- Fahami ape itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah
- Mengenali apa itu sifat mahmudah dan mazmumah
- Mencari punca sifat mahmudah dan mazmumah
- Mengetahui implikasi memiliki sifat mazmumah
- Dalami hadis-hadis dan potongan ayat-ayat Al-Quran mengenai kaifiat memiliki sifat mahmudah dan balasan memiliki sifat mazmumah
- Buat Self "screening" untuk identify sifat mazmumah yang ade
- Buat Checklist untuk menanam sifat mahmudah dalam diri
1. Pertama
sekali: Fahami apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?
Perkataan “Sifat” itu membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak,
aktiviti fizikal dan hati.
Manakala perkataan Mahmudah itu daripada perkataan arab حمد yang bermaksud mulia. Iaitu
sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada
pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sifat Mahmudah itu boleh dicontohi melalui
sifat Rasul kita محمد yang
bererti yang mulia.
Sebaliknya perkataan Mazmumah itu daripada perkataan arab حمم yang bermaksud keji. Iaitu membawa makna yang terkeji, dibenci,
dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat
tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan
implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran
pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi
kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.
Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada
naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah
sahaja.
2. Keduanya:
Perlu nya mengenali apa itu sifat mahmudah dan sifat mazmumah?
Sifat-sifat mahmudah
dan mazmumah telah disebut dalam Al-Quran dan juga dalam hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. Sifat-sifat ini juga telah diulas oleh imam-imam dan sebagai contoh
untuk mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, Jadual 1 dibawah ialah
senarai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui kupasan Imam Al-Ghazali dalam
kitabnya berjudul Arbain fi Usuluddin.
Melalui kitab ini,
Imam Al-Ghazali telah menyentuh mengenai 10 jenis sifat mahmudah dan 10 jenis
sifat mazmumah. Dengan mengenali sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini, kita
dapat “mengenali@menyiasat@menyelidik@mentarbiah” diri kita.
Jadual ini boleh dijadikan checklist untuk meng“assess” diri
akan adanya sifat-sifat mahmudah maupun mazmumah. Walaubagaimanapun, ilmu itu
kunci kepada sesuatu kejayaan, maka, hendaklah berusaha mencari bahan bacaan
maupun nasihat dari yang lebih berpengetahuan mengenai kupasan setiap jenis
sifat mahmudah dan mazmumah itu.
3. Ketiganya:
Mencari punca sifat mahmudah dan sifat mazmumah?
Sesudah mengenali diri
dengan menyenaraikan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah, perlunya juga ada
pengetahuan tentang kenapanya wujud sifat-sifat mahmudah dan mazmumah dalam
diri. Kerana melalui punca-punca inilah dapat membentuk diri dengan sifat
mahmudah dan dapat mengikis sifat-sifat mazmumah dalam diri.
Jadual 2 dibawah ialah
punca-punca dosa yang melibatkan sifat-sifat mazmumah yang dikupas oleh Imam
Al-Ghazali dalam Buku Menjelang Hidayah: Mukaddimah Ihya Ulumiddin.
Sifat-sifat Mazmumah ini berpunca daripada tubuh badan dan
juga jiwa. Jadi, melalui jadual ini
juga, boleh menilai sifat-sifat diri dengan lebih terperinci.
Jadual 3 ialah senarai-senarai punca-punca yang
boleh menggilapkan sifat-sifat mahmudah. Ada ilmu tentang hati atau roh.
Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau
tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan.
Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak
akan dapat dikesan untuk disuburkan.
4. Mencari implikasi memiliki sifat mazmumah dan jika tidak dikikis
- jika sifat mazmumah itu tidak dijaga, maka ia boleh menghapuskan semua sifat mahmudah yang sedia ada.
- bahkan hidup akan dibenci masyarakat sekeliling.
- tidak mendapat redha dan rahmat Allah
- Berdosa pada Allah dan berbakti kepada Syaitonirrajim.
"akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak jahat merosak amal, seperti cuka merosak manisnya madu." (H. R. Baihaqi)
"Hijrah terbaik ialah hijrah dari keburukan, dan pejuang terbaik ialah orang yang melawan hawa nafsunya." (Shahih Al-Bukhari)
"tiga hal yang merosak ialah memperturutkan sifat kikir, hawa nafsu dan bangga diri." (Shahih Muslim)
"Kedengkian melahap habis amal saleh sebagaimana api melahap habis kayu." (Abu Dawud)
6. Screening sifat-sifat mazmumah dalam diri?
Task yang keempat ni ialah menganalisa diri atau “checklist untuk muhasabah diri”. Disini disediakan a simple checklist untuk “screen” sifat-sifat mazmudah dalam diri. .
Senarai sifat-sifat mahmudah yang boleh dipupuk dalam diri?
wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan