Sebuah perkongsian cerita untuk merenungi diri..
Perbualan menerusi Wassup mesej
Ibu: boleh balik tak hujung minggu ni. mak ade niat nak masak pulut kuning dan sedekah. sempena hal Ilham (adikku) yang baru pulih daripada penyakit. (Alhamdulillah)
Aku: Boleh in syaa Allah. Sabtu pagi 'Aishah balik mak. in shaa Allah
Seperti yang ku janjikan aku kembali pada pagi sabtu. kebetulan tarikh aku pulang tarikh kelahiran kakakku. dengan niat nak surprise aku diam@ beli kek, menuju ke kedai kek kak yah, kedai orang melayu muslim dan in shaa Allah terjamin halal dan rasanya sodap.
setibanya di rumah sudah dekat nak pukul 1tghari. aku sampai serentak dengan kepulangan mak aku dari menghadiri kenduri kawen. macam biasa rutin bila sampai je dari kepulangan, akan bersalam mesra la, dengan mak dan ayah. kemudian, mencari si empunya badan yang lahirnya pada 9/12/2017. dalam bilik,, hahah.. aku pun terus ke meja dan membuka kek untuk kakak,,,... selamat harijadi.... adik, mak dan ayahku, mengucapkan selamat dan pelbagai doa buat kakakku.. sesi berpelukan terharu..huhu...
Kemudian mak aku cakap, suruh makan pulut kuning dan kari daging. rupanya dah ade siap pulut kuning dan kari daging meletop, mak aku masak untuk makan seisi keluarga. ape lagi, dah pukul 1tghari, memang perut tengah berkeroncong pun... xsedau.. 2 pinggan aku melantak.. huhu.. kekenyangan..
siap makan dan bersolat zuhur. ayah aku dah keresahan, sakit katanya. memang ayah aku sejak kene strok dan slip disc tahun 2015, sarafnya rosak dan mengalami sakit berterusan, bertahan dengan menggunakan ubat tahan sakit. seperti minggu yang lalu, ayah aku mintak di ruqyah. aku ingat pesan arwah tuan guru aku. kalu orang dah mintak tolong diruqyahkan,... tolong.. tapi seeloknya jangan minta untuk diri sendiri memandai nak ruqyah orang apatah lagi paksaan. atas ihsan dan tanggungjawab sebagai anak, aku pun kumpul semangat dan kekuatan untuk meruqyah ayah aku.
dulu2 aku ruqyah guna ayat syifa' biasa. kini aku cuba beberapa ayat, semua asas yang aku pelajari dan apa sahaja ayat hafazan yang aku hafal, aku baca je sambil duk urut kaki ayah aku tu. aku baca kuat2. yang tak berapa ingat aku baca perlahan2 dulu.. huhu.. biasa la strok ni ade campur dengan angin. sendawa juga la masa urut dan ruqyah,.. berpeluh jugak meruqyah ni rupanya.. selalunya praktikal tengok perawat je yang meruqyah.. ha.. skang baru faham risiko dan ape yang perlu perawat lalui.. sebab tu jangan memperlekehkan orang yang dah tolong rawat kita.. bukan senang nak meruqyah orang ni.. kebersediaan orang tolong nak meruqyah tu pun dh dikira rahmat.
jadinya dalam masa 2 hari.. dapatla 2x jugak ruqyah.. petang sabtu.. pagi ahad.. moga dapat membantu.. aku ikhtiar.. selebihnya biiznillah.
makcik aku dari kuantan pun sampai dengan kakak aku dari kuantan.. bende tak dirancang.. tengok2 kakak aku yang dikuantan pun beli kek jugak untuk kak ngah... wah... 2 biji kek untuk dia.. sedap.. kek red velvet dengan cheese yang tebal.. sesuai dengan regenye.. aku beli kek biasa je.. ala2 coklat indulgence secret resepi.. huhu..
proses membuat pulut kuning pun bermula.. target dalam 20-30 orang.. buat pulut kuning berlaukkan black pepper.. jadi.. sekilo untuk keluarga.. yang selebihnya packing untuk orang masjid.. dapatla dalam 2o biji cup.. alhamdulillah.. dapat juga melangsaikan niat mak... moga diterima Allah..
lepas asar aku memang target nak gerak balik.. alhamdulillah.. aku bersyukur pda Allah sebab dapat tolong sedikit sebanyak untuk keluarga.. kebiasaannya sebelum balik memang akan berkumpul di ruang tamu dan berborak dl.. dalam berborak ade lah dialog..
Ilham: kak ko keje ape skang?
Aku: keje pembantu penyelidik kat UTM. contract. bulan 12 ni abisla
Abah: emhh... keje sementara je...
sedang bercakap ade yang bukak cerita lain. jadi putus mcm tu je la cerita hal keje aku td..
sebenarnya ni dah 2x ayah aku bernada sinis dan memperlekehkan kerja aku yang sebagai kerja kontrak/sementara, yang tidak tetap la kiranya. sekali dulu depan keluarga rakannya. kali ni depan seluruh keluarga. terus terang aku terasa hati dengan nada itu. aku sendiri bersyukur aku masih ade kerja walau orang nak hina kerja itu sementara atau tetap. yang pasti aku berusaha bekerja, alhamdulillah dengan gaji kerja sementara inilah aku dah dapat abiskan bayar kereta dan in shaa Allah hutang belajar aku (ptptn).
kadang2 kita tak sedar perbuatan kita itu menunjukkan kita tidak bersyukur dengan pemberian ALLAH. rezki anak itu rezki keluarga. kecik rezki anak, kecikla rezki keluarga. Doakanlah yang baik2 untuk anak kalian. jangan jatuhkan perasaan anak2.
semoga cerita ini dapat memberi iktibar.. yang baik boleh dijadikan contoh.. yang tidak baik boleh dijadikan sempadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan