kelemahan aku sebagai manusia, aku kadang-kadang kuat mengeluh. rasa stress ataupun tertekan dengan kehidupan hari ini. terasa kadang-kadang semua yang nak dibuat tak jadi, terbengkalai, terlalu susah dan banyak halangan. dan adakalanya memang rasa nak give up. hari-hari tertekan, stress, mood mula jadi asyik nak marah, beremosi melampau dan cepat melenting. dan kadang-kadang sedih tetiba. hmmm...
tindakan yang biasa dilakukan mcm, ambik wuduk, solat, baca Al-Quran. tapi nak dijadikan juga cerita, kadang-kadang minda tu dah set awal-awal, stress tu tetap ade dan tak berkurang. dalam situasi macam ni memang perlu ade somebody. yang boleh mendengar luahan. tapi kadang-kadang tak sesape nak dengar pun sebab semua orang masalah sendiri.
jadinya, detik dari Allah pada aku untuk membaca perihal bilal bin rabah. terasa macam nak menangis rasa bila baca perihal beliau. bilal dijemur atas padang pasir yang panas dan dadanya dihempap batu.
Kemudian aku terus membaca perihal Nabi kita, Muhammad SAW. Manusia semulia Nabi pun dilontar dengan batu sehingga berdarah, dipanggil orang gila, dipanggil sebagai ahli sihir yang dusta, bahkan dibaling dengan najis, dikeji, di usir dari negeri, dan ketika solat, diletakkan bangkai usus kambing di belakang Rasul ketika Rasul bersolat.
baru aku terpinga. baru aku terkesima. Apalah sangat dugaan yang aku rasakan berbanding Rasul dan ummat Islam zaman dahulu.
Beristighfar aku. bukan rintihan dan keluh kesah yang patut keluar dari mulut aku, tapi ALHAMDULILLAH. aku patut bersyukur dengan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan