 'aishah memiliki sebuah kereta buatan Malaysia. dalam hati berlegar rasa kurang enak kerana di pagi jumaat ini 'aishah tidak dapat bangun awal seperti sedia kala.

setibanya di kereta, tayar kereta pulak kempis. hmm, nak pegi pam tayar dulu, atau jalan kaki je ke pusat sumber...fikir 'aishah..'aishah matikan enjin kereta dan mula berjalan menuju ke pusat sumber. dalam hati memikirkan kesalahan dalam diri yang dilakukan..ataupun aliran duit yang telah digunakan.. melihat suasana sekeliling, disinilah juga laluan 'aishah masa amik degree pertama dahulu... kini 'aishah kembali menyelusuri denai ini, di sebalik hostel2..jalan short cut..

dan akhirnya keluar ke jalan utama, kereta lalu lalang, lori dan motor lalu semasa 'aishah berjalan di area "pedestrian walk"...kini baru aku rasa bagaimana perasaan pejalan kaki rasa apabila memandang kenderaan yang lalu lalang...'aishah berepilog di dalam hatinya.

'aishah terus ke pusat universiti, di situ terdapat pelbagai activiti, tmpat makan, kedai koperasi, kedai hp, kedai fotokopi, kedai komputer, pejabat pos dan juga kedai pakaian... di dalam perjalanan, 'aishah terserempak dengan seorg cleaner perempuan, 'aishah menghadiahkan senyuman padanya, dan tak lama kemudian cleaner yang kedua, juga 'aishah hadiahkan senyuman...

perjalanan 'aishah diteruskan  ke kedai pakaian, hajat dihati ingin mengambil baju yg telah dihantar utk dipotong sebab labuh... "dah siap dik, nah check dl barangnya"..kata empunya kedai..'aishah pun membelek2 bajunya.. "hmm... ade yang masih belum di potong lagi kak" kata 'aishah... "adik cuba tengok kat kertas tu, ape yg ditulis," agak keras nada si pemotong baju itu, mungkin dia merasakn 'aishah ckp lain dan tulis lain.. 'aishah pun baca pada kertas yg disebut oleh makcik itu. kertas itu juga ditulis oleh pekerja kedainya.. patutla,,...bisik 'aishah dalam hati... org yg salin ape yg 'aishah ckp xbetul.. dan kakak yang tukang potong tu baca pun keliru...menyedari pekerjanya yang salah tulis arahan...dia tersenyum dan nadanya berubah menjadi lembut dan yang pasti 'aishah xdapat bajunya tu lagilah....

kemudian 'aishah terus ke library, "port" (tempat) 'aishah selalu wat keje sudah diduduki oleh pelajar lain...'aishah tersenyum pada diri...dan istighfar banyak kali..'aishah berlalu ke laptop area dan buat keje.
memandangkan hari ini hari jumaat, jadi xlama masa 'aishah dpt spend  buat keje di library, sebelah petang 'aishah dah ade usrah di hostel...

dalam perjalan pulang dari library ke hostel, 'aishah mengambil jalan alternative yang lain, kunci pulak pagarnya, 'aishah terpaksa berpatah ke jalan yang dia lalu semasa pergi tadi...berjalan di walkway yang tak de covered structure pada jam 1230 tghari...Allahuakbar.... inilah dia hikmah Allah izinkan tayar keretaku pancit, supaya bersyukur, kini aku rasa bagaimana gigihnya usaha pelajar2 yang tiada kenderaan dan pejalan kaki yang setia.. turun naik tangga dan bukit...habis basah baju...

sedang 'aishah naik tangga dengan kepenatan berjalan kaki dengan mendokong laptop dan files, seekor kucing menyelinap dikaki dan terus mengiaww mengikuti 'aishah ke pintu bilik..tiada ape yang aku dapat bagi..kata 'aishah dalam hati..'aishah masuk dan ternampak keropok...terus 'aishah bagi pada sang kucing...dan 'aishah terus berlalu utk makan tgahri....saja 'aishah beli ikan..nak kongsi dengan kucing itu.. diharapnya kucing itu belum berlalu pergi lagi..

alhamdulillah,,, kucing itu masih disitu...dan 'aishah bg separuh ikan itu kpdnya... terimakasih ya Allah...semoga aku dapat mengawal diri ini lagi dari sifat amarah, mengeluh dan rasa tertekan...terima kasih hidayah dari Allah..kerana melihat aku pada 7 tahun yang lalu..aku insaf dan sangat bersyukur... bisik hati 'aishah.

 
 sesungguhnya,  Alhamdulillah 'aishah telah memilih untuk menyabarkan diri dengan dugaan yang dilaluinya. tidak pula dia marah, mengeluh dan putus asa dengan ape yang berlaku padanya dalam seharian itu...  bahkan dugaan itu menimbulkan rasa kesyukuran dalam dirinya...

dan dengan tindakan kesabaran itu...'aishah telah dapat 2 pahala sedekah melalui senyuman, tidak ditakluki rasa marah dengan kesilapan pihak kedai trhadap bajunya..bahkan terus bersabar, dapat juga study, dan dapat pahala sedekah dengan kebajikan memberi makan seekor kucing yang juga menyusukan anak-anaknya, dan tiada tekanan terhadap perasaan yang mengelakkan 'aishah dr stress dan down lalu malas dan give up...

adapun jika 'aishah mengambil jalan dengan merungut-rungut dengan tayar kereta yang pancit, dan "mood spoiled"...seharian tak de keje yg dapat dilakukan..dosa bertambah..

ataupun 'aishah merungut, berkeluh kesah, stress, sudah semestinya sepanjang perjalanan xde mood nak senyum dengan cleaner, masih tertekan dengan baju yang tak siap dipotong lagi dan terus depress port study dah di duduki org.. dan semestinya memarahi kucing yang sibuk bermanja ketika dia pulang dalam keletihan dari library...

membuat keputusan dan memakai perasaan marah itu adalah yang dikatakan menzalimi diri sendiri.. itulah yang diakui oleh Nabi Yunus ketika merasa marah dengan ummatnya dan bepergian...

sesungguhnya, kitalah yang memilih samada untuk mengambil jalan yg baik atau yang buruk..... walaubagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka,...

wallahualam
















Khamis, 23 Januari 2014

secara kebetulan atau kiriman dari Allah

jam sudah pun menunjukkan jam 4.45pg. terlewat lagi aku hari ini. sudah hampir seminggu rasanya jadual bangun tidurku dh tak teratur lagi. cuma alhamdulillah kebiasannya pukul 5pg juga la baru bangkitnya. terasa rindu saat dapat bangun dan mandi jam 4pg. kesegaran badan sangat berbeza. betulla orang tua-tua pesan, kalu nak sihat mandi pagi. even, ustaz dan ustazah dari pusat rawatan Islam juga menyatakan air di jam 4 pg adalah air penawar. patut lah qiamullail itu sepertiga malam. bermula jam3.30pg. nampak sangat kaifiat ape yang kalu syariat seru. daripada pengalaman aku sendiri pun, kulit akan nampak lebih berseri dan segar jika mandi jam 4pg. makna kata..salah satu cara yang boleh ganti "collagen" yg dimakan skang ni....tahap kecergasan badan juga lebih baik jika mandi jam 4pg... dan berat badan akan maintain pada paras BMI yg normal...ahaha...xyah makan ubat nak kurus...semuanya mudah...bangun jam 4pg dan mandi...since dah bangun awai tu..tahajjud la...



seperti biasa, aku akan bangun dan terus ke bilik air untuk mandi...bukak je pintu.... seekor ibu kucing sedang menyusukan 4 ekor anaknya..betul2 di tengah2 ruangan pintu. eh...kucing...comelnya anak-anak kucing ni... detik hatiku...aku pun mengambil yang berwarna kelabu...cantik..bersih...dan gemuk...aku letak..seekor yang berbelang warna oren garang...marah2 pada aku...sang ibu kucing..hanya memandang pada aku...tak pulak dia membengis aku pegang anaknya...

memandangkan masa dah lewat,..aku terus berlalu ke bilik air...sambil membersihkan diri...aku teringat pada kucing2 tadi..sayang sekali aku tiada rumah sendiri..jika tidak sudah pasti aku akan angkut kucing itu...fikiranku hanya pada kucing...keluar dari mandi..kucing itu masih disitu...aku tak lagi menyentuh sebab dah berwuduk..

kucing itu menyusukan anak2nya didepan pintu bilik aku..dalam banyak2 bilik..bilik aku yang dipilih...teringat pada 3 hari yang lalu..

si ibu kucing itu menunggu di depan pintu..aku melihat perutnya kempis...nafasnya laju...seolah olah lapar yang teramat sgt..tapitiada ape dalam bilikku yg boleh diberi makan pdnya..aku ke sinki..membelek..ade bilis..aku pun bagi ikan bilis..

sejak dari itu kucing itu seakan menanti kepulanganku...ya Allah terimakasih...Kau datangkan peluang kepadaku untuk berbuat pahala kebajikan..ibarat rezeki yang datang bergolek...

cuma 2 hari slps itu...tiap kali pulang dari study...selalunya lunch...sang ibu kucing pasti akan mengikuti aku sehingga ke pintu bilik...di ajak masuk..dia tidak berani..kucing liar..mungkin takut..mesti kucing ni lapar. fikirku.aku masuk bilik..dan makan...niat dihati lepas makan aku nak bagi pada sang ibu tadi..

setelah makan aku bukak pintu...ku sangka sang ibu akan menunggu..rupanya sangkaanku meleset...sang ibu tiada...terasa bersalah dalam diriku...aku sepatutnya tak tamak...bagi je terus pd sang ibu td sblm makan...peluang kiriman dari Allah terlepas begitu sahaja...2 kali perkara yang sama berlaku, kali ke dua, aku hanya masuk bilik untuk meletak barang dan niat dihati..nak bagi terus ayam pada sang ibu...hanya beberapa saat ku tinggalkan sang ibu telah pun tiada..terlepas lagi kiriman dari Allah.

kini aku menanti...ingin dikali ini...nampak je sang ibu..aku terus memberinya makan....buat masa ini...peluang itu masih tiada lagi...sang ibu tidak muncul lagi meminta makanan....ya Allah...maaf...ya Allah semoga ade lagi kiriman itu....amin..

***moral of the story...jgn melengahkan niat yang baik. dan barang pemberian itu hendaklah yang terbaik. peluang mungkin datang sekali...

Hukum nun mati dan tanwin - Bab Iqlab