Setiap manusia pasti akan pernah ditimpa musibah. Musibah yang dihadapi datang dalam pelbagai jenis dan bentuk tertakluk kepada individu yang menghadapinya. sesungguhnya hakikatnya musibah itu lantaran diturunkan sebagai tanda kasih Allah kepada manusia. juga sebagai peringatan apabila manusia itu sudah mula leka dan lalai dalam beribadah dan beriman kepada Allah. perkara ini Allah telah sebut dalam surah al-a'raaf ayat 94 yang berbunyi,
"Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur)."
daripada ayat 94 ini dapat kita fahamkan bahawa musibah yang biasa Allah timpakan kepada manusia adalah dalam bentuk kesusahan yakni kesempitan dalam hidup, diberikan penderitaan sebagai contoh penderitaan berupa mendapat penyakit. disini Allah nyatakan diturunkan peringatan ini tak lain tak bukan sebagai tanda kasihNya yang mahukan manusia itu kembali merendah diri, insaf dan tidak sombong dan juga takbur di muka bumi Allah ini.
oleh itu ape yang perlu kita ambil pengajarannya ialah, apabila sesuatu yang buruk (musibah) telah menimpa diri kita, sebagai tanda muhasabah diri ialah, melihat semula dalam diri. apekah jenis kesilapan yang telah diri lakukan sehingga allah memberi teguran ini. kebiasaannya musibah itu dapat menundukkan ego kita. tunduknya ego maka hancurlah rasa angkuh dan takabbur dalam diri. sesungguhnya musibah itu sangat elok dalam mengimbangi rasa sombong, angkuh dan takabbur dalam diri manusia.
sombong itu adalah sama dengan perangai syaitan yang tak mahu patuh dengan perintah Allah supaya sujud kepada nabi Adam kerana merasakan dirinya mulia daripada nabi adam yang diperbuat daripada tanah. jadi sebenarnya sesuatu musibah itu sememangnya tanda kasih Allah. bertuahkan bila orang yang sentiasa diberi musibah ni? dia istimewa sentiasa mendapat perhatian dan teguran daripada Allah.
cuma hari ini, mulut mulut manusia yang jahil yang mensinonimkan musibah itu dengan rasa "malang". padahal ianya tanda kasih Allah pada manusia.
bersyukurlah dengan musibah Allah itulah manusia dapat men'recharge kembali cas keimanan kepada Allah. jangan dengar bisikan dan omongan syaitan yang menyatakan musibah itu adalah "dirundung malang".
sebenarnya orang yang tak ditimpa musibah itu mudah dihinggapi penyakit angkuh dan sombong. kalu tidak takkan ade kisah sahabat rasul saw yang menangis dan merindui untuk mengalami musibah. sesungguhnya hikmah yang manusia kene lihat bukanlah hidup mewah dan bersenang lenang di dunia ini. tapi hikmah petunjuk dan hidayah dalam mendalamkan lagi ilmu dan keimanan kepada Allah.
wallahualam
#jom bertenang dan bersyukur dengan musibah Allah
#musibah bukan malang tapi kasih sayang Allah
#Sayang Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan