Rabu, 26 Mac 2014

logik akal manusia yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup

seringkali manusia berfikiran ikut logik sendiri. dengan membuat pelbagai spekulasi dalam semua perkara. itu semua adalah anggaran atau perancangan atau juga dipanggil ramalan untuk dimasa hadapan berdasarkan fikiran logik akal manusia. ade ramalan yang memberi gambaran positif dan ade ramalan yang memberi gambaran negatif.

"ramalan", "assumption", "logik", "perancangan", atau "anggaran" atau ape sahaja perkataan yang berkaitan... dan saya lebih selesa kepada perkataan "ramalan".

apabila perkataan "ramalan" ia berkaitan dengan masa yang akan datang...yang masih tidak diketahui lagi ape yang akan berlaku. dan ia boleh jadi ramalan itu betul-betul berlaku ataupun sebaliknya.

bicara saya yang seterusnya, mungkin akan ade yang merasakan ianya tidak munasabah dan tak bersetuju. disini saya ingin mengetengahkan kepada orang islam terutamanya.. kadang-kadang ianya berlaku tanpa kita sedari pun...

"ramalan" ini memang dah jadi kebiasaan pada zaman sekarang. ramalan kaji cuaca, bahkan ramalan bila dunia nak kiamat pun ade...

ape yang saya nak ketengahkan ialah... kadangkala "ramalan", "perancangan" yang mengikut logik akal manusia ni boleh menyebabkan manusia itu terjerumus kepada kehidupan yang penuh depresi, murung, tertekan, dan expose kepada perasaan atau emosi yang membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup.

kenapa saya menyatakan sedemikian, adalah kerana dalam tak sedar manusia itu sendiri terlalu taksub kepada "ramalan" yang direncanakan berdasarkan logik akal manusia....dan paling parah...dalam tak sedar merasakan yang Allah juga berfikiran seperti manusia... walhal,... kuasa Allah itu tak memerlukan ape2 teori sandaran pun seperti firman Allah, "kun faya kun"... maka ape jua boleh terjadi...jikalau hari ini anda kais pagi dan makan pagi..tiada duit simpanan pun...dan sudah pasti ikut logik akal..anda akan sentiasa bersedih kerana tak mampu menunaikan rukun islam iaitu menunaikan haji...akan tetapi, jika Allah menjemput anda ke tanah suci..boleh saja sekelip mata Allah datangkan orang kaya menderma kepada anda untuk menunaikan haji...

inilah bahayanya ilmu yang bersifat ramalan hari ini....maka sebab itu Allah menyuruh menyebut bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu...mengingatkan kita kepada nawaitu kita..dan mengakhiri dengan In shaa Allah...juga mengingatkan Allah...agar tidak taksub dengan keduniaan...

bahkan, badan-badan insurans, juga ditubuhkan berdasarkan kebarangkalian jika berlakunya sesuatu kemalangan di masa yang akan datang atau sekarang.. disini juga perlu diingatkan...semua itu adalah IKHTIAR....jgn sekali-kali menyebut "tak perlu risau, insuran kan ade kalu pape berlaku...insuran akan cover'.. Allahlah yang mengizinkan anda masuk insuran tu...jika Allah tak menginginkan anda dicover oleh syarikat insuran..nescaya Allah boleh bankrup kan syarikat insuran itu...atau nama anda tetiba tak tersenarai dalam rangkaian insuran itu dan sebagainya...

banyak lagi ape yang berlaku hari ini yang merenggut sedikit sebanyak kebahgiaan dan ketenangan hidup... contoh..keadaan hari ini yang penuh dengan jenayah...pelbagai inisiatif digunakan bagi menyelamatkan diri...sebagai contoh...alarm sistem, pagar, grill, padlock, laser yang bersensor... dan pelbagai lagi.... ingat manusia sekalian...itu semua IKHTIAR anda semata-mata...jangan sampai jika sesuatu berlaku anda menyebut.. "nasib baik aku pasang grill....nasib baik umah aku ade alarm system"... sesungguhnya itu semua perlu disulami dengan Alhamdulillah ataupun innalillah...agar kita ingat pada Allah setiap masa... kerana Allah la yang membenarkan semua kejadian itu berlaku..jika Allah menginginkan anda mati dibunuh oleh perompak...boleh saja Allah takdirkan anda terlupa utk menghidupkan sistem penggera itu..bahkan boleh saja Allah menggerakkan hati anda untuk keluar rumah untuk mengambil barang yang tertinggal...

ape yang paling penting ingin saya kongsikan ialah... kadangkala manusia itu terlalu memfokus pada akal fikiran manusia dan beranggapan yang Allah juga berfikiran seperti manusia...astaghfirullah..jika pernah anda merasakan sebegitu...beristighfarlah..kerana menyamakan Allah dengan makhluk itu adalah BERDOSA...

dan secara tak sedar semua kegiatan ini lama kelamaan menghakis rahsia TAWAKKAL kepada Allah..... disini saya ingin kongsi pada zaman Maryam..ibu nabi Isa a.s... dalam masa mengandung dan sarat untuk melahirkan nabi Isa a.s Allah menyuruh Maryam pergi ke kawasan yang lapang yang ade pokok kurma yang mati...tidak pula Maryam berfikiran ade orang akan membunuhnya, merogolnya dan sebagainya....sedangkan kawasan itu sunyi..sepi... boleh juga dimakan binatang buas... KENAPA????... ketika Nabi Ibrahim nak menyembelih nabi Ismail... tekad untuk menyembelih anaknya sendiri...dan Nabi Ismail juga merelakan ayahnya menyembelihnya... dan ketika nabi Ibrahim meninggalkan siti hajar dan nabi ismail sendirian di padang yang tiada air dan tiada makanan....tidak pula ade dalam fikiran mereka.....pasti siti hajar dan ismail akan mati kelaparan atau dimakan binatang buas...tidak pula nabi ibrahim memikirkan menukarkan awal2 lagi korban nabi ismail kepada seekor kibas... KENAPA???? pernahkah kita fikir rasa TAWAKKAL kita itu paras mana????

inilah yang saya katakan logik akal manusia itu membunuh kebahgiaan dan ketenangan hidup...
hidup akan hanya diburu dengan ramalan2 negatif... yang secara tak sedar meragut iman dan akidah sebagai orang islam..istighfarlah ... istighfarlah... hidupkanlah kalimah BISMILLAH dalam setiap perbuatan agar nawaitu itu terjaga kerana Allah....hidupkanlah setiap IKHTIAR dan USAHA itu dengan ucapan IN SHAA ALLAH dan semilah rasa TAWAKKAL dalam usaha dan IHKTIAR itu agar yakin dan percaya akan bantuan Allah itu akan tiba cuma pada ketika bila masanya itu adalah HAK MILIK ALLAH dan sambutlah sesuatu kejadian gembira dengan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur dan meng'imarahkan pemberian Allah dan sambutlah kejadian yang buruk dan menyedihkan dengan kalimah INNALILLAH agar  redha dan percaya akan hikmah mendatang dengan ape yang berlaku itu.

wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan