Selasa, 18 September 2012

Sabar dalam 7 keadaan

Sabar itu bermaksud menahan diri.
Iman itu ialah sabar.
Sabar itu bertaqwa.
Sabar itu menahan diri dari sombong.

7 cara bersabar dalam 7 keadaan:

1. ketika ditimpa musibah / malapetaka
- sabar itu adalah menahan diri dari mengeluh/merintih/meratap

2. ketika dalam peperangan
- sabar itu menahan diri dari rasa takut..iaitu menjadi berani

3. ketika dalam kemarahan
- sabar itu menahan diri dari gopoh..iaitu menjadi seorang yang penyantun

4. ketika dalam kesulitan
- sabar itu melapangkan dada dan mengelakkan menjadi orang yang sempit dada

5. ketika menyimpan
- sabar itu adalah dengan menyimpan rahsia

6. ketika hidup berlebihan
- sabar itu menahan diri dari menjadi tamak..iaitu menjadi zuhud

7. ketika dalam kadar sedikit
- sabar itu menahan diri dari tamak..iaitu menjadi berpada-pada

TELITI LA MAKNA SESUATU..BARULA DILIHAT HAKIKATNYA SESUATU ITU.

**dikupas dari buku Indahnya Sabar oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus, diterjemahkan dari Dr Yusuf Al-Qardawi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan