Rabu, 8 Januari 2014

Sesungguhnya Setiap dugaan itu telahpun diberitahu oleh Allah


Daripada Ayat 155 surah Al-Baqarah ini telah terbukti bahawa dugaan itu akan berlaku kepada manusia atas takdir daripada Allah.

Bahkan disini telah disertakan jenis-jenis dugaan yang akan berlaku kepada manusia seperti:

  • ketakutan
  • kelaparan
  • kekurangan harta dan jiwa
  • dan juga buah-buahan
Dan sesungguhnya manusia itu akan mendapat keberhasilan yang menggembirakan jika menerima dugaan-dugaan itu dengan SABAR dan semestinya MEREDHAI setiap takdir itu dengan ikhlas sepenuh hati. kerana semua itu berlaku dengan keizinan Allah juga.

semestinya manusia itu perlu bersiap siaga dengan jenis-jenis dugaan itu kerana sesiapa sahaja Allah boleh timpakan dengan dugaan tersebut.

adapun untuk menjadi penyabar, ikhlas dan redha itu juga perlunya ada ILMU dari Allah. kejahilan ilmu itu punca utama manusia itu bertindak diluar syariat dan landasan Islam.

dan menuntut ilmu itu tak kan pernah cukup sehinggala kita meninggal dunia.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan