Khamis, 30 November 2017

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu

Surah Al Baqarah ayat 216,

"............dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".

ayat di atas mengingatkan diri kita bahawa sesuatu yang datang dalam hidup kita itu terutama pada perkara yang tidak kita sukai ataupun dalam erti kata lain "benci" adalah sesuatu bentuk "hikmah" yang Allah kurniakan kepada kita. "Hikmah" Allah ini hanya dapat kita sedari atau fahami apabila kita memandang kehidupan akhirat dan meninggalkan pandangan untuk kehidupan duniawi. jika kita memandang duniawi, kita tidak akan nampak "hikmah"  disebalik kebencian yang kita rasai, bahkan jiwa akan sentiasa tercedera, tak berpuas hati, tidak meredhai, sentiasa marah, meradang, menyalahkan orang sana sini, dan hakikatnya hidup tidak tenang. 


kenapa saya berkata demikian? nah mari kita renungi melalui sebuah cerita. disini kita akan dapat pandangan ape itu pandangan akhirat dan ape itu pandangan duniawi.


Aisyah seorang perempuan yang dilihat sangat bertuah. berjaya meniti kejayaan dari upsr hingga 1st degree.. semua keputusan straight A's dan graduated dengan tersenarai dalam "dean list" with pointer 4.00. alhamdulillah belum lagi dapat naik pentas ambil scroll ijazah, aisyah dah dapat kerja di sebuah syarikat yang tersenarai di BSKL. kira company besar dan gaji besar dan posisi dlm syarikat pun taraf executive. setahun bekerja, aisyah telah membuat keputusan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan berniat menukar profesion daripada practioner kepada bidang akademik iaitu jadi pensyarah.


alhamdulillah laluan untuk Aisyah memang mudah, beliau mendapat skim tawaran biasiswa yang ditanggung daripada ijazah sarjana hingga ke post-doctoral dan dapat ikat contract dengan institusi kerajaan selama 15 tahun bekerja. skim ini bukan sahaja menampung yuran pembelajaran akan tetapi juga disertakan dengan "gaji" iaitu elaun dan pelbagai lagi bentuk bantuan kewangan untuk pembelajaran. bantuan dan jumlah kewangan yang disalurkan itu dikira "mewah" untuk seorang pelajar. Tambahan pula  pengajian ijazah sarjana aisyah ditawarkan lagi grant untuk thesisnya dan juga bekerja sebagai part time grader dan administrative staff. Rezeki aisyah memang mewah dan melimpah ruah.


Sebagai pelajar sarjana dan dengan rekod cemerlang dalam diri. Aisyah sudah pasti seorang yang berwawasan tinggi. Aisyah Target untuk menghabiskan study dengan tempoh 1 tahun setengah. dan terus melanjutkan ke tahap ijazah kedoktoran dan post doctoral seperti yang disarankan oleh dekan. iaitu padanya pada usia dia 31 tahun sudah pasti dia akan bergelar Dr. Sr. Aisyah. 




Bermulanya keangkuhan dalam diri.

dengan kemewahan "wang" dan pelbagai harta yang dimiliki, dan juga kejayaan akademik.. tanpa disedari aisyah yang akhlaknya telah tercalar sedikit demi sedikit. aisyah dah mula pandai bersuara, marah dan bengkeng atas sesuatu yang berlaku... bukankah itu adalah salah satu bunga kepada penyakit sombong dan angkuh?... Aisyah tidak lagi menjaga tutur bicaranya yang seperti dahulu. Aisyah jarang sekali mendengar pendapat orang lain. mungkin sudah rasa dirinya hebat dan tak perlukan lagi orang ramai. dulu aisyah akan mengeluarkan buah pendapat dengan berhemah dan penuh berakhlak.. tapi kini, kasar, suara meninggi.. tidak pandai menjaga akhlak.. tidak mengira batasan usia... 


akhirnya aisyah telah mendapat ijazah dalam masa 2 tahun setengah sedangkan ianya boleh dihabiskan dalm masa sependek 1 tahun setgh shj.. habis lambat belajar itu adalah sesuatu yang tak disukai oleh aisyah dan dia graduated dalam diri yang merasakan sesuatu yang "dibenci".

PENGAJARAN:


tidak mencapai sesuatu target dalam hidup adalah sesuatu yang memedihkan. itulah yang dirasai oleh sesiapa yang pernah melalui situasi sebegitu. walaubagaimanapun, disebalik ketidakcapaian itu ade maksud tersirat yang Allah mahu sampaikan. tidak lain dan tidak bukan sebagai teguran untuk kembali kepadaNYA. 


merujuk kepada cerita Aisyah di atas. aisyah sedih kerana habis master dalam masa 2 tahun setengah sedangkan pada kemampuannya Aisyah tau dia boleh habiskan dalam masa 1 tahun setengah. kegagalan melalui target ini satu impak yang besar buat aisyah dan dari situ aisyah belajar semula memperbaiki segala akhlaknya yang sudah mula bertukar... "memperbaiki akhlak" dan kesedaran aisyah dalam perubahan jelik itulah HIKMAH yang seringkali manusia tak sedar. kerana mata manusia itu sentiasa ingin disajikan dengan pandangan yang material.


bayangkan jika tiada teguran Allah itu.. sudah pasti akhlak aisyah akan semakin kasar dan ganas,, kurang memahami dan konsiderasi apabila manusia mempunyai kekurangan dalam hidup dan rasa bergantung pada Allah itu semakin jauh.. nauzubillah...


HIKMAH itu sangat MANIS.. tak semua mata dapat memandang sebegitu... tak semua orang dapat merungkai hikmah disebalik kejadian..  





Pembuka segala jenis rezki itu Allah

bekerja itu ikhtiar. pelajaran itu ikhtiar. duit itu ikhtiar.. ubat ubatan itu ikhtiar.. perlakuan perbuatan ibadah itu wajib dan ikhtiar...

semua itu adalah ikhtiar utk dapat pelbagai jenis rezki. baik rezki dari sudut kewangan, kesihatan, keimanan, kebahgiaan dan sebagainya.. itu semua rezki...

hakikatnya itu semua ikhtiar... dan Allah lah yang MEMBERI dengan penuh KASIH SAYANG, KEADILAN.. pada MASA, TEMPAT dan KUANTITI yang sesuai..

jadinya perlu diingati bahaWa ALLAH itu jangan dibelakangkan kerana IKHTIAR...

jangan terlalu fokus pada IKHTIAR tapi lupa apa yang Allah suruh dan apa yang ALLAh larang.

 semua bentuk rezki itu juga adalah sebagai jalan untuk mendapat REDHA ALLAH.
ikhtiar untuk sihat kerana Allah
ikhtiar untuk menuntut ilmu kerana ALLAH
ikhtiar untuk bekerja kerana ALLAH

ape maksudnye kerana ALLAH dalam ikhtiar?

sebagai makhluk ciptaan Allah. memang dah dijadikan untuk beribadat kerana ALLAH. menjalankan SURUHAN ALLAH. menjaga AMANAH ALLAH dah berikan. semua yang dibuat adalah untuk mendapat redha ALLAH.

dalam berikhtiar kene ingat SYUKUR, SABAR. kepada ALLAH juga yang MAHA MEMBERI. tanda syukur dengan melafaz atau menyebut ALHAMDULILLAH.. dan juga mengingati ALLAH. semakin sayang ALLAH, buat semua apa yang ALLAH suruh. jauhi ape yang ALLAH suruh.
jangan mudah lupa dan jadi sombong tak menentu hala.

DAPAT JE REZKI SEBUT ALHAMDULILLAH... SUJUD SYUKUR.. LEBIHKAN IBADAH..

INGAT ALLAH ITU WAJIB...

1. SBB ALLAH DAH SURUH INGAT DIA
2. SBB ALLAH YANG CIPTA KITA
3. SBB KENE SYUKUR SEMUA ALLAH BAGI
4.SBB ALLAH SAYANG DAN ADE DALAM APE JUA KEADAAN KITA, CANTIK KE BURUK KE, BUSUK KE, WANGI KE
5. SBB ALLAH SENTIASA PRIHATIN DAN PERHATI KITA SETIAP MASA WALAU PERANGAI KITA JELIK

#SAYANGNYA ALLAH KAT KITA



Selasa, 5 September 2017

Memohon pertolongan dengan bersembahyang dan bersabar

Sebagai manusia biasa, kita seringkali mengalami kesulitan dan persoalan yang sangat memerlukan pertolongan. tempat utama yang manusia perlu rujuk untuk mendapatkan pertolongan ialah Allah. Ini kerana Allah telahpun menyatakan dalam firmanNya seperti berikut,


Surah Al-baqarah ayat 45,


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"




Surah Al-baqrah ayat 153,


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".





berdasarkan  2 firman Allah di atas, jelas Allah telahpun memberi petunjuk bagaimana seorang itu perlu lakukan apabila berada dalam kesulitan dan ingin memohon bantuan iaitu:

1. ingat Allah. dan tempat utama untuk memohon pertolongan ialah daripada Allah. bukan selain Allah. setelah memohon pertolongan itu, in shaa Allah, Allah akan hadirkan pula pelbagai jenis dan bentuk pertolongan seperti, adenya ilham untuk memohon bantuan daripada keluarga, sahabat dan sebagainya. ataupun pelbagai ilham untuk melakukan sesuatu. 


2. setiap musibah, kesulitan yang dihadapi dan pertolongan yang dipohon perlulah disusuli dengan sabar. Allah telah menegaskan disini betapa pentingnya SABAR dalam menjayakan diri untuk menghadapi kesulitan sementara memohon pertolongan kepada Allah. tanpa sabar sudah pasti kesulitan akan semakin perit dirasakan.


3. cara sebagai seorang hamba memohon pertolongan daripada Allah yang maha agung ialah dengan BERSEMBAHYANG. pelbagai bentuk solat telah nabi Muhammad SAW lakukan sebagai sunnah untuk kita sebagai ummat memohon pertolongan daripada Allah. Solat fardu. solat sunat. sunat hajat. sunat tahajjud. sunat taubat. sunat istikharah. sunat dhuha. dan setiap jenis solat itu punyai kaifiat dan tujuannya tersendiri yang kita boleh kerjakan bagi cara memohon pertolongan daripada Allah.sebagai contoh:


   -solat tahajjud; mengentalkan jiwa dalam menghadapi ape jua rintangan di dunia
   -solat taubat; memohon keampunan daripada Allah atas kesilapan dan dosa yang telah dilakukan
   -sunat istikharah; memohon petunjuk daripada Allah di atas setiap pilihan yang perlu dibuat dalam                                   kehidupan seharian
   -sunat hajat; memohon ape jua jenis hajat
   -sunat dhuha; memohon rezki dan kelapangan waktu


Allahu.. maka apabila kesempitan solatlah... apabila sakit... solatlah.. apabila ditimpa ujian dan dugaan.. bersolatlah...

wallahu'alam

#pertolongan dari Allah
#bersabar kerana Allah
#bersolat kerana Allah



Rabu, 23 Ogos 2017

sebelum Allah mengunci mati hati daripada hidayah

surah al-a'raaf ayat 99-100

"Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi." (ayat 99)

"Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?" (ayat 100)


ayat 99 ini adalah Allah berasa pelik dengan orang-orang yang tidak beriman yang tidak merasa takut dan gentar dengan balasan yang Allah dah aturkan. kerana sesungguhnya azab Allah itu sangatlah pedih dan buruk dan tidak aman dan hanya orang-orang merugilah yang di azab Allah.


Ayat 100 ini kesinambungan yang Allah jelaskan dengan membawa kisah-kisah umat terdahulu yang ditimpakan pelbagai azab dan seksaan. ayat ini Allah tujukan kepada pewaris bumi iaitu kaum yang masih hidup di bumi. yang mana penduduk terdahulu telah ditimpakan bencana sehingga lenyap disebabkan mereka mendustakan rasul-rasul mereka dan tidak beriman kepada Allah. azab- azab yang ditimpakan disebabkan dosa-dosa mereka dan apabila sampai pada satu tahap, setiap peringatan tidak juga di ambil iktibar, maka, Allah akan mengunci mati hati mereka dengan nasihat-nasihat pengajaran. mereka tidak akan sedar mereka dalam kesesatan dan akan terus hanyut. kerana tiada lagi pintu hidayah daripada Allah.


iktibarnya. apabila orang menegur dan memberi tazkirah. apabila orang berceramah dan memberi ilmu kepada kita. jangan diremehkan. kerana takut nanti tiada lagi Allah hantarkan hidayah buat kita.


wallahualam


#jom muhasabah

#kalu dah tau salah, jangan berlamaan untuk kembali

Selasa, 22 Ogos 2017

Pertolongan Allah itu dekat

Surah al baqarah ayat 214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


dalam ayat ini jelas menyatakan Allah akan memberikan ujian kepada kita. sebagaimana orang-orang terdahulu yang juga diberikan ujian. ujian yang telah Allah turunkan kepada umat terdahulu seperti:


(1) ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda)

(2) serangan penyakit
(3) ancaman bahaya daripada musuh

dan Allah telah menurunkan utusanNya bagi mengemudi hidup umat dengan beriman kepada Allah. salah satu pesan yang Allah turunkan disini melalui rasulNya ialah ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu adalah dekat jika kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.


dua kata kunci ialah:


(1) bersabar

(2) berpegang teguh dengan agama Allah

ujian itulah sebagai asbab kepada manusia itu memahami aqidah dan tauhid. mengenali Allah. dah kenal maka cinta akan Allah. dan takut akan larangan Allah. 


sabar itu datang dengan ikhlas dan ihsan. jaga keikhlasan. dapat membentuk kesabaran. 



wallahu'alam.

Khamis, 17 Ogos 2017

Kunci istiqamah itu adalah KEIKHLASAN

selama 5 minggu menghadiri kelas ustaz sadik ozata iaitu Talaqqi Risalah an Nur, perbincangan mendalam mengenai kitab Risalah keikhlasan dan ukhwah, karangan Bediuzzaman Said Nursi.

perkara utama yang paling terkesan ialah, "kunci istiqamah itu terletak pada keikhlasan". diam bertafakur memikirkan tahap keikhlasan dalam diri memandangkan betapa susahnya nak didik diri beristiqamah.. rupanya ia terletak pada "keikhlasan".

Kitab ini sangat memberi impak yang besar dalam membentuk keikhlasan dalam diri. kitab ini mengupas perihal bagaimana menjaga dan memupuk keikhlasan dalam hati dalam menjalani kehidupan harian. bahkan kitab ini juga mengupas halangan dan punca-punca keikhlasan itu tercalar.

sebelum ini saya juga pernah membaca perihal keikhlasan hasil tulisan ustaz fawwaz. dan juga mendapat pelbagai manfaat daripanya.

ketika menghadari kelas ini, memang perkara pertama yang diingati ialah buku tulisan ustaz fawwaz. dan perihal keikhlasan ini adalah sesuatu yang perlu dijaga. ade perubahan dalam keikhlasan jika sentiasa membaca perihal keikhlasan, terutama buku-buku yang menceritakan mengenai keikhlasan. keikhlasan itu perlu dijaga dan sentiasa disuburi.

saya dapat rasa impak dalam diri terhadap perihal keikhlasan itu ade kelainannya setelah menghadiri kelas ini. betullah cadangan ustaz bediuzzaman dalam kitabnya menyarankan agar sekurang-kurangnya setiap 15hari mesti kene baca sekali kitab keikhlasan itu. ia sebagai salah satu cara menjaga dan menyuburi keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

beberapa perkara dalam menjaga keikhlasan itu ialah:

(1) ketahuilah bahawa keikhlasan itu adalah asas yang terpenting samada untuk duniawi mahupun ukhrawi.
(2) di dalam keikhlasan itu terdapat satu kekuatan yang besar.
(3) orang yang menjaga keikhlasan akan dijaga Allah dan diberi kekuatan yang luar biasa oleh Allah
(4) amalan yang dibuat dengan keikhlasan akan mudah dimakbulkan Allah dan tindakan Allah itu dengan kadar yang cepat
(5)keikhlasan itu kunci kekukuhan dalam ukhrawi
(6) orang yang bergerak dalam keikhlasan itu akan berjaya dengan izin Allah
(7) ikhlas itu pintu kepada doa untuk dimakbulkan
(8) ikhlas itu pintu kepada amalan yang istiqamah
(9) dengan keikhlasan akan memudahkan untuk mencapai matlamat
(10) dalam ikhlas itu ade memudahkan sesuatu perkara sbgai contoh, mengajar dengan ikhlas akan memudahkan pelajar utk menerima ilmu yang diberi
(11) ikhlas itu membekalkan akhlak yang tinggi
(12) ikhlas menolak riya
(13) perlunya keredhaan daripada Allah. jadi adekah kita redha dengan Allah?

KALAU TIADA KEIKHLASAN, MAKA AMALAN TIDAK DITERIMA ALLAH DAN AMALAN TIDAK AKAN JADI ISTIQAMAH

setiap amalan yang kita buat untuk dapatkan keredhaan Allah. kerja yang kita buat untuk dapatkan keredhaan Allah.

Allah redha, semua makhluk akan sayang kita.

#keikhlasan
#jom muhasabah diri
#jom didik diri ikhlas
#cas ikhlas kita