Khamis, 7 Disember 2017

Bahagian Tiga: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Pengertian Nifas:

Nifas dari sudut bahasa ialah melahirkan. Pengertian dari sudut istilah syarak pula ialah darah yang keluar dari faraj wanita selepas bersalin.

Darah yang keluar semasa wanita tengah sakit nak bersalin tidaklah dinamakan nifas ataupun haid, ia adalah darah ISTIHADHAH walaupun keluarnya melebihi 24 jam. Maka wanita itu masih diwajibkan bersolat. walaubagaimanapun, jika darah itu bersambung dengan darah haid sebelumnya, maka itu adalah darah HAID.

Tempoh Nifas:

Sekurang-kurang tempoh nifas adalah SEDETIK. Kebiasaannya 40 hari 40 malam dan sebanyak-banyaknya adalah 60 hari 60 malam. Ketetapan ini berdasarkan penelitian dan kajian Imam Syafi'e terhadap wanita-wanita arab.

60 hari itu dihitung bermula daripada lahirnya keseluruhan tubuh si bayi (rahim kosong). Masa Yang dihukumkan nifas itu bermula saat keluarnya darah apabila rahim telah kosong iaitu sesudah melahirkan. walaupun darah keluar secara terputus-putus, selagi tempoh putusnya itu tidak melebihi 15 hari, selama dalam lingkungan 60 hari itu, maka waktu suci (kosong tak keluar darah) itu dikira tempoh nifas.

Darah yang keluar selepas tempoh nifas iaitu melebihi 60 hari, maka itu dinamakan darah HAID. Jarak waktu berhentinya perantaraan NIFAS dan datangnya HAID paling pendek hanya seketika. tidak disyaratkan tempoh suci antara haid dan nifas, bahkan waktu suci antara keduanya boleh jadi hanya sehari atau kurang.

Apabila darah nifas telah berhenti. Dan kosong tidak keluar darah ataupun suci selama genap 15 hari. walaupun dalam tempoh 60 hari. maka darah yang keluar selepas tempoh genap 15hari suci itu dinamakan HAID.

Jarak Hari antara kelahiran bayi dan keluarnya Nifas:

Jarak yang PALING LAMA antara kelahiran bayi dan keluarnya nifas adalah 15hari. Jika lebih daripada itu maka darah itu tidak dinamakan nifas, akan tetapi disebut sebagai darah haid.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan