1
“Mak Ikah dah buat keputusan, kalau mak dan semua memang tak setuju Ikah berkawan dengan dia, Ikah akur. Tapi masalahnya sekarang ni, Ikah tak boleh lupakan dia. Ikah terlalu sayangkan dia. Dia baik dan sangat memahami Ikah. Selama 3 tahun ni tak pernah sekali pun dia berkasar dengan Ikah. Dia seorang yang penyabar, cuma kekurangan dia yang menyebabkan semua orang tak suka sebab dia kerja macam tu. Pekerjaan yang tak akan menjamin masa depan Ikah. Ikah bukan tak tau, Ikah pun ada terfikir semua tu, tapi entahlah.” aku tunduk merenung lantai, sambil kakiku menguis-nguis karpet. “ Ikah, manusia boleh berubah bila-bila masa. Waktu suka semuanya manis. Tapi mak tak mau Ikah hidup susah di masa akan datang. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Lagipun, contohnya dah ada, Ikah bukan tak tau.” Bergetar suara mak, mungkin menahan rasa nak marah. Memang dah ada dalam keluarga aku yang kahwin dengan lelaki yang tidak bekerja dan aku sendiri pun dah tengok apa yang dia orang alami. Tapi masalah hati aku ni yang tak boleh menerima hakikat. Betul orang tua-tua kata, bila bercinta semua nampak cantik, baik, jadi buta. Cinta itu buta. tapi yang lebih tepat ialah orang yang bercinta tu sebenarnye jadi buta hati...
“ Tapi mak, Ikah tak boleh lupakan dia, melainkan ada orang lain yang mampu melupakan ingatan Ikah pada dia. Itupun kalu boleh.” Dapat kurasakan impian aku untuk bersamanya semakin jauh. Memang aku masih boleh berfikiran waras ..memikirkan kebaikan dan keburukan bersama dia ... tapi hati aku ni...dah sayang... susah...aku memang suka dia tapi aku masih mementingkan impian lelaki idaman aku...aku pun menunggu sekiranya ada lelaki lain yang hadir dalam hidup aku.. tapi yang hadir tetap orang yang sama yang makin lama…makin menambahkan benih kasih aku pada dia. Ah.. kacau...
“ Selagi tiada sesiapa yang mampu menghilangkan ingatan Ikah pada dia, Ikah akan sentiasa berhubungan dengan dia. Ikah tak boleh……” air mata sudah berjuraian membasahi pipi. Sudah ku agak ini akan berlaku. Tipis harapan ku untuk bersamanya. Walaupun kelulusan dia tak setaraf aku...tapi aku dah sayang dia…impianku inginkan seorang lelaki yang setaraf kelulusan dengan ku tapi sampai hari ini tiada lelaki yang aku impikan ...yang hadir dalam hidupku adalah dia...aku tak tau apa yang tak kena dengan aku...mungkin berbadan gempal dan tak suka make up tidak menjadi kesukaan lelaki educated yang lebih cenderung mendampingi wanita yang stylish and ramping.
“ Baiklah kalau itu saja caranya, mak terpaksa kahwinkan Ikah. Tapi mak tak mau Ikah buat hal lagi, ini soal maruah keluarga, jangan nanti mak dah terima pinangan orang Ikah buat hal.” Tegas suara mak menyebabkan aku tersedar akan keterlanjuran kata-kataku tadi. Ya Allah, apa aku dah buat ni, adakah kata-kataku tadi telah disalah ertikan. apakah emak bertanggapan pilihannya mampu melupakan ingatan aku pada dia. argh... kacau... . Betulkah apa yang aku dengar ni? Macam mana aku nak harungi hidup aku dangan lelaki yang tak aku kenali. Macam mana kalau dia tau aku kahwin dengan dia atas desakan keluarga. Macam mana kalau dia tau aku sukakan orang lain dan dia hanya sandaran untuk aku melupakan orang yang aku sayangi. Argh… sakitnya kepala aku. Macam mana kalau mak betul-betul serius dan terus kahwinkan aku. Aku dah berjanji…. Aduhhh.. keluhan demi keluhan.. aku baru 21 tahun. 2 tahun lagi aku nak grad, takkan mak nak kahwinkan aku tengah belajar kot. Mesti bertunang aje kot. Tapi… bertunang pun, lambat-laun kahwin juga…waaaaa…. Takutnya aku… tapi.. macammana kalau aku memang tak boleh terima lelaki tu. Macam mana aku nak buat ni. Ya Allah bantulah aku. Berilah petunjuk kepadaku. Fikiran ku semakin serabut. Macam mana ni, tak lama semester baru dah nak mula. Aku pulak macam ni. Macam mana aku nak study ni…. Eiii… mampukah aku melupakan dia? Aku semakin gelisah memikirkan kemungkinan yang akan berlaku. Ya Allah, rasa nak pecah kepala aku…akhirnya aku terlena mengharapkan itu hanyalah mimpi ngeri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan