Selasa, 7 Januari 2014

BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE - Note 4 (07/01/2014)



NOTA 4 – SEJARAH PENULISAN ILMU TAJWID DAN QIRAAT

1.      Pengenalan

Ilmu tajwid yang diulaskan dalam laman web ini berdasarkan fahaman menerusi buku yang bertajuk “Ilmu Tajwid Menurut RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM Melalui TORIQ ASY-SYATIBIYYAH” (Oleh Surur Shihabuddin An-Nadawi)  dan “Al-Quran dan Terjemahannya” (oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Quran Indonesia).

2.      Sejarah Penulisan Ilmu Tajwid dan Qiraat

·         Ilmu Tajwid bermula sejak Al-Quran diturunkan dan pembacaan Al-Quran ini diriwayat terus dari sumber asal iaitu bacaan Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

·         Para sahabat ialah orang-orang yang amanah bagi mewariskan bacaan ini kepada generasi umat Islam selepasnya.

·         Permulaan penulisan ilmu Tajwid ialah pada zaman Saidina Uthman. Mushaf Uthmaniah yang pertama telah disiapkan oleh Saidina Uthman. Kesedaran perlunya Mushaf ini apabila umat Islam mula melakukan kesalahan bacaan.

·         Mushaf yang pertama ini dibiarkan tanpa titik-titik dan baris-barisnya bagi memberi keluasan kepada para sahabat untuk membacanya sepertimana yang mereka ambil dari Rasulullah s.a.w. yang bersesuai dengan Lahjah (dialek) mereka.

·         Walaubagaimanapun, berkembang luasnya agama Islam ke seluruh tanah Arab serta Rom dan Parsi menyebabkan Bahasa Arab bercampur dengan Bahasa penduduk-penduduk dan menyebabkan banyaknya berlaku kesilapan dan kesalahan bacaan Al-Quran, maka Al-Quran Mushaf Uthmaniah dinaiktaraf dengan penambahan baris dan titik huruf-hurufnya.

·         Salah silah karangan ilmu Qiraat (cara bacaan) ialah:

o   Yang terawal ialah Abu ‘Ubaid Al-Qasim Ibnu Salam – wafat 224H – kitabnya berjudul “Al-Qiraat” – kurun ke 3H.

o   Ada juga yang mengatakan ilmu Qiraat yang disusun oleh Abu ‘Umar Hafs Ad-Duri – wafat 246H adalah lebih awal.

o    Ibnu Mujahid Al-Baghdadi – wafat 324H – “Kitabus Sabh’ah” – beliau adalah orang pertama yang mengasingkan qiraat kepada 7 imam dengan 7 perbezaan dan Mushaf Uthmaniah yang berjumlah 7 naskhah pada masa itu.

o   Abu Mazahim Al-Haqani – wafat 325H – dalam bentuk Qasidah (puisi) – kurun ke 3H.

o   Abu ‘Amr Ad-Dani – wafat 444H – Kitab At-Taysir

o   Imam Asy-Syatibi – wafat 590H – Kitab Hirzul Amani wa Wajhut Tahani

o   Ibnul Jazari – wafat 833H – kitab An-Nasyr, toyyibatun Nasyr, dan Ad-Durratul Mudhiyyah, dan at-Tamhid. Beliau mewariskan karangannya dan bacaannya yang telah menjadi ikutan dan panduan hingga ke hari ini. 

Nota 1, Nota 2, Nota 3, Nota 5