Sebagai manusia biasa, kita seringkali mengalami kesulitan dan persoalan yang sangat memerlukan pertolongan. tempat utama yang manusia perlu rujuk untuk mendapatkan pertolongan ialah Allah. Ini kerana Allah telahpun menyatakan dalam firmanNya seperti berikut,
Surah Al-baqarah ayat 45,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
Surah Al-baqrah ayat 153,
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".
berdasarkan 2 firman Allah di atas, jelas Allah telahpun memberi petunjuk bagaimana seorang itu perlu lakukan apabila berada dalam kesulitan dan ingin memohon bantuan iaitu:
1. ingat Allah. dan tempat utama untuk memohon pertolongan ialah daripada Allah. bukan selain Allah. setelah memohon pertolongan itu, in shaa Allah, Allah akan hadirkan pula pelbagai jenis dan bentuk pertolongan seperti, adenya ilham untuk memohon bantuan daripada keluarga, sahabat dan sebagainya. ataupun pelbagai ilham untuk melakukan sesuatu.
2. setiap musibah, kesulitan yang dihadapi dan pertolongan yang dipohon perlulah disusuli dengan sabar. Allah telah menegaskan disini betapa pentingnya SABAR dalam menjayakan diri untuk menghadapi kesulitan sementara memohon pertolongan kepada Allah. tanpa sabar sudah pasti kesulitan akan semakin perit dirasakan.
3. cara sebagai seorang hamba memohon pertolongan daripada Allah yang maha agung ialah dengan BERSEMBAHYANG. pelbagai bentuk solat telah nabi Muhammad SAW lakukan sebagai sunnah untuk kita sebagai ummat memohon pertolongan daripada Allah. Solat fardu. solat sunat. sunat hajat. sunat tahajjud. sunat taubat. sunat istikharah. sunat dhuha. dan setiap jenis solat itu punyai kaifiat dan tujuannya tersendiri yang kita boleh kerjakan bagi cara memohon pertolongan daripada Allah.sebagai contoh:
-solat tahajjud; mengentalkan jiwa dalam menghadapi ape jua rintangan di dunia
-solat taubat; memohon keampunan daripada Allah atas kesilapan dan dosa yang telah dilakukan
-sunat istikharah; memohon petunjuk daripada Allah di atas setiap pilihan yang perlu dibuat dalam kehidupan seharian
-sunat hajat; memohon ape jua jenis hajat
-sunat dhuha; memohon rezki dan kelapangan waktu
Allahu.. maka apabila kesempitan solatlah... apabila sakit... solatlah.. apabila ditimpa ujian dan dugaan.. bersolatlah...
wallahu'alam
#pertolongan dari Allah
#bersabar kerana Allah
#bersolat kerana Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan