Ahad, 27 Jun 2010

Cabaran Ibu Bapa Masa Kini

Salahlaku Remaja !

Menjadi ibubapa dizaman yang sangat pesat berkembang dan berubah bukan mudah. Para ibubapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak anak mereka. Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibubapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak anak mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nasfu syahwat, caragaya berpakaian dan lain lain. Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan, yang menghayalkan, yang menyelewengkan aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja.

Kemewahan dan Kebendaan !

Dengan pembangunan sosio-ekonomi yang berlaku begitu pesat sekali, minda kita, ketahanan iman kita, jati diri kita mudah tergugat akibat dari pengaruh pemikiran yang diimpot , budaya dan nilai nilai luaran yang mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya timoran dan islam. Kemewahan dan kebendaan ekoran dari kekayaan yang dinikmati hasil dari usaha2 pembangunan ekonomi telah sikit demi sikit mula menghakis dan mencemari pemikiran,nilai dan budaya kita . Akhirnya ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan berbagai bagai gejala yang kita sentiasa mendengar dan membaca dari media elektronik dan cetak.

Patutkah kita pertanggungjawab dengan segala2 masalah dan gejala tersebut keatas bahu ibubapa ? Munkinkah ada kuasa lain yang boleh membendung atau mengawal daripada merebaknya penyakit2 sosial dari kalangan masyarakat kita!. Memang tidak boleh disangkal bahawa peranan ibubapa sekarang adalah jauh berbeza daripada tanggungjawab ibubapa satu jenerasi sebelum ini Mampukah ibubapa membendung berlakunya perkara ini?

Peralihan kanak2 ke remaja.

Ketika kanak kanak dahulu, mereka manja, suka disayangi, suka dipeluk cium dan sangat menghiburkan ibubapa. Tetapi apabila mereka menjangkau ke peringkat remaja, mereka berubahlaku, tidak suka lagi berbincang atau berkomunikasi dengan ibubapa mereka. Remaja lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Jika mereka pilih dari rakan rakan yang teridiri daripada mereka yang mengajak kepada kebaikan atau amal maaruf, bersyukurlah kita. Tetapi ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat.. Sedikit demi sedikit tabiat buruk akan meresap ke dalam jiwa remaja dan akhirnya alam mereka berubah kepada yang buruk.

Remaja asyik !

Remaja sekarang lebih suka mengadap telivisyen, radio dan komputer, daripada bersemuka dengan ibubapa dan adik beradik. Ini mempunyai kesan yang begitu negatif sekali kerana dengan keashikan mereka mengabaikan pelajaran. Mereka tidak menyahut panggilan ibubapa untuk makan bersama, untuk sembahyang bersama dan untuk aktiviti aktiviti bersama. Oleh sebab keasyikan ini juga, tugas harian mereka seperti mengemas bilik, membasuh pakaian, membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran semuanya terganggu dan terbiar. Akibatnya mereka akan mengalami masalah dalam proses pendidikan mereka, ada yang gagal, ada yang terkecundang.

Pergaulan dengan rakan rakan remaja mengakibatkan mereka mempelajari tabiat yang negatif. Mereka bermula merokok, minum arak dan dengan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti aktiviti maksiat seperti disko, kelab malam dan banyak dikalangan mereka terperangkap dalam aktiviti perzinaan atau lain lain aktiviti seksual di luar nikah. Yang lebih teruk lagi terperangkap dalam gejala penagihan dadah dan lain jenis jenayah saperti mencuri , merompak, perasugut dan lain2.

Islam penyelamat !

Ramai daripada kita mengalami berbagai-bagai masalah anak khususnya diperingkat remaja dan zaman muda mereka. Sebagai ibubapa bagaimana kita cuba mencegah daripada berlakunya keadaan sedemikian ? Pada pandangan saya sendiri, perkara yang terpenting dalam membendung gejala gejala social dan jenayah remaja ialah asas pendidikan ugama Islam yang perlu dipertekankan sejak dari kecil lagi ,menentukan bahawa anak anak kita menghayati ugama dengan menguatkan aqidah serta amalan. Kita perlu meningkatkan kefahaman Quran dari masa ke semasa, memperbaikki amalan amalan yang dituntut oleh Allah S.W.T. dan ini dikerjakan bersama dikalangan ahli ahli keluarga dan bapa sebagai ketua dalam aktiviti ini. Malangnya dalam zaman yang begitu mewah sekali, kebanyakan daripada kita leka dan memandang rendah pada aktiviti keugamaan. Pada pendapat saya ugama Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan anak anak kita dari segala gejala dan penyakit social yang dialami oleh remaja sekarang.

Para remaja suka mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dan juga pemimpin negara. Oleh itu kita sebagai ibubapa dan sebagai pemimpin patut memberi contoh yang terbaik seperti yang diberikan oleh Rasulullah A.S. Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam membentuk akhlak dan keperibadian maanusia. Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita kembali untuk menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam mengikut Al Quran dan sunnah Rasul. Para remaja perlu bimbingan, pedoman, sokongan dan galakkan untuk melakukan amal maaruf.

Undang-undang Islam !

Para pemimpin dan pentadbir pula perlu mengadakan dasar dan undang2 yang menuju kearah membendung dan jika boleh membasmi terus maksiat yang kini sedang bermahrajalela dikalangan masyarakat kita. Hapuskan tempat2 maksiat –(perjudian, pelacuran, minum arak, tarian2, karoeke dll) saperti kasino, pub, disco, sarang2 pelacur dll. Hentikan atau tarik balik lesen mereka. Jika sukar tempatkan pusat2 maksiat tersebut dipusat bandar besar sahaja. Kawasan2 perumahan saperti Bangsar, di.KL dll patut dibersihkan dari unsor2 maksiat tersebut. Tentukan undang2 dikuatkuasan mengikut lunas2 islam. Apabila kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja, nescaya generasi akan datang khususnya para remaja islam akan musnah.


http://www.hamidarshat.com/cabaran-ibu-bapa-masa-kini-panduan-26.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan