Pada suatu hari. Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
"apa yang kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalh saidina Abu Bakar ra.
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. duduk-duduk bersama Rasulullah saw
2. melihat wajahmu ya Rasulullah saw
3. aku korbankan harta ku untukmu ya Rasulullah saw"
lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula denganmu ya Umar?"
jawab saidina umar ra. "ade 3 perkara juga yang aku suka:
1. membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahui
2. mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang terangan
3. berkata yg benar walaupun pahit
"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?'
berkata saidina uthman ra. "ada 3 perkara yang aku suka:
1. memberi makan
2. memberi salam
3. bersolat malam di waktu manusia tidur
"bagaimana pula dengan kamu Ali ra?"
"aku juga cintakan 3 perkara:
1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang
kemudian bertanya rasulullah saw pada abu dzar ra.
"apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata saidina abu dzar ra. "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. lapar
2. sakit
3. mati
kemudian Rasulullah saw bertanya, "kenapa wahai abu dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra, "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku. aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku."
kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.wangian
2.wanita yang solehah
3.solat menjadi penyejuk mataku
kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw dan para sahabat.
kemudian malaikat jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1.menyampaikan risalah
2. menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin
kemudian malaikat jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata "sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua dan Alllah swt berkata:
"sesungguhnya Aku suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian
copy drpd grup wassup.
moga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan