Rabu, 26 September 2012

Kata-kata pembakar semangat jiwa

dipetik dari slot ikim oleh Prof Muhaya.


1. Manusia yang penuh dengan kebencian akan mendapat kebencian

2. Manusia yang tak suka bersendirian adalah manusia yang tak suka pada diri sendiri. sebab masa berseoranganla itu diri kita yang sebenar.

3. suami isteri itu cermin antara satu sama lain. jadi jika salah satu buat sesuatu yang tak baik..maka dua-dua kene muhasabah..

4. sukakanlah lebih kepada teguran berbanding pujian. teguran yang terkene kat batang hidung tu lagi bagus.. sebab nak tengok keberkesanan teguran itu bila timbul rasa marah. kenapa rasa marah..bila cooldown..tgk balik...kenapa teguran itu buat kita melenting, mesti ade somthing kat situ yang kene perbaiki..

5. jauhi orang yang "berkeladak"( anasir negatif)..sebab..berkawan dengan orang berkeladak akan menarik kita termasuk dalam keladak..

6. janganla kedekut berkongsi sesuatu yang baik.

7. bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat al-quran setiap hari dan dalami maksudnya dan sebarkanlah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan