Jumaat, 10 Januari 2014

BAGAIMANA MENANAM SIFAT MAHMUDAH DALAM DIRI DAN MENGIKIS SIFAT MAZMUMAH DARI DIRI?

  • Fahami ape itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah
  • Mengenali apa itu sifat mahmudah dan mazmumah
  • Mencari punca sifat mahmudah dan mazmumah
  • Mengetahui implikasi memiliki sifat mazmumah
  • Dalami hadis-hadis dan potongan ayat-ayat Al-Quran mengenai kaifiat memiliki sifat mahmudah dan balasan memiliki sifat mazmumah
  • Buat Self "screening" untuk identify sifat mazmumah yang ade
  • Buat Checklist untuk menanam sifat mahmudah dalam diri


1.     Pertama sekali: Fahami apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?

Perkataan “Sifat” itu membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati.
Manakala perkataan Mahmudah itu daripada perkataan arab حمد yang bermaksud mulia. Iaitu sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika.  Sifat Mahmudah itu boleh dicontohi melalui sifat Rasul kita محمد yang bererti yang mulia.

Sebaliknya perkataan Mazmumah itu daripada perkataan arab حمم yang bermaksud keji. Iaitu membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.

Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja.

2.     Keduanya: Perlu nya mengenali apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?

Sifat-sifat mahmudah dan mazmumah telah disebut dalam Al-Quran dan juga dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sifat-sifat ini juga telah diulas oleh imam-imam dan sebagai contoh untuk mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, Jadual 1 dibawah ialah senarai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui kupasan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya berjudul Arbain fi Usuluddin.

Melalui kitab ini, Imam Al-Ghazali telah menyentuh mengenai 10 jenis sifat mahmudah dan 10 jenis sifat mazmumah. Dengan mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini, kita dapat “mengenali@menyiasat@menyelidik@mentarbiah” diri kita. 





Jadual ini boleh dijadikan checklist untuk meng“assess” diri akan adanya sifat-sifat mahmudah maupun mazmumah. Walaubagaimanapun, ilmu itu kunci kepada sesuatu kejayaan, maka, hendaklah berusaha mencari bahan bacaan maupun nasihat dari yang lebih berpengetahuan mengenai kupasan setiap jenis sifat mahmudah dan mazmumah itu. 


3.   Ketiganya: Mencari punca sifat mahmudah dan sifat mazmumah?
 
Sesudah mengenali diri dengan menyenaraikan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, perlunya juga ada pengetahuan tentang kenapanya wujud sifat-sifat mahmudah dan mazmumah dalam diri. Kerana melalui punca-punca inilah dapat membentuk diri dengan sifat mahmudah dan dapat mengikis sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Jadual 2 dibawah ialah punca-punca dosa yang melibatkan sifat-sifat mazmumah yang dikupas oleh Imam Al-Ghazali dalam Buku Menjelang Hidayah: Mukaddimah Ihya Ulumiddin.



Sifat-sifat Mazmumah ini berpunca daripada tubuh badan dan juga jiwa.  Jadi, melalui jadual ini juga, boleh menilai sifat-sifat diri dengan lebih terperinci.  

Jadual 3 ialah senarai-senarai punca-punca yang boleh menggilapkan sifat-sifat mahmudah. Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.





4. Mencari implikasi memiliki sifat mazmumah dan jika tidak dikikis

  • jika sifat mazmumah itu tidak dijaga, maka ia boleh menghapuskan semua sifat mahmudah yang sedia ada.
  • bahkan hidup akan dibenci masyarakat sekeliling.
  • tidak mendapat redha dan rahmat Allah
  • Berdosa pada Allah dan berbakti kepada Syaitonirrajim.
5. Hadis dan Al-Quran Mengenai sifat mazmumah dan mahmudah

"akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu." (H. R. Baihaqi)

 "Hijrah terbaik ialah hijrah dari keburukan, dan pejuang terbaik ialah orang yang melawan hawa nafsunya." (Shahih Al-Bukhari)

"tiga hal yang merosak ialah memperturutkan sifat kikir, hawa nafsu dan bangga diri." (Shahih Muslim)

"Kedengkian melahap habis amal saleh sebagaimana api melahap habis kayu." (Abu Dawud)

6. Screening sifat-sifat mazmumah dalam diri? 



Task yang keempat ni ialah menganalisa diri atau “checklist untuk muhasabah diri”. Disini disediakan a simple checklist untuk “screen” sifat-sifat mazmudah dalam diri.  .


 Senarai sifat-sifat mahmudah yang boleh dipupuk dalam diri?




wallahualam