3
Sedar tak sedar dah sebulan semester ni, maknanya dah sebulan aku tak balik umah, telefon pun tak. Entahlah.. macam mana orang kat rumah. Aku memang macam ni dari dulu lagi. Kalu aku terasa hati aku pasti pulang awal ke hostel dan menyepikan diri sehingga hati aku ni rasa terubat semula baru aku pulang semula ke rumah. Tapi nenek aku selalu mengingatkan aku pada tanggungjawab aku pada mak dan ayah aku. Nenek lah tempat aku mengadu hal sebab aku dibesarkan oleh nenek aku sejak lahir lagi. Aku sendiri pun panggil nenek aku "mak". Aku masih ingat lagi reaksi nenek aku pada gambar Nua. Aku tak tau kenapa, tapi nenek aku bila dia tengok jek gambar Nua dia terus tak berkenan. Itu di saat awal perkenalan aku dengan Nua. Aku tak punya perasaan apa-apa lagi, Cuma sekadar kawan. Tapi kedegilan aku meneruskan perhubungan sebagai kawan antara aku dan dia membawa padah. Tanpa aku sedari kehadiran dia yang terlalu mengambil berat terhadapku menimbulkan perasaan kasih ku pada dia. Tanbahan pula situasi aku masa itu dengan jadual kelas yang banyak masa free.. so dia selalu mengisi masa kosong aku dengan berbual melalui telefon.. kadang- kadang sampi 10 kali sehari... emm..kenangan yang manis bagi aku..dia selalu bertanya khabar aku...makan minum aku...kesihatan aku...saban hari menelefon aku...walau tak kenal antara satu sama lain sebab perkenalan aku hanya kerana tersalah dail nombor shingga saling bertukar gambar tapi tidak pernah ketemu sehingga usia perkenalan kami menginjak 8 bulan. Tetiba “Assalamualaikum…” Eh macam kenal jer suara tu. “Waalaikum salam..” sahutku. Tak lama terjongol muka akak aku. Aku dah agak pun. “Eh.. cepatnya sampai, cepatnye abis keje, dah resign ye?” Tanyaku ingin tahu. Memang aku dah tau akak aku nak datang arini tapi tak sangka lak cepat sampai, seawal ni sampainya. Akak aku memang slalu lepak kat bilik aku ni..lagipun akak aku exstudent uia gak, so dah biase squatting ni ….Minggu lepas dia ada kata nak resign, mungkin dia dah resign kot, tu pasal leh blah awal. Katanya dapat tawaran dari MARA jadi tenaga pengajar kat Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM).
“Ehm… dah aku dah resign. Esok nak pegi Shah Alam ambil barang, ikut aku, pastu kita singgah tempat honey.” Aku hanya mengangguk, sebab aku memang tak dak hal apapun. Aku memang suka pi jalan2, lagipun dah lama tak jumpa adik aku (honey). Keluarga aku memang membahasakan dirisebagai aku, xkira dengan abang ke kakak ke…so kekadang kengkawan aku kata macam kurang ajar jek..tapi dah praktiskuarga…huhu …
“ha…. Minggu lepas aku balik umah… semua orang kim slm. Apasal lama tak call umah?” aku diam mencari jawapan yang sesuai. Aa.. “ala.. skang ni sibukla.. banyak assignment…” logik ke alasan aku. “Oh… telefon Nua boleh, telefon umah, sibukla, syiling tak delah, banyak jer alasannya.” Membebel la pulak akak aku ni. Aku pun
“Tikah!.... Tikah!.... Tikah!....” biasalah, sape lagi kalau bukan Lina yang panggil ajak pegi makan. “Jap!...” sahutku menjenguk keluar tingkap. “Nak makan ape, De?” De atau Kak De name timangan akak aku dlm familyaku…menandakan anak yang ke-3. Sesudah bertanya, aku pun terus berlalu. Aku tak lak ajak akak aku makan skali. Ish aku ni.. tak patut. Tapi aku blah jugak. Macam biasa kami berenam macam bayang2 tak bleh dipisahkan. Semua da bersedia dimeja menuggu makan sampai…masakan panas atau ala carte….Bila dah ngan kengkawan ni, hilangla masalah, relaxla skit otak. Lupala skit problem aku tu. Tapi bila duk sorang2 mula la macam2 andaian yang aku ciptakan. Aku bukannya apa, kesian tengok Nua tu, bersungguh dia. aghr,….. mengeluh lagi…macam manalah kesudahannya… “hoi!..termenungla pulak…makanlah, sejuk kang tak sedapla pulak.” Sergahan Lina memeranjatkan aku. Apalagi makanan dah kat depan mata, ngap ajelah, perut pun dah berkeroncong ni. “Alamak!.... handphone ko ada credit tak? Bg msg kat akak aku, suruh dia turun ke cafĂ© halimah, kang dia mkn sorang2 lak.” Tak lama, 5 minit je, akak aku dah sampai. Aku pun menyengih jela mintak simpati takut kene ‘fire’. Yelah tadi beriya macam nak tapau. Tup2 … suruh turun lak. Nasib menyebelahiku, mood dia baik. Kengkawan aku memang dah biase ngan kakak aku…dia orang memang dah kenal kakak aku…
“Wei korang, esok aku ikut akak aku pegi Shah Alam la, amik barang dia. Lina, Kalau ko boring, masuk jela bilik aku tengok citer. Kunci kat tempat biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan