Khamis, 3 Jun 2021

PKP 3.0 - opportunity to turn back to Allah

1/6/2021 - 14/6/2021 tempoh bermulanya Movement Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali yang ke - 3 telah dikuatkuasakan di Malaysia kerana jumlah kes aktif COVID-19 yang semakin meningkat, beserta dengan kelengkapan hospital yang telah ke tahap maksimum dan juga penemuan varian baru yang boleh merbak dengan kadar cepat dan membunuh manusia dengan lebih cepat tanpa sebarang simptom.

siapa sangka, sedar tak sedar sudah setahun lebih tempoh kita berlawan memerangi COVID-19 ni, iaitu sejak November 2019 hingga sekarang Jun 2021. Pelbagai inisiatif telah diusahakan diperingkat dunia hingga ke setiap individu. 

Sebagai seorang Muslim, kene faham bahawa setiap apa yang berlaku adalah tertakluk kepada KEIZINAN ALLAH dan perlulah mencari REFLEKSI daripada setiap sesuatu kejadian. keadaan COVID-19 ini telah memberikan tekanan kepada pelbagai pihak dan peringkat manusia. Frontliners yang perlu berhadapan dengan pengurusan dan pengubatan pesakit COVID-19 dan juga pesakit2 lain, dan juga mangsa kemalangan jika tiba-tiba berlaku kemalangan serentak dalam keadaan pandemik ini, seperti fatality LRT coach daripada gombak-kg baru yang telah berlanggar. selain daripda ini, pemerintah juga terpaksa dominan dalam menggunakan power coercive dalam memperketatkan SOP bagi menangani COVID-19 daripada semakin tersebar. 

Refleksi-refleksi yang boleh kita amati dengan berlakunya COVID-19 ni adalah seperti berikut:

1. Pelbagai peluang yang Allah buka, kini Allah dah ambil semula. Contoh: ketika masjid boleh digunakan oleh orang ramai. maka kenapa adenya berlaku masalah masjid kosong tanpa dikunjungi orang? Kini belum pasti Allah akan bagi lagi peluang itu. dan hanya kariah masjid yang Allah jemput untuk menjalankan masjid, sbb selama ini memang merekalah yang cuba untuk menghidupkan masjid. maka, kenapa kita tidak hadir ke masjid sebelum ini ketika azan setiap waktu berkumandang? terutama kaum adam yang wajib ke masjid. fikir dan muhasabah diri. Kerana sibuk mengejar rezki yang Allah bagi hingga lupa Allah yang bagi rezki tu, bukan atas kekuatan tgn manusia?

2. Sebelum ni pergi pusat membeli belah, memang nampak "pusat". ramai yang tidak menjaga aurat. keadaan sekarang bab aurat ni tidak fokus kepada kaum perempuan sahaja sbb ramai lelaki yang pakai seluar pendek, ketat dan jarang. sedangkan aurat itu adalah menutup bahagian yang perlu ditutup dgn sesuatu tanpa nampak bentuknya. maknenye jarang xboleh, dan ketat pun xboleh. maka, duduk dirumah terhadla untuk mempamerkan aurat dikeramaian, walaupun boleh juga nak memperagakan diri pada lama sosial. Allah nak pelihara orang2 ni utk duduk diam dirumah. maka dalam tempoh PKP terjaga lah pandangan mata, dalam laman sosial tetap ade juga jika mencari la. itu pun jika xsedar la teguran Allah ni. 

3. untuk wanita lebih terjaga pergaulan. penjarakan sosial, xboleh bertepuk tampar antara bukan muhrim. meeting online, maka xdelah renungan lelaki2 ajnabi yang tak bertanggungjawab. kalau online pun atleast muka je la biasanya nampak, xla seluruh tubuh. hmm.. kelebihan kpd penjagaan kaum hawa daripada dosa. kalau fahamla refleksi ni. ramai je yang jenis suka interframe... huhu.. atas muhasabah masing2 la,

4. kesenangan beribadat bagi kaum hawa. toilet dan wuduk kat umah xperlu nak cover aurat payah2. xyah nak pakai tudung. make pun xperlu beria2. mesra wuduk. 

5. precious moment yang ibu bapa kepada anak2 yg selalu hantar ke rumah pengasuh, supaya mereka sedar apa yang pengasuh hadapi nak jaga anak2 derang. sacrifice kasih sayang untuk anak demi material untuk anak.. mungkin kene check balik bab2.. ni.. jgn nanti ade anak2 yg hantar mak ayah ke old folk home siang, lepas keje amik., sbb dari kecik dia membesar gitu dengan alasan, kene sacrifice sbb demi kelangsungan hidup.. kene kerja la.. kalau tak, nak makan ape?.. maka cadangan untuk membuka pusat asuhan kanak2 kat setiap pusat pekerjaan adalah perlu, supaya ibu/bapa dapat pegi telek anak2 mereka selang 2 jam ke terutama pada yang menyusu badan.. supaya bonding dan rasa bonding tu xde gap.. dan precious moment perkembangan anak2 tu nampak di mata ibu..

6. kezaliman kepada alam sekitar kerana manusia selfish. ada kajian menyatakan lapisan ozone kembali pulih sejak PKP. nampak sgt penggunaan kenderaan yang mengeluarakan carbon monokside yang mencemari alam. kenapa saya katakan selfish, termasuk saya juga kerana saya pun pakai kereta. tapi kene sedar mmg diri telah zalim.. abis tu nak naik basikal? maksud disini, kene sedar yg pertama mmg diri selfish, kita guna jgk kereta untuk memudahkan kerja kita walau tau kita membunuh alam.. nnt kita juga yg terbunuh la sbb alam musnah.. so, kene ade alternatif untuk tukar dan cipta bende yg jaga keharmonian semua ciptaan Allah. sbb tu, INSAN SEJAHTERA yg lahir drpd MUSLIM dalam setiap bidang perlu ada, supaya dia cipta bahan yg bukan drpd benda haram dan tidak memusnahkan bende lain dgn ciptaanNYA. 

7. teguran kpd pemerintah drpd Allah untuk memberikan hak kepada rakyat. Amanah dalam menjaga kesejahteraan rakyat. 

dan banyak lagi.. setuju ke tak setuju tu atas penerimaan masing2, wallahua'lam.