Rabu, 14 Januari 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 5

5

Kesejukan pagi meliatkan aku untuk bangun tdo. Aku terus menarik comforter untuk memanaskan badan aku yang kesejukan. Aku terlelap semula, terasa kepenatan semalam belum berkurangan. “Ikah, bangun sembahyang subuh.” Aku seakan terlupa yang aku sudahpun berkahwin semalam. Aku seakan tidak menerima kenyataan yg sekarang aku sudah pun bertitle ‘isteri’. Aku pun sangkakan itu suara abah. “Ikah cutila bah.” Aku terus tidur semula tanpa menoleh ke arah suara itu. Tapi tidurku terganggu…mengingatkan semula, semalam aku tidur di ruang tamu, macam mana tiba-tiba je aku boleh berada dalam bilik ni. Bila masa aku masuk bilik, detik hatiku. Aku terus bingkas bangun. Melihat jam sudah pun 8.30 pagi. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka dan terjengullah seorang lelaki bertuala yang aku tak kenali, tak pernah jumpa. Tak pernah tercatat dalam memori kepala aku. Aku melongo.. terkejut… apahal ada lelaki dalam bilik aku ni….Aku terus menjerit tapi cepat-cepat suamiku menutup mulutku… aku meronta cuba melepaskan diri dari pelukan lelaki itu..serentak itu bunyi ketukan dari pintu…syy…nape ikah menjerit ni…ni abangla…suami ikah…serentak dengan itu rontaan aku terhenti dan terus terduduk di kaki katil….cuba mengingati smula.. apa yang berlaku semalam… aku bingung sambil mengimbas kembali apa yang berlaku semalam tapi masih kabur… bukan kabur sebenarnye.. tapi xnak trima hakikat. Ketukan dipintu mematikan kebingunganku….apa perlu aku buat…perasaan orang tuaku…ya hanya itu perkataan yang berlegar dalam mindaku…akhirnya…"ye, xde ape, td tu terjerit ade lipas…." Kini aku kembali berteleku di kaki katil…

Lelaki inilah suamiku. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk, gementar, dan takut. Aku bingkas bangun mahu beredar keluar dari bilik tidak sanggup tengok suamiku seksi begitu, tapi suamiku lebih pantas bertindak menyambar pergelangan tanganku, lalu menarikku ke dalam dakapannya. Memelukku erat dan merapatkan tubuhku kepada tubuhnya. Terasa kesejukan kulitnya menyentuhi tubuhku. Mak oi… debaran di dada semakin kencang. Aku kaget. Renungan tajam matanya menakutkan aku. Serasa tubuhku menggigil. “Awak nak buat apa ni…?” Aku rasa nak menangis diperlakukan begitu. Aku meronta ingin dilepaskan tapi cengkamannya terlalu kejap. Akhirnya aku menangis. Kulihat renungan matanya semakin lembut dan cengkaman tangannya semakin longgar. Terasa sakit akibat cengkaman yang terlalu kuat, meninggalkan kesan merah dipergelangan tanganku. Dia menarikku lembut dan mndudukkan aku dibirai katil. Dia berteleku dihadapanku, lama memandangku. Entah apa yang difikirkannya. Dia menghampiriku lalu mengesat air mataku cuba memujukku sambil menggosok kesan merah di pergelangan tanganku. “Maafkan abang, abang tak bermaksud nak menakutkan Ika.” Dia menggenggam tanganku, mendirikan aku bertentangan dengannya, lalu mengucup lama dahiku. Entah kenape perlakuannya itu melegakan perasaanku. “Pergilah mandi.” Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku. Aku tunduk semula…melayan fikiran..lama begitu hingga xperasan Entah kemana lesapnya suamiku.. aku pun tak pandang pun kemana dia pergi.

Ah… apalah kesudahannya perhubungan ini. Termenung sejenak memikirkan masa akan datang. Sesudah bersiap aku terus ke dapur ingin bersarapan. Emak memandang geram ke arahku. Aku buat2 tak paham. Aku tahu apa salahku. Akak aku menyigung lengan aku.. suoh aku pi cari suami akula, xnak buat mak mula bukak ceramah pagi2 ni. “Ikah, pergi panggil Aizat mkn.” Aku termanggu-manggu, saja je. “Aizat? Sape mak?” Slumber jer aku bertanya. “Astaghfirullah…. Budak ni kang… suami sendiri pun tak tau nama!” Satu cubitan hinggap di lenganku…aku memandang kea rah nenekku..nenek aku memangla same jek dua kali lima jek ngan mak aku…skang lagi best…dua-dua skali membebel…jadi geng… “Pergilah panggil, suami kau tu, apalagi yang tercegat kat situ.” Sergahan mak mengejutkan aku. “Tapi dia kat mana?’” Renungan tajam emak mambantutkan aku untuk terus berada di situ. Aku terus berlalu ke ruang tamu, takde pun. Mana pulak peginya. Aku ke luar rumah mencarinya, pun tak de. Aku pun masuk bilik. “La tidur semula ke?” Gerutu hatiku. Tadi hilang, tetiba ada, tidur lak tu. Manela peginya. Kesian, Entah-entah sebab terlalu lapar tak hinggakan tertido. Aku terus menghampirinya. Slow, takut dia sedar. Macammana aku nak kejutkan dia yek… apa aku nak panggil dia ha.. aku baru 21thn… dah nak kena panggil abang… ei… tak sesuai la… aku tak sedar entah bila dia dah duduk memerhatikan aku. Mulalah gelabah lagi.. tak tentu hala dibuatnya.. “eeee…a…a. emm…mak… mak ajak sarapan..” apsal tergagap bila berhadapan dengan dia ni. Dia terus bangun dan menarikku terus ke dapur. Aku pun macam lembu kena cucuk hidung, ikut je.

Isyarat mata mak, aku tahu apa yg mak suruh aku lakukan. Aku rasa terlalu kekokla. Macam tak boleh nak berlakon lagi. Rasa jelik pun ada. Hari ni baru hari pertama aku hidup dengan dia.. macammana nak harungi hari mendatang kalau macam ni. Semenjak aku berkahwin dengan Aizat B. Iskandar, suami aku, setelah berkahwin baru aku tahu namanya… aku selalu kebingungan.. “Ikah! Ikah!” laaa… aku termenung lagi. Baru aku perasan suamiku nak tambah nasi goreng lagi. “Lepas siap makan ni kamu bawa suami kamu ni jalan-jalan kat Temerloh ni.” Aku seakan dengar tak dengar je kata-kata emak tu. Tapi takut emak membebel lagi, aku pun terus mengangguk. “Aizat, mak mintak maafla sebab perangai Ikah ni. Dia memang degil skit.” Kata-kata mak menyebabkan aku malu. Aku tunduk. Tapi terasa genggaman erat suamiku seakan tau perasaanku. “Tak pe mak. Baru lagi macam tulah. Lama-lama nanti okla.” Dia memandangku dengan pandangan yang aku tak dapat tafsir. Aku berkhayal lagi. Tak baiknya aku buat dia macam tu.

Dalam perjalanan ke Bandar temerloh suasana sepi membisu. Aku melayan fikiranku dan diapun mungkin sama juga. Setibanye di Bandar dia memarkir kereta di depan the store dan memandangku…… " So, where should we go now?" aku buat tak dengar je. Melihat aku tanpa reaksi dia terus membuka pintu dan keluar. "Yes, my princess, what are you waiting for?" dia terus menarik aku keluar dari kereta. Tangan ku digenggam erat sambil menuju ke The Store. Aku hanya menurutinya, malu di tengok orang. Rimas, tanganku tak pernah lucut dari genggamannye.Sudah puas berjalan-jalan di The Store dia membawa aku ke keretanya semula. "Di sini ada taman tak?" Aku hanya menganggukkan kepala. Melihatkan gayanya yang selamba menambahkan rasa geram dalam hatiku. "Kita pergi tamanla ye". Setibanya di taman dia menarik tanganku dan duduk di bangku. Suasana hening seketika. Masing-masing mendiamkan diri, melayan fikiran sendiri. Aku pun malas nak layan dia. Tiba-tiba tangannya melingkari bahuku merapatkan aku dengannya. Aku rimas. Mukanya makin hampir dengan ku, ingin mengucup pipiku tapi aku terus tunduk. Menyedari kedinginan layanan aku padanya, dia terus bangun.

Aku masih tunduk tak sanggup menatap wajahnya. Lama dia merenung tasik, entah apa yang difikirkannya. Kesian, aku tak bermaksud nak menyakiti hatinya, tapi aku masih tak boleh menerimanya dalam keadaan sesingkat ini. Aku akhirnya mendongak, ingin melihat dia, aku tak sedari sejak bila dia dah pun menghadap aku. Kini aku tak dapat mengelak lagi, mata bertentang mata, tapi aku sekali lagi tunduk, kalah, tak mampu melawan renungan matanya yang tajam. Dia manghampiriku. " Kenapa Ikah begitu dingin dengan abang? Ikah tak suka abang?" Aku agak tersentak dengan persoalan yang diutarakannya. Bagaimana harusku terang situasi aku ni. "Abang tengok, Ikah macam tak suka abang je. Perlakuan Ikah, pandangan Ikah, tapi abang nak Ikah tau yang abang sayang sangat kat Ikah. Abang pernah nampak Ikah, dan kita dah pun jumpa beberapa kali,tapi Ikah mungkin tak perasan akan kehadiran abang. Sejak mula nampak Ikah lagi abang memang dah suka Ikah, abang sayang Ikah. Abang tak nak kehilangan Ikah. Abang ada jumpa emak Ikah bertanyakan tentang Ikah. Emak kata Ikah masih belajar dan tak ada orang istimewa lagi, emak pun setuju bila abang kata abang nak meminang Ikah, abang sangkakan Ikah setuju menerima abang. Tapi abang silap, abang tak memikirkan akan kemungkinan tindakan abang ini telah melukakan hati Ikah. Abang rasa bersalah. Abang telah merampas kebahgiaan Ikah". Rasa sebak dan rasa bersalah mula menyelubungi perasaanku. Berdosakah aku.... YA Allah... Derhakakah aku.... Tapi aku tak mampu membalas kata-kata suamiku. Aku kehilangan kata-kata. Masa berlalu begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan