datang seorang perempuan bercerita tentang permasalahan hidupnya.. yang mana ia seperti mengadu dan memceritakan sesuatu yg juga termasuk memperkatakan tentang manusia yg ade terbuka aib nya...
dalam keadaan ini sy mendengar perbualannya, tetapi dalam masa yang sama saya memikirkan..apekah tindakan yang aku perlu lakukan bagi perempuan ini mendapat jawapan kpd permasalahannya dan aku terselamat dari mendengar perkara yang tak sepatutnya.
ade beberapa cara yg aku fikirkan yg perlu aku lakukan:
1. terus cuba mengubah topik perbualan agar perempuan itu tidak menceritakan permasalahnya dan cuba mengelak perempuan itu dari suka mengadu permasalahan
2. mendengar sehingga perempuan itu berhenti meluahkan
3. mendengar dan memberi nasihat jika perlu
4. mendengar, memberi nasihat dan mendoakan perempuan itu
5. mendoakan agar perempuan itu dapat penyelesaiannya
6. menceramahkan bahawa mengadu itu tak baik
dalam 6 perkara itu.. tak semua aku lakukan... dan aku juga kadangkala confius .. cuma yang pasti sejauh mana kita kasih dan ingin membantu kawan kita itu... yang paling utama apabila ade orang mengalami permasalahan ialah mendoakan agar dia mendapat jalan keluar, mendapat taufik dan hidayah...jika perlukan tenaga dan kewangan..maka hulurkanlah...
kemudian jika perlu dengar..dengar .. supaya dia tidak mencari tempat lain yang mencenderungkan dia mendapat nasihat yg tidak sepatutnya..
dan jika ade kekuatan.. luahkan bahawa.. byk2la beristighfar.. kerana sesuatu permsalahan itu boleh selesai jika adenya sikap "suka beralah" dan "mencari kelemahan diri-sendiri"...(toleransi kelemahan orang lain kerana kita ade kelemahan diri kita sendiri..sememangnya kita juga mau orang lain bertoleransi dengan kelemahan diri kita dalam keadaan kita dalam mengubah diri dan membina kelemahan diri itu....
ade beberapa perkara yg perlu dititik beratkan dalam hal perbualan ini..jika dirasakan perlu untuk memberi nasihat:
1. faktor usia
2. faktor hubungkait tali persaudaraan
jagalah adab dan akhlak dalam menasihati, atau tindakan atau ape shj perlakuan...
jangan sekali-kali bertindak kasar, meninggikan suara, memotong terus kata2 orang.. kerana itu sikap orang yang kurang adab...
banyaknya ilmu itu sepatutnya meninggikan lagi akhlak dan budi pekerti.....jika berlaku sebaliknya... banyak2la istighfar... mungkin sudah ade percambahan ego sombong dan angkuh... nauzubillah..
jangan sekali-kali bertindak kasar, meninggikan suara, memotong terus kata2 orang.. kerana itu sikap orang yang kurang adab...
banyaknya ilmu itu sepatutnya meninggikan lagi akhlak dan budi pekerti.....jika berlaku sebaliknya... banyak2la istighfar... mungkin sudah ade percambahan ego sombong dan angkuh... nauzubillah..
wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan