Khamis, 29 September 2011

Stress, tertekan, tension: Nabi Ayub

entah kenapa la aku ni. suka sangat kat perkataan stress@tertekan@tension. hari-hari aku asyik stress@tertekan@tension. ish..ish..ish..

masalah yang aku alami remeh jer. aku student, baru sem 1 pengajian dalam peringkat phd. jadinye masalah aku ni mental block, tiada minat lagi nak belajar, lemah, malas, lemah daya ingatan. oleh kerana atas kontrak aku kene juga habiskan pengajian.. jadinya aku pun kenela juga melanjutkan pelajaran.

jadi since temporary disability of intellectuality ni la yang mem"burden"kan dan punca utama stress@tertekan@tension. dilema dalam diri, niat dan usaha nak belajar, tapi mental block, idea xdatang, xdapat nak berfikir seperti kebiasaanya aku berfikir. sbb kita tau mencapaian kita tahap mane. tambah lagi tekanan bila ade gak keje lain yang tak settle... tambah lagi nak kawen. ade banyak bende nak siapkan utk majlis kawen..

tapi itula, tiada tempat nak mengadu domba selain dari Allah. dalam duduk melayan perasaan stress@tertekan@tension. tetiba terdetik nak bukak buku, dalam buku tu ade la cerita perihal nabi ayub.

nabi ayub ni 18 tahun mengalami penyakit kudis (kusta), daging badannya hancur dimakan ulat dan dia tersangatla sakit. akan tetapi dalam keadaan beliau begitu, beliau tetap menunaikan solat pada Allah. kemudian, nabi ayub diduga lagi, apabila anaknya semua meninggal dunia dalam keadaan ngeri dalam rumahnya yang telah dirobohkan oleh iblis.

bahkan iblis telah menghasut isteri beliau pergi meninggalkan beliau dalam keadaan beliau sangat memerlukan sokongan dari orang tersayang. akhirnya nabi ayub muflis dan sakit berterusan selama 18 tahun.

iblis datang di saat ini, menghasut nabi Ayub. "wahai ayub, walaupun kau menyembah Allah setiap hari, setiap waktu, setiap detik, tapi ape yang kau dapat wahai Ayub?"

oleh kerana terlalu sedih nabi Ayub berdoa pada Allah agar menyembuhkan kembali sakit beliau dan Allah perkenankan. Allah telah membuktikan kepada iblis, bahawa tingginya tahap iman dan takwa kepada Nya tidak mampu menggugat hasutan si iblis..

masyaAllah. Astaghfirullah. lagi aku terpempan, malu dengan keluhan yang aku selalu fikirkan, yang selalu aku detikkan dalam hati. apelah sangat dugaan aku yang jika nak dibandingkan dengan kesengsaraan nabi Ayub. penat sikit sudah mula buat alasan tak solat sunat, tak menela'ah Al-Quran.

sukar sikit mendapat jawapan dan urusan sudah putus asa. luka sikit suka mengamuk.

astaghfirullah. betapa aku perlu bersyukur dengan kurniaan Allah padaku hari ini. ALHAMDULILLAH.

Stress, tertekan : Bilal Bin Rabah

kelemahan aku sebagai manusia, aku kadang-kadang kuat mengeluh. rasa stress ataupun tertekan dengan kehidupan hari ini. terasa kadang-kadang semua yang nak dibuat tak jadi, terbengkalai, terlalu susah dan banyak halangan. dan adakalanya memang rasa nak give up. hari-hari tertekan, stress, mood mula jadi asyik nak marah, beremosi melampau dan cepat melenting. dan kadang-kadang sedih tetiba. hmmm...

tindakan yang biasa dilakukan mcm, ambik wuduk, solat, baca Al-Quran. tapi nak dijadikan juga cerita, kadang-kadang minda tu dah set awal-awal, stress tu tetap ade dan tak berkurang. dalam situasi macam ni memang perlu ade somebody. yang boleh mendengar luahan. tapi kadang-kadang tak sesape nak dengar pun sebab semua orang masalah sendiri.

jadinya, detik dari Allah pada aku untuk membaca perihal bilal bin rabah. terasa macam nak menangis rasa bila baca perihal beliau. bilal dijemur atas padang pasir yang panas dan dadanya dihempap batu.

Kemudian aku terus membaca perihal Nabi kita, Muhammad SAW. Manusia semulia Nabi pun dilontar dengan batu sehingga berdarah, dipanggil orang gila, dipanggil sebagai ahli sihir yang dusta, bahkan dibaling dengan najis, dikeji, di usir dari negeri, dan ketika solat, diletakkan bangkai usus kambing di belakang Rasul ketika Rasul bersolat.

baru aku terpinga. baru aku terkesima. Apalah sangat dugaan yang aku rasakan berbanding Rasul dan ummat Islam zaman dahulu.

Beristighfar aku. bukan rintihan dan keluh kesah yang patut keluar dari mulut aku, tapi ALHAMDULILLAH. aku patut bersyukur dengan Allah.

Berserah: Wahai Aku

Jauh di sudut hati, aku masih ragu-ragu, akan tetapi, aku tetap dengan keputusan ini. ia mesti diteruskan juga demi kebaikan diriku dan orang tersayang. kerana aku percaya dan yakin dengan takdir Allah bahawa sinar bahagia pastikan tiba. cuma "bila" itu bukanlah persoalan utama aku,.

yang utama, yang perlu aku fikirkan ialah bagaimana untuk aku membina tembok kesabaran dan ketabahan, bagaimana aku nak istiqamah dalam amalanku, dan bagaimana aku nak menghindari mindaku dari merencanakan was-was dan curiga dan bagaimana aku mendidik hatiku agar tidak terdetik dari syak wasangka, prasangka buruk, dalam sepanjang perjalanan hidupku menggapai sinar bahagia yang aku idamkan itu.

sesungguhnya disinilah letakkan para sahabat yang penuh ilmu dalam mendorong dan mendekatkan kita pada ajaran Allah. disinilah keteguhan iman di uji.

Selasa, 27 September 2011

Kejayaan terlalu subjektif

Kejayaan atau dalam bahasa inggerisnya ialah achievement ataupun success.

Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita.

Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.

Oleh itu kejayaan memerlukan daya usaha bagi mendapatkannya.

Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.

Apabila ditanya mengenai kejayaan dalam dunia ini. "Apakah yang anda fahamkan mengenai seseorang yang telah mencapai kejayaan?"

Rata-rata jawapannye adalah:

1. Apebila seseorang berjaya menjadi kaya dan jutawan

2. mendapat gelaran seperti Dato', Datuk, Tan Sri, Tun, Profesor, dll.

3. memegang jawatan hebat-hebat

4. bijak dan keputusan pelajaran hebat-hebat

5. memakai kereta besar-besar seperti BMW, MERCEDES...etc

6. dan banyak lagi...


adapun bagi aku, kejayaan itu sangatla subjektif. kejayaan boleh di ukur dari pelbagai sudut, seperti, kerjayanya, ilmunya, budi pekertinya, pencapaiannya.

dan kejayaan itu adalah memerlukan sesuatu usaha dan perjalanan dalam mencapainyer.

kejayaan seseorang tidak sama waktunyer, jenisnyer.

ade orang dikurniakan kejayaan seawal umur kanak-kanak lagi. adapun yang sudah remaja, dewasa bahkan ade yang sudah meninggal dunia, baru kejayaannya tercapai.

perkataan kejayaan juga berkait rapat dengan kegembiraan. orang berjaya akan merasai kegembiraan.

oleh itu kepada yang kurang berjaya pasti akan dirundung rasa sedih, hiba dan murung.

perkataan kejayaan pada aku skarang adalah penyumbang sebagai salah satu punca kepda tekanan pada kehidupan hari ini. kejayaan itu kadang2 menyebabkan berlaku nyer perbandingan, ketidakpuas hati, dengki, persaingan kurang sihat, jatuh sakit, hilang akal dan sebagainyer.

oleh kerana perkataan ini juga manusia kadang2 alpa. kerana kejayaan itu terbahagi kepada dua. kejayaan di dunia dan juga di akhirat. rata-rata manusia hari ini lebih cenderung mengejar kejayaan di dunia berbanding di akhirat.

erti kejayaan dalam sudut Islam adalah seperti yang disebut Ciri-ciri orang berjaya yang di dalam Surah Al-Mukminun :

1. Beriman kepada Allah

2. Menunaikan solat dengan khusyuk

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia

4. Mengeluarkan zakat

5. Menjaga kehormatan diri

6. Menunaikan amanah dan janji

7. Menjaga waktu-waktu solat

Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.




pada aku, merancang perjalanan dalam mencapai kejayaan itu sangat penting. bagaimana istiqamahnyer amalan kepada Allah, bagaimana bersihnya hati tanpa satu detik mengeluh kesah dengan dugaan dan kesukaran, bagaimana bagusnya minda dalam memikirkan semua positif dan optimisnya menerima qada dan qadar Allah disaat dirundung kejatuhan dan dugaan dalam mencapai kejayaan itu. percayalah, jika anda dapat mengatasi ini, anda pasti berjaya di dunia dan juga di akhirat. semoga Allah membimbing istiqamahnye aku dalam amalan, jauhi hatiku dari detik keluhan, jauhi mindaku dari fikiran pesimis.. amin.


wallahualam.

Jumaat, 23 September 2011

The Effect of Salat in Scientific Perspective.




Hari ini Talk By Assoc Prof Dr. Fatimah Ibrahim, a biomedical engineering lecturer in UM.

Talk ini sangat menarik, membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat. Talk ini berdasarkan 4 buku yang telah diterbitkan oleh beliau iaitu:

1. Solat Kebaikan dari Perspektif Sains.(edisi dalam B.Melayu. & B.Inggeris)(Rm29.90)
2. Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik(RM23.90)
3. Sakit Pinggang:kaedah rawatan melalui prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan solat(RM18.90)
4. Senaman Regangan & Pergerakan Solat(RM18.90)

So hari ni dapat less Rm2.00 per book. hari ni jek la.. KAT KAED, IIUM.

http://cmimems.wordpress.com/book/

http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2008/07/solat-kebaikan-dari-perspektif-sains.html




Sabtu, 18 Jun 2011

Emosi

Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud „untuk keluar‟. Emosi atau dalam erti bahasa lain ialah perasaan akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. 

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad, 1992. Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi. Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya.
Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.
Emosi-emosi positif -seperti rasa gembira dan rasa syukur- mengekspresikan sebuah evaluasi atau perasaan menguntungkan, sedangkan emosi-emosi negatif -seperti rasa marah atau rasa bersalah- mengekspresikan sebaliknya.
Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

Dalam ”The Expression of the Emotions in Man and Animals”, Charles Darwin menyatakan bahwa emosi berkembang seiring waktu untuk membantu manusia memecahkan masalah. Emosi sangat berguna karena ‘memotivasi’ orang untuk terlibat dalam tindakan penting agar data bertahan hidup –tindakan-tindakan seperti mengumpulkan makanan, mencari tempat berlindung, memilih pasangan, menjaga diri terhadap pemangsa, dan memprediksi perilaku. Emosi sangat berpengaruh terhadap tingkah laku manusia. manusia lain.

"Emotion is associated with mood, temperament, personality, and disposition (characteristic tendency)."

Emotions are thought to be related to activity in brain areas that direct our attention, motivate our behavior, and determine the significance of what is going on around us.


Bahagian hadapan kepala terdapat kawasan frontal cerebrum /
frontal lobe (otak besar).

Buku Essentials of Anatomy and Physiology:

Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulakan gerakan terjadi di bahagian depan frontal lobe, dan bahagian prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi

"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka." (Al Qur'an, Al-Alaq:15-16)

…"ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka” Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur'an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu.

Akibat di pengaruhi emosi negatif

• Hiba hati tidak terperi, anak rancang lari di hujung jari

•Perasaan tersinggung, hubungan mendung:-

  1. Dengan anak
  2. Dengan jiran tetangga
  3. Dengan ibu bapa
  4. Dengan mertua / ipar duai

• Jadi derhaka, tak kenang jasa, nak mengadu pada siapa

• Jadi hantu, bukan menantu

Khamis, 12 Mei 2011

dipetik dari alquran utk perjalanan hidup

  1. Hanya Engkaulah yg kami sembah, n hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.Krn sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh2 (urusan) yg lain. n hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


2. "Cukuplah Allah menjd Penolong kami n Allah adalah sebaik-baik Pelindung." Apa saja yg Allah anugerahkan kpd manusia berupa rahmat, maka x ada sorgpun yg dpt menahannya; n apa saja yg ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yg sanggup melepaskannya sesudah itu."Jika kamu (benar2) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad SAW), niscaya Allah mengasihi n mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



3. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya.Apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tiada seorangpun yg berkuasa atasnya?Apakah dia menyangka bahwa tiada seorangpun yg melihatnya? Barangsiapa yg mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.



4. "Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah, Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."



5. Sesunguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri."