tambah lagi dua lagi roommate aku juga syasya and esah 50sen juga sebut tentang nak kawin..nak mencari pasangan... musim topik kawin agaknya skang ni.. yelah selepas attend majlis perkahwinan..itu lah topiknya.. selepas berhimpun dengan member-member lama yang dah pun mendirikan rumahtangga bahkan dah ada anak..confirm semua jiwa melonjak nak mengecapi bahagia... memang teringin bahagia..memiliki suami dan juga cahayamata...tipu kalu tak de perasaan tu ..
disini melalui pengalaman aku yang lalu.. ingin dikongsi pada muda mudi.. perkara yang perlu difikirkan untuk mendirikan rumahtangga.. rumahtangga itu bukan hanya sekadar untuk nampak secara fizikalnya iaitu "aku dah ada suami..aku dah ada anak..aku bahagia....semua sayangi aku...." jangan lalai dan lena dengan pandangan mata melihat kebahgiaan orang lain dan kita ingin mengejar sama tanpa ILMU yang patut ada dalam melayari bahtera RUMAHTANGGA... kegagalan institusi rumahtangga kini yang mencatat setiap 1 minit 3 penceraian juga berpunca daripada KURANGNYA ILMU AGAMA dan ILMU RUMAHTANGGA yang perlu dimiliki oleh SUAMI dan juga ISTERI.
di sini perlu diingat kepada muda mudi tips dalam membina mengecapi kebahgiaan yang Allah redhai:
- tips membentuk diri bersedia sebagai seorang mukmin
- tips memilih pasangan hidup
- tips yang perlu diketahui dalam alam rumahtangga
- menyelami nawaitu perkahwinan itu
1. tips membentuk diri bersedia sebagai seorang mukmin.
apabila sampai ke satu tahap. lelaki maupun perempuan akan ada keinginan untuk mendirikan rumahtangga dan punyai keluarga sendiri. dan setiap impian pasti impian yang membahagiakan... istilah "membahagiakan" disini perlu difahami bahawa bahagia yang anda akan kecapi ialah dengan membahgiakan "Allah". bukan hanya untuk mencari kebahgiaan anda di dunia ini... bahkan bahgia disini bahgianya anda dalam memainkan peranan sebagai seorang isteri maupun suami dalam menjalankan perintah Allah atau Amanah Allah dimuka bumi ini.
oleh itu perlulah mendidik diri dari awal menjadi "mukmin" barulah mendapat jodoh dari kalangan "mukmin" juga. In shaa Allah. seperti daru surah Annur ayat 26:
"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula."
oleh itu binalah diri ke arah mukmin yang sejati agar kita juga berjodoh dengan golongan mukmin. untuk menjauhi sifat keji dan untuk membentuk sifat baik itu boleh dibaca melalui halaman sifat mahmudah dan sifat mazmumah.
perlu diingati juga membentuk diri menjadi mukmin itu adalah tuntutan dari Allah dan the best role model ialah nabi kita Muhammad saw. Nawaitu kita itu dalam membentuk menjadi mukmin sejati adalah kerana ia disuruh Allah bukan hanya kerana nak dapat jodoh yang baik. "innama 'amalu binniah".. setiap perlakuan kita adalah dengan niat KERANA ALLAH.
mendidik diri menjadi mukmin juga perlu dalam mendapatkan jodoh yang mukmin dan juga bagi melahirkan mukmin juga kerana kelak kita pula yang akan mendidik anak menjadi seorang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah:
"setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. ibubapa lah yang menjadikannya Yahudi atau kristian atau majusi......." (Riwayat Muslim).
andalah penentu akhlak generasi mendatang.
walaubagaimanapun, kehidupan ini dipenuhi ranjau dan onak duri. ade dikalangan kita yang lahir dalam keluarga yang mempraktikkan institusi kekeluargaan Islam....ade juga yang jauh tersasar.. dibesarkan dalam suasana materialistik dan keduniaan. semoga semua mendapat taufik dan hidayah dari Allah.kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka dan peluang membentuk diri menjadi mukmin itu sentiasa terbuka tak kira apa kisah hidup yang lepas..janji nak berubah ke arah kebaikan dan KERANA ALLAH.
2. tips memilih pasangan hidup
adalah memiliki sifat mazmumah jika memuliakan diri sendiri itu seperti dalam surah An Najm ayat 32:
'...maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa."
memilih pasangan di sini adalah bukan dengan lahirnya perasaan yang "merasakan diri itu baik". tetapi memilih pasangan di sini ialah mencari ciri-ciri yang baik yang telah dituntut oleh syariat Islam. kerana Islam itu telahpun memberi ILMU dalam mencari pasangan-pasangan yang baik itu. dan ukuran pemilihan pasangan itu berdasarkan sifat-sifat yang dituntut pada kedua-dua pasangan. berikut ialah perkara-perkara yang dituntut dan dititk beratkan dalam mencari pasangan hidup..baik lelaki maupun wanita.
- Berilmu Agama dan Memiliki Akhlak yang Mantap
- Dari keturunan yang baik
- Bukan dari kalangan saudara terdekat
- Sekufu
- Perawan
- Perempuan yang subur
- Berilmu Agama dan Memiliki Akhlak yang Mantap
ade yang menafsirkan pasangan yang baik itu hanya melalui pandangan mata zahir iaitu penyayang, boleh memenuhi keinginan pasangan, tidak memukul, memenuhi kehendak material, mengambil berat, prihatin, memiliki hidup yang stabil dari segi kewangan dan pelbagai lagi.
ramai yang tercicir dan soal AGAMA itu jatuh pada soal yang bukan lagi penting bahkan ade yang terus melenyapkan tuntutan utama dalam memilih pasangan itu ialah melalui meng"assess" ilmu agama pasangan itu. seperti tuntutan dalam hadis nabi kepada:
kaum hawa: "apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang kamu, hendaklah kamu kahwinkannya. jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi." (Riwayat Tirmizi)
kaum adam: "seseorang perempuan (biasanya) dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kemuliaan keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. oleh itu, dapatkanlah yang beragama, semoga kamu fakir." (Riwayat Bukhari).
jadinya terbukti, baik lelaki maupun wanita perlu mencari pasangan yang beragama dan pastinya in shaa Allah akan memiliki akhlak yang mantap. disini perlu saya tekankan kepada kaum hawa, adalah sangat penting mencari pasangan yang tinggi ilmu agamanya daripada anda kerana seorang lelaki itu bila menikah ia bergelar sang suami yang bertanggungjawab:
-memberi ilmu agama kepada isteri dan anak-anak
-membina institusi kekeluargaan yang islamik
-memberi hak-hak isteri dan anak-anak yang sepatutnya meraka dapat.
lelaki yang beragama sudah pasti tau akan hukum hakam dan keperluan yang perlu diberi kepada isteri dan anak-anak. adapun bagi yang dalam pemilihan kepada pengetahuan agama suami yang kurang daripada level agama anda, anda perlu fikirkan faktor-faktor berikut:
-kekuatan kesabaran anda melihatkan kekurangan ilmu suami anda
-cabaran memikirkan jalan bagi tolong membentuk suami anda dalam menjaga maruahnya sebagai suami
-bahkan cabaran juga mendidik anak-anak anda...
tugas anda sebagai isteri berat disitu, kene mencari ilmu agama sendiri bahkan memikirkan jalan membentuk keluarga yang islamik.. besar cabaran tu... pada yang mampu dan merasakan tahap kesabarannya tinggi dan dapat hidayah dengan memandang itu salah satu tempat untuk membuka sayap dakwah dan mengembangkan ilmu didada...silakan..
sesungguhnya kebanyakan sifat lelaki itu egonya lebih tinggi. jika anda seorang mukmin anda pasti sabar dan berjaya menjadi isteri yang solehah. anda pasti boleh menutup keinginan diri dari menuntut hak-hak anda, hak-hak anak-anak anda dan pasti anda meredhai kekurangan suami anda bahkan anda perlulah mempunyai hati yang ikhlas dan redha semata-mata kerana Allah. jangan ada walau sekelumit perasaan tak puas hati dalam diri anda...i
adapun bagi kaum adam sangat penting mencari pasangan yang tinggi ilmu agamanya kerana seorang wanita itu bila menikah ia bergelar sang isteri yang bertanggungjawab:
-mentaati anda, menghormati anda, menyenangkan jiwa dan hati anda
-membantu dalam mendidik institusi kekeluargaan yang islamik
-memberi hak-hak suami dan anak-anak yang sepatutnya meraka dapat.
perempuan yang beragama sudah pasti tau akan hukum hakam dan keperluan yang perlu diberi kepada suami dan anak-anak. adapun bagi yang dalam pemilihan kepada pengetahuan agama isteri yang cetek. faktor-faktor ini perlu difikirkan dalam ukuran diri sendir:
-kekuatan kesabaran anda melihatkan kekurangan ilmu isteri anda, pasti banyak perkara yang perlu diteguri, dididik
-cabaran memikirkan jalan bagi tolong membentuk isteri yang perlbagai karenah kerana kecetekan ilmu agamanya.
-dosa-dosa yang dipikul akan perlakuan isteri kelak
-bahkan cabaran juga mendidik anak-anak anda...beribukan seseorang yang masih bertatih agama
tugas anda sebagai suami berat disitu, . besar cabaran tu... pada yang mampu dan merasakan tahap kesabarannya tinggi dan dapat hidayah dengan memandang itu salah satu tempat untuk membuka sayap dakwah dan mengembangkan ilmu didada...
walaubagaimanapun...tiada masalah sangat bagi kaum lelaki,kerana sememangnya tugas utamanya kerana memberi ilmu agama itu kepada wanita.
Cara-cara meng"assess" seseorang itu beragama dan berakhlak yang tinggi.
1. bertanyakan rakan taulan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai sahsiah pasangan; solatnya dijaga atau tidak, rutin hariannya, pengetahuan tentang al-quran, hadis, akhlaknya, pendiam, peramah, dan sebagainya.
2. boleh juga anda mewakilkan wali bagi wanita dan kakak atau ibu anda bagi lelaki menyiasat secara terperinci mengenai pasangan ini. dari segi mengajaknya bertadarus, solat berjamaah, memerhatikan rutin hariannya, kebersihan dirinya, akhlaknya...
3. bertanyakan matlamatnya dalam rumahtangga, plan rumahtangga yang diimpikan, disitu boleh diketahui akan ilmunya dalam berperanan sebagai isteri maupun suami.
4.bertanyakan juga ciri-ciri pasangan yang diingini. disitu anda boleh ukur diri anda, adakah anda boleh membentuk diri kepada ciri-ciri yang dikehendaki kelak.
5. jika pasangan dicari itu lelaki, tanyakan dia hal-hal keperluan perempuan dan juga anak-anak dan seisi rumah, disitu boleh diakses kesediaan dia tentang perbelanjaan untuk wnita dan juga anak-anak kelak dan ilmu zahir dan batin
6. jika pasangan dicari itu perempuan, tanyakan juga hal-hal lelaki yang seorang isteri perlu sediakan, makan pakai, kelengkapan kebersihan diri, ilmu keperluan zahir dan batin. perlunya ILMU mengenai seseorang lelaki itu.
adapun carilah pasangan yang dekat dengan Allah dan sayangi Allah pasti pasangan itu tau menghargai anda...
2. Dari keturunan yang baik
Faktor keturunan ini juga memainkan peranan yang penting dalam memilih pasangan hidup. ini kerana keturunan yang baik iaitu yang ilmu pergaulannya ialah berlandaskan syariat Allah in shaa Allah punyai keperibadian yang tinggi, baik budi pekerti dan berakhlak yang mantap. "alah bisa tegal biasa".. ilmu pergaulan yang dari kecil ini sudah pasti akan dibawa untuk mencorakkan institusi keluarga yang mendatang. bahkan faktor keturunan yang berkaitan dengan genetik juga perlu di ambil kira. seperti adanya keturunan sebelumnya yang tak waras (gila), memiliki penyakit-penyakit yang boleh diwarisi melalui darah. agar kelak tidak kesal.
bagi mengetahui latar belakang keturunan pasangan itu dari golongan yang berteraskan syariat atau tidak.. perlunya menyiasat sahsiah keluarganya..
- agama dan akhlak mak dan ayah nya, adik beradiknya
-merangkumi pekerjaan, tempat tinggal, persekitaran dan sebagainya
-boleh bertanya jiran tetangga mengenai keluarga pasangan anda
3. Bukan dari kalangan saudara terdekat
perkahwinan dari kalangan saudara terdekat tidakla dicela nabi akan tetapi hukumnya harus. faktor utama yang tidak menggalakkan perkahwinan dari kalangan saudara terdekat ialah faktor genetik, penyakit-penyakit yang boleh diwarisi melalui aliran darah.
4. Sekufu
3 faktor utama yang perlu dititikberatkan dalam sekufu ini ialah sekufu dari segi ilmu agama dan akhlaknya, pekerjaan dan kesempurnaan fizikal diri.
-sekufu dari segi ilmu agama dan akhlak. lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang soleh seperti dalam surah As-Sajdah ayat 18:
"adakah orang yang beriman sama seperti orang fasik? mereka tidaklah sama."
- lelaki yang berpekerjaan yang rendah tidaklah sekufu dengan perempuan yang berpekerjaan lebih tinggi
-pasangan tidak mempunyai kecacatan seperti lelaki gila dan kusta tidak sekufu dengan wanita yang tidak punyai penyakit tersebut.
sekufu ialah hak wanita dan wali sebagai satu faktor dalam menjalani kehidupan yang hampir sama kelak. iaitu tidak perlunya mengubah kehidupan kebiasaan mereka.
walau bagaimanapun jika wali dan wanita itu redha dan menerima perkahwinan tanpa memikirkan faktor sekufu juga tidakla mengapa.
5. Sunat memilih Perawan
Perawan ialah perempuan yang masih belum berkahwin iaitu anak dara. lelaki adalah disunatkan berkahwin dengan anak dara kerana hati mereka akan jinak dengan orang pertama yang digaulinya.
Nabi bersabda:
"hendaklah kamu memilih perempuan-perempuan yang masih dara, kerana mereka lebih lembut kata-katanya, lebih mampu melahirkan anak yang ramai, dan lebih redha dengan sedikit kesenangan." (Riwayat Ibnu Majah)
Adapun faktor utama yang perlu bagi menikahi seorang wanita itu kerana tingginya ilmu agama dan akhlaknya seperti diceritakan oleh Jabir r.a:
Aku telah berkahwin dengan seorang wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. Aku berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya, "Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin?" Jawabku: "ya". Baginda bertanya pula: "Kamu berkahwin dengan anak dara atau janda?" Jawabku: "Dengan janda." Baginda s.a.w. bersabda: "kenapa kamu tidak berkahwin dengan anak dara, lalu kamu boleh bergurau dan bermain dengannya?" Aku menjawab: "wahai Rasulullah, aku mempunyai ramai adik-beradik perempuan. Aku takut dia akan merosakkan hubungan di antara aku dengan mereka." Baginda bersabda: "baguslah jika begitu. sesungguhnya perempuan dikahwini kerana agama, harta dan kecantikannya. oleh itu hendaklah kamu memilih yang beragama, semoga kamu fakir. (Riwayat Bukhari).
6. Melihat kepada faktor kesuburan
Faktor kesuburan itu boleh dilihat kepada keluarganya. adik beradiknya dan saudara maranya. salah silah keluarganya adakah yang tidak punya anak dan sebaliknya.
3. tips yang perlu diketahui dalam alam rumahtangga
sebelum melayari alam rumahtangga. seseorang itu perlunya mempunyai ilmu. walaupun ilmu itu hanya akan dipraktikkan dan akan diasah setelah memasuki alam rumahtangga, akan tetapi ilmu teori perlulah dicari dan didalami bagi kelak tidak tergapai-gapai dan terkeluar dari syariat pergaulan dan kehidupan yang dicela Allah. Na'uzubillah.
- mendalami tanggungjawab seorang suami, seorang isteri, seorang ayah, seorang ibu dan dalam masa yang sama anda juga seorang anak yang punyai ibubapa. boleh dirujuk buku ini juga bagus.
- mencari ilmu perihal suami isteri, sifat lelaki, sifat wanita, ilmu bersetubuh secara islam, bab2 mandi wajib, junub, ayat-ayat dan zikir perlu dibaca ketika bersetubuh bagi mrlahirkan benih yang terpelihara
- perlunya ilmu pengurusan kewangan rumah,
- perlunya ilmu mendidik isteri dan anak.buku yang sesuai dirujuk sblm berumahtangga, klik disini jilid yang ke 4.
- perlunya ilmu bagi wanita itu mendidik diri menjadi isteri yang senang suami memandang, bahagia suami memandang dan hati suami merasa bahagia dan meredhai anda...oleh itu perlunya memberitahu dan meminta keizinan di atas semua perilaku anda kepada suami anda supaya dia merasakan dirinya dihargai, dihormati...dan sesungguhnya itulah kerana Allah taala
- ilmu mendidik anak.boleh cari buku ni... dan juga sedikit intro tentang intipati mendidik anak, sila klik disini
Perkahwinan itu disarankan bagi menjauhi maksiat iaitu zina. dan bagi yang berkemampuan berlandaskan pada taraf samada jatuh wajib menikah, sunat menikah atau harus dan seterusnya.
oleh itu selami jiwa..jika perkara di atas masih rapuh dan lompang disana sini, berusahalah sebelum terlambat.
ingatlah. saranan berkahwin itu dari Allah dan juga nabi. oleh itu saranan perkahwinan itu agar juga memelihara agama Allah dan menunaikan sunnah-sunnah Rasulullah. Redha Allah melihat redhanya suami dengan ketaatan isteri.wahai wanita carilah ilmu mentaati suami. Redha Allah pada suami jatuh pada redha ibunya...carilah pasangan yang di redhai dan direstui ibu anda.. dan ingatlah setiap manusia itu perlu belajar ilmu redha..agar terjaga pintu kesabaran di jiwa...
perkahwinan itu satu pengabdian dan ibadah kepada Allah bukan memenuhi keinginan diri di dunia semata-mata. Perkahwinan itu dipenuhi perbagai jenis tanggunggjawab. dan kebahgiaan perkahwinan itu terletaknya pada kebahgiaan hati yang ikhlas dan redha dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah itu kerana semata-mata mencari keredhaan Allah.
lahirnya zuriat juga diberi tanggungjawab bagi meramaikan ummat yg berkualiti dari segi agama dan akhlaknya.
jangan terburu menikah kerana usianya lanjut
jangan terburu menikah kerana tuntutan hawa nafsu meluap-luap
jangan terburu menikah kerana semua orang dah menikah
jangan terburu menikah sebab nak tutup mulut orang bertanya
jangan terburu menikah takut dilabel andartu
jangan terburu menikah sebab nak tutup mulut orang bertanya
jangan terburu menikah takut dilabel andartu
menikahlah apabila adanya ilmu kekeluargaan didada, menikahlah apabila anda mampu
**Peringatan kepada kaum wanita: Jodoh itu rezki, rezki itu terbuka dikala pagi, maka bangunlah pagi, perbanyakkanlah zikrullah, nescaya semua pintu rezki terbuka...
wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan