Rabu, 8 Januari 2014

BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE - Note 5



NOTA 5 – SEJARAH PENULISAN ILMU TAJWID DAN QIRAAT

1.      Pengenalan

Ilmu tajwid yang diulaskan dalam laman web ini berdasarkan fahaman menerusi buku yang bertajuk “Ilmu Tajwid Menurut RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM Melalui TORIQ ASY-SYATIBIYYAH” (Oleh Surur Shihabuddin An-Nadawi)  dan “Al-Quran dan Terjemahannya” (oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quran Indonesia).

2.      Qiraat, Riwayat, dan Toriq Pembacaan Al-Quran:

Qiraat, Riwayat dan Toriq ialah istilah-istilah yang yang digunakan bagi memastikan bacaan Al-Quran itu sahih tanpa sebarang perubahan dari guru masing-masing sehingga ke sah sanad (salasilah) dari Rasulullah s.a.w. Maksud istilah-istilah ini ialah:

·         Qiraat atau cara bacaan yang terdapat khilaf atau perbezaan pada bacaan Al-Quran yang di perdengarkan oleh mana-mana Imam-imam Qiraat. Seperti ulasan tajwid untuk nota ini bersandarkan kepada Imam Qiraat  yang bernama ‘Asim.

·         Riwayat ialah periwayatan bacaan yang dituntut oleh perawi-perawi (pelajar-pelajar) daripada Imam-imam Qiraat. Perawi dalam penulisan nota ini bernama Hafs. Hafs ialah pelajar yang menuntut ilmu pembacaan Al-Quran daripada imam ‘Asim.

·         Toriq ialah aliran bacaan iaitu cara bacaan Al-Quran yang dibawa oleh mana-mana pelopor atau penerus bacaan periwayat-periwayat bagi Imam-imam Qiraat. Toriq atau aliran bacaan bagi penulisan ilmu tajwid dan Qiraat ini ialah melalui Toriq asy-Syatibiah. Aliran ays-Syatibiah ini ialah menerusi pelopor bacaan oleh Imam Asy Syatibi. Beliau ialah Imam yang terkemuka selepas Imam Hafs yang mana beliau mahir dalam 7 perbezaan ilmu Qiraat. Walaubagaimanapun Riwayat Hafs dari Qiraat ‘Asim adalah yang termasyhur. Ilmu qiraat dan tajwid sehingga hari ini adalah dalam bilangan terbesar yang belajar menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim melalui toriq Asy Syatibiah.

Salasilah (sanad) ilmu pembacaan Al-Quran kita kebanyakannya adalah seperti di diagram berikut.