entah kenapa la aku ni. suka sangat kat perkataan stress@tertekan@tension. hari-hari aku asyik stress@tertekan@tension. ish..ish..ish..
masalah yang aku alami remeh jer. aku student, baru sem 1 pengajian dalam peringkat phd. jadinye masalah aku ni mental block, tiada minat lagi nak belajar, lemah, malas, lemah daya ingatan. oleh kerana atas kontrak aku kene juga habiskan pengajian.. jadinya aku pun kenela juga melanjutkan pelajaran.
jadi since temporary disability of intellectuality ni la yang mem"burden"kan dan punca utama stress@tertekan@tension. dilema dalam diri, niat dan usaha nak belajar, tapi mental block, idea xdatang, xdapat nak berfikir seperti kebiasaanya aku berfikir. sbb kita tau mencapaian kita tahap mane. tambah lagi tekanan bila ade gak keje lain yang tak settle... tambah lagi nak kawen. ade banyak bende nak siapkan utk majlis kawen..
tapi itula, tiada tempat nak mengadu domba selain dari Allah. dalam duduk melayan perasaan stress@tertekan@tension. tetiba terdetik nak bukak buku, dalam buku tu ade la cerita perihal nabi ayub.
nabi ayub ni 18 tahun mengalami penyakit kudis (kusta), daging badannya hancur dimakan ulat dan dia tersangatla sakit. akan tetapi dalam keadaan beliau begitu, beliau tetap menunaikan solat pada Allah. kemudian, nabi ayub diduga lagi, apabila anaknya semua meninggal dunia dalam keadaan ngeri dalam rumahnya yang telah dirobohkan oleh iblis.
bahkan iblis telah menghasut isteri beliau pergi meninggalkan beliau dalam keadaan beliau sangat memerlukan sokongan dari orang tersayang. akhirnya nabi ayub muflis dan sakit berterusan selama 18 tahun.
iblis datang di saat ini, menghasut nabi Ayub. "wahai ayub, walaupun kau menyembah Allah setiap hari, setiap waktu, setiap detik, tapi ape yang kau dapat wahai Ayub?"
oleh kerana terlalu sedih nabi Ayub berdoa pada Allah agar menyembuhkan kembali sakit beliau dan Allah perkenankan. Allah telah membuktikan kepada iblis, bahawa tingginya tahap iman dan takwa kepada Nya tidak mampu menggugat hasutan si iblis..
masyaAllah. Astaghfirullah. lagi aku terpempan, malu dengan keluhan yang aku selalu fikirkan, yang selalu aku detikkan dalam hati. apelah sangat dugaan aku yang jika nak dibandingkan dengan kesengsaraan nabi Ayub. penat sikit sudah mula buat alasan tak solat sunat, tak menela'ah Al-Quran.
sukar sikit mendapat jawapan dan urusan sudah putus asa. luka sikit suka mengamuk.
astaghfirullah. betapa aku perlu bersyukur dengan kurniaan Allah padaku hari ini. ALHAMDULILLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan