Sabtu, 15 Januari 2022

dugaan demi dugaan tak lain tak bukan menaikkan maqam kesabaran dalam diri

sesungguhnya setiap hari kita perlu memerhatikan perjalanan hidup. erti kata lain muhasabah. teringat kisah 'Aisyah. apa yang menariknya 'Aisyah telah dianugerahkan anak sulongnya kembar 3. Alhamdulillah 2 girls and 1 boy. 'Aisyah menyatakan 2 minggu pertama memang suasana yang kritikal. dengan diri yang masih lemah melahirkan, baby pulak menangis serentak. menyusukan itupun mula2 ajar, memang perlu kan kesabaran. ade masa rs nak marah kepenatan. baby ni ada masa dia xnak menyusu. menangis dan tak tau nak ape. kembar ni pulak jenis semua serentak. memang tak menang tangan. 

di sini "aisyah menyatakan dugaan kesabaran memang tahap meruncing. ada masa rasa macam nak putus asa. tapi suami la sentiasa ade memberi semangat dan bersama-sama mengharungi tangisan si kembar 3. kalu sakit pun semua sakit. hahaha.. bila menangis malam2 semua menangis malam2. dari hari ke hari kesabaran tu kita sendiri dapat sedar, bertambah dari hari ke hari. sbb pengalaman tu juga perkara yg membantu utk kita bersabar. kadang2 benda yang jadi xsabar sbb kita buntu dan tak tau nak cari solusi. bila dh get use dengan situasi, semua getting better. Alhamdulillah. itu belum tang nak bagi ubat. mencabar. meraung, xmau makan ubat. kene cekalkan hati, suapkan ubat, kadang2 budak2 ni action over, mcm teruk sgt gayanya bila kita nak bg makan ubat. tp have tu utk kesihatan dia jugek. kene tekad n cekal. 

stage bila semua dh mula berjalan, xpayahla nak ade perhiasan. hahah.. almari dan tempat2 barang tu pastikan lock yg derang xleh nak buka. tangan depa ni suka menarik ikut suka hati. so be aware dengan elcetrical items yg bahaya. bilik air pastikan lock, nanti xsedar dh masuk dlm diam2 main air, yg bahaya takut jatuh ke lemas ke.. tu belum  kalu shower form n shampoo di picit abis.. hahah.. bab barang2 tu mcm2 la jugek rosak. tissue ke.. jgnla letak tempat derang leh capai.. habis ,, itupun kene bersabar, 

bersabar ni bukan sahaja mulut kita mengeluarkan kata2 yg mendoakan kebaikan tapi juga perilaku kita.. selagi boleh berlembut.. berlembut.. tegur dengan penuh kasih syg.. 'aisyah tak nafikan ade masa kerana terlalu penat, tetiba tgk barang berterabur,, rosak... ade masa tu mcm mulut dah mula sebut bende2 x elok. satu kali tu.. saya terlepas ckp.. terus semua sakit.. kemudian saya rasa pulak keperitan menjaga saat anak2 sakit. daripada aktif,, menteraburkan rumah, semua terbaring lesu.. lagi sedih meruntun jiwa.. jadi di situ aisyah belajar, mendidik mulut, hati untuk mengawal mulut. ,mengingatkan diri dengan tanggungjawab sbgai ibu dan ini adalah amanh daripada Allah. kene banyak istighfar dan solat la. bagi jiwa kuat. dan yg paling utama, suami la. alhamdulillah suami jenis cool. 

lagi bila stage anak mula2 belajar xpakai pampers, yang ni memang cabaran sbb 3 org ni. mula2 memang untuk pandaikan dia control bila nak pee n poo tu.. merata2 tu lama jugek masa.. alhamdulillah sebulan jugek utk pastikan dia clear tak pee n poo merata terutama malam tu. memang kene sabar la, nak mencuci pee n poo kat lantai. tilam n cadar kdg2 berturut hari kene basuh. tak yah citer la yg tu. kdg2 balik je kerje tgk2 dh poo n pee atas lantai.. buat ada masa serentak semua buat hal,, masa anak jatuh sakit tu memang mengajar saya untuk menjaga perkataan yang keluar daripada mulut saya untuk anak2 saya. mereka amanah Allah. dilema antara kerjaya, harta benda itu adalah cabaran bila anak sakit. ade kerja bagus, harta banyak tapi sebab kita lambat bertindak hingga anak terabai pun tak guna. kat dunia kita sengsara, kat akhirat nnti Allah tanya lagi, mana amanah yg dipertanggungjawabkan tu?? apa yg nak jawab?? memang hebat 'aisyah ni orgnye sbb tu Allah bagi dugaan dia stage mcm ni. 

'aisyah mengaku. masa ada satu masa awal2 tu terutama masa kerja tengah pack, anak2 pulak xsihat. ada skali tu dia choose utk proceed dgn meeting, sbb rs mcm anak tak teruk, balik2 je,  anak dah lembik, teruk, macam dah tak bernyawa.. masa tu, mmg bljr, lantak pi la kerjaya, kalu anak ni jd pape, menyesal la seumur hidup. alhamdulillah, Allah duga kat situ dh bljr, amanah anak tu lg besar, nyawa.. kesihatan. akhirnya anak sihat. lepas tu pape pun anak dulu. 

pernah juga masa anak2 kecil, badan xberapa ok, kerja pulak ade masalah, pernah ade masa saya asyik tinggi suara je dengan anak2, ade masa tu saya cubit jugak.. kemudian saya realize, anak2 saya ni dia bergaduh kasar2. macam takde kasih sayang.. kemudian baru saya tersedar, kekasaran saya tu la yg membentuk derang jd mcm tu. mmg ade satu masa tu, saya perasan, saya jarang sentuh n peluk dan cium anak2, banyak menengking, mencubit.. itulah corak yg jadi.. alhamdulillah, Allah bagi lagi dugaan untuk saya sedar ruang utk saya perbaiki diri. saya ubah balik cara .. sebenarnya yg utama kita sujud n solaat taubat terus bila nampak kita dah gagal jalankan amanah Allah tu. 

anak2 ni ade yg antara mereka tu jurus hatinya. ade yang kuat cemburunya. kita boleh nampak anak2 kita ni yg mana kurangnya di sini. dan yg mana lebihnya di sini. keseimbangan kasih sayang tu memang susah untuk kita terjemahkan. kalu suap sorang, kene suap lg yg 2 org, jap g yg 2 org tu memandang dengan hasrat menunggu utk disuap juga.. ni xkira dh besarpun kene juga. kalu anak tu jenis xjeles xper, jenis yg seronok tgk mak n ayah manjekan adik beradiknya, yang ni senang, tapi memang akan ade yg jeles n tak puas hati. so cabaran jugek supaya mereka rasa sama je kasih sayang tu, xlebihkan yg mana. terutama bila Allah bg sorg ni mmg tertonjol kelebihannya, manakala yg sorg ni tertonjol pulak jenis yg cemerkap.. lagila kene jaga jurang tu. yang penting, jangan sebut perkara yang tak elok pada anak tu, walau kita nampak memang anak tu ade sifat mcm tu, contoh anak kita yg sorg ni keras hati, jangan sekali-kali sebut dia seorang yg keras hati, dia akan terus down sampai bila2. sbb itu yg dia nampak parent dia nampak pada dia. org yg paling dekat, parent la, kalu parent pun dh label dia mcm tu, memang out la perasaan dia. contoh anak ni bila berjaya je dia nampak sombong, jangan sebut, belajar menjadi sombong.. nanti sampai sudah itulah yg dia nampak parent dia pandang dia. selagi boleh jangan jatuhkan perasaan anak. sbb kita kan nak anak kita masuk syurga. nak masuk syurga macam mana kalu ratib mulut kita sebut perkara yang tak elok pada mereka. seeloknya dh nampak sifat buruk ade pada anak, doakan supaya anak itu dikikiskan daripada sebegitu. bukannya apa, kadang2 kita sebagai parent pun byk kurang dalm mendidik. kita mungkin dulu pernah jd sombong, kita dulu mungkin pernah keras hati.. terutama melaksanakan perintah Allah. jadi.. muhasabah diri.. sbb nnt Allah itu maha adil, dia akan persoalkan juga hak2 anak tu nnt jika kita sbgai ibubapa gagal beri. 

byk saya belajar dalam membesarkan anak2. setiap dugaan tu saya sendiri nampak maqam kesabaran saya naik dari datu dugaan ke dugaan lain. ilmu la byk mempercepatkan kita bljr. dan juga pengalaman dan kesilapan yg dh dilakukan. pahit saat perkara tu berlaku. tapi bila dh reda semuanya, perhati balik perjalanan hidup tu, itu semua keajaiban yang Allah berikan pada kami. thanks to Allah. always.. 

kita manusia biasa, memang xsempurna.. yg penting kene solat tu jaga, masa tu kita sentiasa berdoa kpd Allah utk memudahkan jalan untuk menunaikan tanggungjawab kerana Allah. insyaa-Allah, disebalik kesilapan tu Allah akan sediakan jalan penyelesaian. manusia pasti akan buat kesilapan. cuma dah buat kesilapan kene cepat berubah ke arah kebaikan. jangan putus asa dan berkeras tidak mahu menerima kesilapan dan kekurangan diri. 

semoga 'Aisyah sukses di dunia dan di akhirat. satu perkongsian yang sangat menarik.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan