Surah al hadid ayat 20.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Anak adalah amanah kepada ibu dan bapa. Hadis Rasulullah saw,” anak itu ibarat seperti kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi” (Bukhari dan Muslim)
untuk melahirkan anak itu ramai yg boleh, tapi kualiti anak itu tidak semua boleh laksanakan tanggungjawab mendidik anak untuk menjadi da'ie dan paling tidak yang patuh dan taat pada perintah Allah.
terdapat golongan yang berbangga dengan anak dengan kejayaan dunia tapi bila bab2 akhirat? solat tidak, puasa tidak, hidup penuh bermaksiat dan bebas. apakah erti ada anak jika tidak berjaya membentuk mereka mengikut perintah Allah? anak soleh itu membawa rahmat, tapi anak yag tidak soleh itu merugikan dan lagi merugikan jika kita sendiri tidak mendidiknya mengikut jalan Allah, kelak kita juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
hakikatnye, anak itu adalah amanah yang besar. dan sudah pasti tanggungjawab yang besar yang perlu digalas oleh ibu dan bapa. anak itu bukan dibesarkan hanya dengan memberi makan dan pakai, tapi juga ilmu di dunia dan akhirat. membentuk dan mendidik bukanlah perkara yang mudah.
oleh itu kesedaran ini perlulah lahir dalam diri lelaki dan perempuan yg mahu mendirikan rumahtangga. tanggungjawab mendidik anak itu adalah tanggungjawb bersama bkan tggjwb sebelah pihak. dan ilmu yg perlu didik juga perlu lah kedua pasangan itu bersedia setidaknye dengan ilmu fardhu ain yg asas. tidak boleh 100% berganting hanya kpd pusat pengajian/sekolah dan lain2. adapun jika telah dihantar ke sekolah pun, ibu dan bapa tetap kene check adakah anak kita itu dapat ilmu yg sepatutnya, tidak boleh lepas tgn tgggjwb utama diri kpd pihak lain.
untuk melahirkan anak yg baik itu adalah drpd seorg ibu yang lembut, mendidik dengan penuh kasih syg dan hemah. tidak ianya kasar, caci maki dan mengeluarkan kata-kata yang buruk buat anaknya. bahkan ibu dan bapa itu juga cuba untuk menghidupkan suasana kuarga yg mawaddah warah mah, sakinah. solat berjamaah, adekan usrah/tazkirah. makan bersama. saling berkasih syg. saling mendoakan. saling meredhai. tolong menolong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan