4
Cuti semester dah pun bermula. Dadaku berdebar2 untuk menghadapi emak, abah dan tok. Entah apala pulak. Takutnya aku. Hari ini rasanya masa berlalu begitu pantas. Taklama lagi kak de sampai lepas abis keje. Menunggu kedatangan kak de menyebabkanku mengelamun lagi. Memikirkan jikalau betul apa yang mak katakan, macam mane kalu betul aku dikahwinkan dalam masa terdekat ni. Mampukah aku melayan bakal suamiku dengan baik. Mampukah aku menjadi isteri solehah. Agh..takutnye. macam mana kalau lelaki tu tak sabar dengan karenahku. Macam mana kalau ketika aku mula menyayanginya dia pergi meninggalkan aku. Aduh… takutnya..tapi yang paling penting… macammana aku nak berinteraksi dengan dia buat masa terdekat ni. Argh… pening.
“Jauh mengelamun nampak. Hingga aku sampai pun Ikah tak perasan.” Aku mendongak melihat akakku, menariknya akak aku ni. Ala-ala Aida Aris. “Hei… kenapa pandang aku macam tu?” aku tersedar dari khayalan ku. Lalu tersenyum. “La… tersenyumla pulak. Ishh.. tak paham aku…” seloroh akak aku. suasana kat pekeliling penuh sesak, almaklumlah minggu cuti, smua org nak blk kg. “Kak De ni cantiklah, tak puas Ikah tengok, geram tau, geram, Ikah yang perempuan ni pun geram, macam manelah perasaan lelaki tengok Kak De”, aku tersengih mengusik kakakku yang semakin bengang tengok aku. “Jomlah, bas dah nak jalan ni.” Panggilan kakakku menghentikan andaian-andaian yang berlegar-legar dlm kotak fikiranku. Dalam bas aku mengelamun lagi, menyebabkan aku tak banyak bercakap. Perjalanan ni aku rasakan begitu singkat. Sedar-sedar sudah sampai ke Bandar Temerloh. Lemah langkah aku nak pulang ke rumah, tak seperti slalu, semangat berkobar-kobar bila nak balik rumah.
Setibanya dirumah, aku hairan, ada beberpa buah kereta yang tak aku kenali, dan ramai jugak jiran terdekat rumah aku datang ke rumah aku. Aku memandang ke arah kakakku yg seakan tak pelik dengan suasana rumahku tu. Langkah kaki aku percepatkan memandangkan kakakku sudah masuk ke pintu rumah. “Assalamualaikum..” aku memberi slm. Aku tiba-tiba rasa malu, bila semua mata memandang ke arah aku. Aku terus bersalam dengan para tetamu dan meminta diri untuk ke bilik. Apsal dia orang pandang aku pelik je. Macam aku ni lawa sangat…. Terperasaanla pulak. Hati aku mula berdebar-debar, macam ada sesuatu je. Tapi oleh kerana keletihan aku rebahkan badan dan
Sedang aku berehat dlm bilik, ada org mengetuk pintu. Kulihat emak datang dan duduk di sebelahku yang sedang berbaring. Aku bangun duduk menghadap kea rah emak. Tak lama kemudian , nenek aku pula muncul. Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati, sape para tetamu tu. “Ikah, mesti Ikah pelikkan dengan situasi rumah kitakan?” aku hanya mengangguk
“K. Ngah, K.De dan Honey bawa Ikah bersiap, lepas Isyak kita semua ke Masjid.” Aku terpinga-pinga ingin memprotes tapi tak jadi sebab depan org ramai. Jegilan mata mak juga memberikan amaran kepada aku agar tidak memprotes. Terasa lemah badanku. Setibanya di bilik aku terjelepuk di kaki katil. Sedar tak sedar sudah pukul 8.30 malam. Semua ada disekelilingku. Sentuhan lembut nenekku menyebabkan aku sebak. Tanpa ku sedari aku terus memeluk nenekku seerat mungkin seperti tak mahu dilepaskan lagi. Aku menangis semahu-mahunya. Lembut belaian nenek menaikkkan semangatku. Aku mesti kuat demi maruah keluarga ni. Aku harus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan ini. Aku yang cipta masalah ni, jadi akulah yang bertanggungjawab menjernihkan keadaan. “Dah lambat dah ni "mak". Ikah nak bersiap.” Aku tahu kalau aku terus begini emak pasti susah hati. Aku mesti tabah untuk kebahagiaan semua. Genggaman erat tgn mak merenungku, aku menganggguk memahami pandangan mak. Aku ciumi dahi mak sambil berlalu ke bilik air untuk bersiap. Saja aku buat begitu, melegakan hati emak dan nenek, tapi dalam hati aku, tuhan jela yang tau.
Suasana di Masjid sepi. Aku terus dalam khayalanku. “Ikah, bersalam dengan suami nak.” Suara abah mengejutkan aku. Aku terlepas majlis akad nikah. Aku terus menyalami tangan suamiku. Terasa kekok. Terasa kucupan hangat di dahiku dari suamiku. Aku sebak. Aku dah jadi hak orang lain. Hancurlah harapan yg aku tabur bersama Nua. Mengalir juga air jernih membasahi pipiku. Usapan lembut suamiku menyapu air mataku seakan memujuk sayu hatiku.
Sesi bergambar merimaskan aku. Terbit pulak rasa benci kat suamiku, terasa seperti dia nak mengambil kesempatan. Tapi aku terpaksa berlakon di hadapan org ramai. Akhirnya majlis itu berakhir juga. Aduh…. Letih gila badan aku ni. Dahlah baru balik, tup tup.. kena nikah terus. Aku tak terpikir akan kahwin macam ni. Bertunang boleh trima lg ni kahwin beb.. kahwin….Badan penat, jiwa pun penat. Akhirnya aku tak sedar yang aku dah pun terlelap kat sofa ruang tamu, mengharapkan apa yg terjadi hanyalah sebuah mimpi ngeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan