Isnin, 28 Jun 2010

Tanggungjawab suami

Untuk menjamin keharmonian berumahtangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami isteri. Suami sebagai keluarga keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya. Antara tanggungjawab suami ialah:

  • memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal
  • memberi nafkah batin termasuk menggauili isteri dengan baik
  • menyara anak-anak
  • melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan
  • melindungi maruah keluarga dan harta benda
  • sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah
  • Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna
  • menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga

suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak, dan orang lain. mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.


Ustaz Ismail Khamus. (2009). Indahnya hidup bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan