Sabtu, 12 September 2009

kasih di hujung rindu part 5

Bab 19 – Farah


Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak pulang semula ke ibukota. Setelah seminggu usia perkahwinanku bersama Khairul, kami akan mula bekerja. Tiada cuti untuk berbulan madu. Lagipun aku sendiri rasa tidak sanggup meninggalkan Farhan dan Azim yang amat manja denganku hingga membuatkan emak Khairul berkecil hati dengan perangai cucu-cucunya itu. Dan ini akan merumitkan lagi usahaku untuk berbaik-baik serta mengambil hati ibu mertuaku itu.

"Masuklah Farah. Harap Farah suka tinggal dengan abang dan anak-anak di rumah ini." Ujar Khairul sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya.

Aku melangkah masuk sambil menjinjing beg pakaianku. Azim dan Farhan sedang berkejar-kejaran di halaman rumah. Aku memerhatikan rumah yang kelihatan kemas. Semuanya teratur di susun. Terasa damai apabila melihat keadaan rumah ini. Walaupun rumah ini besar, tetapi nampaknya Khairul mampu menguruskan rumah ini dengan baik sekali.

"Kemas rumah abang." Ucapku apabila Khairul berdiri di sisiku. Dia hanya tersenyum lalu meletakkan beg-beg pakaian yang diambilnya dari dalam kereta.

"Ingat abang malas mengemas ke?" Balasnya bergurau. Aku hanya tersengih.

"Saya pergi tengokkan anak-anak." Aku berpaling dan menuju ke halaman rumah Farhan sedang menghayun buaian Azim dengan gembiranya.

Mataku meliar melihat keadaan halaman rumah Khairul. Ada sebiji meja dan empat buat kerusi yang memang di bina di situ. Berdekatan meja itu pula ada taman kecil yang lebih kepada landskap taman yang ditanam dengan pelbagai bungaan yang indah sekali. Tidak jauh dari situ pula, diletakkan buaian yang sedang dimain oleh Farhan dan Azim. Susun aturnya begitu tepat sekali kerana sambil minum dan berehat di meja itu, boleh merehatkan fikiran dengan memerhati bungaan perlbagai warna dan jenis di samping dapat memerhatikan anak-anak bermain-main. Aku tersenyum sendiri dan membayangkan kehidupan baru yang bakal aku lalui bersama-sama suami dan anak-anak yang tersayang.

"Kenapa senyum-senyum seorang nie?" Tiba-tiba sahaja Khairul berada di belakangku. Aku pantas berpaling.

"Tak ada apa-apa." Balasku lalu melambai-lambai Farhan yang sedang leka mengayuh basikal beroda tiga miliknya. Aku mengangkat Azim dari buaian lalu aku pula duduk di atas buaian itu dan meriba Azim. Khairul mendekati kami lalu sama-sama menyertai kami di buaian.

"Rumah nie cantiklah bang. Walaupun jauh sedikit dari pusat bandar, tapi keadaan di sini aman dan nyaman. Farah rasa selesa di sini." Terangku sambil mengusap rambut Azim perlahan-lahan.

"Rumah ini sebenarnya memang rumah abang dan Linda. Kami pernah bercadang mahu berpindah ke ibukota untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Sebelum berpindah, kami sudah membuat persediaan dengan membeli rumah di sini. Kami memang berhajat untuk berpindah ke sini dua tahun yang lalu tapi tika itu Linda sedang mengandungkan Azim. Atas permintaan emak yang mahu Linda melahirkan Azim sebelum berhijrah ke sini, kami akur. Tapi, tak sangka pula Linda…" Kata-katanya terhenti di situ sahaja. Kulihat kelopaak matanya basah.

Aku tahu, walaupun sudah lebih setahun Linda pergi, Khairul tetap tidak boleh melupakannya. Aku kagum dengan kesetiaan lelaki ini yang kini menjadi suamiku. Tetapi kadang-kala aku sangsi dengan keputusannya mengahwini aku sedangkan dia sendiri masih tidak dapat melupakan arwah isterinya. Jadi apa gunanya dia mengahwini aku? Tapi, aku cepat-cepat menghapuskan kesangsian yang menjalar di fikiranku dengan beristighfar berkali-kali. Tidak sepatutnya aku mempunyai perasaan syak kepada suamiku.

Aku tidak membalas kata-katanya. Aku tahu dia amat bersedih dengan pemergiaan Linda. Aku mencapai
tangannya lalu menggenggam erat. Aku berjanji akan memberikan kebahagiaan pada lelaki ini. aku juga sanggup hidup bersama-samanya samada waktu senang atau susah, waktu gembira atau sedih, aku rela mengharungi hidup ini bersama-samanya Ini janjiku dan aku nekad. Aku akan tetap bersamanya walau apapun yang berlaku. Tetapi, jika seandainya suatu hari nanti dia tidak perlukan aku lagi dalam hidupnya, aku redha dan aku akan pergi jika itu kemahuannya…


"Ermm… abang minta maaf. Abang tak sepatutnya sebut mengenai Linda di depan Farah. Farah sekarangkan isteri abang sekarang." Dia kelihatan serba-salah. Aku menggelengkan kepala.

"Tak mengapa bang. Farah faham. Linda memang seorang isteri dan ibu yang baik. lagipun Farah juga merindui dia." Balasku.

"Farah tidak risau jika perkahwinan kita ini akan dibayangi dengan kenangan-kenangan abang bersama Linda dahulu?"

"Tidak bang. Itu kenyataan. Farah sudah bersedia untuk menghadapinya. Farah takkan halang abang dari terus mengingati arwah Linda. Dia tetap isteri dan ibu kepada anak-anak abang." Ucapanku dibalas dengan kucupan hangat di pipiku. Aku merasa sungguh bahagia apabila berada di samping suamiku ini.

"Mari kita masuk, hari pun dah petang." Ajaknya lalu dia mendapatkan Farhan lalu mengendong anak itu. Aku membuntutinya masuk ke dalam rumah sambil mendukung Azim yang sudah layu matanya, mengantuk!

"Mari abang tunjukkan bilik pada Farah." Ujarnya sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mengikutinya mendaki tangga ke tingkat atas. Di tingkat atas terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik
air. Tingkat bawah pula hanya ada sebuah bilik tidur tetapi sudah dijadikan stor untuk menyimpan barang.

"Ini bilik Farhan dan Azim." Katanya sambil membuka pintu bilik itu. Di dalamnya terdapat dua buah katil
yang kemas. Di dindingnya ditampal dengan pelbagai gambar seperti gambar bunga, kenderaan dan binatang. Semuanya gambar-gambar yang mempunyai sekali abjad-abjad. Sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak belajar. Di satu sudut pula terdapat almari pakaian. Di atas almari itu diletakkan pelbagai anak patung dan juga kereta permainan. Pastinya kepunyaan Farhan dan Azim.

"Cantiknya bilik Farhan dan Azim." Ucapku lalu mencubit pipi Azim di dukunganku. Dia hanya tersengih.
Farhan pula sudah melompat naik di atas katilnya.

"Nanti Auntie Mama idur ngan Aan ya..." Farhan bersuara. Khairul hanya tersenyum.

"Mana boleh, Auntie mama kena tidur dalam bilik dia sendiri." Farhan memuncungkan bibirnya apabila
mendengar kata-kata papanya. Aku hanya ketawa kecil.

"Mari abang tunjukkan bilik Farah." Khairul menarik tanganku. Aku mengerutkan dahi. Bilik aku? Kenapa dia tidak mengatakan bilik kita?

"Ini bilik Farah." Katanya lalu memulas tombol pintu di hadapan kami.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Hanya ada sebuah katil, sebuah almari pakaian dan sebuah almari solek. Bilik itu seperti tidak pernah digunakan. Bilik ini tidak seperti bilik untuk pasangan pengantin baru yang selalunya dihiasi indah. Atau sekurang-kurangnya lengkap dengan hiasannya sekali. Tapi bilik ini begitu 'kosong'. Aku terpinga-pinga sebentar. Aku memandang wajahnya untuk meminta penjelasan.

"Ini bilik kita?" Soalku.

"Bukan, ini bilik Farah." Jawabnya tenang. Aku semakin bingung.

"Bilik Farah?" Soalku kembali.

"Ya, Farah akan tidur di bilik ini." Dengan yakin dia menjawab pertanyaanku.

"Habis tu, abang?"

"Abang akan tidur di bilik abang, di hadapan bilik Farah ini." Terangnya lalu berpaling ke belakang.
"Apa maksud abang? Farah tak faham. Kitakan suami isteri, mengapa perlu tidur dalam bilik yang
berasingan?" Dadaku berdebar-debar. Permainan apakah yang sedang dimainkan oleh Khairul? Mengapa jadi begini?

"Okey, abang tahu Farah kebingungan. Let me explain to you." Balasnya lalu menarik tanganku. Aku menurut dan duduk di atas katil di dalam bilik yang bakal aku tinggal.


"Maafkan abang, Farah. Bukan niat abang mahu menyiksa Farah. Tapi buat masa sekarang, beginilah keadaan kita. Abang masih lagi tidak dapat melupakan Linda. Apabila abang cuba mendekati Farah, bayangan wajah Linda akan hadir dan tiap kali itu juga membuatkan abang kaku. Setiap saat dan ketika, wajahnya sentiasa terbayang di mata abang. Abang tak dapat lupakan Linda kerana abang terlalu menyayangi dan menyintainya." Perlahan-lahan dia cuba untuk memberi kefahaman kepadaku.

"Kalau begitu, mengapa abang mengahwini Farah?" Soalku sebak. Aku tidak mahu hidup begitu. Aku mahu hidup bahagia dengan perkahwinanku ini.

"Demi Farhan dan Azim." Jawabnya lalu menundukkan kepalanya.

"Farah tak faham." Air mata sudah mula mengalir di pipiku.

"Mereka perlu hidup dan membesar dengan asuhan dari seorang ibu. Abang tidak mahu pembesaran mereka 'cacat' tanpa kehadiran dan asuhan dari seorang ibu. Maafkan abang, Farah. Hanya Farah sahaja yang layak menggantikan tempat Linda untuk menjadi mama buat mereka. Tolonglah fahami keadaan abang." Pintanya separuh merayu.

"Jadi perkahwinan kita ini hanya tertulis di atas kertas sahaja? Abang mengahwini Farah kerana mahu Farah menjadi mama buat Farhan dan Azim? Mahu Farah menjaga Farhan dan Azim? Bukan kerana abang sayangkan Farah?" Soalku bertalu-talu.

"Maafkan abang Farah." Bagaikan halilintar menyambar jantungku apabila melihat dia menganggukkan kepala sebagai tanda mengakui semua pertanyaanku tadi Terkedu aku melihat pengakuannya.

Maaf? Hanya itu sahaja yang boleh dia katakan padaku? Hancur luluh hatiku. Berkecainya perasaan aku bagai dihempas ke atas batu. Dapat aku rasakan impian perkahwinanku hilang diterbangkan angin. Mengapa begini pula permulaan hidupku sebagai seorang isteri?

"Maafkan abang, Farah. Kita terpaksa hidup begini. Tapi, abang akan cuba untuk menyayangi Farah. Farah kena bantu abang untuk mengenali dan menyayangi Farah. Abang janji, abang tidak akan mensia-siakan hidup Farah. Abang akan membahagiakan Farah."

Berjanjilah kau setinggi langit sekalipun. Hatiku telah pun terluka dengan perngakuan kau tadi. Aku memang telah lama menyayangimu, abang. Sejak mula mengenalimu. Tapi kau pula baru mula mahu belajar menyayangi diriku dan meminta bantuanku pula untuk mengajar kau bagaimana mahu menyayangi diriku. Sudah gilakah kau abang atau aku sendiri yang gila kerana terikat di dalam perkahwinan yang bukannya perkahwinan yang sebenar-benarnya.

Perlahan-lahan aku menyerahkan Azim ke pangkuanny. Aku mengesat airmata di pipiku. Satu keluhan yang sarat kulepaskan dengan berat sekali. Terasa seperti ada batu besar yang sedang menghempap dadaku tika ini.

"Farah hendak ke mana?" Soalnya agak cemas apabila melihat aku bangun dan menuju ke pintu bilik.

Langkahku terhenti seketika. Aku berpaling ke arahnya yang sudah bangun sambil mendukung Azim.

"Ambil beg." Jawabku lalu menghayun langkahku lemah menuruni tangga. Air mata masih lagi mengalir deras di pipiku. Tapi, kubiarkan sahaja. Menangislah… menangislah sepuas-puas hati, Farah. Selepas ini kau tidak boleh menangis lagi.

ps: To Rosmalizah - complete citer nanti mail kat opis erkk....

Best Regards;
Hasnita Mohd Leham
hhasnita@yahoo.com
()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)==
( . )
Bab 20 – Farah


Oh, Tuhan! Mengapa aku diduga dengan ujian seperti ini. mengapa aku tidak boleh mengecapi nikmat
perkahwinan seperti pasangan lain? Mengapa aku mengahwini lelaki yang tidak menghargai aku seperti seorang suami yang menghargai isterinya? Mengapa aku terperangkap dalam ikatan perkahwinan tanpa belaian dari seorang lelaki yang bergelar suami buatku? Mengapa dia mengahwiniku jika dia tidak perlukan aku sebagai isterinya?

Air mata ini tidak henti-henti mengalir dari tadi. Bagaikan empangan pecah. Aku tidak mahu membazirkan air mata ini. Tapi, ia seakan tidak mahu berhenti. Walaupun aku sibukkan diri dengan mengemas semua pakaianku ke dalam almari serta mengemaskan katilku, ia tetap juga mengalir.

Adakah aku sudah tersilap percaturan dalam menentukan pasangan hidupku? Sedangkan selama ini, sudah ramai yang datang merisik, tapi kesemuanya aku tolak. Tidak kurang kurang pinangan dari teman-teman, sepupu-sepupu malah anak kenalan abah dan emak. Kesemua menerima jawapan hampa dariku. Kesudahannya aku menerima dengan mudah lamaran dari Khairul, lelaki yang yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Malah aku rela mengahwini lelaki ini. tepatkah keputusan aku ini?

Huh! Tak perlu menyoal diri sendiri lagi. Aku sudah pun mengahwini dia. Samada tepat atau tidak
keputusanku ini, tidak perlu lagi dijawab. Semunya sudah terlambat. Dia adalah suamiku yang sah sejak
seminggu yang lalu. Tapi, kehadiran aku di sisinya hanyalah untuk menjaga dan memberi kasih sayang
seorang ibu buat Farhan dan Azim, anak-anaknya.


Farhan… Azim. Sesungguhnya mama memang menyayangi kalian berdua. Mama juga menyayangi papa.Tapi, papa kalian tidak menyayangi mama. Mana mungkin mama hendak hidup bersama kalian berdua jika ianya begini. Mama mahukan perkahwinan yang sebenar. Bukannya perkahwinan yang seperti papa kalian mahukan ini. Seolah-olah mama diperlukan sebagai pengasuh kalian sahaja, bukannya isteri dan ibu buat kalian.

Patutlah walaupun aku sudah suci, dia tidak pernah menyentuhku. Malah tidak pernah memesraiku sewaktu di rumah emaknya. Jauh sekali mahu membelai atau memelukku. Kini, terjawablah segala kesangsian yang bersarang di jiwaku selama ini. Abang, mengapa abang lakukan ini pada Farah…

Tuk… tuk… tuk…

Pintu bilikku diketuk dengan perlahan. Aku mendiamkan diri. Sejak aku mengheret begku masuk ke bilik ini petang tadi, aku tidak keluar langsung dari sini. Malah, panggilan dari Farhan dan Azim juga tidak kuendahkan. Entah mengapa hatiku menjadi begitu sayu dan sedih. Aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan begini. Nanti tentu mereka menyoal aku, terutama sekali Farhan yang begitu petah bercakap sekarang.

Tuk… tuk… tuk…

Pintu sekali lagi diketuk. Sudah tentu Khairul yang mengetuknya. Jika Farhan atau Azim, sudah lama mereka memanggil aku. Tiba-tiba sahaja aku dipagut rasa bersalah. Mengapa pula? Bukankah dia telah
menghancurkan hatiku tadi? Malah menyebabkan aku mengurungkan diri di dalam bilik ini. Arghhh… mengapalah aku begini? Selalu bersimpati dengan orang walaupun dia yang telah menyakiti aku. Hati aku masih lagi berdarah, manakan sembuh dalam sekelip mata.

Tuk… tuk… tuk…

"Farah…" Pintu diketuk buat kali ketiga dan disertakan dengan panggilan dari Khairul. Aku masih lagi mendiamkan diri sambil memeluk erat lututku.

"Mari kita keluar makan. Farhan dan Azim pun dah lapar nie."

Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka lapar kerana mereka tidak makan makanan yang mengenyangkan siang tadi. Tapi, untuk keluar dan memandang wajah Khairul, aku tak sanggup. Apabila melihat wajahnya, hatiku bagaikan disiat-siat.

"Farah tak lapar. Farah tak mahu keluar. Abang pergilah bawa anak-anak." Jawabku lalu merebahkan kepala ke bantal.

"Janganlah begitu. Marilah kita keluar dengan anak-anak." Dia masih berusaha memujukku. Kemudian aku mendengar tombol pintu bilikku cuba dibuka dari luar tetapi tidak berjaya. Pintu itu telah awal-awal lagi aku menguncinya kerana dalam keadaan fikiranku yang masih bercelaru begini, aku tidak mahu diganggu. Biarlah aku meredakan 'taufan' yang mengganas di kepalaku ini.

"Farah…" Dia masih lagi di luar. Aku tetap mendiamkan diri.


"Okey, tak mengapa kalau Farah tak mahu keluar. Abang boleh bungkuskan makanan buat Farah. Farah nak makan apa? Nanti abang belikan." Sambungnya lagi.


"Tak payah. Farah tak ada selera. Cepatlah pergi bawa anak-anak makan. Kasihan mereka lapar. Siang tadi tak makan apa-apa pun." Balasku dengan suara mendatar. Suasana sepi seketika.

"Baiklah. Abang pergi dahulu." Balasnya lalu kedengaran derap kaki menuruni tangga. Tak lama kemudian, deruman enjin kereta berbunyi membelah kedinginan malam.

Aku bingkas bangun lalu duduk bersila di atas katil. Aku mengesat pipiku yang bersisa dengan air mata.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Berpisah? Takkanlah perkahwinan aku yang baru berusia seminggu ini musnah dalam sekelip mata sahaja. Apa kata emak dan abah? Apa pula tanggapan orang-orang kampung apabila mengetahuinya? Dan adakah Khairul sanggup melepaskanku apabila aku memintanya? Jika kami berpisah, apa akan terjadi pada Farhan dan Azim? Aku teramat sayangkan mereka berdua. Mereka sudahpun kuanggap bagaikan anakku sendiri. Biarkan baru seminggu aku menjalankan tugas sebagai ibu buat mereka berdua, tapi kasih sayangku buat mereka bagaikan aku yang mengandung serta melahirkan mereka. Aku tak sanggup berpisah dengan anak-anak itu.

Jika aku pergi nanti, pasti mereka tercari-cari di manakah gerangannya mama mereka. Pasti mereka menangis merinduiku. Dan aku juga pasti akan merindui mereka. Rindukan kepetahan Farhan. Rindukan kemanjaan Azim. Dan aku pasti merindui wajah comel mereka berdua. Tak dapat aku bayangkan, hidupku tanpa Farhan dan Azim.

Cukuplah, jangan menangis lagi. Mungkin ini dugaan yang perlu aku harungi sebelum mengecap kebahagiaan mutlak. Aku rela kau perlakukan aku sebegini, abang. Demi Farhan dan Azim, aku akur dengan permintaanmu. Aku rela kita terpisah begini walaupun hakikatnya kita hidup sebumbung. Demi anak-anak itu dan juga demi Linda, Farah rela…

Bab 21 - Farah

Seawal jam enam pagi aku sudah bangun membersihkan diri dan terus menunaikan solat subuh. Selepas bersolat, aku berwirid panjang lalu kupanjatkan doa kepada ILAHI agar memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama suami dan anak-anak. Kupanjatkan jua doa pada-Nya agar menjadikan aku seorang sentiasa tabah, cekal dan sabar dalam mengharungi hidup berumahtangga. Hatiku sedikit tenang setelah aku mengadu nasib kepada-Nya.

Kemudian aku menuruni tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Kuperhatikan sekeliling. Sungguh kemas. Mungkin Khairul jarang menggunakan dapur untuk memasak. Mungkin juga sekadar menjerang air sahaja. Aku mula membuka peti sejuk. Tiada langsung bahan yang boleh aku gunakan untuk memasak sarapan pagi ini Cuma yang ada beberapa biji telur. Aku keluarkan telur tersebut lalu aku memasukannya ke dalam periuk kecil yang kuisikan air. Kemudian aku meletakkannya pula ke atas tungku dapur lalu kupasang api. Aku bercadang mahu merebus telur separuh masak.


Kemudian aku beralih ke rak dapur. Ku buka pintu rak itu, aku membelek-belek barang di situ. Hmmm... banyak barang-barang kering seperti tepung, bawang, cili kering, ikan bilis dan beberapa barang keperluan lain hampir kehabisan. Aku mencapai tepung gandung yang masih belum luak isinya. Aku berkira-kira di dalam hati, apa menu pagi hari ini? Memandang hanya tepung yang masih elok, aku rasa aku mahu membuat lempeng susu sahaja. Mungkin aku perlu menyambung cuti hari ini agar aku dapat keluar membeli barang keperluan.

Hampir pukul lapan, barulah aku selesai menyediakan sarapan dan menghidangnya di atas meja. Aku berpuas hati dengan hasil tanganku. Sedang aku sibuk mengeluarkan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi dari rak dapur, aku terdengar suara berdehem. Terhenti sebentar pergerakanku. Tetapi, tidak sekali-kali aku menoleh kerana aku tahu siapakah gerangannya yang sedang berada di belakangku itu.

"Assalamualaikum, selamat pagi." Ucapnya lembut dan bunyinya begitu hampir. Seluruh ruang dapur berbau harum wangian CK yang dipakainya. Terbuai sebentar perasaanku apabila menghidu wangian itu. Tetapi, cepat-cepat aku tersedar.

"Waalaikummussalam, selamat pagi." Balasku antara dengar dan tak dengar. Aku masih membelakanginya. Entah mengapa hatiku begitu berat untuk menatap wajahnya. Aku sebenarnya takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku sendiri dan akan menitiskan air mata.

"Farah masak apa pagi nie?" Kemudian aku mendengar bunyi kerusi ditarik. Mungkin dia sudah duduk
menghadap sarapan pagi. Aku pula menyambung tugasku mengemas rak dapur ini.

"Farah tak bersiap hendak ke pejabat? Bersiaplah dulu. Balik nanti boleh kemas rak tu." Ucapnya dan serentak dengan itu aku mendengar bunyi cawan berlaga dengan piring. Mungkin dia sedang menuang air kopi ke dalam cawan. Tekaanku tepat apabila aku dapat menghidu aroma kopi.

Tiba-tiba aku diserang perasaan bersalah. Bukankah aku sebagai seorang isteri, wajib melayan segala keperluan suami? Sedangkan kini, aku masih tidak memperdulikan dia. Berdosakah aku? Tapi, bukannya aku sengaja mahu berkelakuan begini. Jika dia tidak melayani aku sebegini, sudah tentu... arghhhh... Aku berperang dengan perasaanku sendiri.

"Farah..." Panggilnya lagi. Begitu lembut. Hatiku digamit rasa pilu. Akhirnya aku mengalah, lalu berpaling memandang wajahnya.

Dia sudah siap berpakaian kemeja biru muda berjalur halus warna putih dan bertali leher warna biru laut.
Seluar pula berwarna hitam. Nampak begitu tampan sekali. Aku memandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Farah harap abang tak marahkan Farah keluarkan barang-barang dalam rak dapur nie. Farah tengok banyak barang dah expired. So, Farah beranggapan lebih elok dibuang saja. Lagipun hari ini Farah sambung cuti sehari lagi sebab Farah hendak keluar membeli barang-barang keperluan dapur. Tak ada benda yang boleh Farah guna untuk memasak. Apa yang dapat Farah masak pagi ini... apa yang terhidang di atas meja ini sajalah." Terangku dengan panjang lebar.

Dia tersenyum memandangku. Ketika kuberpaling kepadanya, dia sudah menghabiskan dua biji telur separuh masak dan sedang menikmati lempeng susu yang masih panas.

"Tak mengapa. You are the madam in this house. Farah boleh buat sesuka hati Farah. Tak perlu ragu-ragu. Abang takkan marah atau halang Farah. Abang tahu Farah seorang isteri dan ibu yang baik malah abang bertuah kerana dapat mengahwini Farah." Kata balasnya membuatkan aku sebak. Kau memang bertuah mengahwini aku, sedangkan aku yang malang kerana menjadi isterimu, abang.

"By the way, kalau Farah mahu, abang boleh temankan Farah beli barang dapur" Sambungnya lagi. Kali ini dia bangun lalu mendekati aku yang setia berdiri di sisi rak dapur.

"It's okay. I can handle myself." Aku menjauhkan diri darinya dengan menuju ke sinki lalu mencuci tangan.

"Banyak barang yang hendak dibeli. Nanti Farah tak larat nak angkat." Dia menghampiri aku. Entah mengapa aku cuba menjauhkan diri darinya. Perasaanku masih lagi berserabut. Kata-katanya semalam, masih terngiang-ngiang di telingaku.

Sebaik sahaja aku mahu melangkah menjauhinya, tangannya pantas mencengkam lenganku. Tersentak aku dengan tindakannya itu. Pantas aku berpaling menatap wajahnya.

"Kenapa Farah macam cuba lari dari abang?" Pertanyaan yang keluar dari mulutnya menyebabkan dadaku berdebar kencang. Aku tidak menjawab, sebaliknya aku merenung ke dalam anak matanya. Agak lama kami bertatapan.

"Tak adalah." Jawabku tergagap-gagap.

"Yes, you are." Balasnya dengan suara yang perlahan tetapi sedikit ditekan.

Aku tidak membalasnya. Sebaik sahaja aku rasakan cengkamannya longgar, aku terus menuju ke peti sejuk. Aku membukanya tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa tujuannya aku membuka peti sejuk itu. Cuma sekadar, mahu menghindarkan diri darinya.

"Okey, biar abang temankan Farah ya?"

"No need." Jawabku pantas lalu berpaling padanya. Dia sedikit tersinggung dengan kata-kataku.


"No... what I meant... Farah boleh pergi seorang. Anak-anak Farah akan hantar pada Kak Bedah. Farah
pergi seorang." Terangku berhati-hati setelah menyedari kata-kataku tadi sedikit menengking.

Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Kemudian dia menyeluk kocek belakang seluarnya. Dia mengeluarkan dompetnya lalu membuka lipatan dompet tersebut. Perlahan-lahan dia menarik keluar sekeping kad kredit lalu dia menghampiri aku. Dia mencapai tanganku lalu meletakkan kad kredit tersebut di atas telapak tanganku.

"Farah guna kad ini untuk membeli apa saja barang keperluan rumah dan keperluan Farah. Abang sekarang suami Farah dan segala keperluan Farah adalah menjadi tanggungjawab abang. Memandangkan Farah tak mahu abang menemani Farah, biar abang pergi ke pejabat dulu." Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di dahiku. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Kemudian dia terus
berpaling dan beredar dari ruang dapur. Tetapi kemudiannya berpaling semula.

"Lupa pula abang nak beritahu. Apa yang Farah masak pagi ini, sedap sekali." Dia tersenyum manis dan
kemudiannya terus hilang dari pandanganku.
Bab 21 - Farah

Seawal jam enam pagi aku sudah bangun membersihkan diri dan terus menunaikan solat subuh. Selepas bersolat, aku berwirid panjang lalu kupanjatkan doa kepada ILAHI agar memberi aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama suami dan anak-anak. Kupanjatkan jua doa pada-Nya agar menjadikan aku seorang sentiasa tabah, cekal dan sabar dalam mengharungi hidup berumahtangga. Hatiku sedikit tenang setelah aku mengadu nasib kepada-Nya.

Kemudian aku menuruni tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Kuperhatikan sekeliling. Sungguh kemas. Mungkin Khairul jarang menggunakan dapur untuk memasak. Mungkin juga sekadar menjerang air sahaja. Aku mula membuka peti sejuk. Tiada langsung bahan yang boleh aku gunakan untuk memasak sarapan pagi ini. Cuma yang ada beberapa biji telur. Aku keluarkan telur tersebut lalu aku memasukannya ke dalam periuk kecil yang kuisikan air. Kemudian aku meletakkannya pula ke atas tungku dapur lalu kupasang api. Aku bercadang mahu merebus telur separuh masak.


Kemudian aku beralih ke rak dapur. Ku buka pintu rak itu, aku membelek-belek barang di situ. Hmmm... banyak barang-barang kering seperti tepung, bawang, cili kering, ikan bilis dan beberapa barang keperluan lain hampir kehabisan. Aku mencapai tepung gandung yang masih belum luak isinya. Aku berkira-kira di dalam hati, apa menu pagi hari ini? Memandang hanya tepung yang masih elok, aku rasa aku mahu membuat lempeng susu sahaja. Mungkin aku perlu menyambung cuti hari ini agar aku dapat keluar membeli barang keperluan.

Hampir pukul lapan, barulah aku selesai menyediakan sarapan dan menghidangnya di atas meja. Aku berpuas hati dengan hasil tanganku. Sedang aku sibuk mengeluarkan barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi dari rak dapur, aku terdengar suara berdehem. Terhenti sebentar pergerakanku. Tetapi, tidak sekali-kali aku menoleh kerana aku tahu siapakah gerangannya yang sedang berada di belakangku itu.

"Assalamualaikum, selamat pagi." Ucapnya lembut dan bunyinya begitu hampir. Seluruh ruang dapur berbau harum wangian CK yang dipakainya. Terbuai sebentar perasaanku apabila menghidu wangian itu. Tetapi, cepat-cepat aku tersedar.

"Waalaikummussalam, selamat pagi." Balasku antara dengar dan tak dengar. Aku masih membelakanginya. Entah mengapa hatiku begitu berat untuk menatap wajahnya. Aku sebenarnya takut jika aku tidak dapat mengawal perasaanku sendiri dan akan menitiskan air mata.

"Farah masak apa pagi nie?" Kemudian aku mendengar bunyi kerusi ditarik. Mungkin dia sudah duduk
menghadap sarapan pagi. Aku pula menyambung tugasku mengemas rak dapur ini.

"Farah tak bersiap hendak ke pejabat? Bersiaplah dulu. Balik nanti boleh kemas rak tu." Ucapnya dan serentak dengan itu aku mendengar bunyi cawan berlaga dengan piring. Mungkin dia sedang menuang air kopi ke dalam cawan. Tekaanku tepat apabila aku dapat menghidu aroma kopi.

Tiba-tiba aku diserang perasaan bersalah. Bukankah aku sebagai seorang isteri, wajib melayan segala keperluan suami? Sedangkan kini, aku masih tidak memperdulikan dia. Berdosakah aku? Tapi, bukannya aku sengaja mahu berkelakuan begini. Jika dia tidak melayani aku sebegini, sudah tentu... arghhhh... Aku berperang dengan perasaanku sendiri.

"Farah..." Panggilnya lagi. Begitu lembut. Hatiku digamit rasa pilu. Akhirnya aku mengalah, lalu berpaling memandang wajahnya.

Dia sudah siap berpakaian kemeja biru muda berjalur halus warna putih dan bertali leher warna biru laut.
Seluar pula berwarna hitam. Nampak begitu tampan sekali. Aku memandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Farah harap abang tak marahkan Farah keluarkan barang-barang dalam rak dapur nie. Farah tengok banyak barang dah expired. So, Farah beranggapan lebih elok dibuang saja. Lagipun hari ini Farah sambung cuti sehari lagi sebab Farah hendak keluar membeli barang-barang keperluan dapur. Tak ada benda yang boleh Farah guna untuk memasak. Apa yang dapat Farah masak pagi ini... apa yang terhidang di atas meja ini sajalah." Terangku dengan panjang lebar.

Dia tersenyum memandangku. Ketika kuberpaling kepadanya, dia sudah menghabiskan dua biji telur separuh masak dan sedang menikmati lempeng susu yang masih panas.

"Tak mengapa. You are the madam in this house. Farah boleh buat sesuka hati Farah. Tak perlu ragu-ragu. Abang takkan marah atau halang Farah. Abang tahu Farah seorang isteri dan ibu yang baik malah abang bertuah kerana dapat mengahwini Farah." Kata balasnya membuatkan aku sebak. Kau memang bertuah mengahwini aku, sedangkan aku yang malang kerana menjadi isterimu, abang.

"By the way, kalau Farah mahu, abang boleh temankan Farah beli barang dapur." Sambungnya lagi. Kali ini dia bangun lalu mendekati aku yang setia berdiri di sisi rak dapur.

"It's okay. I can handle myself." Aku menjauhkan diri darinya dengan menuju ke sinki lalu mencuci tangan.

"Banyak barang yang hendak dibeli. Nanti Farah tak larat nak angkat." Dia menghampiri aku. Entah mengapa aku cuba menjauhkan diri darinya. Perasaanku masih lagi berserabut. Kata-katanya semalam, masih terngiang-ngiang di telingaku.

Sebaik sahaja aku mahu melangkah menjauhinya, tangannya pantas mencengkam lenganku. Tersentak aku dengan tindakannya itu. Pantas aku berpaling menatap wajahnya.

"Kenapa Farah macam cuba lari dari abang?" Pertanyaan yang keluar dari mulutnya menyebabkan dadaku berdebar kencang. Aku tidak menjawab, sebaliknya aku merenung ke dalam anak matanya. Agak lama kami bertatapan.

"Tak adalah." Jawabku tergagap-gagap.

"Yes, you are." Balasnya dengan suara yang perlahan tetapi sedikit ditekan.

Aku tidak membalasnya. Sebaik sahaja aku rasakan cengkamannya longgar, aku terus menuju ke peti sejuk. Aku membukanya tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa tujuannya aku membuka peti sejuk itu. Cuma sekadar, mahu menghindarkan diri darinya.

"Okey, biar abang temankan Farah ya?"

"No need." Jawabku pantas lalu berpaling padanya. Dia sedikit tersinggung dengan kata-kataku.


"No... what I meant... Farah boleh pergi seorang. Anak-anak Farah akan hantar pada Kak Bedah. Farah
pergi seorang." Terangku berhati-hati setelah menyedari kata-kataku tadi sedikit menengking.

Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami peneranganku. Kemudian dia menyeluk kocek belakang seluarnya. Dia mengeluarkan dompetnya lalu membuka lipatan dompet tersebut. Perlahan-lahan dia menarik keluar sekeping kad kredit lalu dia menghampiri aku. Dia mencapai tanganku lalu meletakkan kad kredit tersebut di atas telapak tanganku.

"Farah guna kad ini untuk membeli apa saja barang keperluan rumah dan keperluan Farah. Abang sekarang suami Farah dan segala keperluan Farah adalah menjadi tanggungjawab abang. Memandangkan Farah tak mahu abang menemani Farah, biar abang pergi ke pejabat dulu." Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di dahiku. Terpana sebentar aku dengan perbuatannya. Kemudian dia terus
berpaling dan beredar dari ruang dapur. Tetapi kemudiannya berpaling semula.

"Lupa pula abang nak beritahu. Apa yang Farah masak pagi ini, sedap sekali." Dia tersenyum manis dan
kemudiannya terus hilang dari pandanganku.

Bab 22 - Khairul

Kereta kupandu laju membelah kesibukan jalanraya di ibukota. Di mindaku terlakar wajah sugul Farah. Aku tahu aku yang bersalah kerana mewujudkan sempadan di dalam perkahwinan kami. Bukan aku sengaja, tetapi aku masih sangsi dengan perasaanku sendiri.


Aku akui, aku masih lagi tidak melupakan Linda. Bagi diriku, Linda adalah segala-galanya padaku. Dan aku juga akui, aku menikahi Farah hanya kerana mahukan dia menjaga anak-anakku. Kejamkah aku kerana menyeretnya ke dalam perkahwinan yang tak bermakna ini?

Bukannya aku tidak menyayanginya. Dari sehari ke sehari aku cuba menyemai rasa kasih dan sayang
padanya. Dan bukannya aku tidak ada keinginan untuk memesrainya. Bohonglah jika aku katakan tidak
terlintas di fikiranku tentang itu. Cuma apabila aku cuba mendekatinya, bayangan wajah Linda akan menjelma dan membuatkan niatku terbantut.

Di awal perkahwinan kami, aku dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. Betapa bermaknanya hidupku apabila bergelar suami buatnya tika itu. Tapi kini, memandang wajahku pun dia tidak sudi. Walaupun baru sehari, aku rasakan betapa terseksanya perasaanku. Baru sehari, aku menjadi rindu menatap senyuman manis yang sentiasa terukir di bibirnya.

"Farah... Farah... "

Entah untuk ke berapa kali aku menyebut namanya. Apa agaknya tanggapan dia terhadap diriku? Mungkin penipu, mungkin juga perosak kebahagiaan? Aku sendiri pun tidak tahu apakah gelaran yang patut diberikan padaku kerana membataskan perhubungan kami suami isteri. Gilakah aku kerana mewujudkan tembok di antara kami berdua? Sedangkan sebenarnya antara kami berdua sepatutnya tiada halangan untuk bersama, malah dia halal buatku kerana aku telah menikahinya.

Makin difikirkan, makin berat kepalaku. Malah membuatkan aku semakin dihimpit perasaan yang amat bersalah. Berkemungkinankah dia akan meminta perpisahan dariku. Bagaimana dengan anak-anakku nanti apabila ketiadaannya. Dapat aku rasakan Farhan dan Azim begitu menyayangi Farah. Malah Farah begitu jua. Tegakah dirinya untuk meninggalkan anak-anak itu?


Bab 23 - Khairul

Tika aku sampai di rumah, keadaannya amat sunyi. Tiada kedengaran bunyi bising anak-anak. Malah halaman rumah kosong sahaja. Hatiku berdetak kencang. Mungkinkah dia sudah pergi meninggalkan aku? Tapi, Farah takkan buat begitu Aku tahu walaupun hatinya terguris dengan tindakanku, dia tidak akan tergamak meninggalkan Farhan dan Azim. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke pintu rumah.

Keadaan di dalam rumah juga sunyi sahaja. Pintu tidak berkunci. Aku menarik nafas lega apabila aku melihat susuk tubuh Farah yang sedang berbaring di atas sofa. Aku mendekatinya perlahan-lahan. Rupa-rupanya dia sedang terlena di atas sofa bersama Farhan dan Azim. Begitu nyenyak mereka bertiga tidur. Aku tersenyum melihat mereka.

Kuusap perlahan rambut Farhan dan Azim. Azim begitu nyenyak tidur di dalam pelukan mamanya. Farhan pula tidur beralaskan perut Farah. Kasih sayang Farah tetap terserlah walaupun dalam keadaan begini. Kedengaran dengkuran halus dari Farah. Adakalanya tidak kedengaran langsung.

Aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Aku sedikit terkejut dengan keadaan di dapur. Ada sedikit
perubahan dengan susun atur peralatan dan kedudukan kerusi, meja dan beberapa kabinet. Mataku melirik ke meja lalu kubuka tudung saji. Sudah tersedia hidangan untuk minum petang. Kuih lapis dan cucur udang bersama kuahnya. Air teh pula sudah suam. Agaknya sudah lama dia menyediakan kuih-kuih ini.

Aku mengambil sepotong kuih lapis lalu kumasukkan ke dalam mulut. Hmmm... sedap! Apa sahaja yang dimasak oleh Farah, semuanya enak. Sesuai dengan seleraku. Mataku teralih pada rak dapur. Tergerak hatiku untuk melihat isi di dalam rak tersebut. Apabila kubuka, sudah lengkap semua barang-barang dapur. Semuanya disusun kemas dan teratur. Nampaknya seharian dia mengemas dapur. Dan kemudian menyediakan minuman petang. Agaknya dia kepenatan sampai tertidur di sofa.

Abang tahu Farah seorang isteri yang baik. Walaupun hati Farah telah abang guris, namun tidak sekali-kali Farah abaikan tugas Farah sebagai isteri di dalam rumah ini. Terasa berdosanya abang terhadap Farah.

Aku kembali ke ruang tamu. Mereka bertiga masih lagi lena. Aku duduk menghadap mereka tidur. Aku
memerhatikan wajah Farah yang tenang dalam lenanya. Tetap manis walaupun sedang tidur. Alis matanya yang lentik, kening yang lebat, hidung kecil tetapi mancung dan sepasang bibir comel yang sentiasa merah walaupun tanpa dicalit dengan gincu. Betapa bertuahnya diriku kerana memilikinya sebagai isteri.

Tiba-tiba sahaja sahaja tanganku begitu ringan lalu engusap pipinya yang licin. Tak lama kemudian dia
seakan tersentak dari lenanya. Matanya terbuka luas an memandangku tepat. Tanganku masih lagi berada di pipinya.

"Bila abang sampai?" Soalnya kaget.

Aku tidak menjawab malah asyik merenungnya. Mengapa aku mensia-siakan kecantikan yang ada pada isteriku ini? Sedangkan aku berhak keatasnya.

Terasa tanganku dipegang lembut. Tersentak aku dari lamunan. Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari pipinya. Dia masih lagi merenungku. Kali ini dapat aku rasakan cara renungannya sudah berubah. Tidak seperti pagi tadi.


"Baru saja." Jawabku lalu bangun dan duduk di sofa yang bertentangan dengannya.

"Kenapa tidur di sini?" Soalku pula. Dia pula sedang mengejutkan Farhan dan Azim dari tidur. Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dikejutkan. Tetapi kemudiannya lena kembali.

"Maafkan Farah, bang. Asalnya tadi Farah saja berehat di sini sambil melayan Farhan dan Azim bermain. Tak sedar pula tertidur."

Aku memandang Farah yang sedang mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Nampak seperti gadis remaja apabila dia mengikat rambutnya begitu. Tambahan pula wajahnya sedikit keanak-anakan itu.

"Abang nak minum? Farah dah sediakan kuih untuk petang ini. Marilah kita makan." Ajaknya dengan wajah yang ceria. Aku sedikit kebingungan. Jika pagi tadi, dia bagaikan tidak sudi langsung untuk menatap wajahku. Tapi, kini dia seperti sudah kembali seperti biasa. Mengapa begitu drastik sekali perubahannya.

"Are you okay?"

Dia agak terkejut dengan pertanyaanku. Kemudiannya tersenyum. Mungkin memahami maksud di sebalik pertanyaanku.

"Everything is okay. Don't worry. I know what suppose me to do. And I know who am I beside you, abang." Sinis sekali jawapan yang keluar dari mulutnya Walaupun dia nampak tenang, aku tahu dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

Aku bangun lalu melabuhkan punggungku dan duduk di atas permaidani di hadapannya. Perlahan-lahan aku mencapai tangannya lalu kugenggam lembut. Aku mendongak untuk memandang wajahnya. Dia tetap tenang.

"Farah, abang minta maaf. Mungkin permintaan abang semalam agak keterlaluan dan mungkin juga terlalu berterus-terang. Abang tahu hati Farah terguris. Tapi, berilah abang masa. Abang pasti suatu hari nanti kita takkan begini."


"Ambillah masa sebanyak mana yang abang mahukan. Itu hak abang. Farah takkan membantah malah tiada hak untuk menghalang. Farah sudah serahkan hidup Farah pada abang apabila kita diijab kabulkan. Pandai-pandailah abang mencorakkannya." Balasnya lalu bangun dan menuju ke ruang dapur. Aku membuntutinya.


"Farah, abang tahu Farah marahkan abang. Abang..."

"Abang. Tak perlu lagi menjelaskan apa-apa lagi. Apa yang abang beritahu Farah semalam begitu terang dan jelas. Memang pada mulanya Farah berasa begitu kecewa dan sakit hati dengan tindakan abang. Tapi, Farah sudah memikirkan semasak-masaknya. Dan ini adalah keputusan Farah." Ujarnya tegas.

Hatiku berdebar kencang. Mungkinkah kata perpisahan yang akan dipintanya?

"Apa maksud Farah? Farah mahu berpisah?" Dia tampak terkejut dengan pertanyaanku. Tetapi dia melindungkan rasa terkejut itu dengan senyuman. Memang begitu perangainya. Walau seteruk mana dia tertekan, dia hanya tersenyum. Cuma semalam sahaja dia gagal untuk mempertahankan perasaannya. Mungkin dia menerima tamparan yang begitu hebat sekali dalam hidupnya. Salah aku juga.

"Farah terima syarat dan permintaan abang. Walaupun pedih, itulah kenyataan yang perlu Farah hadapi. Tapi, Farah takkan meminta perpisahan dari abang. Walaupun abang tak dapat menyayangi Farah itu tidak bermakna Farah perlu mengundurkan diri. Farah rasa, dengan kasih dan sayang dari Farhan dan Azim sudah dapat membahagiakan Farah."

Terkedu aku mendengar kata-katanya. Kau terlalu baik untukku Farah. Sepatutnya aku tak layak untuk menjadi suamimu. Aku hanya akan menyeksa perasaan kau dalam perkahwinan kita ini. Mengapa aku jadi begini? Pentingkan diri sendiri. Tapi, aku lakukan semua ini demi kebahagiaan anak-anakku bukannya diriku. Betulkah tindakanku ini?

"Jemput minum bang." Ujarnya sambil menghulurkan secawan teh kepadaku dengan senyuman yang memekar di bibirnya.

Bab 24 - Farah

Perhubungan antara aku dengan Khairul berjalan lancar walaupun aku tahu, dia begitu berhati-hati denganku. Tutur katanya dan tingkah lakunya begitu dijaga rapi, agar setiap kata-kata dan perlakuannya tidak akan mengguris perasaanku. Terkadang aku berasa amat bersalah kerana seolah-olah aku yang menyebabkan dia jadi begitu. Walhal punca kejadian adalah dari dirinya sendiri.

Aku juga seboleh mungkin berlagak biasa, seperti tiada apa yang berlaku di antara aku dan dia. Aku tetap menjaga makan minum dan pakaiannya. Tidak sekali-kali aku abaikan tanggungjawabku sebagai isteri di dalam rumah itu. Anak-anaknya kubelai dengan penuh kasih sayang. Apabila melihat wajah mulus Farhan dan Azim, hatiku begitu sayu mengenangkan nasib mereka yang tidak sempat menikmati kasih sayang dari ibu kandung mereka. Biarlah aku beralah dan menurut kemahuan Khairul, asalkan anak-anak itu terbela. Lagipun inilah tujuan utama Khairul mengambil aku sebagai isterinya.

Aku kembali bertugas setelah hampir dua minggu bercuti sempena majlis perkahwinanku. Di pejabat, aku mula dikerumuni oleh rakan-rakan. Ada yang bertanya khabar ada juga yang mengusik. Letih aku melayan karenah setiap seorang.


"Amboi… amboi… pengantin baru. Berseri-seri muka, bak bulan purnama…" Usik Hanim dari jauh. Aku hanya tersenyum.

"Tak pergi berbulan madu ke?" Harun pula bertanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Berbulan madu? Perkahwinanku sendiri sudah dituba, manakan ada lagi bulan madu.

"Aik, tiba-tiba saja muka sedih! Teringatkan cik abang ke? Ala… bukannya jauh. Selang dua tingkat saja." Hanim mengusikku sambil tangannya menunding ke atas.

"Tak adalah. Pandai saja kau menyakat aku."

"Tengok tu, muka dah merah. Hahahahhaha…" Ramai-ramai mereka gelakkan aku Aku pun turut sama ketawa dengan mereka. Kemudiannya aku dihujani dengan pelbagai soalan. Aku cuba menjawab sejujur yang boleh. Aku cuba berlagak biasa, hakikatnya di dalam hati ini rasanya seperti mahu meletup apabila aku mengakui aku bahagia dengan perkahwinanku ini.

"Anak-anak tiri macam mana?" Soal Kak Salmah, kerani
di bahagian kewangan.

"Okey, budak-budak tu tak ada masalah." Jawab aku lalu fikiranku teringat akan kepetahan Farhan yang sibuk bertanya mengapa aku tidak tidur sebilik dengan papanya.

"Auntie mama, nape Auntie Mama tak idur ngan papa? Kat umah pah, kita idur cekali." Begitu petah dia menyoal aku. Aku sendiri tidak menyangka soalan seperti itu akan keluar dari mulut Farhan yang baru berusia tiga tahun itu.

Budak sekecil itu pun hairan dengan keadaan kami, tambahan pula aku yang dewasa ini, apatah lagi. Biarlah nak, papa kamu tidak memerlukan mama sebagai isteri cuma sebagai ibu buat kamu berdua. Biarlah mama tidak dapat kasih sayang dari papa kamu, asalkan Farhan dan Azim sayangkan mama.

"Hah! Melamun lagi. Apa kena kau nie? Sejak-sejak dah kahwin nie, asyik melamun saja." Hanim menyergah aku dari belakang. Tika itu ramai sudah kembali ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas. Tinggal Hanim saja yang setia di samping aku. Dia memang begitu, kepoh dan suka sangat jaga tepi kain orang. Tapi, walaupun perangainya begitu, dia sebenarnya seorang sahabat yang baik dan kelakar orangnya.


Tak ada apa-apalah. Aku cuma fikir, macam mana aku nak siapkan kerja yang bertimbun atas meja aku nie. Pening pula aku, tak tahu mana satu yang perlu disiapkan dulu." Aku memberi alasan yang kufikirkan
munasabah untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh Hanim.

"Kenapa? Anak-anak tiri kau buat hal ke?" Soal Hanim sambil mengerutkan dahinya.

Aku hanya ketawa melihat keseriusan wajah Hanim tika ini. Dia kemudiannya menarik muka masam apabila aku mengetawakannya.

"Betullah. Anak-anak dia okay dengan aku. Kalau kau nak tahu, yang sulung panggil aku 'Auntie Mama' dan yang bongsu panggil aku 'Mama'. So sweet!!!"

"Kenapa pula yang sulung panggil kau 'Auntie Mama'?"

"Sebab mama dia dah tak ada. Aku bukan mama dia, so dia panggil aku 'Auntie Mama'lah." Hanim ketawa besar lalu memuji-muji kecerdikan Farhan. Aku turut mengakuinya.

"Papanya pula macam mana?" Tiba-tiba sahaja Hanim mempersoalkan tentang Khairul. Aku tidak segera
menjawab, sebaliknya hanya memandang wajah Hanim yang sedang tersenyum. Nak menyakat aku lagilah tu.


"Kenapa dengan papanya pula?" Aku sengaja menyoalnya semula.

"Romantik tak?"

"Mana boleh beritahu, itu rahsia aku."

"Eleh…" Hanim buat-buat merajuk apabila aku enggan menjawab pertanyaannya Aku tersenyum melihat
perangainya.

Aku sendiri tak tahu bagaimana harus aku katakan mengenai lelaki yang menjadi suamiku kini. Mungkin dia romantik, kalau tidak takkanlah dia sanggup buat satu kejutan pada aku semalam. Sejambak bunga dan sekeping kad sebagai tanda meminta maaf di atas perbuatannya yang telah mengguris hatiku. Betapa terkejutnya aku sewaktu keluar dari bilik pagi tadi apabila bunga dan kad berada di hadapan pintu bilikku. Terasa hilang segala marahku buatnya sebaliknya timbul rasa simpati.

Abang, Farah sayangkan abang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan