Rabu, 26 Oktober 2016

Bangunan Canseleri

'Aisyah bersiap dengan penuh semangat. seperti mendapat satu anjakan paradigma untuk perjalanan hari ini. setelah melalui fasa yang tak pernah terlintas difikiran untuk melaluinya. kini panggilan ini memang membuat 'Aisyah bersemangat dan menaruh harapan. semua dokumen keperluan sudah siap dikemaskini. file pun dah cantik disusun.

jam sudah menunjukkan 8.40pg. seperti biasa, sebelum turun rumah 'Aisyah akan pastikan solat dhuha, solat hajat, solat istkharah dan berwuduk. ape jua yang terjadi utk hari itu maka mudah utk 'Aisyah meredhai dan menerima hakikat bahawa manusia hanya plan, tapi plan dari Allah adalah yang hakiki dan pasti terbaik dan penuh hikmah.

memandangkan minyak sudah tinggal 2 bar dan kad touch n go pun xtau nilai yg ade. maka 'Aisyah kene pergi ke petrol station terlebih dahulu. kemudian google map di hidupkan dan perjalanan diteruskan. temujanji jam 10pagi. setibanya di highway duke, ade makluman dari google map, ade kemalangan dan perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Alhamdulillah.selamat sampai dengan selamatnya ke lingkungan budi.. jeng jeng.. jeng.. "tak nampak pulak mercu alam".. jam sudah menunjukkan 9.40pg. hanya ada 20minit. google map hanya petakan ke lingkungan budi, puas set utk mercu alam, xjuga dapat. tetap ke lingkungan budi. "aku ni yang tak expert guna kecanggihan ni" gerutu 'Aisyah dan mengambil keputusan utk mencari mercu alam. ta..raa... ter"exit" pulak dari lingkungan UM... ahahha... u got 20 min.. suddenly sesat... fine... cepat2 'Aisyah berhenti since ade bustop. buka semula google map. tetap di hantar ke lingkungan budi. walaubagaimanapun.kali ni 'Aisyah dah nampak signboard mercu alam. sedang drive sambil mengusha, suddenly xkunjung juga mercu alam, kebetulan di hadapan canseleri building dan ade parking provided for visitors. Alhamdulillah ade satu parking kosong yg agak sempit, alhamdulillah ade uncle tolong kasi instruction untk masuk parking. fine its already 9.55pg. harapan semakin kabur, semangat semakin nipis.ikut hati balik je terus.

'Aisyah keluar dari kereta dan ramai pelajar yang pakai jubah konvokesyen. "adik, nak tanya bangunan mercu alam di mana ye". tanya aisyah. "maaf, kami bukan student sini, tapi konvo je kat sini"... brzzz... 'Aisyah terus berjalan disekitar canseleri building dan nampak bangunan mercu alam. tanpa berfikir panjang walau dalam hati dh terdetik, jauhnya... 'Aisyah decide jalan kaki.. wahahhaha.... decision yang memang mengundang ke"mengah"an...

tanpa belengah 'aisyah call no person incharge since dah lambat. tapi tak berjawab. no number hp. ok. fine. just walking... merentas sungai melalui bridge.. and bangunan mercu alam hilang dari pandangan... "fine, i lost." dalam hati aisyah mmg dh xde meletak ape2 harapan.. suddenly "beep!!".. telepon berbunyi. no name... 'Aisyah dah boleh agak.. mesti person tu yang call.. setelah jawab.. memang betul.. definitely.. and i have to seek apologize sbb memang diri kantoi lewat.. Alhamdulillah, mereka menungguku sampai. malu. orang dah panggil interview, tapi lewat, memang haprakla.. bad impression!!...

setelah selesai perbualan, kebetulan ade student perempuan naik motor, 'Aisyah dengan cepat panggil, "dik, mane bangunan mercu alam"?.. budak tu pun bagi tau la... rupanya bukit yang 'Aisyah panjat tu kolej/asrama student... kweng...kweng.. xjauh pun simpang yang diperkatakan... ok.. 'Aisyah bajet lambat 15minit, dengan penuh kesabaran, 'Aisyah terus mendaki bukit. dan nampak bangunan mercu alam yang atas bukit lagi tinggi. mata 'Aisyah memandang ke kiri dan ke kanan. where is the nearest access utk cepat sampai ke bangunan mercu Alam. left side ade building yg mungkin ade lift. right side ade tangga yang daki separuh bukit. ade separuh bukit yang tak nampak pulak mane tangga utk ke mercu alam. tanpa berlengah, 'Aisyah pilih climb tangga.. sbb dh nampak ade tnagga rather than pegi ke bangunan yang dalam fikiran aisyah belum tentu ade lift. itulah kalu dah buat keputusan dalam keadaan rushing.. panjatla tangga yang macam batu caves... dalam hati 'Aisyah. ade yang sampai ke pusat temuduga tapak kasut tertanggai... sebenarnya harapan memang dah dipadamkan. still meneruskan ke pusat temuduga utk dptkn pengalaman je dah ni. dan memang dalam fikiran, memang dh pesimis dengan situasi temuduga nanti.

ta..ra... sampai je ke anak tangga yang terakhir dipuncak bukit. xnampak anak tangga pun nak ke mercu alam... uwaaa..... its already 10.15am. kaki dah menggeletak.. baju dah lencun.. berdiri sebentar,... nak turun tangga semula dan pegi ke bangunan tadi..atau.. dalm hati 'Aisyah mesti ade tangga.. mesti ade punya... "aisyah terus berlegar di situ, bangunan bengkel2 student kejuruteraan rupanya. sunyi.. kebetulan ade student perempuan sorg. 'Aisyah pun tanya, mcm mane nak ke bangunan atas smbil menunjuk ke bangunan mercu alam. student tu pun menuding ke satu arah yang buat 'Aisyah semangat aisyah berada di tahap 0 dan harapan di tahap - 10, level minus.. fine.. kene jalan ke tangga tu jauh, dan tangga tu tangga mirip batu caves lagi... hahah... sampai ke anak tangga yang last, memang ibarat dah ditimpa hujan dah kebasahannya dan pandangan pun dah pudar sbb peluh masuk dalam mata dan rasa nak pitam... dari tangga tu pun kene jalan masuk ke bangunan...

akhirnya sampai ke dalam bangunan mercu alam dan jumpa lift. 3 lift. tekan untuk naik. about 5 min, ketiga2 lift masih di aras tadi, aras G. xnaik2. rosakke?.. rupanya memang jenis yang lambat.. satu je yg function dan bila bukak pintu lift, penuh dengan students... euw... xkira masuk jugakla... alhamdulillah xoverload..

alhamdulillah sudah sampai ke level 10, at 10.31am... late 31minit satu masa yang sangat lama.. kalu mengajar pun student la cabut balik... tapi "aku kene harungi juga" kata aisyah dalam hati. "aisyah pun call Dr A, dan since 'aisyah dah lambat, ade candidate lain yang dah masuk. and kene tunggu dalam 30minit. alhamdulillah atleast dpt cooldown dulu, dapat kasi baju kering skit, dapat stabilkan pernafasan, dapat tenangkan kelenjar peluh yang paling hebat merembeskan peluh. 'Aisyah dah rasa tak selesa sbb takut bau masam peluh... haha...

dalam perjalanan tadi, aisyah teringat hadis nabi, untuk beristighfar bila dalam kesusahan dan baca surah insyirah bila dada rasa berdebar dan dalam keadaan sempit dan cemas. alhamdulillah dengan izin Allah perbuatan inilah yang mendorong aisyah untuk terus juga menghadiri temuduga ini, jika ikut fikiran logik, dah lewat 31 minit, memang xde harapan. balik je.

"Alhamdulillah, 45minit interviews, semua melayan dengan baik sekali walau lambat 31minit. mereka melayan sangat baik, semakin rasa bersalah sebab kelemahan diri yang lewat dan telah mungkir janji selama 31minit masa mereka dicuri atas kecuaian dan kelewatan diriku. semoga permohonan kemaafanku diterima mereka. dan Allah dari perjalanan ini aku belajar pelbagai hikmah...." aisyah  berepilog sendrian. muhasabah diri dan menyedari beberapa kesilapan diri yang harus di perbaiki.

1. kene 2jam  awal bergerak sebelum tiba masa interview. biar sampai awai, biar kita tunggu org, jgn org tggu kita. sbb kita dah la nak mintak keje dengan org, terhegeh2 plak lambat. berdosa sbb mungkir janji. redha orang atas masa org yg dh dicuri kita xtau samada boleh ditoleransi, kerana tak semua org boleh menerima kelewatan.

2. jangan ade syak wasangka pada orang memandang dan melayan kita at the state kita dh melakukan kesalahan... jangan pesimis bila diri dah melakukan kesilapan.. perlu rasa bersalah untuk diri tapi jangan kerana diri sendri bersalah ditempek syak pulak pada org lain dengan menempelak atau memarahi kita...

hikmah dari Allah yang perlu dilihat dari kondisi ini:

1. besarnya kuasa zikir dari Allah melahirkan semangat dan menjauhkan rasa putus asa, bila dah penyeluk pekasam, biar sampai ke bahu terus. susah mcm mane pun kene tempuhi dan ingat. kesukaran, kesempitan itu hanya dapat di alami dengan dapat menjaga akhlak diri dengan baik ialah dengan berzikir iaitu megingati Allah. bersikap merendah diri. kuasa istighfar, surah al insyirah dan feedback dari doa dan bersolat. semuanya dengan izin Allah. atas usaha mengingati Allah dalam keadaan susah tadi. dan usaha mengakui kesilapan diri yag sebabkan banyak trouble dalam sesuatu urusan. banyakkan sedarkan diri. maka Allah buka jalan. jalan yang paling berharga ialah redha dengan ketentuan Allah bahawa perjalannya itu banyak liku. berjaya atau tidak itu akan mudah untuk meredhai dan mensyukuri ketentuan.

2. bende yang paling berharga ialah dapat optimis dan redha dengan cepat di atas satu ketentuan Allah. redha adalah level yang tinggi untuk dicapai. redha menjauhi dari pelbagai kemudharatan seperti menyalahkan diri sndiri hgga xlalu makan. menangis xhenti. putus semnagat.depression. marah dan emosi tak stabil, jadi hopeless.. nauzubillahiminzalik..

3.  dapat satu pengalaman dan tips untuk interview yg akan datang.

4. lebih mendalam dalam memahami dan menghayati erti takdir dari Allah, ketentuan dari Allah, rasa redha, rasa tawakkal, rasa ikhlas, rasa sabar...

5. lebih optimis kepada setiap ketentuan itu ternyata banyak hikmah dari sudut pembuktian janji2 kpd impact stiap amalan yang Allah galakkan untuk buat yang membina ketenangan jiwa dan kesabaran dalam menghadapi cabaran.

6. mendidik diri untuk sentiasa bermuhasabah, melihat kelemahan diri yang membuka kepada pembaikan diri dari satu tingkat ke tingkat lagi. in shaa Allah lubang kelemahan akan dapat di atasi dan ditutupi. lama2 kualiti diri akan bertambah.

7. dapat menghayati hikmah apabila dari awal kita dah mintak petunjuk dari Allah, xkiralah solat istikharah ke, solat hajat ke,... Allah jelaskan dalam fikiran dengan perbuatan itulah, Allah hadirkan rasa redha, rasa sabar dalam diri. yang menjadikan diri berfikir.. ooo.. aku dah mintak dengan Allah.. maka inilah dia perjalanan yang terbaik utkku.. dan keadaan ini akan menjauhi diri dari rasa tertekan dan boleh tenang dan sabar meneruskan hidup dan befikir ke hadapan untuk survive dalam dunia yang menjemput penyakit wahan.. kesenangan materialistik.. nauzubillahiminzaalik.. untuk survive kita perlukan bende tapi jangan kerana keinginan itu berlampauan....


Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

disetiap kesulitan mesti ade kelapangan. kelapangan yang paling best ialah bila hati dan fikiran menjadi tenang.


saya sayang Allah. saya sayang Allah. saya sayang Allah.
dugaan itulah tanda sayang Allah. memang betullah dugaan itu tanda sayang Allah. bukan senang untuk mendapat hati yang redha, jiwa yang tenang saat dilanda dugaan jiwa yang berkeinginan duniawi tapi xberjaya..

sepanjang perjalanan balik, 'Aisyah asyik tersenyum, kadangkala terlepas suara gelak tawa.. sambil menyebut canseleri building, bangunan mercu alam.. dapat exercise free..

but the topic, grant topic, memang interesting, re-engineered affordable housing. they go for IBS untuk rumah PR1MA. yeah can cut cost..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan