Jumaat, 7 Februari 2014

Late mental development - lambat matang

rata-rata aku melawat, berhijrah dan memerhatikan anak di zaman ini. bahkan boleh dikatakan dari tahun 1995 lagi. perilaku, perangai, budi bahasa dan perangai anak-anak itu tidak sama. pergerakan dari tahun ke tahun semakin melambangkan yang anak-anak ini mengalami proses lambat matang dari segi pemikiran terutamanya.

jika dilihat zaman nabi pun, orang-orang yang beriman selalunya pemikiran mereka matang sejak dari usia kanak2 lagi. aku faham hidayah itu milik Allah. tapi pada pemikiranku lebih baik membentuk diri sebgai mukmin sejati dari mengotori diri kemudian baru menginsafi.

lama aku memikirkan punca anak-anak ini lambat matang pemikirannya. anak-anak ini seperti ade dunia khayalan mereka sendiri. adakah faktor pemakanan? adekah faktor didikan? adakah faktor lahir dalam dunia serba ade? adakah faktor kesenangan hidup?

aku rasa takut untuk memegang amanah Allah jika dikurniakan zuriat nanti. terlalu besar cabarannya dihari ini bagi melahirkan seorang "mukmin sejati". aku sendiri pun tercalar imannya. duduk di pusat bandar. dosa mata dan dosa telinga sememangnya sangat sukar untuk dielakkan. jika memandu, anda akan terlihat pelbagai jenis pakaian yg membuka aurat. jika ke shopping mall, radio dengan dendangan lalu yang jauh dari batas syariat sudah kebiasaannya dipasang... Allahuakbar... sememangnyaaku ibaratkan setiap detik dan waktu perlu aku sunat taubat, istighfar dengan dosa-dosa ini..yang aku tak mampu menghalangnya...

sememangnya lambat matang terlalu besar impaknya. keadaan ini melalaikan anak-anak dan usianya akan rugi..kerana kematangan pemikiran dalam kehidupan inilah akan mencorakkan hidup anak-anak ini....ade yang aku lihat..usia sudah mencecah belasan tahun..tapi perangai, keinginan dan pemikiran seperti budak 5 tahun.6 tahun.

kematangan inilah yang membantu anak-anak ini memahami konsep tanggungjawab diri pd Allah, manusia...(hablumminallah dan hablumminannas)... bahkan hidayah itu juga pernah dibahaskan bergerak dengan tahap kematangan seseorg...

walaubgaimanapun, tidak semua, masih ade anak-anak yang matang dihari ini, cuma nampak sangat segelintir sahaja. dan kajian aku perlu dijalankan bagi mengetengahkan masalah lambat matang di usia anak-anak dihari ini.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan