Mengapa ini menimpa keluarga ku. Anakku baru berusia 2 tahun. Dan kini suamiku terlantar di hospital dalam keadaan kritikal, cuma aku saja yang mengalami cedera ringan dalam kemalangan tu. Aku tidak tabah dalam menerima hakikat ini. "Arif, anak mak." tangisan ku menjadi2. Kabur pandanganku dan akhirnya gelap.
Sesedarnye aku sudah di atas katil, sayup2 kedengaran suara org ramai membaca yassin. Aku bangun perlahan2 dan menuju ke ruang tamu. Aku terjelepok. menjerit. menangis. sudah tak mampu lagi menahan sebak di dada. "Abang!" terhinjut aku menahan tangis. "Sabarlah ikah, tak elok menangisi org yg dah pergi... byk beristighfar sayang. sedekahkan al fatihah. Ikah syg suami ikah kan?...." Abah menarikku perlahan2 dan mendudukkan aku di sisi kepala suamiku. ku tahan sebak takut menitis air mata ku pada jasad itu, perlahan2 aku menciuminya dan menatapinya buat kali terakhir. "Abang jgn tinggalkan ika, abang, " tangisku tak dapat ditahan lagi. Abah cepat2 membawaku pergi, mententeramkan aku. "Sabarla ikah, ingat Allah, jgn diseksa roh suami ika dgn ratapan ini. Lepaskanla suami ika pergi dengan redha hati." pujuk abah.
tiba2 aku jadi geram. rasa tak adil dengan semua takdir Allah. "Kenapa ini berlaku pada ikah abah! kenapa!.. mula2 arif.. skang abg aizat... kenapa ika!.. kenapa tak ika jek yg mati!".. kataku dengan nada yang meninggi. tak dapat aku menerima Qada' dan Qadar. aku celaru.. sedih... tak dapt mengawal perasaanku.. aku tak waras... "Astaghfirullah.... ika.. mengucap ikah... sudahla." kata2 abah menyedarkan aku akan kebenaran. Ya.. aku harus tabah. Inilah yang tertulis untukku. Ya Allah bantulah aku.. tabahkanlah aku.. ku gagahi diriku dan membaca yassin untuk suamiku buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Sayu hati memikirkan hidup mendatang... tiada lagi tumpuan hidupku... sape lagi dalam hidupku... hanya aku.. Kosongnya terasa hidup.. tanpa abang aizat dan arif si comel yg baru nak mengenal erti dunia. Argh.. sukarnya utkku menerima hakikat...
***************************************************
Hari ini genap 5 thn aku hidup berseorangan.. janda tanpa anak.. Mak dan abah sudah puas memujukku untuk berumahtangga lagi. Tapi aku tak pernah terfikir. Biarla aku macam ni. Hati aku ni tak terbuka langsung. Bukannye tak de orang yang cuba mendekati aku di tempat kerja aku, tapi aku tak de perasaan langsung nak kawin lagi. cuma sedih jugak bila ade keraian aku dinner syarikat.. semua org dtg dgn pasangan.. aku jek datang sorg2...
Lagipun semua sudah cukup untuk aku. Rumah peninggalan arwah abg Aizat ada. "Ikah masuk dah maghrib ni tak baik duk kat luar," panggilan emak mematikan lamunanku. Beginilah hidupku sepeninggalan arwah abg aizat dan ariff. termenung.. kadang2 entah ape dlm fikiran.. kosong.. khayal dlm khayal...
"ikah, mak rasa elok kalu ikah kawin lagi. Ikah muda lagi., Lagipun ikah sorg2, kalu mak dan ayah tak de nanti, sape nk jg ikah. mak dan abah risau tgk ikah mcm ni." kata emak. "alah, k.ngah, k.de adik beradik ikah kan ke ramai. " kataku cuba mengelak memberi alasan. "ye betul syg, tp ika kene paham, diaorg ade family sendiri. Kahwinla ika. Ade family sendiri, anak sendiri.. mcm dulu... Kesian mak tgk ika. Mak tgk ika muram jek.. tak pernah nak gembira.. mak risau tau."aku memandang emak.aku mengerti perasaan itu. aku pun pernah ade seorang anak. tetiba aku rasa sebak dan akhirnya tumpah juga air mata setelah sekian lama aku memendam rasa...mak memelukku erat.. mengurut lembut belakangku.. dapat ku rasakan aliran kasih seorang ibu... "menangisla syg... mak syg ika.. ika sedih mak turut sedih.. ika memndam rasa mak yg tgk ika ni pun memendam rasa dgn takdir anak mak ni..tapi sabarla syg.. ingat Allah.. fikirkanla yang terbaik buat ika." pujukan emak meredakan rasa yg membukam dalam hatiku. perlahan2 aku bersuara setelah dpt menahan sebakku."nantilah emak, ika fikirkan dulu. kalu ika ade jodoh lagi, ikah pasti kawin. Itu semua hak Allah untuk membuka hati ika ni. Ikah dah takut. takut org yg disayangi pergi lagi." kataku sebak. "ika, jdh pertemuan dan umur itu hak Allah.kita semua pasti kembali ika." kata2 emak menyebabkan aku tertunduk. pahit untuk menerima kebenaran. tak tau perkataan ape lagi yang harus aku katakan. "Biarla waktu yg menentukan mak. Biar perasaan itu timbul sendiri. Ika, kalu boleh biarla sampai mati macam ni. dah penat nak fikirkan itu semua. sakit dada ni menanggungnye." air jernih mengalir lagi.. mengalir lesu dipipi. Emak menggosok lembut dibelakangku. "Sudahla ika. mak hanya memberi cadangan. mak tak paksa ika." kata emak lembut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan