Suasana hening menunggu lafaz akad nikah pengantin lelaki. Hanya sekali lafaz sahaja aku telah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki yang bernama Faris. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kini aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku hanya bersua muka di hari nikah ku ini. Tiada perasaan selain perasaan sayu dan debaran di hati ku untuk melalui hidup baru bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Aku pasrah dengan takdir Allah. Usaha keluarga untuk mencari pasanganku akhirnya berjaya. Cuma aku memberi harapan yang tinggi kepada kehidupan baruku ini. Aku bercita-cita ingin menjadi seorang isteri yang solehah dengan mendidik anak-anakku kelak menjadi insan yang taat kepada Allah. Ku pohon kepada Allah agar mengurniakan aku anak-anak yang comel, baik akhlaknye dan bijak pemikirannya. Argh ...sungguh jauh aku merencana kehidupan aku. Belum mendalami hati si suami sudah pun melahirkan harapan yang tinggi. Sentuhan ibu menghentikan lamunan ku.... rupa-rupanya suami ku sudahpun duduk berteleku dihadapanku... pertama kali aku menyalami tangan suamiku...terasa sentuhan tangannya seakan memberikanku kekuatan untuk mengharungi kehidupan mendatang.
Betapa hebatnye kuasa Allah melahirkan detak dihatiku sedangkan baru di hari nikah inilah aku diketemukan dengan jodohku ini. Ciuman hangat didahiku hadiah pertama dari suamiku menaikkan lagi semangat aku untuk cuba menjadi isteri yang baik. Akhirnya majlis pernikahan aku selesai juga.
Alhamdulillah majlis yang sederhana dikunjungi oleh sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai, keluarga sebelah suami dan juga orang kampung memeriahkan lagi suasana di hari perkahwinanku ini. Keadaan kenduri semakin reda, kini tinggal kaum keluarga sahaja. Terasa peluh membasahi tubuhku dan kepenatan mula menular ke seluruh tubuhku. Jam sudahpun menunjukkan pukul 5.45ptg kini masa untuk aku beristirehat di kamarku. Tanpa berlengah aku menyelinap masuk ke kamar dan terus berbaring hanya untuk seketika, oleh kerana kepenatan aku terlena.
Aku dikejutkan dengan ciuman hangat dipipiku. Ku lihat wajah suamiku tersenyum memandang ke arahku. Terasa nafas hangatnya menampar ke muka ku mendebarkanku. Dengan senyumannya yang menawan dan suaranya yang senang kedengaran ditelingaku dia menyapaku, "dah sembahyang ke belum?" pertanyaan suamiku menyebabkan tindakan drastic, aku terus duduk, terkejut dengan tindakannya menciumiku, bercampur dengan perasaan malu dan debaran di dada berhadapan berduaan dengannya. "dah pukul 6.45ptg dah ni, pegilah solat...waktu pun dah nak abis ni?" aku mengangguk sahaja malu untuk menyatakan kedudukanku sebenar yang keuzuran.
Ya Allah, rupa-rupanya sejam aku tertidur tadi. Tanpa berlengah aku terus berlalu untuk ke bilik air. Perutku terasa lapar, aku terus berlalu ke dapur mencari makanan, sekembali ke kamar, suamiku pula telah terlena kepenatan. Perlahan-lahan aku duduk di sebelah perbaringannya menatapi wajahnya yang begitu lena sekali. Kini dialah matlamat hidupku. Walaupun baru di hari ini aku mengenalinya tetapi dia adalah suamiku.... aku mesti menerimanya seadanya... aku mesti walaupun hati ini tiada lagi bibit-bibit perasaan sayang terhadapnya. Cuma yang lahir adalah tanggungjawab aku sebagai seorang isteri yang harus patuh kepada suaminya.
Baikkah dia..... bagaimanakah perasaannya padaku?... bolehkah aku bergantung hidup padanya? Sayangkah dia padaku? Mampukah aku melahirkan perasaan sayang padanya? Bagaimanakah harus aku lakukan untuk melahirkan perasaan cinta padanya?...apakah harus kulakukan? Terasa terlalu kekok.... Aku terlalu malu untuk memulakannya. Degupan jantungku, ketakutan aku mematahkan semangatku untuk memulakan segala-galanya. Hanya kepada Allah aku berserah untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinanku ini.
Azan maghrib telahpun berkumandang... suamiku masih lena.... pesanan orang tua-tua tak elok tidur di waktu senja... aku mesti mengejutkannya dari tidurnya. Aku mula teragak-agak untuk mengejutkannya. Apakah perkataan yang sesuai untuk ku panggil dia. Abang adalah perkataan yang biasa digunakan untuk panggilan seorang isteri pada suaminya. Terasa janggal untuk aku menyebutnye tapi aku mesti kejutkan dia...." abang...abang...bangun....dah azan maghrib dah ni...."...tapi dia masih lena seakan tidak mendengar panggilan dariku.... ku sentuh lengannya...akhirnya dia membuka matanya ...aku memandangnya ...tapi kemudian ape harus aku buat?....argh...kacau.... nak gunakan sifat nakal aku masa zaman bujang dulu...takut kena marah pulak..... aku tak tau sifat suami aku ni seorang lelaki yang macam mana? Pelawakkah dia...atau seorang yang serius....... kini kedua-duanya membisu... masing-masing mencari idea untuk memulakan perbualan. Akhirnya aku bersuara juga kerana tidak tahan dengan ketegangan suasana membisu sepi... …" abang nak mandi dulu ke saya yang nak mandi dulu?" dia memandang ke arah aku sambil mengeliat dan tersenyum penuh makna. Aku faham erti pandangan dan senyumannya… kemudian dia bangun sambil berkata, "jom?" alamak….dup dap…dup dap….dup dap… rasa nak pecah jantung aku…. Terasa bahang panas mukaku… merona merah mukaku …tanda malu … malu tu…. Tapi aku anggap itu hanya gurauan darinya. Akhirnya aku cakap juga "saya malula, lagipun saya tak boleh solat." dia memandang aku..."nak malu apanya...kita kan suami isteri...inikan salah satu cara nak eratkan perhubungan kita". Aku memandang ke arahnya sambil kepala ku ligat berfikir akan kebenaran kata-katanya....tiada sebab untuk aku menolak permintaannya...tangannya telah dihulurkan padaku... aku mula rasa resah, gugup, sambil menelan air liur aku menyambut huluran tangannya....zap....aku sudahpun di dukungannya....tindakannya yang drastik menyebab aku terus memeluknya mengimbangi tubuhku dari jatuh. Tindakanku menyebabkan dia merenung tajam ke arahku. Ketajaman renungan matanya menyebabkan aku tak mampu untuk bertentang mata dengannya. Debaran di dada ini hanya Allah sahajalah yang tau. Diduduk kan aku di birai tab mandi...aku macam orang bodoh...ikut aje apa yang dia lakukan dan terus berdiam diri....dia menanggalkan bajunya...." nak mandi macam tu je ke...atau nak abang yang salinkan baju tu?" terus sahaja aku terbangun....tapi dia dah pakai kain basahan aku....dahla tu dia saja jek berdiri kat pintu bilik air...so aku tak leh kuar r.....dia pun dapat tangkap pemikiran aku...."ooo....nak kain basahan ye... nah" terus jek dia menyentap kain basahan ditubuhnya....dan-dan aku tutup mata....rasa nak tercabut jantung.....takutnya....serius...aku tak mampu lagi menahan ketakutan "saya takutla...saya mandi kemudian la." Aku dah tak tahan nak menahan ketakutan lagi...aku terpaksa cakap juga..uwaa...berdosakah?....
Tapi tak semudah itu dia mengalah....lain pula tindakannya padaku. Ditarik tubuhku erat ke tubuhnya sehingga terasa kehangatan tubuhnya mengalir ke tubuhku. Di pegangnya bahu ku....perlahan-lahan diurai tanganku yang menutupi mataku lalu dipautkan ke pinggangnya...dipeluknya aku erat. Sambil tangannya mendongakkan aku supaya bertentang mata dengannya. "pandang mata abang sayang". Aku cuba menahan debaran jantungku. Takut... ....Tetapi kelembutan suara dan caranya sedikit sebanyak telah meredakan debaran di dadaku…. Walaubagaimanapun debaran ku kembali apabila mata bertentang mata....dia mula mendekatkan mukanya ke mukaku lalu hinggap dahiku, menular ke seluruh mukaku dan memagut lembut dibibirku....tangannya mengusap lembut leherku, cuba menenangkan debaran di dadaku. Aku terasa seperti di awang-awangan. Tidak pernah diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan imbangan badanku lemah, aku hanya mampu memejamkan mataku. "tiada apa yang nak ditakutkan sayang. Kita mulakan perhubungan ini perlahan-lahan. Selagi ia dalam batasan agama tak salahkan kita mencuba untuk kebaikan." Suaranya menyedarkan aku kembali ke alam nyata. Entahkan sudah lama dia merenungi wajahku. Aku malu... tertunduk kembali sambil kakiku menguis lantai bilik air.
Memang benar apa yang diperkatakanya. Tetapi aku terlalu malu akhirnya aku bersuara juga,
Perhubungan ini berterusan ... Cuma aku telah pun mula dapat menyesuaikan diriku dengannya. Dia telah pun menempah hotel di langkawi untuk honeymoon la seminggu….Suasana di langkawi memang menarik...banyak tempat untuk dikunjungi...aku telahpun melayari internet…memang langkawi tempat yang cantik dan sesuai untuk berbulan madu. Lagipun aku pun tak pernah lantas ke
Dia pilih untuk memandu sahaja dari kampungnya ke langkawi. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Cuaca yang cerah memudahkan lagi perjalanan kami. Permulaan perjalanan, masing-masing banyak mendiamkan diri, seolah-olah masing-masing melayani perasaan masing-masing. Suasana yang sepi ini menyebabkan aku banyak memandang ke luar tingkap memerhati kehijauan pokok, keindahan alam ciptaan Allah.
Entahkan bila aku terlena hinggalah aku tersedar sudahpun sampai ke hentian Senawang. Aku lihat suamiku juga terlena di sisi, mungkin penat memandu jauh. Diluar pun hujan lebat mencurah-curah menyebabkan aku menggigil kesejukan. Akupun mengurangkan suhu aircond. Aku mula dihantui rasa bosan. Ingin keluar mencari makanan, hujan mencurah-curah. Perut mula terasa lapar. Aku renungi suamiki tertidur pulas.
Mengimbas kembali perwatakannya selama seminggu usia pernikahan amatlah membahagiakan hati ku…. Dia seorang yang penyayang, memanjakan, rasional, understanding, penyabar dan romantic. Padaku, cukup mudah untukku menerima dan menyayanginya dengan sifatnya itu… tapi hari ini sepanjang perjalanan ini, dia lebih banyak membisu menimbulkan keresahan dihatiku. Aku akui aku mula menerimanya, mula ingin bermesra dengannya. Tapi keadaan ini melahirkan tanda tanya padaku. Adakah ia hanya sementara….ketika bersama keluarga sahaja…. mungkinkah dia hanya mempermainkan aku….entahlah….
"kenapa abang tengok sayang ni suka termenung jek? Boleh abang tau kenapa?" aku tersedar dari lamunanku dengan teguran dari suamiku. Ku pandang smula wajahnya. pada mataku dia seorang lelaki yang segak...berperwatakan menarik…kemas… memang tidak aku nafikan…bila aku memandangnya sejuk perasaan, rasa ingin menyayanginya, ingin mendekatinya, ingin bermanja dengannya.
Aku memberikan sebuah senyuman padanya dan
Aku terjaga semula kerana perutku terlalu lapar. Kini sudah hampir ke pulau pinang. Oleh kerana desakan perut yang lapar akhirnya aku memandangnya yang khusyuk memandu. Tetapi dia wat xtau jek. Saje jek. Suoh aku r tu yang cakap. Alah dia xnak tanya ker? Hhehehehe… xtahan dah ni lapar ni…. Terpaksalah juga aku bercakap. "abang, saya laparla?" dia memandangku dan tersenyum. "sayang ni kalu dengan tidur, tak ingat dah kat abang ni. Kata tadi takut guruh. Boleh plak sampi tertidur. Best ek abang peluk?" aku malu dengan usikannya. Aku pun xtau nape aku leh tidor lak tadi. Lama lak tu. "tu kat blakang. Abang dah blikan tadi. Makanlah" terus jek aku menoleh kat belakang. Wow. …. Fast food… hahaha…mcdonald…tp dah lapar ni….aku kena makan gak. "tima kasih, abang dah makan ker?" terus jek aku menyuap burger ke mulutku. "belum, tunggu sayangla." Terasa terlekat makanan kat tekak aku. Siannye …dah le memandu. "la nape xmakan dulu. Abang
Akhirnya kami slamat sampai ke penginapan yang telah ditempah. Suami aku terus ke bilik air. Aku apa lagi…landing time….. pergh best baring….. dah penat…long journey….. dah maghrib ni….lamanye dia kat dalam bilik air…. Wat per?....aku terus ke blik air….xkunci…pelik?.... zap……sekelip mata… aku dah pun dalam tab mandi ngan dia…..ya allah…. Sabar jelah… erat aku peluk dia…. Aku atas dia lak tu…. Huahahah…. Takutnye….takutnye…takutnye…. badan aku dah basah…. Baju mulala ikut susuk tubuh….malunye….malu…malu…malu… huahahahh…. Nak wat camner ni….terus aku berdiri, nasib baik period aku dah sikit. "sayang ni pucat lesi…macam nampak hantu…ni abangla….nak takut ape ni….Masyaallah sampi menggigil tu.." xtau nape aku takut sangat…xdapat tahan….akhirnya aku nangis…."La ila ha illallah… sampi nangis….ok…. abang mintak maaf….abang xtau sayang ni penakut sampi tahap macam ni….ssshhhhhsshhh" dia peluk aku smula…menepuk-nepuk macam pujuk budak kecik. Dikesatkan air mata. Dicium aku bertalu-talu… menjadikan aku di awang-awangan…. Kehangatan ciumannya menjalar ke leherku…. desahan keras nafasnya mendebarkan ku ….ciumannya kembali ke mulutku, memagut rakus….tangannya menjalari ke seluruh tubuhku…. Menghanyutkan ketakutan ku tadi… keasyikanku diganggu deringan telefon menyebabkan aku tersedar dari keasyikan itu. "abang, abang, abang, ada call untuk abang?" tersekat suara dikerongkongku kesan daripada sentuhan suamiku yang membangkitkan kemahuanku sebagai seorang isteri. Entah bila aku tanggalkan pakaian ku…aku kini telah separuh bogel… Masyaallah, selamat aku, aku masih uzur…astaghfirullah nasib aku baik, panggilan itu menyelamatkan aku dari kealpaanku… aku masih uzur. suamiku berlalu menjawab panggilan telefon. Aku terus mandi. Cepat-cepat keluar bilik air.
Suamiku berteleku di birai katil merenungi susuk tubuhku.... renungannya macam tak puas hati.... tapi aku wat xnampak jek.... takut la...jadi lagi.....macam tadi... dia menghampiriku....tapi aku cepat-cepat cakap "saya masih uzur la abang." Terus dia ke bilik air.... aku tertawa dalam hati..... selesai suami ku solat...kami pegi jalan-jalan cari makan..... dia asyik merenungi aku... aku kadang-kadang takut...tapi kadang-kadang rindu.... dia seorang yang penyayang. Selama bersama berduaan dengannya..sikapnya yang memanjai aku telah memulakan benih-benih kasihku padanya. Aku mula merindui suaranya, ciumannya dan pelukannya. Kini tinggal 2 hari lagi masa untuk aku habiskan bersamanya sebelum kembali bekerja. Masa terlalu pantas berlalu.
Pelbagai tempat telah kami kunjungi. Langkawi memang menarik. Kini sudah 12 hari cuti sempena pernikahanku... bermakna ade lagi 2 hari sebelum aku masuk bekerja semula. Sudah banyak tempat aku kunjungi. Kini tinggal membeli barang pesanan dari ahli keluarga dan kawan-kawan. Cuaca ari ini hujan gerimis menyebabkan aku dan abang hanya menetap di hotel. Tak seronok katanya berjalan bila hujan. Aku pun berfikiran sama dengannya,…bahkan ia boleh memudaratkan kesihatan kita. Esok kami akan kembali ke kuala lumpur. Jadi, adalah bagus kalu arini kami berehat.
Aku berdiri di balcony menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Terasa sejuk dengan tiupan angin yang membawa hujan gerimis. Aku memeluk tubuhku mengurangkan kesejukan yang bertandang.
Baru tadi ku lihat suamiku tidur dengan pulasnya. Kini, terasa kehangatan pelukannya dari belakang ku sambil mencium lembut di bahu ku...."cantikkan permandangan ni....kalau cuaca cerah lagi cantik, sekejap sangat masa berlalu, nanti kita pergi sini lagi ye sayang?…." Bisiknya ditelinga ku sambil mula menciumi telingaku dan leherku….deru nafasnya di telingaku membangkitkan semula debaran di dadaku dan menaikkan bulu romaku. Aku dipaling untuk berhadapan dengannya. Aku menahan perasaan resahku, gugupku, ketidakpastianku bercampur baur dengan naluri seorang isteri yang mendambakan belaian dan kasih sayang seorang suami….aku berundur setapak dua tapak…tetapi dia terus mara ke arahku hingga aku tersandar di dinding bilik. Kini aku harus juga berdepan dengannya… inikah masanya?....perlukah aku? Bukaan bajunya yang mendedahkan dadanya yang ditumbuhi bulu-bulu halus melahirkan keinginanku terhadapnya....terasa tubuhnya telahpun merapati tubuhku…tangannya mula merangkul tubuhku erat, terasa kehangatan tubuhnya mengalir ke tubuhnya. Usapan lembut dileherku, sambil dahiku diciumi lembut lalu menular ke seluruh mukaku. Desah keras nafasnya menampar telingaku membangkitkan naluri kewanitaanku. Kehangatan ciumannya mengasyikkan aku, lalu mulut ku di pagut rakus menaikkan lagi gelora keinginanku padanya…kehangtan sentuhannya yang menjalari ke seluruh tubuhku… haruskah aku berikan?...argh…dia suamiku,…aku mesti melayani nya…akhirnya aku akur dengan keinginanku,…ku balas pelukannya dan ciumannya menyebabkan dia merenungiku …aku tertunduk malu dengan muka yang mula merona merah…. Sekelip mata sahaja aku telah pun dicimpungnye ke perbaringan….belaian dan ciuman hangatnya menghanyutkan aku… semoga Allah perkukuhkan lagi tali perkahwinan ku ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan