Aku terjaga dari lena. Menoleh ke arah jam menunjukkan angka 4 pagi. masih awal.detik hati ku. akan tetapi mata sukar untuk dilelapkan kembali. aku resah. pusing ke kiri.pusing ke kanan. menelentang. x juga mau terlelap.. arghh.. runsing. kenapa aku ni? Hingga akhirnya entah jam berapa aku terlelap. kini aku terjaga.. matahari sudah meninggi.. ergh.. aku rasakan hari ini sudah bermula dengan satu rasa yang tak bagus..
entah mengapa sejak 2-3 hari ni aku sering terjaga malam dan sukar untuk lelap..terkulat-kulat...merenung syiling rumah..terkadang naik rasa rimas..nak marah..bosan...resah...gundah...akhirnya terlelap sendiri..siang harinya aku pasti..lemah..lesu...tak cukup dos waktu tdo...walaubagaimanapun..rutin harianku perlu dijalani seperti biasa..tapi aku dapat rasakan...daya fikiran, tumpuan dan idea2 yang selalu keluar dari otakku makin susut dari segi quality dan bilangan... untuk memahami dan menghafal sesuatu pun aku mengambil masa yang agak lama ..tidak seperti biasa.. kemerosotan ini memberi impak yang tinggi dalam diri aku dan aku mengalami tekanan perasaan.. apekah punca ini? aku sendiri buntu...
perlu rasanya aku rest..cuti untuk menenangkan kembali hati ini..merehatkan badan.. mungkin aku terlalu bekerja keras sehingga jadi begini...
sebagai seorang pekerja yang warkaholic macam aku ni..jarang sekali bercuti..mudah untuk dapat cuti.. 2 minggu percutian.. ke mana harusku pergi.. berseorangan.. di taman tema kah... pusat permainan kah..laut.. waterfall.. hm... nak cuti pergi ke mana pun aku jadi runsing... apekah ini? mengapakah begini?..
akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghabiskan masa pulang ke kampung halaman sahaja.. sudah 2 bulan aku tak pulang ke kampung menjenguk nenekku... hanya berhubung menggunakan telepon je. kesian nenek. secara tak sedar aku terkeluar perkataan itu.
sesudah menyelesaikan tugasan aku dan mengemas partition tempat aku bekerja.. aku memandang jam...sudahpun jam 6 ptg... aku mesti pulang.. rumah perlu dikemas juga ape yg patut dan perlu singgah membeli buah tangan untuk nenekku.
duduk di kuala lumpur ni... keluar opis jam 6ptg.. memang tak lari dari kesesakan jalan.. 1-2 jam kat atas jalan raya jer.. nak plak minggu ni cuti dari sabtu-isnin..lg ramai yang bergerak pulang ke kampung halaman masing2.. kuala lumpur ni pulak akan dibanjiri oleh pekerja asing yang dari myanmar.vietnam..indonesia...afrika, ghana, pakistan..bangladesh..terutama di ssekitar petaling street, central market, jalan TAR..SOGO..memang agak menakutkan...kadang2 rasa macam duduk di negara luar pulak..
opis aku terletak di kampung baru..satu developer yang agak establish. rumah sewaku di gombak.. untuk pulang memang aku kene tempuhi bulatan pahang ni yang memang jammed teruk..laluan utama ke pusat bandaraya...menghubungkan laluan ke PWTC, Hentian Putra, HKL... Chowkit. Library Negara...tak yah cakap la kalu jammed nye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan