Selasa, 27 September 2011

Kejayaan terlalu subjektif

Kejayaan atau dalam bahasa inggerisnya ialah achievement ataupun success.

Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita.

Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.

Oleh itu kejayaan memerlukan daya usaha bagi mendapatkannya.

Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.

Apabila ditanya mengenai kejayaan dalam dunia ini. "Apakah yang anda fahamkan mengenai seseorang yang telah mencapai kejayaan?"

Rata-rata jawapannye adalah:

1. Apebila seseorang berjaya menjadi kaya dan jutawan

2. mendapat gelaran seperti Dato', Datuk, Tan Sri, Tun, Profesor, dll.

3. memegang jawatan hebat-hebat

4. bijak dan keputusan pelajaran hebat-hebat

5. memakai kereta besar-besar seperti BMW, MERCEDES...etc

6. dan banyak lagi...


adapun bagi aku, kejayaan itu sangatla subjektif. kejayaan boleh di ukur dari pelbagai sudut, seperti, kerjayanya, ilmunya, budi pekertinya, pencapaiannya.

dan kejayaan itu adalah memerlukan sesuatu usaha dan perjalanan dalam mencapainyer.

kejayaan seseorang tidak sama waktunyer, jenisnyer.

ade orang dikurniakan kejayaan seawal umur kanak-kanak lagi. adapun yang sudah remaja, dewasa bahkan ade yang sudah meninggal dunia, baru kejayaannya tercapai.

perkataan kejayaan juga berkait rapat dengan kegembiraan. orang berjaya akan merasai kegembiraan.

oleh itu kepada yang kurang berjaya pasti akan dirundung rasa sedih, hiba dan murung.

perkataan kejayaan pada aku skarang adalah penyumbang sebagai salah satu punca kepda tekanan pada kehidupan hari ini. kejayaan itu kadang2 menyebabkan berlaku nyer perbandingan, ketidakpuas hati, dengki, persaingan kurang sihat, jatuh sakit, hilang akal dan sebagainyer.

oleh kerana perkataan ini juga manusia kadang2 alpa. kerana kejayaan itu terbahagi kepada dua. kejayaan di dunia dan juga di akhirat. rata-rata manusia hari ini lebih cenderung mengejar kejayaan di dunia berbanding di akhirat.

erti kejayaan dalam sudut Islam adalah seperti yang disebut Ciri-ciri orang berjaya yang di dalam Surah Al-Mukminun :

1. Beriman kepada Allah

2. Menunaikan solat dengan khusyuk

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia

4. Mengeluarkan zakat

5. Menjaga kehormatan diri

6. Menunaikan amanah dan janji

7. Menjaga waktu-waktu solat

Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.




pada aku, merancang perjalanan dalam mencapai kejayaan itu sangat penting. bagaimana istiqamahnyer amalan kepada Allah, bagaimana bersihnya hati tanpa satu detik mengeluh kesah dengan dugaan dan kesukaran, bagaimana bagusnya minda dalam memikirkan semua positif dan optimisnya menerima qada dan qadar Allah disaat dirundung kejatuhan dan dugaan dalam mencapai kejayaan itu. percayalah, jika anda dapat mengatasi ini, anda pasti berjaya di dunia dan juga di akhirat. semoga Allah membimbing istiqamahnye aku dalam amalan, jauhi hatiku dari detik keluhan, jauhi mindaku dari fikiran pesimis.. amin.


wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan