Khamis, 30 Januari 2014

Adakah Aku MencintaiMu?



Sungguh hati ini sangat mengingini mencintaiMu sepenuh hati. 

Puas sudah ku memupuk rasa kecintaanku padaMU. 

Jika benar aku mencintaiMu, kenapa kerinduan padaMu masih belum bertaut di hati ini?

Sungguh aku tidak mahu mencintai selain Mu.

Bantulah aku mencintai dan merinduiMu sepenuh hatiku.

Sungguh aku mahu mencintaiMu sepenuh hati

Sungguh aku mahu merinduMu setiap detik waktu

Sungguh aku ingin setiap rentak jantungku hanya untukMu

Biar jiwa ini segar dan dipenuhi oleh cinta dan rindu kepadaMu

Ku serah seluruh jiwa dan ragaku padaMu

Ku pohon, agar DIKAU menjemput rindu dan cintaku padaMu

Agar aku bisa sentiasa memburu cintaiMu setiap waktu

Agar aku orang yang terawal menyahut seruanMu 5 kali sehari

Agar aku orang yang tak pernah kenal erti jemu, penat dan putus asa dalam memburu cinta dan perhatianMu

Sungguh aku menagih dari Mu agar menerbitkan rasa Cintaku dan Rinduku yang mendalam padaMu

Oh Allah,

I want to love You every minutes, every second..everytime

I want to miss You every time…everywhere…

Please choose Me oh Allah, please, please, please,…


Ya Allah, aku mohon termasuk dalam golongan mukmin yang sentiasa menangisi dan mengisafi diri, yang sentiasa mencintaiMu, yang setiasa merinduiMu, yang sentiasa mensyukuri nikmatmu...yang beriman kepadaMu...
 
Aamiin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan