Pengertian Haid:
Haid dari sudut bahasa adalah mengalir. Pengertiannya dari sudut istilah syarak pula ialah darah yang keluar dari faraj perempuan yang umurnya sudah mencapai akil baligh, iaitu apabila telah mencapai umur 9 tahun hijriyyah (mengikut kiraan qamariah) atau kurang (tidak cukup) 16 hari darinya yang bukan disebabkan oleh penyakit atau bersalin.
Merujuk kepada 9tahun hijriyyah, jika dilihat kepada tahun Masihi, ianya berumur 8tahun. kerana selang masa masihi dan hijriyyah ialah setahun, masihi lambat setahun daripada hijriyyah.
Hukum mempelajari ilmu Haid, nifas dan istihadhah:
Hukum mempelajari tentang darah haid, nifas dan istihadhah adalah WAJIB dan DITUNTUT sebagai FARDHU AIN ke atas setiap wanita. Maka haramlah ke atas suami melarang isterinya dari pergi mempelajari ilmu haid sekiranya dia tidak mampu mengajarkannya.
Tempoh Haid dan Suci:
Sekurang-kurang tempoh haid adalah sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. Tempoh paling maksimum haid ialah 15 hari 15 malam samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. Yang dimaksudkan terus menerus keluarnya darah ialah, sekiranya dimasukkan dengan kapas ke dalam faraj, masih terdapat kesan darah, walaupun darah tidak keluar ke bahagian yang wajib dibasuh ketika istinja'.
Maksud dan situasi berhentinya darah adalah:
1. kering tiada apa yang keluar dari faraj dan juga pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
2. Basah atau jernih pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
3. Basah seperti hingus cair pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
4. Keluarnya keputihan (ianya warna seperti kepala santan)
Situasi darah haid pada wanita:
1. mencapai akil baligh
iaitu apabila telah mencapai umur 9 tahun hijriyyah (mengikut kiraan qamariah) atau kurang (tidak cukup) 16 hari darinya yang bukan disebabkan oleh penyakit atau bersalin. Mesti sekurang-kurang tempoh haid adalah sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus.
2. Darah yang keluar ketika wanita mengandung.
iaitu jika darah itu keluar mencapai sekurang-kurang tempoh haid iaitu sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. serta keluarnya sebelum terasanya sakit bersalin. (sebelum tiba masa untuk bersalin)
3. Darah yang keluar di antara kelahiran bayi kembar.
iaitu darah yang keluar setelah bayi pertama keluar sementara menunggu bayi berikutnya lahir. jika darah itu mencapai sekurang-kurang tempoh haid iaitu sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. situasi jika kelahiran bayi kembar itu ada jarak masa. darah ini dikira HAID kerana darah nifas itu bererti apabila rahim seseorang itu telah kosong.
Kenapa perlu mempelajari Hukum Haid, Nifas dan Istihadhah:
Kerana apabila darah itu dikenali sebagai Haid dan Nifas, perempuan itu dilarang untuk mengerjakan solat, berpuasa dan hubungan suami isteri. Perempuan itu wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan di bulan ramadhan kerana HAID dan NIFAS.
Apabila darah itu pula dikenali sebagai darah istihadhah, perempuan itu wajib bersolat, berpuasa (RAMADHAN) dan boleh berhubungan suami isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan