Rabu, 23 Ogos 2017

sebelum Allah mengunci mati hati daripada hidayah

surah al-a'raaf ayat 99-100

"Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi." (ayat 99)

"Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?" (ayat 100)


ayat 99 ini adalah Allah berasa pelik dengan orang-orang yang tidak beriman yang tidak merasa takut dan gentar dengan balasan yang Allah dah aturkan. kerana sesungguhnya azab Allah itu sangatlah pedih dan buruk dan tidak aman dan hanya orang-orang merugilah yang di azab Allah.


Ayat 100 ini kesinambungan yang Allah jelaskan dengan membawa kisah-kisah umat terdahulu yang ditimpakan pelbagai azab dan seksaan. ayat ini Allah tujukan kepada pewaris bumi iaitu kaum yang masih hidup di bumi. yang mana penduduk terdahulu telah ditimpakan bencana sehingga lenyap disebabkan mereka mendustakan rasul-rasul mereka dan tidak beriman kepada Allah. azab- azab yang ditimpakan disebabkan dosa-dosa mereka dan apabila sampai pada satu tahap, setiap peringatan tidak juga di ambil iktibar, maka, Allah akan mengunci mati hati mereka dengan nasihat-nasihat pengajaran. mereka tidak akan sedar mereka dalam kesesatan dan akan terus hanyut. kerana tiada lagi pintu hidayah daripada Allah.


iktibarnya. apabila orang menegur dan memberi tazkirah. apabila orang berceramah dan memberi ilmu kepada kita. jangan diremehkan. kerana takut nanti tiada lagi Allah hantarkan hidayah buat kita.


wallahualam


#jom muhasabah

#kalu dah tau salah, jangan berlamaan untuk kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan